Thursday, November 12, 2015

Pop Corn...jom belajar buat pop corn..

Color agak pale tp sedap pop corn ni lemak2 manis..
Assalamualaikum..salam khamis untuk pegunjung ZLC yang saya sayangi..hari ni nak kongsikan satu resepi kudapan yang sangat mudah di buat simple dan sedap untuk di buat kudapan atau cemilan semasa menonton tv atau bagi jer ke anak2 kecil semangkuk besar sekejap ajer dah selesai..senang jugak nak buat pop corn ni rupanya..tq to ofismate saya Cik Fazleen yang ajar saya buat pop corn yang mudah ini so saya share pula untuk kawan2 ok...boleh tengok pic di bawah proses buat pop corn okehhh..

POP CORN

Bahan-Bahan:

Jagung pop corn - 1/2 cawan
majerin - 1/2 cawan (sama paras gan jagung)
gula pasir secukupnya untuk buat caremel - tapi saya buat color dia x brapa caramel muda jer
1 sudu makan majerin untuk masuk dalam caramel..

Cara:

1. Panaskan 1/2 cawan majerin ke dalam kuali dengan api yang kecil
2. Biarkan majerin mendidih kacau sedikit dengan sudip
3. Masukkan jagung pop corn sama paras dengan majerin ok..jangan lebih jagungna
4. Tutupkan kuali dengan penudung kukus. Bila kita dengar pop corn dah mula
melompat2 dalam kuali goyang2kan sedikit kuali. Ini utk pastikan semua jagung pop corn menjadi bertih jagung ya. Bila dah tak ada bunyi boleh buka penudung dan pop corn yang dah jadi salinkan ke dalam bekas atau mangkuk.
5. Untuk buat caramel. Masukkan gula pasir lebih kurang 5 - 6 sudu makan ke dalam kuali gunakan api yang kecil sahaja, gunakan sudip untuk kacau gula sehingga ia jadi caramel saya buat sekadar gula cair dan warna caramel nya kuning muda sahaja x berapa nak gold. masukkan 1 sudu makan majerin kacau sedikit dengan sudip dan terus padamkan api.
6. Masukkan pop corn tadi ke dalam caramel dan balik2kan hingga rata. Bila dah rata boleh terus di simpan dalam bekas kedap udara.  Sedap tau..pop corn nie ada rasa lemak2 masin dari majerin dan manis2 gula..sedar makan semangkuk dah habis..

panaskan majerin dalam kuali
masukkan jagung separas majerin
tutupkan dengan tudung kukus
bila dah xder bunyi meletup2 dlm kuali semua pop corn dan kembang salinkan dalm bekas or periuk
proses untuk buat caramel masukkan gula pasir..kacau2 gan sudip hingga kuning n cair masukkan majerin  pic gula cair xsmpat snap pulak...terus padam api ok
masukkan pop corn dalam caramel dan balik2kan hingga rata..siap untuk dinikmati pop corn yg sedap ni..












Murtabak Maggie Mudah dan Sedap


Salam semua...resepi kedua saya untuk hari ini saya nak kongsikan dengan kawan2 semua resepi yang agak mudah sebab bahan-bahan nak membuatnya semua ada di rumah..tinggal rajin dengan tidak aje untuk membuatnya..Murtabak Maggie atau mee segera ini sesuai untuk di buat sarapan atau minum petang..atau nak makan malam pun boleh jugak..sukati ajer lah kan.. sebenarnya buat murtabak ini bukan sahaja mudah tapi boleh dapat banyak hanyak dengan 2 peket maggie kari saya dapat 1 keping murtabak besar sebab mula2 saya goreng dalam nonstick pan 1/2 bahagian dan lagi satu saya buat 3 keping yang sederhana..banyakkan.. Jom la kita tengok resepi di bawah ini ya makan panas2 gan sos chili thai memang mablessss tau uoll.. time cuti sekolah dan hujan-hujan2 macam ni masti anak2 suka kan..
ni yg size separuh adunan murtabak saya lbih sukat yang di atas kecil sedikit

Murtabak Maggie

Bahan-Bahan:

2 peket maggie kari - di celur dan toskan air nya
1 keping dada ayam yang telah digoreng - potong kecil (boleh juga masukkan sosej, crabstick, atau daging cincang atau daging burger ke apa2 pun boleh)
1/2 batang carrot - dipotong dadu kecil
1 labu bawang besar - di dadu
1 pohon daun sup - di hiris halus
2 biji cili merah - dihiris
7 biji telur ayam - gred B ke C boleh
2 peket rempah kari maggie (boleh guna dua2 sekali - klau taknak guna satu aje tp x kick nnti)
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk ayam pasti sedap - optional
dan sedikit sahaja garam.
sedikit minyak masak untuk masak murtabak.

