Assalamualaikum...
Dah masak ke untuk iftar puasa yang ke 11 nie kawan2..pastinya ada yang lebih senang masak awal sedikit jadi pada waktu2 petang dah boleh berehat atau buat keje2 lain kan..tapi saya rasa tak kurang juga ada yang suka memasak pada waktu petang atau hampir waktu nak berbuka dapatlah sajikan masakan yang panas2 untuk berbuka nanti..mana2 pun boleh..tp untuk mereka2 yang bekerja agak kelam kabut juga yer kalau balik dah lambat jalan pulak jem...mana nak kejar masak nasi dan lauk mesti x dan kan..jadinya yang mengambil jalan penyelesaian masak nasi sahaja manakala lauk pauk beli di bazar ramadhan..tu pun x boleh nak selalu2..sebab harga makanan yang siap bermasak di bazar Ramadhan pun boleh tahan mahalkan..
Ok lah saya cuma nak kongsikan resepi lauk atau gulai yang amat popular di sebelah pantai timur dan juga utara ada juga rasanya iaitu Gulai Kawah..lauk yang seakan kari ini menggunakan rempah tersendiri memang sedap bagi mereka yang suka masakan daging ala2 kari dan berkuah. Semasa akak kembar saya che ni dan che no ke Kelantan sebelum bulan puasa hari tu saya ada lah kirim rempah gulai kawah, rempah gulai nasi dagang, rempah kuzi selain ada pesan beras dagang yang berwarna merah dan serunding daging yang menjadi kesukaan saya..emm bnyak betul makanan pantai timur yang saya suka yerr...xperkan..menikmati makanan dari berbagai negeri di Malaysia nie satu kenikmatan mana ada negara2 lain yang mempunyai kepelbagaian dari segi etnik kaum, budaya dan makanan yang pelbagai...bertuah sungguh menjadi rakyat Malaysia sebab bila tiba musim Ramadhan kat bazar ramadhan tu segala sejenis makanan dari seluruh malaysia boleh kita jumpa cuma sediakan fulus sajer..sebut ajer nak pesembor penang ada, laksa utara ada, nasi dagang n nasi kerabu ada, kueh akok ada, gulai tempoyak n pucuk ubi masak tempoyak nogori ada, cukup smua dari utara, pantai timur, barat daya, selatan semua ada...hehehe asik citer makan jer bulan2 puasa nie..makruh lak nnti.. Jom la kita semak resepi mudah di bawah
Gulai Kawah Daging..
Bahan-Bahan:
1 kg daging - dihiris dan rebus hingga empuk dalam periuk tekanan tinggi
400 ml - santan pekat
3 labu bawang besar - di blend halus
5 ulas bawang putih - di blend halus
2 inci halia - di blend halus
seinci lengkuas di memarkan/titik
3 batang serai - dimemarkan titik
5 sudu makan renpah gulai kawah
2 keping asam keping - direndam sebentar
sedikit gula dan sedikit garam sebagai perisa.
Cara:
1. Masukkan daging yang telah direbus empuk bersama air/stok daging sekali dalam periuk, masukkan juga bahan2 yang telah diblend halus bersama serai dan lengkuas yang di memarkan. Masak hingga semua bahan mendidih dan sebati, masukkan juga rempah gulai kawah. Masak dengan api yang sederhana.
2. Masukkan pula santan pekat dan kacau2 selalu supaya kuah tak pecah santan. Masukkan pula asam keping yang direndam bersama gula dan garam. Masak sehingga semua bahan sebati dan mendidih dan kuah gulai kawah ini masak. Padamkan api dan hidangkan bersama nasi putih..sedap cubalah..
Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
Tuesday, July 31, 2012
Monday, July 30, 2012
Ayam Masak Kicap Ala Stew..
Salam..n berjumpa sekali lagi pada hari ini kalau tadi dah ada pencuci mulut atau manisan kali ini saya nak kongsikan lauk ayam yang saya masak untuk berbuka semalam ala2 sempoi jer main campak2 sebab dah xder idea nak masak apa...so jadilah lauk yang ala2 stew tapi berkicap n sedap lah juga di tekak yang tak berapa nak makan pedas sebab berpuasakan sebenarnya kesian kat anak2 buah yang kecil yang berpuasa di rumah tu bila masak yang pedas2 nanti. Ok xder story mory so terus jengah bahan2 yang diperlukan seperti di bawah ok..
Ayam Masak Kicap Ala Stew
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam sedang - dipotong kecil
2 labu bawang besar - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar halus
3/4 cawan kicap lemak manis - saya guna kicap Jalen
1/2 cawan tomato sos
1/2 camcateh sebuk lada hitam - kalau x nak pedas boleh guna serbuk lada putih
3 1/2 cawan air
3 biji tomato - dipotong dadu
5 biji kentang yang sedang - dipotong 4
1 batang carrot - dipotong kiub memanjang
2 biji bawang besar yang kecil di potong baji
2 sudu makan tepung gandum - dibancuh dengan sedikit air
sedikit garam untuk perasa
sedikit daun sup dan daun bawang untuk tabur
sedikit bawang goreng untuk tabur.
Cara:
1. Masukkan bahan2 yang diblender bawang besar, bawang putih dan halia dalam periuk bersama 3 1/2 cawan air, masukkan ayam juga masak sehingga mendidih dan ayam agak empuk.
