Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Showing posts with label snack. Show all posts
Showing posts with label snack. Show all posts

Tuesday, May 26, 2015

Kueh Tiram Sira Pedas..


Selamat sejahtera untuk semua..hari ini saya nak share satu resepi snek atau kudapan yang sedap sebenarnya kueh ini banyak namanya tau ada yang namakan sebagai kueh lidah buaya, kueh kertas, kueh surat khabar, kueh ganyang, kueh tiram dan ada jugak nama lain kalau nak tau kena ler google yer kawan2.  Saya sebenarnya belajar buat kueh ni setelah tengok dalam group resepi ringkas di fb jadi memang teruja  nak membuatnya.  Pada asalnya kueh tiram ini sepatutnya di salut dengan gula aising saje tapi kerana saya suka yang lebih pedas maka terhasilah kueh tiram sira pedas ini..walaupun pembuatannya agak rumit tapi alhamdullilah jadi jugak kueh tiram versi sira pedas saya ini..so nak bagi credit pada tok guru yang ajar Hanif Muhammad yang mengajar macam mana nak jadikan kelopak tiram nie agak garing bila mengoreng dengan teknik gunakan lidi dan kuis2kan kelopaknya semasa mengoreng so dia akan merata garing bila di goreng..resepi nya pun macam nak copy paste aje dari tuan punya resepi yang saya belajar tu..tqsm for the awesome recipe k..sape nak cuba yang pedas nie..cuba lah pasti tak menyesal sebab sedap tau kawan2..


Kueh Tiram

Bahan-Bahan

3 cwn tepung gandum,*
1/2 cwn tepung beras,*
3/4 cwn minyak masak,*
1 bj telur,*
1/2 sdk garam,*
Air secukupnya,
1/2 cwn tepung ubi( dicampurkan dgn minyak 5 sdb ) untuk olesan


Caranya,


1. Campurkan semua bahan bertanda (*) ramas ramaskan kemudian masukkan air sedikit demi sedikit,hingga membentuk doh yang sedikit keras dari doh karipap, 

2. Bahagikan kepada lima bahagian (saya bahagia 6 bahagian) lalu dicanaikan nipis kemudin sapukan adunan tepung ubi tadi..dan terus gulungkan. 
3. Potong potongkan (dalam 1 cm) dan kemudian leperkan hingga nipis seperti kertas (sila rujuk gambar)
4. Gorengkan ( sewaktu digoreng gunakan lidi dan bukakan kelopak supaya dlm kelopak juga garing) setelah keemasan toskan, dah sejuk baru taburkan gula halus atau dibuat sira pedas seperti resepi di bawah..

Untuk  sira pedas
Bahan2nya

6 sudu  makan cili blender
8-9 sudu makan gula pasir (gula pasir biar lebih)
sedikit garam
dan sedikit minyak untuk menumis

Cara:
Tumiskan cili blender dan masukkan gula tumiskan hingga sambal menjadi likat dan warnanya 
akan menjadi merah gelap. masukkan juga sedikit garam. (Kalau nak masukkan 3 butir bawang putih yang ditumbuk halus boleh tapi saya tak letak pun) bila sambal dah likat bolehlah padamkan api. Bila sambal dah agak suam masukkan kueh tiram dan digaul rata. Boleh di simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan keragupan kueh tiram sira pedas ini.
bahagikan doh kepada 5 atau 6 bahagian
tepung ubi yang dicampur dengan minyak utk olesan
bila dah canai nipis doh oleskan dengan tpg ubi yg dicampur minyak td
yang nampak mcm ulat bulu nie doh yg digulung dan potong
gelekkan sehingga nipis
susunkan dalam dulang sedia utk digoreng
ini sambal sira pedas yang dah likat
Kueh tiram setelah digoreng..boleh salut dengan gula atau disira pedas..