Cara:

1. Mula-mula celurkan maggie - toskan airnya. telur ayam dipukul dengan garfu atau whisker masukkan sekali rempah kari maggie, serbuk lada sulah , serbuk ayam pasti sedap dan sedikit sahaja garam. Kocok @ pukul telur dan bahan rempah hingga bergaul rata.
2. Masukkan ayam yang dihiris, bawang besar potong dadu, daun sup hiris, dan cili merah hiris.
3. Untuk mengoreng murtabak maggie ambil maggie yang di celur sebahagian atau ikut size yang kita nak masuk dalam mangkuk masukkan bancuhan telur tadi sebahagian juga..gaul rata. masukkan dalam nonstick pan yang telah diletakkan sedikit minyak masak.
4. Goreng kedua2 bahagian dan tekan2 sedikit hingga keperangan dan masak. Hidangkan panas bersama sos cili atau sos pilihan anda..sedap cubalah..






Wednesday, November 11, 2015

Daging Kambing Masak Sedap..hahaha tak tau nk bagi nama apa..


Assalamualaikum...salam rabu buat semua pengunjung ZLC yang saya kasihi..hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua satu resepi masakan kambing yang sedap oleh kerana saya tidak ada idea nak bagi nama apa pada masakan ini jadi saya letak aje resepi Daging Kambing Masak Sedap sebabnya memang sedap pun tau rasa lauk daging kambing ini yang sesuai di makan bersama roti atau juga dengan nasi..tapi semalam saya makan dengan butter rice memang ngamlah pulak..ok jom kita terus ke resepi di bawah ini..lauk ini agak lengkap bersama sayuran dan kentang kentang jadinya kalau tak rajin masak lauk sampingan lain pun takper dan cukup sesuai di makan dengan sejenis lauk ni sahaja kalau ada salad atau pencuk boleh dihidangkan bersama..selamat mencuba ok..

Daging Kambing Masak Sedap

Bahan-Bahan:

1 kg - Daging Kambing - boleh guna mana2 bahagian saya guna lamb shoulder chop sebab ada lemak2 dia sikit
3 labu bawang besar - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
1 sudu makan lada sulah
4 sudu makan kicap lemak manis
3 sudu makan sos tiram
4 biji kentang - di belah 4
3 batang karet - dipotong tongkol
1 buku keledek jingga - di potong seperti kentang (saya letakkan keledek sebab rasanya manis)
10 batang cili padi - utk di campak sahaja ke dalam lauk
2 labu bawang besar yang sederhana belah baji 4 utk masuk dalam lauk
gula dan garam secukup rasa
air secukupnya - angar2 sahaja sebab lauk ni tak perlu banyak air bukan seperti sup.

Cara:

1. Daging dicuci dan toskan..masukkan dalam periuk perapkan bersama bawang besar, bawang putih dan halia yang di kisar, masukkan sekali lada sulah kicap manis serta oyster sos dan sedikit gula perapkan lebih kurang setengah hingga satu jam.
2. Bila dah perap masukkan atas setakat menutupi paras daging sahaja dan boleh dilebihkan sedikit.
Masak daging dengan api sederhana di balikkan sesekali hingga daging kambing empuk.
3. Masukkan pula karet kentang dan keledek. Kalau perlu tambah air tambahkan sedikit lagi air x perlu banyak. Bila kentang, keledek dan karet lembut masukkan cili padi dan bawang besar yang di potong empat tadi dan masukkan sedikit garam. Rasakan kesesuaian rasanya dan bila dah siap masak hidang bersama nasi atau pun roti..saya makan bersama nasi butter..sedap..cubalah kawan2.

butter rice sedap makan dengan lauk kambing ni..




Thursday, November 5, 2015

Epok-Epok Sardin..