2. Masukkan pula kicap, sos tomato, serbuk lada hitam dan kentang serta carrot masak sehingga kedua2 sayuran ini lembut atau empuk, masukkan pula bawang besar yang dipotong baji dan tomato buah yang di potong dadu.
3. Apabila ayam dan sayuran mesra masukkan pula tepung gandum yang di bancuh dengan sedikit air masakkan sehingga semua bahan agak mesra dan memekat dan masukkan sedikit garam..jangan letak banyak sebab dah ada kicap. Renihkan dengan api yang kecil sebentar sebelum dipadamkan api. Bila menghidang taburkan dengan daun sup dan daun bawang. Hidangkan bersama nasi putih atau boleh juga kalau nak makan dengan roti perancis..cubalah sedappp..

Caramel Custard...again n again..
Assalamualaikum...
Salam pagi Isnin 10 Ramadhan sekejap sahaja nampaknya dah masuk hari yang kesepuluh dalam bulan Ramadhan..mesti ada yang sedang merancang untuk buat persiapan hari raya yang bakal menjelang nanti..yer lah mana2 yang ada anak2 terutamanya yang masih kecil tentu dah meninjau2 di komplek membeli belah untuk membeli baju dan kasut raya..kalau tak dibeli dari awal atau di saat2 akhir nanti mesti kelam kabut jadinya..begitu juga bagi surirumah tentu ada yang sedang tekun untuk membuat kuih muih terutamanya biskut2 raya bila dah masuk dua minggu berpuasakan.. kalau untuk membuat kek pula tentunya di penghujung Ramadhan..ok lah saya juga yang tak membuat persiapan apa2 baju yang dihantar ke tailor pun katanya xsempat untuk di siapkan untuk hari raya...xper lah saya ini dah kira orang lama xperlulah berbaju baru pakai ajer lah apa2 yang ada baju2 keje..hehehe..
Kalau bercerita pasal persiapan hari raya memang seronok yerlah semangat nak beraya tu dah hampir datang kata orang, lebih2 lagi bila kita ke kompleks membeli belah dah siarkan lagu2 hari raya..tapi saya agak sayu bila kenangkan musim perayaan hari raya..maklumlah saya dah tak ada mak ayah, tapi syukur alhamdulillah masih ada akak2 abg2 n adik2 serta anak2 buah, kalau tak pasti sedihkan..Al-Fatihah untuk arwah kedua ibu bapa saya, pasti menitis air mata tatkala merindui mereka..Ok lah x nak bersedih2 di pagi2 hari begini saya nak kongsikan satu resepi pencuci mulut yang sering saya buat dan rasanya dah dua tiga kali dimasukkan di dalam blog DISINI, DISINI juga tapi pada kali ini saya buat perubahan sedikit sebab tak mahu terlalu manis dan alhamdulillah x brapa manis.. saya juga tidak letak tepung kastad atau tepung jagung masih cantik lembut ajer kejadiannya..ok jom kita tengok resepi mudah di bawah ok..manalah tau ada kawan2 nak cari idea untuk buat berbuka puasa petang nanti.
Caramel Custard
Bahan-Bahan:
5 biji telur ayam
1 tin susu cair - 400ml
4 sudu makan gula pasir
1 camcateh esen vanilla
1/2 cawan air
Untuk Caramel:
1/2 cawan gula Pasir
Cara:
1. Mula2 sediakan caramel dengan cara masakkan 1/2 cawan gula pasir dalam periuk dengan api yang kecil sahaja, bila dah agak keperangan kacau sedikit dengan senduk kayu, padamkan api dan masukkan ke dalam loyang. Atau boleh juga buat seperti saya masukkan gula ke dalam loyang besi /aluminium dan masak di atas api kecil bila gula dah mula mencair dan bertukar warna keperangan sedikit kacaukan..jangan biar sampai gula hangus nanti pahit pulak sejukkan..
2. Dalam sebuah bekas, pukul telur bersama gula dan susu cair. jangan pukul kuat sangat cukup sekadar bercampur dan tidak berbuih masukkan esen vanilla dan juga 1/2 cawan air, gaul rata. Tapiskan adunan telur ke dalam loyang yang ada caramel tadi. Kukuskan selama 1/2 jam.
3. Sejukkan dan keluarkan dalam bekas atau pinggan yang lebih besar dari loyang dengan longgarkan sekelilingnya dengan pisau dan ditelangkupkan...sedap dimakan sejuk..boleh juga dimakan bersama buah2 koktel campuran ataupun peach dalam tin. Selamat mencuba

Sunday, July 29, 2012
Bangkit Kerisik...
Assalamualaikum...
Apa kabar kawan2 semua semoga sentiasa sihat dalam menjalani ibadah puasa..dalam bulan puasa saya jarang dapat mengupdate blog sebenarnya ada juga beberapa resepi yang boleh dikongsikan tetapi oleh kerana agak keletihan bila dah malam tu yang nak menjengah ke blog pun agak payah..maaf yer kawan2 dan pengunjung ZLC semua..saya sayang anda semua tapi masa tak mengizinkan jadinya bulan Ramadhan nie blog pun berpuasa sesekali jer dapat bersiaran..hehehe..
