Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Tuesday, March 8, 2016

Biskut Oat Mika.. feeling hari raya uolls..


Salam...satu entry ringkas yang nak saya kongsikan dengan kawan2 semua iaitu Biskut yang femes sedikit masa dulu semasa drama Tuan Anas Mikail di siarkan di Astro..saya memang teragak hendak buat biskut ini kerana bahan utamanya Quarker Oat memang ada di rumah..tapi punya la tunggu mood rajin tu datang..tak datang2 rupanya dan setelah semua orang dah buat sama ada yang menonton citer tuan anas tu atau yang mengikut viral biskut ini..dah lamakan pada tahun lepas,, maka hajat saya nak buat biskut berkenaan baru terlaksana pada sabtu lepas..alhamdulillah menjadi pun dan rasa dia memang ohsem..sebab tu tuan anas suka biskut ni...tak berapa manis garing dan ada rasa gritty oat dan macam ada rasa badam pulak padahal x der guna badam pun..sebab lemak oat yang di adun dengan butter campur sikit garam dan choc chip di dalam nya memang kena pada citarasa dan tekak saya..boleh lah buat untuk hari raya nanti, Pada tuan punya resepi saya ambil di facebook Puan KathyKay..terima kasih ya puan berkongsi resepi mudah ini dan saya kongsikan pula di sini ok..


BISKUT OAT MIKA

Bahan-Bahan:

1 cawan butter lembut
1 cawan gula perang
1 biji telur
3 cawan oat (Dikisar
1 cawan kismis/choc chip
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sdt soda bicarbonate
1/2 sdt emplex (Perangup biskut. Dalam bentuk serbuk. Ada dijual di bakeri)
1 sdt esen vanilla
Garam
Cara-caranya:
1. Mix butter dan gula hingga berkrim dan pucat sedikit. Tak perlu kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Mix setakat sebati.
3. Masukkan bahan-bahan kering dan ramas2kan sebati. Jangan uli kerana biskut akan jadi liat dan keras.
4. Bulat2kan dan leperkan sedikit. KK sukat guna sudu sukat 1sdb. Atas masing2 saiznya ye.
5. Bakar pada suhu 170c lebih kurang 20min atau hingga perang. Atas oven masing2. Guna fungsi kipas jika ada untuk masak yang lebih sekata dan rangup.
Sejukkan atas redai besi. Ini penting untuk biskut yang rangup. Supaya wap air tidak menyerap dalam biskut. Setelah sejuk simpan dalam bekas kedap.
siapkan bahan2 yang nak digunakan saya campurkan gandum, oat dan choc chip serta emplek  n bica soda

putar atau pukul butter dengan gula perang dan masuk telur
ni rupa adunan yang dicampur pada butter tadi oat, gandum dan choc chip
dah gentel bulat leperkan guna garfu atau penyek sikit jer gan jari..kena jarakkan sbb biskut ini mengembang
siap untuk di bakar.








Thursday, July 16, 2015

Biskut Dahlia..esok nak raya..


Assalamualaikum..esok nak raya tp sya masih lagi di pejabat jadinya smua yang dibuat bagai x kena..maklumlah semua org sedang bertungkus lumus membuat persiapan terakhir untuk menyambut hari raya..xmengapalah saya bagi peluang untuk yang naj beraya di kampung halaman masing-masing.  oklah saya tak nak bersedih di hari ini so saya buat la aktiviti pra raya yang boleh di opis seperti memakai inai untuk raya sambil mendengar lagu2 raya..dan sebelum bercuti agak panjang ni saya nak sharekan resepi biskut yang saya buat untuk raya la kononnya..tapi dah nak habispun..muahahaha takperlah makan lah wahai anak2 buahku..sebab sedapkan biskut yang mak jay buat nie..walaupun rupanya tak berapa nak cantik..nanti saya belajar lagi untuk dapatkan bentuk dahlia yang cantik ok..jom la tengok resepi yang saya google alhamdulillah rasanya sedap dan tidak mengecewakan..saya buat 2   jenis bunga  satu saya biarkan warna asal sahaja dan sebahagian lagi saya buat bunga 2 tone ada warna pink di atasnya..caranya cuma letakan sedikit esen pewarna merah pada sebahagian doh dan pacitkan adunan pink di atas sedikit sahaja..