Monday, February 16, 2015

Salad Kentang - Bento @ Bekalan ke Sekolah


Salam  Isnin untuk semua pengunjung ZLC yang saya sayangi..minggu nie rasa macam cepat sangat masa berlalukan kawan2 sebab dah nak Tahun Baru Cina pada Khamis nie..mood nak bercuti pun dah mula datang..muahaha bersabarlah yer wahai cik leha kerana banyak kerja2 yang perlu dibereskan..oklah hari ini saya hanya nak sharekan satu lagi resepi mudah yang sesuai di makan bila2 masa tapi saya buat untuk sarapan anak2 buah saya yang nak ke sekolah. Semenjak berjinak2 buat bento atau bekalan untuk Aina dan Sara mereka pun mulalah sering bertanya esok pagi mak jay nak buat sarapan apa.. Sebenarnya mencari idea untuk membuat sarapan yang agak lengkap yang mengandungi protin, karbohidrat, vitamin dan nutrisi makanan yang dipelbagaikan agak sukar juga..

Tapi oleh kerana minat untuk menyediakan sesuatu yang berkhasiat buat bekalan atau bento anak lebih2 lagi yang berwarna warni jadi keterujaannya lebih..alhamdulliah kalau ada masa saya akan kongsikan bento anak2 ke sekolah yer manalah tau boleh memberi sedikit pada ibu2 yang nak sediakan bento bagi anak2 mereka.. Ok jom kita tengok resepi yang pernah saya muatkan DISINI.dan saya pastekan sekali lagi disini ok.

Salad Kentang 

Bahan-Bahan:

5 biji kentang sederhana besar - cuci bersih di potong 2 dan rebus hingga empuk
3 sudu makan  besar mayonis - saya guna jenama kimball
1 camca teh serbuk pati ayam
1/2 camca teh serbuk lada putih (boleh guna serbuk lada hitam tp utk anak2 sya ganti serbuk lada putih)
sedikit garam dan gula untuk perisa.

Cara:

1. Kentang yang direbus empuk di siatkan kulit dan di potong kiub sederhana
2. Masukkan kentang dalam mangkuk bersama mayonis, serbuk pati ayam, serbuk lada putih
garam dan gula secukup rasa, semua bahan di gaul rata. Boleh sejukkan dahulu salad kentang dalam peti sejuk atau boleh di makan tanpa disejukkan.  Hidangkan bersama udang dan sayur pan grill atau ayam panggang atau makan begitu sahaja.  sedapppp..lebih sejuk lebih sedap salad nie kawan2..hihihi.

Bahan Sampingan

Sosej secukupnya - di potong kecil dan dikelar2 sedikit
Sayuran - 1/2 batang karet - dipotong kecil 
sedikit Kobis bung - di potong kecil 
sedikit minyak zaitun

Semua bahan di atas sosej dan sayuran boleh dipan grill guna non stick pan atau masuk dalam oven.
Hidangkan bersama salad kentang . Sesuai untuk dibuat sarapan atau bekalan anak ke sekolah..






Sunday, February 15, 2015

Baked Mini Cheesy Omelet


Salam Ahad salam hujung minggu buat semua saya hari ini bekerja jadinya permulaan minggu la kot..bukan hujung minggu.. oleh kerana hari ini bekerja dan sekolah saya pagi2 lagi dah mem-baked cheesy omelet atau dalam bahasa melayu nie Telur Bakar Berkeju..cewahh macam mewah sangat kan bunyi breakfast yang saya buat pagi ini..tapi sebenarnya ianya amat mudah dan sesuai untuk dibawa bekal untuk anak2 ke sekolah.  Selain ianya berkhasiat dan dan sedap bila dah dihiaskan menarik ala bekal bento kemain suka lagi anak2 dapat bekalan yang cantik..ada telur omelet bercheese dan juga buah2an.. sesekali memanjakan anak2 apasalahnyakan...hahaha. Jom kita tengok resepi di bawah..tqsm untuk pemberi idea utk resepi ini yang saya lihat di Group Resepi Ringkas FB yang saya sertai..
bento untuk anak2 pi sekolah tadi pagi,,

Baked Mini Cheesy Omelet

Bahan-Bahan:

