Salam...satu entry ringkas yang nak saya kongsikan dengan kawan2 semua iaitu Biskut yang femes sedikit masa dulu semasa drama Tuan Anas Mikail di siarkan di Astro..saya memang teragak hendak buat biskut ini kerana bahan utamanya Quarker Oat memang ada di rumah..tapi punya la tunggu mood rajin tu datang..tak datang2 rupanya dan setelah semua orang dah buat sama ada yang menonton citer tuan anas tu atau yang mengikut viral biskut ini..dah lamakan pada tahun lepas,, maka hajat saya nak buat biskut berkenaan baru terlaksana pada sabtu lepas..alhamdulillah menjadi pun dan rasa dia memang ohsem..sebab tu tuan anas suka biskut ni...tak berapa manis garing dan ada rasa gritty oat dan macam ada rasa badam pulak padahal x der guna badam pun..sebab lemak oat yang di adun dengan butter campur sikit garam dan choc chip di dalam nya memang kena pada citarasa dan tekak saya..boleh lah buat untuk hari raya nanti, Pada tuan punya resepi saya ambil di facebook Puan KathyKay..terima kasih ya puan berkongsi resepi mudah ini dan saya kongsikan pula di sini ok..
BISKUT OAT MIKA
Bahan-Bahan:
1 cawan butter lembut
1 cawan gula perang
1 biji telur
3 cawan oat (Dikisar
1 cawan kismis/choc chip
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sdt soda bicarbonate
1/2 sdt emplex (Perangup biskut. Dalam bentuk serbuk. Ada dijual di bakeri)
1 sdt esen vanilla
Garam
Cara-caranya:
1. Mix butter dan gula hingga berkrim dan pucat sedikit. Tak perlu kembang.
1. Mix butter dan gula hingga berkrim dan pucat sedikit. Tak perlu kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Mix setakat sebati.
3. Masukkan bahan-bahan kering dan ramas2kan sebati. Jangan uli kerana biskut akan jadi liat dan keras.
4. Bulat2kan dan leperkan sedikit. KK sukat guna sudu sukat 1sdb. Atas masing2 saiznya ye.
5. Bakar pada suhu 170c lebih kurang 20min atau hingga perang. Atas oven masing2. Guna fungsi kipas jika ada untuk masak yang lebih sekata dan rangup.
Sejukkan atas redai besi. Ini penting untuk biskut yang rangup. Supaya wap air tidak menyerap dalam biskut. Setelah sejuk simpan dalam bekas kedap.
siapkan bahan2 yang nak digunakan saya campurkan gandum, oat dan choc chip serta emplek n bica soda |
putar atau pukul butter dengan gula perang dan masuk telur |
ni rupa adunan yang dicampur pada butter tadi oat, gandum dan choc chip |
dah gentel bulat leperkan guna garfu atau penyek sikit jer gan jari..kena jarakkan sbb biskut ini mengembang siap untuk di bakar. |
salam singgah.. dah buat biskut ni tapi versi lain sikit sebab terbeli oats yang dicampur terus dengan chia seeds dan coarse rice.. :)
ReplyDeletewaalaikumsalam tq blogwalking disini Wani Sukarno..ohh tak pernah jumpa pulak oat yang ada chia seeds tu..akak guna oat biasa aje..tapi mmg sedap biskut ni kan not too sweet...
ReplyDeletesalam puan nk tnye sukatan cawan tu nk guna cawan besar mne ye? size m mne? nk cuba buat la nanti
ReplyDelete