Tuesday, June 23, 2015

Puding Raja - "Ampunkan Adinda terDerhaka"



Assalamualaikum..salam selasa buat teman2 semua dan pengunjung ZLC yang dikasihi..pagi2 di bulan puasa tentunya ibu2 di rumah belum sibuk menyediakan juadah berbukakan yerlah lambat lagi waktu buka..so bagi yang sedang mencari2 idea untuk manisan atau dessert berbuka puasa nanti apa kata cuba Puding Raja ini..Puding ini yang terkenal dan berasal dari Istana Pekan Pahang merupakan salah satu manisan pencuci mulut yang digemari oleh ramai..bukan sahaja di Istana tapi ramai rakyat jelata juga yang dah pandai makan puding nie..almaklumlah dengan rasanya yang enak lemak2 pisang di tambah pula jala emas yang sungguh manis (tapi sekarang bagus x berapa nak manis pandai orang yang membuatnya..mungkin kerana disaring/angkat dari air gula dan di tos hingga agak kering) pastu ada pulak buah gajus goreng dan tak ketinggalan prune..serta di tatah dengan buah ceri memang berseri2 la Puding yang disirami dengan kuah kastad..emmm bayangkanlah keenakkan dapat menikmati semangkuk puding nie..memang awesome dan terbayang duduk makan di taman istana di layan oleh dayang2 serta suasana taman yang harum semerbak mewangi bunga-bungaan hingga adinda terlupa kekanda sedang menunggu untuk bersantap berbuka puasa  bersama adinda..

Tersedar dari lamunan rupanya saya berangan aje makan puding di raja di tepi taman istana..sungguh indahkan suasananya..muahahaha stop from day dreaming cik Leha..makan jerlah kat ceruk dapur atau di meja makan jangan nak berangan makan di istana bagai..Sebenarnya kemenjadian puding ini pada petang semalam untuk berbuka puasa hari ke 5 Ramadhan oleh kerana saya ada mengirim Jala Emas dari kawan cikgu yg balik ke Terengganu baru2 ini maka tercapailah hasrat saya nak buat Puding Raja ini..lain kali saya akan belajar untuk buat jala emas sendiri..walaupun pembuatannya agak rumit tapi mesti jadi satu kepuasan bila dapat membuatnyakan...Wahhh agak panjang cerita dari Istana ZLC hari ini mentang2 lah keje2 telah dibereskan..so pada pagi yang permai dan berbahagia ini izinkanlah adinda berkongsi resepi Puding Raja yang menjadi kegemaran kekanda pada rakan2 diluar sana..tapi terlebih dahulu adinda ingin merayu maaf pada kanda kerana Puding Raja pada kali ini dinda memderhaka sebab ketiadaan buah prune dinda gantikan dengan Kismis Hitam wahai kekanda..jangan murka pada adinda ya.. berlakon sandiwara purba lagi nampaknya saya muahahaha...

Oklah teruspada resepi yang saya copy n paste aje ek dari saduranrasa.blogspot tqsm kerana saya dah mencuba resepi yang sedap ini..

Puding Raja 

Bahan-bahan
    4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit {saya guna 3 sikat sahaja} (saya guna 2 sahaja)
    1 cawan biji gajus – digoreng
    2-3 genggam urat emas/jala emas {resepi boleh dilihat di bawah}
    200g buah prun – dipotong empat (saya derhaka ganti kismis hitam sebab xder prune)
    Buah ceri merah/hijau (ada yang merah aje..huhu)
    2 sudu besar minyak sapi {untuk mengelakkan pisang daripada melekat} (yang ni saya       letak butter 2 sudu..xder minyak sapi)
    Minyak untuk menggoreng


Untuk Kuah Puding
    1 tin (410 g) susu cair/sejat {saya guna 2 tin susu cair Ideal} (saya guna 1 tin)
    3 biji telur – diambil kuning sahaja {saya guna 5 biji telur kuning Gred B}
    Daun pandan – disimpul
    Air sebanyak ½ tin susu {Air saya gandakan sebanyak 1 tin susu}
    1-2 cawan gula (ikut rasa)
    Esen vanila
    {Saya menambah 1/4 cawan tepung kastard} (saya tak letak pun tepung kastad)

Cara memasak
1.            Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
2.            Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak    yang berlebihan.
3.            Goreng biji gajus. {Saya goreng biji gajus dalam minyak yang sama goreng pisang tadi}

Kuah Puding

1.            Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
2.            Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang

1.            Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.
2.            Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.

Resepi untuk Jala Emas /Urai Emas - saya beli aje from Terengganu datang u..jauh tu..

Bahan-bahan

    30biji telur ayam – diambil kuning sahaja {saya guna 20 biji telur Gred B)
    800g gula halus {saya kurangkan sehingga 400g}
    3 helai daun pandan
    8 cawan air {saya kurangkan menjadi 4 cawan air}
    Daun pisang untuk dibuat corong

 Cara memasak

1.            Tapis kuning telur dan pukul sedikit.
2.            Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air tersebut mendidih dan berbuih halus, uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
3.            Angkat dan tuskan.
4.            Kiraikan urai emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
5.            Hidangkan.
Nota
    Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas 




No comments:

Post a Comment