Tuesday, July 28, 2015

Petai Masak Santan Dengan Ikan Bilis

Assalamualaikum salam Selasa untuk rakan-rakan dan pengunjung ZLC semua..,masih dalam mood raya ya..hari ini masuk  12 syawal..tentu ramai antara kita dapat undangan ke rumah terbuka..kadang2 sampai 2 hingga 3 rumah yang mengundang dan ada kalanya lebih dari itu kan. Lebih-lebih lagi di hujung minggu ramai yang ambil kesempatan untuk buat rumah terbuka dan mengundang sanak saudara serta rakan taulan untuk meraikan hari raya.

Maklumlah bila duduk di bandar dan di desa juga kadang  tak semua masa kita berada di rumah kalau sibuk bekerja dan macam-macam benda yang nak kita laku so amik satu hari yang sesuai dan buat rumah terbuka.  Saya setakat ini ada juga berziarah raya ke rumah adik beradik dan makcik..rumah terbuka baru sebuah rumah dan ada yang tak sempat saya pergi kerana ada kerja. Hujung minggu ni pun dah ada undangan mula dari hari khamis, jumaat dan sabtu..hari ahad depan pula pejabat saya nak buat potluck raya so makan lagi la aje kerjanya..

Walaubagaimana pun bila kita memenuhi undangan rumah terbuka ini tujuan utamanya ialah untuk bermaafan sempena hari raya dan juga mengeratkan siratulrahim..makan-makan tu jatuh no 2 so makanlah berpada dan sekadar yang kita mampu kalau berlebihan nanti buruk padahnyakan kawan-kawan..peringatan terutamanya buat diri saya sendiri..dan jangan lupa jaga kesihatan di samping banyakkan minum air masak..maklumlah di musim-musim raya ni kita dihidangkan dengan makanan yang berprofil tinggi semuanya bersantan..daging..ayam segalakan..kueh muehnya dan air minuman pun semua manis-manis belaka..jadinya beringat-ingatlah ya..kerana mencegah itu lebih baik dari merawat..

Ok panjang pulak cerita saya tentang rumah terbuka ek..mesti penat kawan2 baca so kita terus lah ke resepi hari ini dah lamakan saya tak masukkan entry. Ini resepi tadi subuh sebab nak bawak bekal sikit ke tempat kerja saya masaklah lauk ni pepagi lagi..kalau dapat lauk petai macam ni dah x yah lauk lain lagi..memang sedap tau kawan2..jom kita tengok resepi mudah di bawah

Petai Masak Santan Dengan Ikan Bilis

Bahan-Bahan:

4 atau 5 papan petai di buang kulit dan bersihkan
1 gemgam ikan bilis bersihkan - di renyah (di tumbuk kasar tak perlu halus)
10 - 12 biji cili padi - ditumbuk kasar (nak pedas sila tambah)
2 labu bawang besar - dihiris nipis (sebahagian di tumbuk kasar)
3 ulas bawang putih - di tumbuk kasar
250 ml pati santan
1 keping asam gelugor di rendam sebentar
sedikit sahaja garam
dan sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Masukkan sedikit minyak dalam periuk atau kuali, tumiskan bawang dan cili padi yang di tumbuk kasar hingga berbau harum dan layu sahaja..
2. Masukkan ikan bilis dan balik2kan masukkan pula pati santan. Kacau selalu jangan pecah santan..
3. Masukkan asam gelugor dan perisakan dengan sedikit garam.
4. Siap masak dan hidangkan dengan nasi putih..sedap cubalah.



No comments:

Post a Comment