Ayam Szechuan Bergajus
Bahan-Bahan:
3 keping dada ayam - dihiris bites size
10 batang lada kering - dipotong 2 cm cuci dan toskan
1 labu bawang besar - dipotong baji serta leraikan
5 ulas bawang putih - dicincang
2 inci halia - dihiris batang mancis
segemgam gajus - digoreng
4 sudu makan kicap manis - saya guna kicap kipas udang
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
1 camca teh cuka masakan (optional kalau x suka x perlu masukkan)
2 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan 1/2 cawan air
sedikit daun bawang untuk hiasan
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, gorengkan lada kering yang dipotong sebentar sahaja jangan sampai hangus nanti pahit, ketepikan.
2. Baki minyak tadi tumiskan bawang putih cincang hingga berbau harum, masukkan pula halia dan juga ayam biarkan ayam keluarkan airnya sambil balik2kan. Masukkan pula kicap dan diikuti dengan oyster sos.
2. Masukkan pula bawang besar yang dipotong baji balik2kan masukkan juga bancuhan tepung jagung masak sehingga ayam empuk. Masakan ini agak kering dan tidak berkuah. Masukkan pula minyak bijan dan lada kering goreng tadi akhir sekali masukkan gajus goreng. Hidangkan dengan hiaskan dengan sedikit daun bawang hiris. Hidangkan bersama nasi panas..sedap cubalah.
Saya suka lauk ini. Biasa makan di Restoran Halal Cina. memang lazat.
ReplyDeleteAkak pun gemar masakan ala cina jadinya belajar untuk buat sendiri..sebabnya nak cari Restoran Cina Muslim memang susahkan lagi pun harganya boleh tahan..
DeleteSelamat Hari Raya.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya..terima kasih kerana sudi blogwalking disini...
Delete