5 biji telur ayam
10 biji bebola daging - dipotong kiub kecil
1 batang karet - dipotong kiub kecil
4 shitake mushroom segar - di hiris kecil
1 pohon daun sup - dihiris halus
1 labu bawang besar - didadu
3 sudu makan cream cheese
3 keping keju
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 camca teh serbuk ayam maggie
sedikit garam
sedikit butter untuk di sapu pada muffin tray

Cara:

1. Mula-mula rebuskan sebentar bebola daging yang dipotong kiub bila air dah mendidih masukkan karet sebentar sahaja. angkat dan toskan airnya.
2. Pukul telur bersama cream cheese dan serbuk lada sulah serta serbuk pati ayam maggie dan sedikit garam, masukkan pula bawang besar yang didadu.
3. Lenserkan Muffin Tray dengan sedikit butter, masukkan kiub kebola daging, kiub karet yang di celur sebentar dan taburkan juga dengan hirisan cendawan shitake segar bersama daun sup,
4. Setelah siap mengisi muffin tray dengan bahan2 tadi masukkan pula bancuhan telur sesenduk kecil setiap satu dan letakkan keju yang dipotong 4 setiap satu. Adunan ini cukup untuk 12 keping omelet.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 25 minit. Bila dah masak keluarkan dari acuan muffin dan hidangkan. sedap cubalah..







isikan bahan2 dalam muffin tray






Sunday, February 8, 2015

Corn Soup With Crunchy Crouton for Breakfast..


Salam Ahad untuk semua..dah nak masuk waktu mkn tengah hari baru saya ada kesempatan masukkan entry breakfast, x menghagak ek tajuknya kemain ler omputih sesangatttt kannn..hahaha sebenarnya resepi yang saya nak kongsi ini seakan sup cendawan yang selalu saya buat yang digemari oleh anak2 buah ku dan hakak jugak..cumanya bahannya dah tentulah berlainan sedikit kerana menggunakan jagung dan dalam sup ini kita tak perlu letak susu segar atau susu cair, Perlu masukkan telur yang memberi efek seakan sharkfin sup pehhh macam2 lah pulak ek..

Sup ini sedap dimakan dengan roti bakar atau roti bakar mentega berbawang putih juga tapi kali ini ada sedikit kelainan saya gandingkan dengan crouton yang di buat menggunakan roti yang berusia 2-3 hari yang dibakar dalam oven selama 15-20 minit sehingga garing..dan lagi satu nk crita kalau omputih yang but croton potongan nya kiub agak kecil tapi saya gunakan roti putih biasa bantai ajerlah potong kasar sikit..puhhh panjang lak intronya jom tengok aje lah resepi di bawah ok kawan2...

Corn Soup @ Sup Jagung

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan jagung ala krim dalam tin
6 cawan air
1 labu bawang besar - di dadu halus
4 ulas bawang putih - dicincang
2 sdt serbuk ayam maggie
1 sdt serbuk lada sulah
1 biji telur - dipukul sedikit
1/4 cawan tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
sedikit garam
dan sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk tumiskan bawang putih cincang bersama bawang besar dadu di tumis sehingga layu dan berbau harum, Masukkan air dan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam maggie, dan jagung ala krim dalam tin.
2. Masak sehingga sup mendidih masukkan pula telur yang dipukul manja sambil di kacau agar nampak macam sharkfin sup dan masukkan juga bancuhan tepung jagung sebagai pemekat.
3. Akhir sekali perisakan dengan garam secukup rasa dan bolehlah dihidangkan dengan crouton atau pun garlic bread mana2 pun boleh..selamat mencuba ok..sedap sup ini pasti anak2 suka.

Cara membuat Crouton

Potongkan roti sama ada bentuk kiub atau besar yang kita suka..boleh gunakan roti putih atau juga roti perancis. Susun dalam dulang dan bakar selama 15 minit sehingga roti garing bukan hanggus yer..saya gunakan roti putih dan roti wholemeal. Bila dah garing roti ini boleh di simpan dalam bekas kedap udara. Boleh juga digunakan untuk sajian salad yang di taburkan dengan crouton.


