Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, October 25, 2015

Kek Butter Lembap Perang @Moist Brown Butter Cake

Assalamualaikum salam ahad untuk semua.. hari ini saya nak share dengan anda semua resepi yang agak ringkas iaitu resepi kek butter yang saya buat 2 hari lepas.  Kekadang teringin nak makan kek butter yang dibuat sendiri.  Kek ni bukan jenis yang gebu halus tau kerana ia agak lembap tekstur nya macam ala2 muffin sedikit sebabnya mungkin saya masukkan susu segar di dalam kek ini..tapi rasanya tetap sedap dan kurang manis kerana penggunaan gula perang dalam kek ini sebab itu warnanya juga keperangan...ok selamat mencuba..lain kali kita buat pula kek butter versi lembut dan gebu ok..kan banyak resepi yang boleh kita google aje..berlambak keluarkan..muahahaha..jom tengok resepi..


Kek Butter Lembap Perang

Bahan-Bahan

250 gram butter - saya guna anchor brand
250 gram tepung gandum - diayak
1 sdt baking powder - di ayak bersama tepung gandum
200 gram - gula perang
1/2 cawan susu segar
4 biji telur ayam gred A
1 sdt - esen vanila

Cara:

1. Putar butter dan gula perang hingga gebu dan halus, masukkan telur sebiji demi sebiji
2. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu hingga habis
3. Akhir sekali masukkan esen vanila dan gaul sebati.
4. Alaskan acuan kek 6 x 6 inci dengan kertas minyak yang di griskan dengan sedikit butter
atau boleh gunakan acuan lain yang bersesuaian dan griskan dengan sedikit butter juga.
5. Masukkan adunan kek ke dalam acuan kek ratakan.  Bakar dalam oven yang telah di panaskan
pada suhu 200'c selama 40 minit atau sehingga kek masak.

Thursday, October 22, 2015

Serunding Kelapa Putih - Sesuai makan dengan Nasi Impit

Assalamualaikum..salam khamis buat teman2 dan pengunjung ZLC..apakhabar hari ini semoga ceria dan sihat walaupun cuaca negara kita kurang elok sekarang ini kerana cuaca jerubu yang dah dekat sebulan lebih ni tak pulih-pulih lagi..Musim-musim jerubu ni memang ramai yang megalami ganguan kesihatan seperti batuk, pedih mata, sakit kerongkong, alahan pada kulit dan demam serta penyakit lain juga.. Untuk yang mempunyai anak kecil atau anak bersekolah perlu selalu memantau pergerakan anak-anak untuk tidak bermain atau berada di luar rumah dalam tempoh yang lama...semasa udara tidak sihat ini.  Bagi anak-anak yang dicutikan persekolahan kerana jerubu juga duduk rumah aje lebih elok sambil mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan akhir tahun hampir tiba.. Ok lah berbalik kepada resepi serunding kelapa putih yang ingin saya kongsikan ini merupakan serunding yang digemari oleh arwah abah saya..kalau hari raya mesti nak buatkan serunding kelapa putih ini..makan dengan nasi impit atau ketupat..teringat pula pada arwah abah..Al-Fatihah semoga abah tenang di sana..masuk habuk pulak mata saya ini jom la kita tengok bahan-bahan yang diperlukan seperti di bawah:

Serunding Kelapa Putih

Bahan-Bahan

1 1/2 biji kelapa parut - ambil bahagian putih
segemgam udang kering - di rendam sebentar dan ditumbuk halus
5 ulas bawang merah  - dihiris nipis
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 batang cili hijau  - dihiris serong
2 inci halia muda - dihiris batang mancis
2 batang serai - ambil bahagian pangkal yang muda sahaja dihiris nipis
sedikit garam dan penambah perisa ajinomoto kalau suka

Cara:

1. Masukkan kesemua bahan di atas kedalam kuali, sangaikan sehingga serunding kelapa ringgan dan warnanya jangan terlalu perang ya..gunakan api yang kecil sahaja.
2. Rasakan jika perlu tambah garam..angkat dan hidang bersama nasi himpit..sangat mudahkan..selamat mencuba.






