Tuesday, December 22, 2015

Roti Bun Manis a.k.a Roti Naik sama lah tu..


Assalamualaikum dan selamat petang untuk semua pengunjung ZLC..dah lama jugak saya tak buat roti naik kan..rasanya dah berbulan lamanya.  Bila ada permintaan dari kakak saya milah suruh buat roti naik saya pun on lah projek buat roti naik pada Jumaat lepas.. Sebenarnya untuk membuat roti naik gunakan resepi yang selalu buat ni memang sangat mudah dan ringkas sebab kita tak perlu berhempas pulas untuk menguli doh roti cukup sekadar buat adunan ala-ala cekodok gaul-gaul semua bahan dengan lemah lembut aje sebab saya tak menguli pun tapi menjadi gak roti bun manis saya ni.  Sebenarnya saya maniskan sedikit adunan roti ni..saje suka nak terasa manis dan kalau makan gitu aje bila baru di bakar memang sangat ohsem lah orang kata..nak lagi sedap sapukan sedikit butter semasa makan panas2 tu...pehhh x sedar 3..4 ketul makan..agaknya saya dan akak-akak saya memang sukakan roti manis nie makan panas-panas jadi keluar aje dari oven dengan aromanya yang harum semerbak di dapur tu  yang tak sempat tunggu sejuk lagi.. Jom kita tengok resepi mudah di bawah..sebelum nie dah banyak juga resepi roti naik yang saya letak tapi kali ini masukkan jugak sebabnya bun manis kali ini lebih lembut dan sedap kot...muahahaha perasan pulak saya ya..kaler dia aje yang agak terlebih jingga..@orange la tu..


Roti Bun Manis..

Bahan-Bahan:

1 kg tepung gandum - di ayak
1 peket yis kering - 11 gram
100 gram gula pasir
3 sudu makan butter/majerin
1 biji telur - size A - pukul sedikit
1/2 cawan air suam
3/4 tin susu pekat manis  (susu pekat manis di campurkan dengan air suam 1 1/2 cawan kacau rata dan masukkan juga pewarna makanan kuning)
1/2 camca teh garam
sedikit pewarna esen kuning
1/2 cawan minyak masak - untuk di letak atas adunan doh yang siap di adun.
sedikit butter / majerin untuk griskan pada loyang dan
glis di atas bun setelah di bakar.

Cara:

1. Mula-mula hidupkan yis dengan campurkan yis kering bersama 1/2 cawan air suam dan sedikit gula 1-2 sudu gaul rata dan biarkan yis naik selama 10 minit.
2. Masukkan tepung yang di ayak ke dalam mangkuk pengadun masukkan juga butter dan gula pasir serta garam, gaulkan rata menjadi seperti serbuk roti, Buatkan lubang di tengah dan masukkan bancuhan yis yang telah naik tadi. Masukkan juga telur yang di pukul manja gaul dengan tangan. sambil masukkan air bancuhan susu pekat sedikit demi sedikit.
3. Gaulkan rata aduan tak perlu di uli kuat asal bergaul rata dan tak melekat di tangan. Bila dah terbentuk sebuku besar tu..curahkan 1/2 cawan minyak masak di atas adunan doh tadi. tujuan letak minyak ni untuk senang bentukkan roti. Rehatkan adunan doh selama 45 minit.
4. Bila doh dah direhatkan selama 45 dia akan naik sedikit.  Untuk bentukkan roti ambil doh lebih kurang sebesar bola ping pong atau lebih sedikit..uli sedikit di tapak tangan dan kemudian kita bentukkan bulat susunkan doh yang di bentuk bulat tadi dalam loyang yang telah digriskan dengan butter atau majerin. Buat sehingga habis.  Adunan ini boleh dapat 2 loyang bergantung pada loyang kita  kalau kecil dapat 3 loyang.
5. Rehatkan adunan doh yang dibentuk tadi sekurangnya 20 minit atau 30 minit dia akan naik sekali lagi. Bakar pada suhu 180'C 45 minit atau sehingga roti masak ok bergantung oven masing2.  Bila dah masak keluarkan dari oven terus gliskan di atas roti dengan butter. Roti nie sedap dimakan panas2... juga lembut walaupun di simpan 2..3 hari.  Cubalah ok..sedap tau kawan2.
# warna roti yang saya buat kali ini agak oren atau jingga sebab terlebih pewarna..hihihik..


No comments:

Post a Comment