Biskut Dahlia
  
Bahan :
300 g mentega (saya guna buttercup aje)
150 castor sugar
2 kuning telur
 4 sudu makan susu pekat manis 
1 camca teh esen vanilla
250 g tepung gandum *
100 g tepung jagung *
200 g tepung kastard  * (bahan bertanda *  diayak)
Chocolate  chip atau ceri merah - dipotong kecil untuk hiasan

 Cara :

1.    Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla  dan putar hingga kembang. 
2.    Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. 
3.    Masukkan doh ke dalam acuan biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan chocolate chip. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. 

4.    Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.










Monday, July 13, 2015

Biskut Arab @ Rainbow Ball..apa2 ajer lah..

Assalamualaikum salam Isnin buat semua dah tinggal 3 hari ajer lagi kita nak berayakan..cepatnya kan..kalau anak2 memang tak sabar nak beraya tapi bagi orang dewasa atau orang tua macam kita berat hati nak meninggalkan bulan ramadhan.. oklah hari ini saya x ada idea nak bercerita macam buntu pulak tak tahu nak fikir apa.. so saya terus kongsikan resepi Biskut Arab @ Rainbow Ball ke Kristal Ball atau nama asalnya Biskut Suji yang menggunakan minyak sapi ini yang saya buat hari Jumaat lepas mengunakan sukatan cawan.  Setelah saya meninjau beberapa resepi saya rasa ada yang tak kena aje sebab kebanyakan resepi yang diberi di internet dengan sukatan yang tak tepat bayangkan 1 cawan minyak sapi dengan hanya 2 cawan tepung gandum..mau jadi lembik dan berminyaklah biskut kita nanti so..saya olahkan semula resepinya supaya ianya menjadi biskut yang sedap bila masuk ke mulut melt atau cair di mulut biskut ini sebab rapuh..ok jom tengok resepi yang menggunakan sukatan cawan aje ni..

Biskut Arab
Bahan-Bahan:

1  1/2 cawan minyak sapi
3/4 cawan gula halus
4 1/2 cawan tepung gandum - ayak dan sangai (goreng dalam kuali hingga ringan tak perlu sampai kuning ek) tepung di goreng dahulu supaya dapat tekturs biskut yang lembut dan rapuh
secukupnya gula castor halus untuk salut kuih ini
beberapa titis pewarna  makanan yang digemari (saya guna merah, biru dan satu lagi dibiarkan tanpa pewarna)

Cara:

1. Campurkan gula halus ke dalam tepung dan gaul rata. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit dan di uli menjadi sebuku doh yang lembut.
2. Bahagikan adunan doh kepada 3 bahagian. Warnakan dengan pewarna makanan yang di gemari gaul sehingga warna sekata. Boleh juga di biarkan putih sahaja biskut ini.
3. Bila dah siap di warnakan ambil secubit setiap warna dan bentuk menjadi bebola guli yang kecil. Susunkan ke dalam dulang pembakar. buat sehingga adunan habis.
4. Panaskan ketuhar terlebih dahulu gunaan suhu 180 darjah. Bakarkan kuih ini selama 20 - 25 minit mengikut kepada kepanasan ketuhar masing-masing. Bila dah masak..keluarkan biskut dari ketuhar sejukkan terlebih dahulu kena hati untuk angkat biskut tolakkan sedikit bawah biskut perlahan2 sebab kuih ini agak fragile dan sensitif sikit. Golekkan ke dalam gula kastor dan masukkan dalam mangkuk kertas kecil. Simpan dalam bekas yang kedap udara.  Selamat mencuba ya..sangat lembut bila di makan.

ni adunan yang di bahagi tiga dan saya warnakan dua bahagian

gentel2kan masuk dalam tray.
ni yang siap di bakar



Monday, July 6, 2015

Tart Nanas Berkeju..