Tuesday, October 14, 2014

Tempura Broccoli ..

Satu lagu entry ringkas yang sangat mudah dan cepat untuk memasaknya..bagi mereka yang suka masakan ala jepun iaitu tempura bolehlah cuba sayuran yang digoreng dicelupkan dengan bancuhan tepung.  Selain dari sayuran  seperti broccoli, cauliflower, terung, carrot, cendawan atau apa2 jua sayuran yang sesuai di goreng tempura makanan laut seperti udang, sotong juga sedap digoreng begini..makan pula waktu petang dicicah dengan sos cili atau apa2 sos yang anda gemari bersama secawan kopi panas..pehhhh sungguh indah minum petang yang saya imaginasikan ek..muahahaha..apa2 jer lah..yang pastinya tak ada apa2 untuk minum petang di opis waktu begini melainkan biskut kering..verangan sahajalah wahai cik leha..jom arr kita tengok bahan2 di bawah, buatnya masa 3 ke 4 hari lepas..

Tempura Broccoli

Bahan-Bahan:

2 kuntum broccoli - potong kecil flowerret
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan - tepung beras
sedikit garam
3/4 cawan air - dicampurkan beberapa ketul ais
minyak untuk mengoreng terendam
sos cili atau apa2 sos pilihan anda, mayonis, thousand island atau so lain.

Cara:
1. Potong broccoli dan basuh bersih serta direndam dalam air garam sebentar
2. Buat batter tempura dengan mencampurkan tepung gandum dan tepung beras kedalam
mangkuk beserta sedikit garam.  Masukkan air berais tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau
hingga rata, adunan batter jangan terlalu cair atau pekat macam nak buat goreng pisang.
3. Panaskan minyak dan gorengkan broccoli yang dicelupkan di dalam batter, goreng hingga warna
keperangan dan garing, angkat serta toskan. Hidangkan panas bersama sos cili atau sos kegemaran anda..cubalah sedap.

Sunday, October 12, 2014

Garlic Butter Spread ~~buat sendiri..

Assalamualaikum..salam ahad untuk semua pengunjung2 ZLC yang saya kasihi..selamat berhari minggu kawan2 seronoknya bagi yang dapat bersantai di rumah atau berjalan2 hari ini kan..oklah x boleh nak jeles2 sangat sebab bekerja.. ada time terluang dapat gak jengah2 ke lelaman sesawang yang tidak diharamkan oleh bigbosskpm dah cukup baik..so hari nie akak nak kongsikan dengan sape2 yang suka makan garlic bread ala2 pizza hut atau domino pizza tu resepi nak buat garlic butter yang sangat mudah..kalau nak beli sapuan mentega berbawang putih (opps bahasa melayunya dh kuar) di pasaran agak mahalkan so jom kita buat sendiri dapat banyak jugak dan sedappp uolls x caya cer buat.. sapu atas roti perancis bakar dalam oven atau non stick pan..baunya semerbak serumah..wallahhhh.  Selalunya garlic bread digandingkan dengan mushroom soup kan tapi kalau kita makan dengan sup ke stew atau cicah kari pun sodappp tau kawan2 jom kita tengok bahan2 berikut:

Garlic Butter Spread

Bahan-Bahan:

150 gram - butter
4 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak zaiton @olive oil
Fresh Parsley - cincang
(saya x der daun parsley so gantikan dengan 1/2 camca teh dry oregano)
Sedikit garam (jika guna unsalted butter)

Cara:

Panaskan olive oil dalam non stick pan, masukkan bawang putih cincang dan balik2kan sehigga bawang putih berbau harum dan layu tak perlu sampai garing.
Masukkan butter dalam mangkuk dan kacaukan dengan sudu hingga lembut masukkan bawang putih yang di layukan tadi bersama olive oil, masukkan juga dry oregano dan garam sedikit, kacau rata. tujuan masukkan olive oil ke dalam garlic butter kerana ianya tidak mudah mengeras bila masukkan dalam fridge, simpan dalam fridge boleh tahan sehigga 2 minggu, bila nak buat garlic bread sapukan sahaja di atas roti dan bakar. Atau bila nak makan steak letakkan garlic butter atas steak, kalau nak letak pada sayuran yang di kukus atau rebus pun boleh..pehhh banyak pulak idea. Try tau kawan2.


nie ler rupa daun parsley yg saya x ada tu..

