Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, June 21, 2015

Pancake @ Lempeng Sayuran yang berkhasiat..


Assalamualaikum salam Ramadhan yang ke 4 dan selamat berhujung minggu buat teman2 semua.. cepat sungguh masa berlalu dah 4 hari kita menjalani ibadah puasakan,  Mesti ramai antara surirumah dan ibu2 mencari idea untuk masak apa bagi berbuka puasa setiap hari..kadang hingga jadi buntu dibuatnya kan..tapi bulan puasa ni ramai yang teragak makan itu dan ini..boleh kalau teringin makan apa yang dihajati..tapi berpada2 sebab nanti membazir pula jadinya.  Saya kalau bulan2 puasa ni memang jarang membeli di gerai atau bazar ramadhan selalunya masak aje apa2 yang mudah di rumah.  Macam xder mood pulak nak bercerita sebab puasa kan so kita terus aje ke resepi yang nak saya kongsikan ini iaitu Pancake@Lempeng Sayuran yang lembut dan sedap di makan kosong atau di makan dengan sos cili..boleh di buat masa bukapuasa pun boleh nak makan masa sahur pun boleh..bila2 ajerlah..jom tengok bahan2 di bawah bahan boleh gandakan kalau nak dpt banyak saya tulis untuk setengah adunan sahaja.


Pancake @ Lempeng Sayuran

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung gandum
1/2 batang lobak merah - disagat
1/2 biji sengkuang - disagat
1/2 labu bawang besar - diracik/dadu halus
1 pohon daun sup - hiris halus
2 biji telur
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk pati ayam (chicken granual)
sedikit garam
sedikit EVOO - (extra virgin olive oil)
1 cawan air

Cara:

1.  Satukan tepung bersama sayuran yang disagat lobak merah dan sengkuang tadi masukkan sekali bahan2 lain kecuali air dan evoo, Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau guna whisker hingga rata sahaja.
2.  Panaskan nonstick pan dan renjiskan dengan sedikit evoo,  Letakkan lebih kurang 1 1/2 senduk kecil adunan pancake tadi, balikkan di kedua2 bahagian hingga pancake masak kalau nak garing kan sikit pun boleh.  Hidangkan panas sama ada dengan sos cili atau sedap juga dimakan begitu sahaja.  Cubalah sangat lembut dan sedap pancake ini macam omelette yang lembut..










No comments:

Post a Comment