Salam untuk semua pengunjung ZLC yang saya sayangi semoga anda semua sihat dan ceria dalam menjalankan tugasan harian. dah minum petang ke belum..kalau belum dan baru merancang nak minum petang jom makan epok2 sardin yang rapuh dan garing ini..bila dapat buat sendiri memanglah terasa syok makan yang panas2 dan penuh intinya tak la terasa bergoyang2 inti bila kita membeli epok2..kalau dapat buat sendiri boleh juga di frozenkan dan bila nak makan goreng sahaja..Jom la kita lihat resepi mudah di bawah ini ok..


Epok-Epok Sardin

Bahan-Bahan:

Untuk Kulit@Pastri

600 gram tepung gandum di ayak
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar majerin
3/4 cawan air sejuk yang dicampur dengan 1/2 sudu teh garam

Bahan untuk Inti Sardin

1 tin besar sardin - buang airnya
2 labu bawang besar - didadu
5 ulas bawang putih - dicincang
2 batang lada merah - dihiris
1/2  camca teh serbuk lada sulah
2 biji limau

Cara:

1. Mula-mula sediakan adunan kulit epok-epok, panaskan 1/2 cawan minyak bersama 2 sudu besar majerin.  Bila minyak dan mejerin dah panas dan berbuih padamkan api. Buatkan lubang di tengah tepung dan masukkan minyak dan mejerin panas, tadi gaul dengan sudu atau garfu.  jangan gunakan tangan semasa proses ini kerana tangan akan melecur.
2. Bila dah agak suam gaul seperti kita membuat breadcrumb dan masukkan air sejuk yang di gaulkan dengan garam sedikit demi sedikit. Mula menguli sehingga adunan pastri sebati dan elastik. bergumpal menjadi satu dan tidak melekat di tangan. Air tu agak-agak kalau dh cukup x perlu abiskan.
3. Rehatkan adunan selama setengah jam sebelum proses membentuk epok2 boleh juga di buat kan bebola kecil dan rehatkan adunan pastri sebentar.
4. untuk menyediakan inti sardin. Sardin yang di buang sosnya di lenyek sedikit dengan garfu, masukkan kedalam kuali atau non stick pan dan balik2kan sebentar. saya tak guna minyak pun. masukkan juga bawang besar yang di dadu, bawang putih yang dicincang dan serbuk lada putih. Bila dah bergaul rata masukkan perahan jus limau kasturi dan sedikit sahaja garam. Alihkan dalam mangkuk dan sejukkan sebentar sebelum digunakan,
5. Untuk sediakan epok-epok ambil adunan pastri sebesar guli dan gelekkan sehingga nipis. Masukkan sesudu penuh inti sardin atau secukupnya. dan tangkupkan dua serta kelim di tepi epok2.
6. Epok-epok boleh di buat bentuk bulan sabit atau bulat.  Saya buat dua2 bentuk. Bila dah siap kesemua epok-epok tadi bolehlah di goreng dengan minyak masak. Mula-mula api nya besar dahulu dan bila dah masukkan epok-epok terus kecil kan atau sederhanakan api. Goreng sehingga keperangan dan ranggup. Angkat dan letak ke dalam penapis.  Hidangkan semasa panas.

epok2 bentuk bulan sabit tapi saya kelim x brapa cantik
adunan yang dibulat2kan dan direhatkan sebentar

Inti sardin balik2kan dalam non stick pan x payah guna minyak

tengok kulitnya rapuh aje kan,,
buat sendiri boleh letak inti banyak2..hihihi

yang ini saje saya bentukkan bulat







Tuesday, November 3, 2015

Sotong Rex Belado..

Salam semua..apa kabar kawan2.. hari ini macam cerah aje langit pun dah makin nampak awan membiru..alhamdulillah kurang sikit jerubu.  Jadinya dengan udara yang lebih segar ni nampaknya kesihatan lebih elok dan banyak aktiviti yang boleh kita lakukan.  Kalau pergi berjoging atau buat riadah ringgan di petang hari baguskan..poco-poco ke berzumba ker..amboiiii saya ni macam2 pulak ek..berangan ajer lah hari  bekerja mana boleh buat aktiviti macam tu kan..lain lah kalau hari tak bekerja itu pun asik la dengan acara mengukur jalan..seperti window shopping dan jjcm..hihihi ada2 ajer kan..