Friday, May 3, 2013

Potato Wedges...buat sendiri..


Assalamualaikum...salam Jumaat yang penuh barakah buat semua penggunjung alam maya ZLC dan teman2 yang saya kasihi..semoga di hari jumaat penghulu segala hari ini kita semua diberikan kesihatan yang baik di beri kesabaran dan dipermudahkan segala urusan yang kita lakukan. 

Tinggal sehari sahaja kita semua rakyat Malaysia akan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihanraya Umum ke 13 hari ahad ini 5 Mei 2013..Alhamdullillah saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai pengundi pos kerana pada hari Pilihanraya nanti saya akan menjadi petugas SPR di pusat mengundi di SKPT2..kalau nak tau apa yang telah saya pangkah pastilah saya memilih keamanan, kestabilan dan kesinambungan kemakmuran yang telah kita kecapi selama ini..dan yang pastinya saya tidak akan mengadaikan apa jua bentuk kelainan atau pembaharuan yang dilaungkan oleh banyak pihak..bagi saya apa yang kita lalui sekarang ini telah terbukti berada pada landasan yang betul..cumanya perlu diperbaiki dari semasa hingga ke semasa...terpulanglah kepada hak kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan demokrasi untuk memilih yang terbaik di bumi bertuah Malaysia yang kita sayangi ini..Kalau nak cerita pasal politik n pilihanraya yang cuma di adakan 5 tahun sekali ini memang seronok rasanya..jadi demam pilihanraya ini memang menjadi isu hangat yang di perkatakan di sana sini..di kedai2 kopi, warung2, pejabat malahan di rumah juga..jadinya bagi mereka yang akan mengundi pada 5 Mei ini selamat mengundi saya ucapkan dan jalanlah tanggungjawab  anda dengan sebaiknya.

Ok kita hentikan cerita pilihanraya ini setakat ini sahaja sebab saya nak kongsikan dengan rakan-rakan semua resepi mudah potato wedges yang saya buat sendiri untuk sarapan pagi semalam..saya nie memang pengemar kentang goreng x kira la kentang goreng shoestring ke crinkle cut ke wedges ke semua saya suka..so jom la kita tengok resepi mudah di bawah ini ok..makan panas2 dengan cili sos n mayonis memang mabelessss la kalau atau cheezy sos lagi la terangkat kan...hehehe..

Potato Wedges

Bahan-Bahan:

4-5 biji kentang bersize besar - kupaskan kulit dan dipotong baji - wedges
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 camca teh serbuk perasa knorr pasti sedap
garam sedikit atau secukup rasa sahaja - sebab dah letak serbuk perasa knorr pasti sedap
air secukupnya >< 1 cawan (supaya bancuhan tepung tidak terlalu cair atau pekat)
Minyak masak secukupnya
Sos cili dan mayonis untuk pencicah

Cara:

1. Kentang yang telah dikupas dan dipotong baji, di rebus hingga empuk padamkan api dan toskan. Sejukkan sebentar.
2. Bancuhkan adunan tepung, masukkan kedua2 jenis tepung di dalam mangkuk bersama serbuk lada sulah, serbuk perasa knorr pasti sedap dan sedikit sahaja garam, masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga adunan tidak bergentel. Adunan better perlulah tidak terlalu pekat atau cair.
3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan kentang yang direbus tadi ke dalam bancuhan tepung gaulkan dan gorenglah 7-8  potongan kentang jangan terlalu banyak sekali mengoreng, api semasa mengoreng boleh gunakan api sederhana kecil, balik2kan hingga kentang kuning keemasan.
4. Bila kentang dah garing angkat dan toskan minyaknya. Hidangkan panas bersama pencicah cili sos, mayonis atau apa sahaja pencicah pilihan anda sedappp cubalah.

