Monday, June 29, 2015

Upma Rawa - Masakan Berasal dari India Selatan



Salam dan selamat petang untuk semua..hari ini saya nak share resepi masakan yang berasal dari India Selatan..Oleh kerana makanan ini yang diperbuat dari tepung suji @ samolina begitu lembut dan sedap rasanya saya memang suka al-maklumlah tekak antarabangsa saya nie x memilih dan boleh makan apa2 sahaja yang terbekenan dan termengidam..muahahaha boleh yerrr macam itu..kita tengok resepi yang pernah saya buat 2 ..3 kali ini dan pernah di masukkan di blog juga..so saya copy n paste ajerlah resepinya ok..xder beza pun cuma kali ini saya lembutkan sikit lagi dengan tambahkan 1/2 cawan air serta bahan pelengkap yang lain iaitu gajus goreng ada so memang terbaikkkk..x cuba rugi tau kawan2 boleh buat makan buka puasa so tak payah makan nasi..jom tengok resepi dan gambar2 yang saya snap ok..

Upma Rava 

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung suji @ semolina
4  1/2 cawan air 
2 labu bawang besar - di dadu halus
1 inci halia - di cincang
3 batang lada hijau dihiris
1 sudu makan - halba tumis (campuran halba, biji sawi, jintan putih/halus -beli di kedai india)
2 tangkai - daun kari
2 sudu makan gula
garam secukup rasa
sedikit minyak masak atau minyak sapi untuk menumis (saya guna minyak masak aje)
2 sudu makan butter - (yang ini saya saja masukkan dalam resepi tak ada)
1/2 cawan gajus yang digoreng


Cara:
1. Tepung Suji @ Semolina di sangai dalam kuali dengan api kecil selama 5 minit angkat dan ketepikan
2. Panaskan minyak masak dalam kuali, masukkan campuran halba tumiskan sehingga ia meletop, masukkan pula bawang besar yang didadu. Tumikan agak layu dan berbau harum sahaja, masukkan juga halia cincang dan cili hijau hiris serta daun kari.
3. Tumiskan bahan2 ini sebentar tak perlu garing, terus masukkan air berserta gula dan garam.  Bila air dah mendidih masukkan suji sedikit demi sedikit anggaran 2 sudu hinggalah habis.
4. Kacau sehingga rata dan tidak bergentel dan masakan ini memekat, masukkan pula butter dalam dua sudu makan balik2kan sehingga tidak melekat dikuali masukkan gajus goreng juga dan angkat serta sedia untuk dihidang. 










tumiskan bahan2 sebelum masukkan air..

No comments:

Post a Comment