Oklah kita tinggalkan angan2 untuk beriadah ala2 minah jenin tu jom lah kita tengok resepi yang saya nak kongsikan pada hari ini..sebenarnya sotong rex atau sotong dalam tin ni memang sedap tau kawan2 harganya pun memang mahal jugak sekarang ni setin dalam 11 - 12 hinggit lebih.  Kalau time murah ada sale dapat la dalam RM8.90 setin..masa tu kalau jumpa belilah 2 - 3 tin buat stok kat rumah. Anak buah saya Iqin sebenarnya suka sangat makan sotong rex nie so atas permintaan Iqin saya masaklah belado..sedap tau kawan2 makan gan nasi panas tak yah lauk lain pun xper..jom kita tengok resepi di bawah:


Sotong Rex Berlado

Bahan-Bahan:

1 tin Sotong dalam tin jenama Rex - potong kecil atau sedang (airnya jangan di buang)
5 batang cili merah hidup*
2 labu bawang besar - hiris*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
sekeping asam gelugor - direndam sebentar
secukupnya minyak untuk menumis
sedikit sahaja garam

Cara:

1. Tumbuk kasar bahan2 yang bertanda*Cili Merah, Bawang besar, bawang putih, dan halia
kalau malas tumbuk boleh juga di belender kering tapi jangan halus ya - macam saya blender aje
2. Panaskan secukupnya minyak dalam kuali, tumiskan bahan2 yang kita tumbuk atau blender kasar tadi. sehingga naik minyak dan agak masak cantik, Masukkan pula air sotong tadi. Balik2kan.
3. Masukkan sotong serta asam gelugor yang direndam. serta perasakan dengan sedikit sahaja garam sebab sotong dalam tin dan berperasa.
4. Masak sehingga lauk berlada ini agak sedikit kering. Kalau nak berkuah sedikit boleh masukkan air dalam setengah cawan. Balik2 bila dah masak padamkan api..sedia untuk dihidang bersama nasi panas. cubalah..sedap tau kawan2.

ini la gambor sotong rex dalam tin - gambor ehsan en google

Monday, November 2, 2015

Cheesekut.. guna biskut cream cracker..

Assalamualaikum..dan salam hari isnin..cakk dah bulan November pun cepat betul masa berlalukan.  Hari ini  cuma nak kongsikan resepi yang ramai orang dah buat cuma saya aje baru membuatnya minggu lepas..dah lama sebenarnya teringin nak buat cheesekut ni..emmm memang sedap tau kawan2 sebab tu ramai yang dah mencubanya kali ini saya pulak ya punya giliran walaupun selalu ketinggalan keretapi bak kata orang.. saya tetap ingin mencuba..jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.

CHEESEKUT

Bahan-Bahan:

1 pek Biskut Cream Cracker - saya guna brand Hup Seng (kurangkan 10-12 kpg sbb sebungkus tu bnyk sgt)
300 gram cream cheese - saya gunakan brand Turtura
1/4 tin susu pekat manis - kalau nak manis lebihkan (saya suka mcm ni just nice)
1 kotak susu segar - keluarkan 1/4 kotak utk celupkan biskut
sedikit serbuk milo - untuk tabur di atas

Cara:

1. Mula2 putarkan cream cheese bersama susu manis hingga kembang dan gebu dan seterusnya masukkan susu segar. Boleh ikut cara saya masukkan ke tiga2 bahan ini dalam blender dan kisar sehingga halus tp gunakan blender yang tak pedas yer..
2. Langkah kedua celupkan kepingan biskut cream cracker ke dalam susu segar. Aturkan ke dalam bekas atau tuperware. setelah disusun biskut pada lapisan pertama sudukan adunan cream cheese td hingga rata dan menutupi biskut. Ulang proses di atas sehingga cream cheese abis dan akhir sekali tabur pada permukaan atasnya milo.  Sejukkan sekurang2nya 5 jam atau lebih..boleh di potong atau makan guna sudu sahaja pun boleh.  sedap dimakan sejuk.
* selain dari tabur atas cheesekut ini dengan serbuk milo boleh juga di tabur dengan Nestum.

bahan-bahan yang diperlukan untuk buat cheeskut

celupkan biskut dalam susu segar sekejap jer di kedua belah

susun di dalam bekas loyang atau tupperware yang sesuai

cream chesse yang diblender - lupa pulak ambil gambar semas penuh dh abis guna baru teringat..


bila dah siap melapis biskut dengan cream cheese atas nya bolehlah di tabur sedikit milo serbuk

ini yang di potong gambar x brapa cantik..siap untuk di ngapp..hii