Sunday, July 12, 2015

Ayam Szechuan Dengan Gajus

Bersiaran sekali lagi di petang Ahad ini saya nak kongsikan resepi Ayam Szechuan dengan Gajus..resepi berasal dari daerah Szechuan, Cina Selatan ini memang sedap dan ramai yang menyukainya..saya juga pernah memasukkan resepi Ayam Szechuan di blog sebelum ini dengan gaya yang berlainan sedikit sila klik DISINI untuk resepi sebelum ini... kali ini saya menggunakan kacang gajus goreng untuk melengkapkan ayam szechuan saya. Bagi yang ingin mencuba masakan ini jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Ayam Szechuan Bergajus

Bahan-Bahan:

3 keping dada ayam - dihiris bites size
10 batang lada kering - dipotong 2 cm cuci dan toskan
1 labu bawang besar - dipotong baji serta leraikan
5 ulas bawang putih - dicincang
2 inci halia - dihiris batang mancis
segemgam gajus - digoreng
4 sudu makan kicap manis - saya guna kicap kipas udang
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
1 camca teh cuka masakan (optional kalau x suka x perlu masukkan)
2 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan 1/2 cawan air
sedikit daun bawang untuk hiasan
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, gorengkan lada kering yang dipotong sebentar sahaja jangan sampai hangus nanti pahit, ketepikan.
2. Baki minyak tadi tumiskan bawang putih cincang hingga berbau harum, masukkan pula halia dan juga ayam biarkan ayam keluarkan airnya sambil balik2kan. Masukkan pula kicap dan diikuti dengan oyster sos.
2. Masukkan pula bawang besar yang dipotong baji balik2kan masukkan juga bancuhan tepung jagung masak sehingga ayam empuk. Masakan ini agak kering dan tidak berkuah. Masukkan pula minyak bijan dan lada kering goreng tadi akhir sekali masukkan gajus goreng. Hidangkan dengan hiaskan dengan sedikit daun bawang hiris. Hidangkan bersama nasi panas..sedap cubalah.






4 comments:

  1. Saya suka lauk ini. Biasa makan di Restoran Halal Cina. memang lazat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun gemar masakan ala cina jadinya belajar untuk buat sendiri..sebabnya nak cari Restoran Cina Muslim memang susahkan lagi pun harganya boleh tahan..

      Delete
  2. Replies
    1. Selamat Hari Raya..terima kasih kerana sudi blogwalking disini...

      Delete