Assalamualaikum untuk semua teman-teman dan pengunjung ZLC yang saya kasihi..dah lamanya saya tak mengupdate apa2 di blog ya..last saya masukkan recipe Upma Rava pada 29 Jun ni dah masuk puasa yang ke 19 hari..cepat betul masa berlalu kan dan dah masuk minggu terakhir berpuasa serta menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia.
Pastinya bila nak menjelang raya  ramai ibu-ibu atau sesiapa sahaja yang telah atau sedang membuat persiapan untuk hari raya sama ada membuat biskut, mengemas dan mengecat rumah atau ada juga yang menjahit langsir atau pakaian hari raya untuk anak-anak.

Dalam suasana meriah dah nak dekat raya ni saya pun tak lepaskan peluang untuk buat sedikit cookies untuk hari raya tapi baru mula sejenis..in sha Allah kalau ada masa saya teringin nak buat sejenis dua lagi.. tapi selalu yang di buat kadang-kadang tak sempat untuk tunggu raya maklumlah bila anak-anak buah saya nak merasa lepas-lepas waktu berbuka memanglah saya tak akan menghalang makanlah anak-anak sebab buat kueh-kueh ni pun untuk dimakan. Untuk hidangan raya saya beli ajelah nanti serba sedikit kerepek-kerepek, rempeyek dan muruku..jadi lah lebih di sukai tetamukan sebab pergi berziarah di kebanyakkan rumah pasti banyak kueh atau biskut raya kan..muahahaha melampau saya nie ek..beralasan pula.

Oklah kita terus ke resepi yang nak saya kongsikan hari ini yang saya buat pada hari sabtu lepas iaitu Tart Nanas Keju yang boleh tahan sedap rasanya lemak2 kerana pastry crust saya letak cream cheese di dalam bersama buttercup kalau nak guna butter yang lebih mahal lebih sedap tau..saya guna buttercup aje bukan pure butter ek..ada orang yang salah anggap buttercup sebenarnya dibuat dari isirong kelapa sawit dan dikenali sebagai lepa susu so ianya kurang sedikit dari aroma butter dari penggunaan susu asli lembu..oppss panjang lebar pulak penerangan saya tentang penggunaan buttercup ini anyway rasanya tak menghampakan still sedap uoll sebab ada cream cheese dan inti jam Nanas saya beli yang dah siap aje..dan saya parutkan cheddar cheese sebagai garnishing di atas tart ini,,jom tengok resipi yang ringkas yang menggunakan sukatan cawan sahaja ini..

Tart Nanas Berkeju

Bahan-Bahan:

1 cawan buttercup boleh juga guna butter jenama lain
1/2 cawan cream cheese -(saya guna jenama Tatura)
2 1/2 cawan tepung gandum
secubit garam
1 biji kuning telur
secukupnya inti Jem Nanas - saya beli aje
sebiji kuning telur untuk glaze
secukupnya cheddar cheese yang diparut untuk hiasan

Cara:

1. Pukul cream cheese dan butter hingga lembut dan masukkan secubit garam serta 1 biji kuning telur. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan di gaul rata. Boleh gunakan tanggan untuk gaulkan tepung kedalam adunan butter dan cream cheese..adunan ini akan menjadi lembut dan mudah dibentuk.
2. Sediakan inti Nanas bulat2kan kecil atau mengikut size yang kita kehendaki saya buat kecil2 sahaja. Ambil adunan sebesar guli dan bulatkan serta tepek di tapak tangan. Isikan sebiji inti nanas dan katup serta bulatkan menjadi bebola.
3. Aturkan bebola2 yang telah siap di isi dengan nanas dalam dulang pembakar yang di taburkan dengan sedikit tepung. Glaze  di atas kueh ini dengan sedikit kuning telur serta letakkan sedikit parutan keju cheddar. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170'f
selama 20 minit atau mengikut ketuhar masing-masing, Biarkan sehingga hilang panas baru masukkan ke dalam bekas kedap udara. Boleh dapat 105 biji jika buat size kecil seperti di gambar.



























