Tuesday, March 8, 2016

Stuffed Capsicum @ Capsicum Berinti Daging Cincang Panggang

Assalamualaikum salam selasa buat semua pengunjung ZLC mohon berbanyak maaf kerana saya memang tak sempat bebenor nak ke blog..sebenarnya ada beberapa resepi mudah yang nak saya kongsikan di sini tapi terpaksa saya simpan dahulu.. Bila ada kesempatan memang nak menulis di blog ni..tapi banyak sangat keje2 urgent di pejabat saban minggu dengan saya yang asik bercuti ada majlis lah,,x sihat lah..,muahahaha macam2 alasan saya ek..walaubagaimana pun saya pasti akan cuba menulis ya bila ada kesempatan..In shaa Allah..

Hari ini saya nak share resepi mudah yang saya masak dah beberapa bulan dulu bulan Januari kot..sampai lupa kan...ok lah saya tak mo bercerita panjang kita terus ajelah dengan resepi yang memang sedap di tekak saya ini ok..
Stuffed Capsicum ni agak fresh sbb tak berapa kecut..tapi sedappp garing


Capsicum Berinti Daging Cincang

Bahan-Bahan:

Capsicum - 6 biji yang besar sederhana buangkan tangkai dan biji lada
untuk inti
250 gram - daging cincang (saya  guna jenama Ramly)
1 cawan mix vegetable
1 labu bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - di cincang
1 inci halia di- dicincang
1 camca teh -serbuk pati ayam maggie
1/2 camca teh serbuk lada sulah
sedikit garam
sedikit minyak masak atau minyak zaitun untuk menumis dan memanggang

Cara:

1. Mula-mula panaskan sedikit minyak dalam kualai, tumiskan bawang besar cincang dan bawang putih cincang bersama halia sehingga layu dan berbau harum. Bila dah berbau harum bawang masukkan daging cincang balik2kan dan perisakan dengan sedikit garam, serbuk pati ayam juga serbuk lada sulah masak sehingga daging masak elok tak perlu letak air kalau nak letak sedikit sahaja sebab daging cincang mengeluarkan air. Masukkan pula mix vegetable ke dalam daging dan balik2kan sebentar sahaja tak perlu lama dan bila dah masak sejuk kan dahulu sebelum digunakan.
2. Untuk sediakan Capsicum berinti daging. Ambil Capsicum dan sumbatkan inti yang telah disejukkan tadi hingga penuh dan padat, buat sehingga habis. Panaskan sedikit minyak zaitun atau Evoo dalam non stick pan masuk sedikit air anggaran 1/2 cawan berserta satu camca teh serbuk pati ayam maggie dan sedikit lada sulah  dan sedikit sahaja garam..bila air dah mendidih susunkan capsicum yang kita sumbat inti tadi dan balik2kan ca air akan mengering dan meresap pada capsicum saya buat agak segar sebenarnya, boleh juga masak capsicum ini sehingga agak kecut. Cubalah ya sedap makan dengan nasi atau maka begitu sahaja. sebab lada capsicum ni tak pedas pun.
Jum kita menyumbat lada dengan inti daging

Buangkan tangkai dan biji2 lada ya bersihkan dan lap kering

setelah disumbat inti semuanya boleh la di panggang

Inti daging cincang dengan mix vege

tengok yang satu tu ada yang terkecut di panggang yang lain berkilat kannn,







No comments:

Post a Comment