Thursday, November 5, 2015

Epok-Epok Sardin..



Salam untuk semua pengunjung ZLC yang saya sayangi semoga anda semua sihat dan ceria dalam menjalankan tugasan harian. dah minum petang ke belum..kalau belum dan baru merancang nak minum petang jom makan epok2 sardin yang rapuh dan garing ini..bila dapat buat sendiri memanglah terasa syok makan yang panas2 dan penuh intinya tak la terasa bergoyang2 inti bila kita membeli epok2..kalau dapat buat sendiri boleh juga di frozenkan dan bila nak makan goreng sahaja..Jom la kita lihat resepi mudah di bawah ini ok..


Epok-Epok Sardin

Bahan-Bahan:

Untuk Kulit@Pastri

600 gram tepung gandum di ayak
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar majerin
3/4 cawan air sejuk yang dicampur dengan 1/2 sudu teh garam

Bahan untuk Inti Sardin

1 tin besar sardin - buang airnya
2 labu bawang besar - didadu
5 ulas bawang putih - dicincang
2 batang lada merah - dihiris
1/2  camca teh serbuk lada sulah
2 biji limau

Cara:

1. Mula-mula sediakan adunan kulit epok-epok, panaskan 1/2 cawan minyak bersama 2 sudu besar majerin.  Bila minyak dan mejerin dah panas dan berbuih padamkan api. Buatkan lubang di tengah tepung dan masukkan minyak dan mejerin panas, tadi gaul dengan sudu atau garfu.  jangan gunakan tangan semasa proses ini kerana tangan akan melecur.
2. Bila dah agak suam gaul seperti kita membuat breadcrumb dan masukkan air sejuk yang di gaulkan dengan garam sedikit demi sedikit. Mula menguli sehingga adunan pastri sebati dan elastik. bergumpal menjadi satu dan tidak melekat di tangan. Air tu agak-agak kalau dh cukup x perlu abiskan.
3. Rehatkan adunan selama setengah jam sebelum proses membentuk epok2 boleh juga di buat kan bebola kecil dan rehatkan adunan pastri sebentar.
4. untuk menyediakan inti sardin. Sardin yang di buang sosnya di lenyek sedikit dengan garfu, masukkan kedalam kuali atau non stick pan dan balik2kan sebentar. saya tak guna minyak pun. masukkan juga bawang besar yang di dadu, bawang putih yang dicincang dan serbuk lada putih. Bila dah bergaul rata masukkan perahan jus limau kasturi dan sedikit sahaja garam. Alihkan dalam mangkuk dan sejukkan sebentar sebelum digunakan,
5. Untuk sediakan epok-epok ambil adunan pastri sebesar guli dan gelekkan sehingga nipis. Masukkan sesudu penuh inti sardin atau secukupnya. dan tangkupkan dua serta kelim di tepi epok2.
6. Epok-epok boleh di buat bentuk bulan sabit atau bulat.  Saya buat dua2 bentuk. Bila dah siap kesemua epok-epok tadi bolehlah di goreng dengan minyak masak. Mula-mula api nya besar dahulu dan bila dah masukkan epok-epok terus kecil kan atau sederhanakan api. Goreng sehingga keperangan dan ranggup. Angkat dan letak ke dalam penapis.  Hidangkan semasa panas.

epok2 bentuk bulan sabit tapi saya kelim x brapa cantik
adunan yang dibulat2kan dan direhatkan sebentar

Inti sardin balik2kan dalam non stick pan x payah guna minyak

tengok kulitnya rapuh aje kan,,
buat sendiri boleh letak inti banyak2..hihihi

yang ini saje saya bentukkan bulat







No comments:

Post a Comment