Ok tak boleh nak bercerita panjang2 sebenarnya saya nak kongsikan satu resepi biskut raya yang telah saya buat kira projek mengookies yang pertama la wat tahun ini..saya dah simpan resepi ini yang saya ambil dari Kak Fida di MyResepi sejak tahun lepas lagi tapi xbuat2 juga jdnya baru la dapat di ekperimen kan resepi biskut bangkit kerisik ini yang sangat sedap pada tekak saya sebab ada rasa kelapa kerisek yang lemak dan penggunaan butter yang juga bangkitkan rasa sedap pada cookies ini xbrapa nak manis ngam lah dengan selera saya n yang pentingnya sangat garing. Jom kita semak resepi di bawah ok pada sesiapa yang nak mencubanya utk hari raya atau hadiah pada rakan2 atau mertua...cewahhh mana ada mertua kan..kepada tuan punya resepi kak fida terima kasih banyak2 sebab selalu kongsikan resepi yang sedap2 di My resepi mohon cnp disini pula yer..saya hanya buat setengah adunan dari resepi asal dan boleh dapat dalam 100 keping..
Bangkit Kerisik
Sumber: KakFida MyResepi

- 600 g tepung sagu
- 100 g tepung gandum
- 300 g butter
- 300 g gula tepung/icing
- 150 g kelapa kerisik -(kelapa kering dlm tin di sangar kecoklatan dan kisar halus)
- 2 biji telur
- 1 sk baking powder
- 1 sk coconut essence- saya xder xletak
- 1 sk garam halus
- ceri merah - potong kecil utk hiasan - xletak hiasan pun
Cara-cara
- Kedua2 tepung disangar hingga ringan,sejukkan dan diayak
- Gula dipukul bersama butter hingga rata, masukkan telur satu-persatu dan masukkan coconut essence.
- Seterusnya masukkan kerisik, serta tepung2 dan baking powder sambil diuli hingga sebati.
- Adunan dicanai dan diterap lalu disepit dan hias di tengah2nya dgn ceri merah.
- Bakar dgn suhu 150C selama 15-20 min.
Thursday, July 26, 2012
Pengat Labu...
Assalamualaikum...
Tengah buat apa tu ada yang sedang berfikir apa yang nak di masak untuk berbuka yer...bagi yang bekerja dan tak sempat nak memasak tentu dah merancang2 untuk membeli juadah berbuka di bazar ramadhan tapi bila berbelanja tu perlu berhemah dan berpada2 juga sebab kalau membeli berlebihan nanti ada pulak yang tak habis di makan..sayang pulak makanan yang membazir dan akhirnya terpaksa dibuangkan... saya pun jarang ke bazar ramadhan cuma pada puasa ke 4 tu bila diajak oleh adik sedara saya cikgu su ke bazar saya pun membeli juga dan agak terlebih juga semasa membeli tu siap beli murtabak yang katanya special berharga rm10 tapi agak tak berapa nak best sebab kalau yang dibeli selalunya lembut sedap dan banyak dagingnya tapi yang ini agak keras sedikit n tak berapa nak banyak dagingnya..jadinya makan sedikit sahaja nasib baiklah anak2 buah saya dirumah ramai habis la juga..tu siap beli kuah akok lagi, nampak popiah basah pun beli juga, ayam goreng pun beli dan nampak air dragon fruits beli juga 2 bungkus adoyaiiii memang tak boleh ke bazar ramadhan saya ini semua nampak saya nak dan akhirnya saya makan pengat labu sedap yang dimasak dirumah dan cuma sedikit murtabak..jadinya peringatan untuk saya janganlah mengikut nafsu bila berbelanja..
Ok lah kita tinggalkan dulu cerita berbelanja di bazar ramadhan tu, saya nak kongsi resepi pengat labu yang sangat sedap ini sebab labunya lembut ajer memang sesuai untuk dibuat pengat..Jom kita lihat bahan2 yang diperlukan..
Pengat Labu...
Bahan-Bahan
1 biji labu sederhana - lebih kurang besar tapak tangan di buang kulit dan potong dadu sedang
500 ml santan pekat
1 ketul - gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan sagu biji (jenis yang halus putih)n -bilas dan toskan
air dalam 1 liter
3 helai daun pandan
Cara
1. Labu yang di potong dadu di celur @ rebus dalam air panas mendidih bila dah agak separuh empuk toskan.
2. Masukkan air 1 liter di dalam periuk bersama gula melaka dan gula pasir masak hingga kedua2 gula hancur dan mendidih masukkan pula daun pandan dan biji sagu serta santan.
3. Masukkan juga labu yang telah di rebus separuh empuk tadi. Kacau2kan selalu jangan sampai pecah santan. Masak sehingga labu empuk dan pengat ini akan memekat sedikit Padamkan api dan boleh dihidangkan sejuk atau panas. Sedappp cuba lah..

Tuesday, July 24, 2012
Urap Daun Selom...
Assalamualaikum..
Salam selasa di Ramadhan yang ke 4 ini..sekejap sahaja dah 4 hari kita berpuasa kan..apa kabar kawan2 dan penngunjung ZLC yang saya sayangi..semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan dalam menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh barakah ini...hari ini mood x brapa nak ok..mungkin sebab pagi2 dh ada yang x brapa kena di opis.. dugaan di bulan puasa..xper lah kesilapan teknikal ajer bukannya ada apa2 pun..ok la saya x mau berpuasa dalam mood yang tak berapa nak ok nanti berkurangan pulak pahalanyakan..