Wednesday, October 21, 2015

Jom buat Cake in a Mug...

Salam semua...dah minum petang belum..kalau terfikir apa yang nak di buat untuk minum petang saya ingin cadangkan cake in mug ini yang sempoi dan mudah nak membuatnya dan hanya perlu di masukkan dalam microwave selama 2 minit saje..jom tengok bahan2 yang diperlukan..


CAKE IN A MUG

Bahan-Bahan:

2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar serbuk koko
4-5 sudu besar susu segar / uht
1 1/2 sudu besar minyak masak/jagung
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur - gred A
Mug yang besar
*optional - boleh add in choc chip atau kekacang almond/cashew nut

Cara:

1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam mug
2. Kacau atau adunkan sehingga sebati dan tidak bergentil
3. Masukkan ke dalam microwave oven selama 2 minit. Jangan bimbang kerana adunan
   kek ini akan naik tinggi
4. Kek dah sedia untuk dimakan begitu sahaja atau kalau nak sedap boleh juga dimakan
    bersama ice cream.


dah gaul rata dan tak bergentel boleh masuk dlm microwave

naik tinggi kek nie




Tuesday, October 20, 2015

Churros...again..

Assalamualaikum..salam untuk semua..setelah lama saya tak menjengah ke sini hari ini saya kembali lagi dengan resepi kudapan atau makanan yang berasal dari Mexico ini.. Kudapan yang digoreng / fritter ini amat mudah untuk di buat dan bahan-bahannya pun tak banyak.  Oleh kerana anak-anak buah saya gemar kepada churros ini saya pun on la projek menchurros pada petang semalam.  Saya sebenarnya pernah juga masukkan resepi churros sebelum ini dalam blog tapi saya masukkan sekali lagi kerana x perlu menaip panjang-panjang sebab bahannya yang sedikit dan buatnya pun very the easy la kata orang.  Bila saya tengok ada orang yang menjual churros ni secara online dengan harga yang agak mahal iaitu 18 batang bersama sedikit chocolate dipping nya..churros yang sedikit tu aje dah berharga RM15 saya nak cadangkan kalau teringin dan teragak buat ajelah in shaa Allah menjadi punya..untuk kakak saya cik puan Buntat x payah la beli yang mahal tu buat ajer sendiri atau datang la ke rumah nanti hakak buatkan..ok jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan...

Churros
Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air
1 sudu makan besar mentega
1 sudu makan besar gula
sedikit garam
1 biji telur gred A - di pukul sedikit
Minyak masak untuk mengoreng

Chocolate dipping secukupnya - boleh gunakan apa brand hersey ke nutella atau apa2 brand.

Cara:

1. Masukkan air bersama mentega, gula dan garam dalam periuk masakkan sehingga mendidih.
Bila dan mendidih masukkan tepung gandum dan dikacau dengan senduk kayu cepat-cepat hingga bergaul rata.
2. Padamkan api dan masukkan telur yang di pukul/kocok tadi ke dalam adunan tepung. Gaul hingga rata. Adunan akan menjadi lembut. Untuk bentukkan churros ambil piping bag dan masukkan nozel berbentuk bintang. Jika tiada piping bag dan nozel boleh juga gunakan plastik putih. Isikan dengan adunan tadi dan pancitkan anggaran tiga inci dan goreng dalam minyak sederhana panas.
3. Ada dua cara yang boleh di buat terus picitkan adunan churros ke dalam minyak atau kita picitkan atas dulang dulu baru di goreng. Goreng hingga warna kuning keemasan dan angkat serta letakkan di atas tapisan. Hidangkan bersama chocolate dipping bersama teh 'o' panas pasti sedap..cubalah..