Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, August 26, 2013

Laksa Kari Berlainan Sedikit..

Assalamualaikum...selamat pagi isnin untuk semua. Hari ini nak berkongsi  resepi mudah Laksa Kari berlainan sedikit kerana bahan2 yang digunakan seperti santan saya gantikan dengan tairu @ yogurt..rasanya emmmm sedap tau kawan2 nie bukan sajer naik lif tekan sendiri@puji diri sendiri tapi bila di nikmati rasa laksa kari yang berlainan sedikit ini ngam n can go di tekak saya..sebab saya gandingkan yogurt ada tomato segar ala-ala kesihatan la kononnya tapi bahan x cukup sepatutnya saya nak letak tahu pop atau boleh gak letak tahu@takwa yang di goreng n fish ball untuk meriahkan laksa kari ini...jadilah apa yang ada dalam fridge tu saya gunakan tetap menjadi..alhamdulillah kenyang semalam tengahari makan laksa kari.. Dah panjang intro saya pepagi ni jomlah kita tengok resepi di bawah ok...

Laksa Kari Berlainan Sedikit

Bahan-Bahan:

1 paket mee Laksa basah - dicelur sebentar dan ditoskan

Bahan Untuk Kuah:
1 mangkuk ayam berserta tulang2 ayam dipotong kecil
1 keping sotong rendam - dipotong kecil
Fish Ball secukupnya - (x letak xder stok)
Tahu Pop  secukupnya - (x letak xder stok)-
1 batang karet - dipotong batang mancis
4 biji tomato segar - didadu
1 cawan cili  blender
3 labu bawang besar - di blender halus
5 ulas bawang putih - di blender halus
1 1/2 inci halia - diblender halus
3 batang serai - dititik
1 cawan yogurt perisi asli Nestle
4 sudu makan rempah kari daging/ayam - (bancuh dengan sedikit air jadikan pes)
Air secukupnya - >< 1.5 liter
1 keping asam keping - direndam
Sedikit gula pasir - lebih kurang 2 sudu
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan sampingan :
Sawi secukupnya - di celur (saya guna sawi jepun)
Crabstick secukupnya - di celur sebentar
Bawang goreng secukupnya

Cara:

1.  Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk, tumiskan cili blender dan bahan2 yang dikisar halus, bawang besar, bawang putih, halia masukkan pula sedikit gula. Tumiskan sehingga naik minyak, masukkan serai yang dititik. Masukkn pula serbuk kari yang dijadikan pes tadi. Kacau sehingga bahan2 tumisan agak garing dan naik minyak.
2. Masukkan pula ayam dan sotong rendam yang telah dipotong, Masukkan juga air bila agak mendidih dan ayam hampir empuk masukkan karet dan tomato yang di potong dadu.
3. Masak sehingga ayam dan sotong kembang empuk, (jika guna fish ball masukkan)
4.  Masukkan pula yogurt serta sekeping asam keping, Jika gunakan tahu pop masukkan tahu pop (tahu yang siap digoreng- beli di pasar) Perisakan dengan garam secukupnya dan jika suka boleh juga di masukkan serbuk perasa, saya x letak pun serbuk perasa. Rasakan kesesuaian rasanya. Masak sehingga semua bahan sebati dan mendidih dengan api yang perlahan baru di padamkan api.
5. Untuk menghidang letakkan mee laksa dalam pingan atau mangkuk, siramkan kuah berserta ayam dan perencah2 lain. Letakkan sedikit sawi yang dicelur bersama crabstick yang dicelur, taburkan dengan bawang goreng. Sedia untuk dihidang,

No comments:

Post a Comment