Saya dah lama x mengupdate di blog cuma boleh ceritakan sedikit tentang iftar saya dan anak2 buah di rumah selalunya yang masak hari2 pun memang adik saya Bedah saya cuma tolong sikit2 jer kupas2 bawang atau siang2 sayur yang lain2nya saya tolong makan ajer..hehehe hari pertama berbuka dengan Nasi Dagang n gulainya, ayam goreng berempah serta acar sumatera. Kebetulan akak saya Aiti pun berbuka bersama kami..so dia ada bawak Bread Puding with date n raisin yang di makan dengan butterscotch sos lain kali saya nak try buat juga n boleh kongsikan resepinya ok..sorry la x sempat nak amik gambar. selain dari bread puding akak saya bawak juga sotong kangkung pun sedap juga..hari pertama puasa so excited masa berbuka macam anak2 buah saya jugak.. di hari kedua pulak ada Nasi Ayam dengan ayam masak sambal n saya buat sup sayur jer..dan saya pun sempatlah jugak buat karipap@ epok2 yang berinti sardin dan telur tapi pun kali ini macam menyeman pulak kulitnya x brapa cantik tp tetap sedap dan rapuh sebab tu la saya x ambil pun gambar walaupun adik saya bedah kata ambil la gambar boleh masuk dalam blog...huhu lain kali aje la. dan pada hari ketiga pula semalam kami berbuka dengan bakso mee hoon...tu la sahaja serba sedikit cerita iftar d rumah kami..hari ini tak tau pulak berbuka apa...apa2 pun yang lebih penting dalam bulan puasa ini kita haruslah berserdahana dalam semua hal..lebih2 lagi makan apa2 yang ada ajer jangan membazir.
Ok la cukup rasanya cerita tentang berbuka puasa 3 hari, so saya nak kongsi resepi yang mudah yang saya buat malam tadi untuk bersahur iaitu Urap Daun Selom..tapi berlainan sedikit sebab saya goreng rebah bangun??? sebab selalunya orang buat urap sayuran dan bahan perencahnya mentah sahajakan tapi saya goreng dahulu.. opss ada yang x brapa faham apa tu goreng rebah bangun yer..perkataan ini pun saya sendiri tak tau mana asalnya mungkin sebab di goreng terlalu sekejap sahaja iaitu di balik2kan dalam kuali jangan sampai lecur itu yang dinamakan rebah dan bangun - rebah tu macam pengsan - n bangun - segar semula...huhuhu xtau la tu betul ke x??? memandai2 ajer saya nie kan..sebab pernah dengar orang dulu2 cakap macam tu..Jom kita tengok resepi mudah di bawah..
Urap Daun Selom
Bahan-Bahan
1 cekak - daun selom. dibersihkan buang ekor potong anggaran 1/2 cm
1 cawan kelapa parut - putih
4 ulas bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 batang cili merah - ditumbuk halus (kalau nak pedas sedikit boleh juga campur cilipadi)
1 cm kunyit hidup kalau x ada boleh juga letak serbuk kunyit]
2 sudu makan udang kering - rendam sebentar dan ditumbuk halus
garam dan gula secukup rasa
2-3 biji limau kasturi - ambil jusnya
sedikit minyak untuk menumis.
Cara:
1. Mula2 sediakan bahan2 untuk perencah urap, panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bahan2 yang ditumbuk halus dan gorenglah anggar2 pecah minyak dan agak mengaring, masukkan juga garam dan sedikit gula untuk seiimbangkan rasa.
2. Bila bahan2 yang ditumis agak sebati masukkan pula kelapa parut putih balik2kan dan gorengkan sehingga ia separuh kering xperlu sampai kering, masukkan pula daun selom yang telah dihiris tadi. balik2kan sekejap sahaja (rebah bangun - jangan sampai lecur daunnya) dan terus padamkan api.
3. Perahkan jus limau kasturi bagi yang tak suka rasa agak kemasaman letak sedikit sahaja. tapi kalau urap rasa yang agak masam2 manis dan masin memang sedap. Hidangkan bersama nasi putih. sedappp cubalah..

lain kali nak buat versi urap yang mentah xnak goreng.. |

makan sahur x boleh yang pedas2.. |
Friday, July 20, 2012
Salam Ramadhan...
Assalamualaikum...
Salam Jumaat yang penuh barakah buat semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya hormati dan sayangi. Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan bulan seribu rahmat ini saya ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kiranya sepanjang saya menulis di alam maya ini ada menyinggung atau mengores hati mana2 pihak secara tidak sengaja sebagai manusia biasa sesungguh saya juga tidak lepas dari melakukan salah dan silap oleh itu maaf jua yang saya pinta. Semoga Ramadhan kali ini kita semua dapat menjalani ibadah Puasa serta ibadah2 sunat yang lain di bulan yang mulia ini sesempurna mungkin. Akhir kata semoga anda semua dirahmati dan diberkati Allah SWT..Marhaban Ya Ramadhan..
Thursday, July 19, 2012
Sarapan Sebelum Menjelang Ramadhan...
Assalamualaikum n selamat pagi semua, hari ini tak ada resepi yang nak saya kongsikan lagi pun dah lama juga saya tak memasak.. Oleh kerana dah lama sangat tak menjengah di blog kesayangan saya ini jadi untuk mengubati rindu...cewahhhh rindu kat blog pulak, kalau rindu kat kekasih hati ke kekanda yang jauh dimata ke lain la kan...hehehe mengada2 pulak bunyi nyer hari ini...takper lah kan menghiburkan hati sendiri....lalalala sambil bernyanyi2 kecil dalam mood senang hati...sebab tinggal satu hari ajer dah nak berpuasakan..
