Tuesday, November 3, 2015

Sotong Rex Belado..

Salam semua..apa kabar kawan2.. hari ini macam cerah aje langit pun dah makin nampak awan membiru..alhamdulillah kurang sikit jerubu.  Jadinya dengan udara yang lebih segar ni nampaknya kesihatan lebih elok dan banyak aktiviti yang boleh kita lakukan.  Kalau pergi berjoging atau buat riadah ringgan di petang hari baguskan..poco-poco ke berzumba ker..amboiiii saya ni macam2 pulak ek..berangan ajer lah hari  bekerja mana boleh buat aktiviti macam tu kan..lain lah kalau hari tak bekerja itu pun asik la dengan acara mengukur jalan..seperti window shopping dan jjcm..hihihi ada2 ajer kan..

Oklah kita tinggalkan angan2 untuk beriadah ala2 minah jenin tu jom lah kita tengok resepi yang saya nak kongsikan pada hari ini..sebenarnya sotong rex atau sotong dalam tin ni memang sedap tau kawan2 harganya pun memang mahal jugak sekarang ni setin dalam 11 - 12 hinggit lebih.  Kalau time murah ada sale dapat la dalam RM8.90 setin..masa tu kalau jumpa belilah 2 - 3 tin buat stok kat rumah. Anak buah saya Iqin sebenarnya suka sangat makan sotong rex nie so atas permintaan Iqin saya masaklah belado..sedap tau kawan2 makan gan nasi panas tak yah lauk lain pun xper..jom kita tengok resepi di bawah:


Sotong Rex Berlado

Bahan-Bahan:

1 tin Sotong dalam tin jenama Rex - potong kecil atau sedang (airnya jangan di buang)
5 batang cili merah hidup*
2 labu bawang besar - hiris*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
sekeping asam gelugor - direndam sebentar
secukupnya minyak untuk menumis
sedikit sahaja garam

Cara:

1. Tumbuk kasar bahan2 yang bertanda*Cili Merah, Bawang besar, bawang putih, dan halia
kalau malas tumbuk boleh juga di belender kering tapi jangan halus ya - macam saya blender aje
2. Panaskan secukupnya minyak dalam kuali, tumiskan bahan2 yang kita tumbuk atau blender kasar tadi. sehingga naik minyak dan agak masak cantik, Masukkan pula air sotong tadi. Balik2kan.
3. Masukkan sotong serta asam gelugor yang direndam. serta perasakan dengan sedikit sahaja garam sebab sotong dalam tin dan berperasa.
4. Masak sehingga lauk berlada ini agak sedikit kering. Kalau nak berkuah sedikit boleh masukkan air dalam setengah cawan. Balik2 bila dah masak padamkan api..sedia untuk dihidang bersama nasi panas. cubalah..sedap tau kawan2.

ini la gambor sotong rex dalam tin - gambor ehsan en google

No comments:

Post a Comment