Assalamualaikum...
Apakhabar sahabat alam maya semua.. hari ini 9 Februari 2020 entah
mimpi apa agaknya semalam saya teragak untuk menjengah ke blog ZLC yang sekian
lama saya tinggalkan..bukan hanya bersawang dan dinaiki lalang yang mengalah
tingginya.. malah hampir reput juga.. huhu.. nasib baik saya masih dapat
membuka kata laluan di Zalekha Luvs Cooking ini.. jadinya dapat juga menulis
barang sepatah dua kata.
Sebenarnya semenjak meninggalkan penceritaan dan mengisi ruangan
maya saya ini dengan resepi ringkas saya memang sangat kurang turun ke
dapur. Hanya sesekali memasak bila ada kesempatan dan kebetulan memang
tiada sesiapa yang menyediakan makanan di rumah. Kebetulan memang ramai
peniaga peniaga di luar sana yang membuat bisnes makanan sama ada di warung,
restoran, kantin mahupun secara online makanya saya lebih memakmurkan lagi
ekonomi sahabat-sahabat yang berniaga. Beli pun yang ala kadar keperluan makan
harian sahaja bukan nak buat jamuan. Jika ada kelapangan hari tak bekerja
barulah saya memasak itu pun masakan yang ringkas sejenis dua sahaja.
Bila usia dan menginjak ke setengah abad ini pengambilan makanan juga perlu
dijaga bukan boleh dimakan ikut suka atau ikut selera seperti zaman muda
dahulu. Kalau boleh kurangkan makanan yang manis dan berkabohidrat yang
tinggi dan lebihkan pengambilan protin, sayuran dan serat serta lebihkan minum
air kosong.
Oleh kerana sekarang ini musim macam macam penyakit yang timbul
kita semua perlu berhati hati dalam mengambil makanan serta minuman kalau dah sakit
diri sendiri yang perlu merawat, seperti baru baru ini saya demam dekat
seminggu berserta batuk dan sakit tekak yang agak teruk. Seminggu juga
ubatan habis ditelan tapi saya masih lagi kurang merasa sihat. Mahu tak mahu
saya lawankan juga kalau tak memang tak dapat menjalankan tugas harian.
Alhamdulillah kini dah beransur sihat dan semoga saya terus sihat kawan
kawan doakan saya juga ya.
Buat masa ini saya belum berani nak janji untuk menulis atau
memuatkan resepi-resepi ringkas yang ada dalam simpanan hand phone saya.. In
Shaa Allah bila ada kesempatan saya akan cuba juga menulis di sini okeh..
sememangnya rindu sangat nak menulis. Sehingga bertemu di lain entry salam
sayang dari saya
Zalekha Ismail.
saya try recipe kek marble blender akak smlm..sedap n gebu sgt2..tq kak for sharing the simple recipe..
ReplyDelete🥰
ReplyDelete