Aina Arissa dgn baby duckling n mainan dia.. |
Hari ini pepagi lagi saya dah kuar bersarapan bersama adik saya Bedah n anak buah kesayangan saya Aina Arissa.. boleh tahan sedap juga la makanan di medan selera Kempas tu macam2 ada buat ajer pilihan yang berkenan di hati anda nak makan roti canai ke, lontong, nasi lemak, mee rebus, laksa johor dan macam2 lagi la yang ada..Jom la kita tengok sedikit dari gambar yang sempat saya snap tadi..nanti bila ada kelapangan lagi insyaAllah dalam bulan Ramadhan saya akan updatekan apa2 yang boleh di blog ok,,,sehingga bertemu lagi Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat menunaikan ibadah puasa dari saya untuk semua teman2 dan pengunjung2 yang sudi bertandang di Zalekha Luvs Cooking...salam sayang untuk anda semua..
Anak itik tu pun nk mkn juga yer Aina... |
mana roti canai 0 gan gula aina nie x sampai2 org lain dh x sabar nk mamam.. |
Monday, July 16, 2012
Chicken Chop Dengan Sos Lada Hitam
Assalamualaikum...
Salam Isnin untuk semua teman2 dan pengunjung yang saya sayangi...tinggal 4 hari lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan al Mubarak..nampaknya kalau diizinkan sekali lagi kita bertemu dengan bulan yang sangat mulia ini dan berpeluang menjalani ibadah puasa bukan sahaja menahan diri dari lapar dahaga tapi berpeluang juga melakukan solat sunat Terawih yang hanya datang sebulan dalam setahun ...insyaAllah mudah2an semoga kita semua diberikan kekuatan dan kesihatan untuk sama2 merebut peluang untuk beramal ibadah di bulan yang mulia ini.
Ok lah sebenarnya disini saya nak kongsikan resepi yang sangat simple ala2 tak cukup bahan tapi alhamdulillah masih sedap dinikmati dan disukai oleh anak2 buah saya dirumah. Semalam adik saya Bedah ada membuat Chicken Chop dengan Sos Lada Hitam yang dibuat sendiri...sedap rasanya cukup rasa lemak2 pedas lada hitam dan pasti menepati citarasa mereka2 yang suka sos lada hitam yang dimasak sendiri..oleh kerana saya dah minta keizinnan untuk kongsikan resepi ini bersama rakan2 dengan bedah...jomlah kita tengok resepinya...cuma kurang lengkap sikit sebab tak ada kentang goreng dan coleslaw..tp janji sedappp jadi la apa2 yang ada jer..daun2 salad timun dan tomato..hehehe
Bahan-Bahan :
Untuk Ayam - pan grill:
1/2 kg isi kepingan ayam atau banyak yang dikehendaki
2 biji telur dipukul manja dengan sedikit garam
tepung gandum secukupnya.
Untuk Sos Lada Hitam
1 labu bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu makan butter
1 sudu makan lada hitam kasar
air secukupnya - lebih kurang 1 - 11/2cawan
1/2 cawan kicap lemak manis
1/2 cawan susu cair
2 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
sedikit garam
Bahan-bahan sampingan
Daun Salad secukupnya
Hirisan Timun secukupnya
Hirisan Tomato secukupnya
Kentang Goreng secukupnya
Coleslaw secukupnya.
Cara:
1. Mula2 sediakan ayam, hiriskan ayam selebar tapak tangan atau memanjang basuh dan toskan atau lap sedikit dengan paper towel supaya kering
2. Celupkan ayam dengan telur yang dipukul manja tadi dan masukkan pula dalam tepung gandum balik2kan agar rata disaluti tepung, celupkan sekali lagi dalam telur dan akhiri dengan dicelupkan dalam tepung.
3. Panaskan sedikit sahaja minyak dalam nonstick pan dan gorengkan ayam yang bersalut tepung tadi dengan dibalik2kan sehingga ayam masak. ketepikan.
4. Untuk menyediakan sos lada hitam, panaskan 2 sudu butter dalam pan, sautekan@goreng balik2 bawang besar dan bawang putih hingga berbau harum dan layu sahaja, Kisarkan bawang bersama butter tadi dengan sedikit sahaja air bersama 1 sudu makan lada hitam.
5. Masukkan bahan2 yang di kisar ini dalam periuk dan masukkan juga 1/2 cawan kicap lemak manis berserta air anggar2 cukup sahahja nanti cair pulak sos. masak dengan api yang perlahan, bila dah didih masukkan pula susu cair 1/2 cawan dan akhir sekali masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air sedikit.. rasanya sedap lemak pedas - tak perlu letak gula sebab kicap dah terasa manis dan masinnya klau nak letak sedikit garam letaklah..padamkan api dan sedia untuk digunakan.
Cara menghidang - letakkan 2 kepingan ayam dalam pinggan yang agak besar bersama bahan2 sampingan daun salad, hirisan tomato dan hirisan tomato, letakkan juga kentang goreng dan coleslaw..curahkan di atas ayam dengan sos lada hitam yang dimasak tadi..sedappp cuba lah...

sos lada hitam n sayuran ajer yg ada.. |
nie yg pi mkn kat kedai tp rasanyer sos black pepper yg dibuat sndri lg best..hehe |
Sunday, July 15, 2012
Puff Mini Sardin n Kentang..