Friday, March 15, 2013

Jom Makan Mee Siput dengan Sambal Tumis Bilis

Hai...kalau tadi saya kongsikan resepi minum petang yang mudah iaitu mini roll jejari ketam ini lagi satu hidangan minum petang yang sinomim dengan orang melayu dulu2 tapi rasanya orang zaman sekarang ini ada jugak yang tak tahu apa itu mee siputkan...sebenarnya mee siput ini atau ada juga yang mengelarkan mee sanggul merupakan snek orang dolu2 yang dibuat secara tradisi diuli tepung pastu dijadikan bentuk mee yang halus dan dibuatkan lingkaran atau disangul dan dijemur sehingga kering..tapi sekarang ini ramai yang dah buat mee siput secara komersial..dan siap dijual sama ada yang belum digoreng atau yang siap untuk di makan.  Mee siput sebenarnya makanan ringgan yang terkenal di negeri Johor dan senang didapati di daerah Muar, Batu Pahat dan di daerah2 lain di Johor.

Mee ini sedap di makan ranggup bersama sambal tumis bilis dan ada juga yang memakan mee siput ini bersama pencicah seperti sos yang dibuat sendiri mengunakan cili kering atau cili hidup dan taburkan pula dengan sedikit kacang tanah tumbuk..  Selain dari di makan secara digoreng ranggup krap..krup bunyinya mee siput ini boleh juga dijadikan bahan asas untuk membuat mee goreng, mee sop atau ala2 maggie sebab iainya sangat praktikal dan mudah..dan yang utamanya mee siput tidak mengandungi bahan pengawet yang berlebihan..lebih2 lagi yang di hasilkan oleh pengusaha 2 kecil di luar bandar.

Ok.. panjang pulak cerita pasal mee siput ini perut pun dah lapar kan petang2 begini jom lah kita nikmati mee siput bersama sambal tumis bilis yang ummppp nie...hamboiiiii masak sndiri puji sndiri nampaknya ah-kak nie,,xkisahlah kan.. resepi nya..emmmm mana ada resepi nak buat mee siput cuma resepi sambal tumis bilis yang selalu saya buat tu..di copy n paste di sini sekali lagi ok..jom layan...

Mee Siput segera n Sambal Tumis Bilis

Secukupnya mee siput di goreng garing


Sambal Tumis Bilis

Bahan-Bahannya

1 mangkuk -(mangkuk tafufa) lada kering yang di rebus dan diblender halus
2 labu bawang besar - diblender halus
4 ulas bawang putih - diblender halus

2 inci belacan - diblender halus
segemgam ikan bilis belah - dicuci bersih rendam sebentar - diblender halus

(ikan bilis boleh diblender halus separuh dan separuh lagi masukkan dalam sambal)
2 labu bawang besar - di hiris kasar2
1 cawan air jus asam Jawa
3-4 sudu makan gula pasir (ikut suka klau nak manis tambah lagi gula)

garam sedikit
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:
1. Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar yang dimayang kasar hingga layu dan berbau harum
2. Masukkan bahan2 yang diblender halus, goreng dan balik2kan sehingga agak garing dan pecah minyak.
3. Masukkan pula gula, balikkan lagi, masukkan bilis yang telah ditoskan dan diikuti dengan jus asam jawa.
4. Masak sehingga sambal tumis benar masak dan naik minyak cantik warnanya. Tambahkan garam dan rasa kan kesesuaian masin, manis dan masam. Biarkan atas api yang kecil sambil dibalik-balikan jika masak sambal tumis dengan betul dan lama sedikit ia akan tahan lebih lama.  Hidangkan bersama mee siput..sedappp..



Mini Roll Jejari Ketam..

Assalamualaikum...

Salam petang jumaat buat semua teman-teman dan pengunjung ZLC..hari ini saya nak berkongsi satu resepi mudah dan pernah saya masukkan disini..dolu2.. Mini roll jejari ketam ini sangat sesuai untuk buat hidangan petang atau juga sarapan pagi..atau untuk bekalan anak2 ke sekolah..sangat2 mudah untuk menyediakannya dan yang pastinya kanak2 sangat mengemari makanan cemilan seperti ini kan..ok terus sahaja ke resepi yang saya buat untuk minum petang semalam..