Salam...bertemu sekali lagi di ZLC untuk semua kawan2 yang saya kasihi dan pengunjung2 yang saya sayangi...hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua resepi yang selalu juga saya buat dan pernah dimasukkan dalam blog sebelum ini SINI, .SINI n diSINI Resepi rengkas ini hanya perlukan inti yang dimasak dan kulitnya beli ajer pastry puff yang siap jenama Kawan..oklah untuk tak membuang masa jom kita semak resepi di bawah ok...
Bahan-Bahan:
1 paket puff pastry jenama Kawan - 10 keping size 4x4"
Untuk Inti
1 tin sardin - yang besar buangkan sosnya dan dilecek sedikit
4 biji kentang - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu makan cili blender (boleh juga guna sambal tumis)
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
sebiji telur di kocok dengan sedikit esen kuning atau guna kuning telur sahaja
Cara:
1. Sediakan inti terlebih dahulu, panaskan sedikit sahaja minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang didadu bersama bawang putih cincang hingga layu dan berbau harum, masukkan pula cili blender dan goreng sehingga pecah minyak dan cili agak mengaring.
2. Masukkan pula kentang, diikuti dengan 1/2 cawan air untuk mudahkan kentang empuk, balik2kan sehingga kentang empuk baru masukkan sardin yang dilecek. Masukkan juga sedikit sahaja garam dan akhir sekali jus limau kasturi, kacau sebentar dan padamkan api, sejukkan sebelum digunakan.
3. Cara sediakan puff - pastry dikeluarkan dan jangan sampai ianya terlalu lama di suhu bilik sebab susah nak di handle, biarkan ia agak sejuk dan keras sedikit tak apa. Ambil sekeping pastry dan potongkan kepada 4 taburkan sedikit tepung di atas meja atau tempat hendak mengelek pastry supaya tidak melekit.
4. Torak atau gelek sekeping dari pastry yang dipotong tadi anggaran 21/2 - 3 inci, letakkan sedikit inti dan lipat dua. Susun dalam loyang pembakar yang ditabur dengan sedikit tepung. Buatlah sehingga habis pastry (boleh dapat 40 keping sebab minikan)
5. Tekankan hujung puff dengan garfu supaya melekat dan tidak terbuka semasa di bakar. Sapukan di atas puff dengan telur yang dicampur dengan sedikit esen kuning, bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180c selama lebih kurang 25 minit atau sehingga masak kuning keemasan ikut pada oven masing2. Hidangkan..sedap cuba lah...

ni la pastry yg digunakan jenama Kawan |
Saturday, July 14, 2012
Sendu di Hatimu Rindu Dijiwaku...
Takdir yang menentukan
Pertemuan yang tak disangka
Takdir jua yang menentukan perpisahan
Di talian cinta ini
Terjalin ikatan mesra
Walau hanya seketika
Bagiku sungguh bermakna
Korus
Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu di hati
Tersentuh hatiku ini
Rasa ingin bersamamu
Menyapu si airmata
Menghilangkan rasa sendu di hati
Setiap malam ku tunggu panggilanmu
Resah hatiku menanti
Walaupun sehari takku dengar suaramu
Hati rindu
Ku terasa dunia ini bagai terhenti
Aku tahu kau rindukan aku
Belaian kasih mesra untukmu
Tak sempat lagi kita bersua bermesra
Engkau telah pergi jauh
Terlerai genggaman mawar dari tanganku
Ulang Dari Korus
Ulang Korus
Jom layan lagu jiwang nie...tersentuh perasaan sanubari..setiap mlm ku tunggu panggilanmu resah hati ku menanti walaupun sehari tak ku dengar suaramu hati rindu.....aku tahu kau rindu kn aku belaian kasih mesra utk mu???yer ke what ever but if u know how do i feel its hurts me...
Thursday, July 12, 2012
Pucuk Ubi Masak Tempoyak...
Hai...salam khamis untuk semua...sekejap betul masa berlalukan hari ini dah hari khamis dan dah nak berhujung minggu..tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan, bulan puasa bagi umat islam..macam pejam celik ajer kan...pastu raya la pulak...cepat sungguh masa berlalu.. Ok lah saya macam tak ada idea nak bercerita apa2 hari ini...mood pun macam xberapa ada mcm boring jer gitu so saya terus sahaja ke resepi tertungguk yang pernah saya janjikan di facebook beberapa minggu lepas...lamanyer kan baru nk bersiaran resepi yang ini...sorry ek kawan2..resepi di bawah ini dalam quantity yang banyak jadi kurangkan untuk mereka yang xbrapa ramai..
Pucuk Ubi Masak Tempoyak..
Bahan-Bahan:
5 - 6 ikat pucuk ubi - di rebus dengan air mendidih letakkan sedikit garam dan 3 sudu minyak masak
2 mangkuk tempoyak (mangkuk tafufa) lebih banyak lebih sedap
semangkuk udang hidup yang kecil pun x apa -bersihkan
1/2 kg santan pekat
5-6 helai daun kunyit - dihiris halus
8 batang serai - dihiris halus
20 ulas bawang merah*
2 inci kunyit hidup - kalau xder guna kunyit serbuk*
segemgam cili padi - ikut pedas yang dikehendaki *
sedikit garam dan gula sebagai perasa
Cara:
1. Pucuk ubi yang direbus di toskan dan perahkan airnya kemudian dipotong.halus
2. Bahan2 bertanda* di blender hingga halus
3. Masukkan kesemua bahan pucuk ubi, daun kunyit hiris, serai yang dihiris, udang, bahan2 kisar, tempoyak, santan ke dalam kuali, balik2kan dan masak sehingga sebati dan memekat dengan api yang sederhana, lama sedikit lebih bagus boleh tahan lama lauk ini.
4. Perisakan dengan sedikit garam dan gula sedikit kalau nak letak bahan perisa pun boleh letak. Masak hinnga agak memekat dan boleh di padamkan api. Hidangkan bersama nasi putih...sedap cubalah
*Kalau ada petai pun sedap..boleh dimasukkan bersama.
Tuesday, July 10, 2012
Bubur Kacang Durian...
Salam n selamat petang semua...musim2 durian tentu ramai yang telah membuat berbagai2 resepi yang menggunakan durian seperti bubur kacang durian, serawa durian, bubur pulut hitam durian, bingka durian, cekodok durian, beranika kek durian dan macam2 lagi lah...saya memang suka makan durian tak kira sama ada makan begitu sahaja atau dimasak.
Sebenarnya saya buat bubur kacang durian ini malam tadi kiranya tak makan nasi makan bubur kacang durian aje, nak buat untuk minum petang tak sempat balik keje dah petang mana nak rendam kacangnya lagi tapi akhirnya jadi jugak bubur kacang yang dimakan waktu malam nie..hehehe..ok jom la kita tengok bahan2 untuk resepi dibawah yer...
Bubur Kacang Durian...
Bahan-bahannya:
250 gm kacang hijau - direndam lebih kurang 2-3 jam
1 mangkuk durian - mangkuk ice cream 1.5 liter tu
200ml santan - saya guna santan kotak ajer
1 buku gula melaka yang sedang
air secukupnya anggaran 1 liter (kalau x cukup tambah sedikit.
2 helai daun pandan - disimpul
Cara:
1. Kacang hijau direndam hingga kembang, toskan dan jerang atas dapur bersama 1 liter air atau boleh lebihkan sedikit. Rebus kacang hijau hingga kembang dan mendidih biar lama sedikit.
2. Masukkan gula melaka, dan masak sehingga gula melaka cair kacau2kan masukkan pula daun pandan durian dan santan, masak hingga bubur mendidih agak lama dengan api sederhana sambil di kacau2 selalu.
3. Padamkan api hidangkan panas bersama teh o tawar. ada orang makan bubur kacang durian bersama roti atau biskut kream cracker saya makan gitu ajer..cubalah sedappp..

Monday, July 9, 2012
3D ~ Pinggitan pi Makan2 Steamboat@Rawa..
sebahagian dari mknan yg diambil..tp ketam n udang di sini mmg fresh dan sedap,, |
Ok lah bagi sesiapa yang suka makan steamboat boleh juga di grill.. boleh la ke tempat ini..jom la kita tengok gambar2 yang sempat saya snap ok..
tengok la tersenyum riang kawan2 sya gf pd plakon2 korea nie dpt mkn steamboat..hehe |
Group 3 D setelah kekenyangan... |
naper pulak la mata akak tpjam tu..hahaha |
selesai smua2 yg kami ambil yg tinggal hnya kulit udang dan ketam...mmg sedapppp.. |
Kuew Tiow Goreng dengan sayur Pak Choy...
Assalamaulaikum...
Salam selasa buat semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi nampaknya dah lama sangat saya tak menjengah ke blog yang dah ala2 suam2 kuku ke dh nk jadi sejuk beku (huhu harap2 xsampai gitu la kan) sebab tiada langsung entry masakan atau apa2 bahan yang nak saya kongsikan.. maafkan saya yang tak menjenguk2 ke blog yang dah bersawang2 nie so hari ini saya nak buat pembersihan sedikit boleh la di isi dengan resepi yang bukan baru sebenarnya tapi resepi tertunggak yang di masak entah minggu bila..xingatlah pulak.
Ok jom la kita menjengok resepi mudah seperti dibawah yer...nie pun kuew tiow goreng ala x cukup bahan so masukkan sahaja apa yang ada godak2 dalam kuali dah jadi hidangan..
Kuew Tiow Goreng
Bahan-Bahan:
300 gram kuew tiow - dicuci dan tos
12-15 ekor udang sederhana dibersihkan
2-3 pohon sayur sawi pendek pak choy cuci dan toskan (boleh guna sayuran lain juga)
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu makan sambal tumis (boleh guna cili blender juga jika tiada sambal tumis)
3-4 sudu makan kicap lemak jalen
2 sudu makan sos tiram
sedikit garam dan gula sebagai perisa
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah hiris dan bawang putih yang dicincang hingga layu dan berbau harum masukkan pula sambal tumis atau cili blender, tumiskan hingga pecah minyak dan agak mengaring.
2. Masukkan pula sedikit gula, garam, sos tiram dan kicap serta sedikit sahaja air. balikkan dan masukkan udang hidup, bila udang dah bertukar warna kemerahan masukkan kuew tiow dan balikkan masukkan pula pak choy dan jika guna sayuran lain seperti taugeh dan tomato, masukkan akhir sekali. Balik2kan sekejap dan boleh la dipadamkan api. Hidangkan panas2 bersama cili padi yang dihiris halus celur sekejap dalam air panas letakkan sedikit garam, gula dan cuka atau perahan jus lemon bagi yang xmakan cuka..

Thursday, July 5, 2012
Cinta Sejati..
Assalamualaikum..
Wednesday, July 4, 2012
Pie Ayam Berkentang...