Mini Crabstick Roll..

Bahan-bahannya:

10 keping roti sandwich putih - di potong dua setiap keping
10 keping crabstick @ jejari ketam - dipotong 2
2 biji telur ayam - di pukul sedikit
secukupnya breadcrumb - saya guna breadcrumb warna kuning/oren
minyak masak untuk mengoreng
sos cili atau apa2 sos kegemaran untuk pencicah.

Cara:

1. Roti yang di potong dua tadi, dileperkan sedikit gunakan rolling pin. Ambil 1 crabstick yang dipotong 2 tadi dan letakkan di hujung roti, gulungkan kemas, lekatkan hujung gulungan dengan sedikit telur supaya tidak terbuka bila digoreng.
2. Celupkan gulungan roti pada telur yang dipukul dan golekkan pula di dengan breadcrumb sehingga rata, buat sehingga semua golongan roti siap.
3. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng mini roll dengan api yang sederhana sehingga berwarna kuning keemasan dan garing. Angkat dan toskan.  Hidangkan panas bersama sos kegemaran anda.



Thursday, November 3, 2011

Popcorn Terbaek vs Popcorn Hangus..

Salam senja untuk semua, sedang buat apa tu, berehat2 yer sambil menunggu waktu magrib..akak hari nie agak letih sedikit, ada lah sedikit kerja-kerja yang perlu akak bereskan di pejabat tadi, tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar..adatlah kan kekadang kita berasa letih lebih2 lagi bila usia semakin meningkat..lain la seperti anak2 muda yang sentiasa aktif dan cergas. Dalam meniti peralihan usia akak rasa sudah masanyer kita mengmbil supplement tambahan seperti vitamin-vitamin yang diperlukan untuk tubuh, bukan sahaja untuk menambah tenaga tetapi juga untuk kesihatan yang lebih stabil supaya kita tidak tua sebelum waktunya.

Macam akak ni sikit masa dulu amalkan juga mengambil Evening Primrose Oil dan Licithin E yang sememangnya bagus untuk kaum wanita, tapi semenjak dua menjak nie macam lupa pulak nak makan vitamin2, dan rasanya  tidak terlalu lewat untuk akak mengambil vitamin tambahan tu semula. Baru-baru ini juga akak ada membeli produk dari hasil Stevia iaitu Dr Sweet Life Tea yang merupakan minuman dari herba campuran daun stevia iaitu penganti gula.  Pada mulanyer rasa stevia akak tak berapa mengemarinya sebab x berapa sedap tapi bila memikirkan ia baik untuk kesihatan akak belajar untuk menyukainya..InsyaAllah mudah2an tentu akak dapat menyesuaikan diri dengan stevia.

Ok la asik bercerita pasal kesihatan pula akak nie.. tapi untuk peringatan diri akak sendiri agar sehat dalaman dan juga luaran..ohh sampai terlupa pula yer tentang tajuk di atas tu..mengenai Pop Corn sebenarnya menjadi kesukaan anak-anak buah akak lebih-lebih lagi mereka dah pandai membuatnyer sendiri..Iqin, Aishah, Adam, Yeyet, semuanya telah pandai buat popcorn n dah dua tiga hari ini asyik la kelentang kelentung di dapur membuat popcorn, akak ajer yang belum pas  mencubanya lagi sebab pada percubaan pertama akak buat terhangus..hahaha malunyer mak j nampaknyer anak2 buah  lagi teror dari makcik nyer nie. Untuk membuat popcorn nie akak perhatikan iqin  buat amat mudah..nnti la bila akak sendiri berjaya membuat popcorn baru akak masukkan resepinyer yer..skrg nie kita layan gambar ajer ok popcorn yang bersalut gula karamel yang sungguh enak..klau beli kat panggung wayang pun xsesedap yang iqin buat nie..