Selamat petang untuk semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi...dah minum petang ke belum kalau masih tercari2 idea nak buat hidangan minum petang bolehlah mencuba resepi pie ayam berkentang ini..sebenarnya pie nie dibuat pada hari sabtu lepas semasa rumah saya adakan tahlil arwah jadi kakak saya yang datang dari KL..Noly tu buat pie yang telah di dua jeniskan iaitu satu diisi dengan inti savori iaitu ayam bersama kentang dan satu lagi di buat inti manis iaitu inti apple..oleh kerana sukatan yang dibuat agak banyak iaitu boleh dapat 4 mangkuk pie yang sedang berkuran 8-9 inci tu yang 2 jenis dapat..jom kita tgk resepi pie yg sama2 di torak oleh saya ini k...hahaha melampau la tu keje2 finishing aje yang saya buat..tp ada akak kesah.. Kalau nak buat sedikit sila kurangkan n dibahagi 2 sukatan di bawah yer..Untuk Inti Apple saya akan masukkan di lain entry yer.
Pie Ayam Berkentang
Bahan-Bahan:
Untuk Kulit Pie
1 kg tepung gandumg
500 gm butter - saya guna buttercup ajer
4 biji kuning telur
sedikit garam
air ais - betul2 sejuk dari peti sejuk..
Kuning telur yang dicampur dengan sedikit pewarna kuning untuk glace di atas pie
Bahan Inti Ayam Berkentang
5-6 biji kentang yang sedang - dipotong dadu sedang
500 gm daging ayam cincang - jenama ramly atau apa2 pun boleh
2 labu bawang besar - didadu
5 ulas bawang putih dicincang
2 pokok daun sup - dihiris halus
4 sudu makan rempah kurma/rempah bukhari (guna jenama faizah)-bancuh dengan sedikit air jadikan pes
air secukupnya untuk empukkan kentang
sedikit garam dan gula untuk perisa
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
Untuk Buat Inti
1 Mula2 sediakan inti, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih yang dicincang
masukkan bawang besar yang didadu goreng hingga bawang layu dan berbau harum, masukkan pula rempah kurma yang dicampur dengan sedikit air, tumis sehingga agak mengaring dan naik minyak.
2. Masukkan ayam cincang dan balik2kan masukkan pula kentang dan diikuti sedikit air. Balik2kan sehingga kentang empuk masukkan pula garam dan sedikit gula sebagai perisa, kalau nak letak pak aji @ msg pun boleh tapi saya xguna. akhir sekali masukkan daun sup yang dihiris halus tadi. Balikkan inti ini sehingga kesemua bahan sebati dan kentang masak empuk. Tutupkan api dan sejukkan sehingga digunakan.
Cara membuat kulit pie dan diisi inti..
1. Tepung di ayak di dalam besen, massukkan butter dan garam sedikit, gaulkan tepung dan butter menggunakan hujung jari hingga membentuk seperti serbuk roti,
2. . Setelah adunan menjadi seperti serbuk roti masukkan pula kuning telur yang dikocok sedikit gaulkan atau uli lagi dan masukkan air ais sedikit demi sedikit hingga mencukupi sahaja bila adunan yang digaul tadi boleh dikepal dan lembut rasanya.
3. Biarkan adunan lebih kurang 1/2 jam untuk proses melembutkan adunan, kemudian bahagikan kepada 4 bahagian, setiap satu bahagian pula dibahagikan kepada dua tapi untuk base kulit pastri besarkan sedikit dari penutupnya.
4. Ambil 1 bahagian doh dan canaikan sehingga membentuk bulat lebih besar dari mangkuk pie. Jika nak mudah canai atau torak di atas plastik, dan torakkan sehingga agak tipis angkat dengan plastik dan telungkupkan pada mangkuk pie, ratakan bahagian teoi mangkuk pie dengan menekankan2 sedikit di keliling mangkuk, ambil pisau dan potong reje2 yang terjuntai dari tepi mangkuk pie. ambil garfu dan cucuk di dasar mangkuk pie.
5. Isikan inti ayam berkentang tadi sehingga penuh mangkuk pie. sekarang ambil 1 bahagian doh yang telah dibahagi tadi dan torak sehingga nipis dan besarnya boleh menutupi inti pie. Ratakan dengan pisau di sekeliling penutup pie mana2 lebihan reje dan lebihan kulit pie ini boleh di torak dan dibentuk bentuk yang disukai untuk menghiaskan atas pie yang telah bertutup tadi seperti bentuk daun atau diamond shape susun atau hias ikut kreativiti masing2.
6. Di sekeliling pie ini tekankan dengan garfu agar melekat dan cucukkan sedikit diatasnya. Sapukan kuning telur yang dikocok sedikit dan dicampur dengan sedikit esen kuning di atas pie. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga pie masak dan warna keemasan dan garing. waktu membakar pie bergantung pada oven masing2.
7.. Sejukkan dan potong mengikut size yang dihendaki dan hidangkan.. selamat mencuba.

Nisfu Syaaban...
Assalamualaikum...
Salam Nisfu Syaaban buat semua umat islam diseluruh dunia, marilah kita sama2 menghidupkan malam Nisfu Syaaban ini dengan bacaan Surah Yasin dan amalan yang dilakukan oleh Baginda Rasurullah S.A.W.. sedikit dari petikan yang saya ambil dari laman Wikipedia untuk kita kongsi bersama..
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yangg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makhruf dan nafi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Subscribe to:
Posts (Atom)