Wednesday, August 20, 2014

Kuih Siput ~~kudapan yang sedappp..

Assalamualaikum...

Salam rabu bersamaan 20 Ogos..apa kabar kawan2 dan pengunjung ZLC semua semoga sentiasa sihat dan dilindungi serta dilimpahi dengan rahmat Allah hendaknya... bagi diri saya pula alhamdulillah sihat dan sebenarnya hari nie merupakan hari tua saya...almaklum sahaja bila usia meningkat jadinya semakin lah ke-tua-an kan...huhuhu tak rela rasanya...tapi tak mengapalah sebab semua orang akan menghadapi peningkatan usia..yang pentingnya kita sihat dan dapat menghirup udara segar serta menikmati kehidupan dengan baik..inshaAllah.. oklah segan pulak saya nak bercerita tentang usia sebab nanti ada yang bertanya berapa umur saya yang sebenar..dah 4 series pun uolls..

Berbalik pada tajuk entry hari nie saya nak kongsikan dengan kawan2 resepi kuih siput yang sedap di buat kudapan atau di jadikan hidangan kuih raya bagi yang rajin membuatnya (nak mengentel siput nie boleh tahan penat wooo) hihihi..saya telah menyiput bersama anak buah saya Aina dan Sara sebelum raya rasanya..resepi saya ambil dari My resepi oleh Kak Besah yang memang femes gan kuih muih dan masakan yang sedap2..Jom sape2 nak cuba menyiput sila2 lah yer tapi yang penting kena ada alat untuk menyiput papan gelek siput..(acu plastik sebenornyaaa)..

Kuih Siput...

Bahan-Bahan :

3 cawan tepung gandum
2 sudu makan serbuk kari daging
1/3 cawan majerin/butter
2/3 cawan santan
5 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering - rendam sekejap
(kak besah letak tomyam paste adabi 1 peket saya x letak pun)
1 sudu teh garam & 1 sudu teh gula
beberapa tangkai daun kari
minyak untuk mengoreng terendam.

Cara:
1.  Gaul rata tepung & serbuk kari
2.  Kisar Santan, bawang putih, udang kering, garam dan gula hingga halus.
3.  Ramas dengan hujung jari majeri dan tepung, macam bread crumb bila dah rata
campurkan bahan-bahan yang dikisar tadi, uli hingga menjadi doh ang kental, macam
buat karipap.
4.  Gentel bulat2 kecil doh tersebut dan lenyekkab atas acuan kuih siput hingga menjadi
seperti siput suka hati la yer nak siput besar ke siput kecik ke siput lonjong ke jgn jadi mcm
siput b..b.. udah ler yer..hihihi..
5.Panaskan minyak, goreng kuih siput yang telah dibentuk dengan api yang sederhana supaya
dalamnya masak dan ranggup sebab kuih ini ada yang agak tebal. Bila dah 5 minit goreng
masukkan setangkai daun kari yang dilurutkan. Bila dah garing angkat dan toskan.
6. Sejukkan terlebih dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara..sedap di jadikan
kudapan semasa menonton tv..selamat mencuba yer kawan2..
nie yang baru digentil belum goreng..

ini lah acuan kuih siput gambar ehsan en google

Sunday, May 26, 2013

Bepang Badam @ Crunchy Caramel Almond...

Assalamualaikum...

Salam hujung minggu dan selamat bercuti bagi semua yang sedang bercuti, almaklumlah cuti sekolah selama 2 minggu dah bermula pada hari Jumaat lagi iaitu sehari lebih awal kerana ada perayaan Hari Wesak.. Apakahbar kawan2 serta pengunjung ZLC yang saya kasihi semoga anda semua sihat dan ceria selalu di samping anak2 dan keluarga tercinta.

Bagi ibu-ibu yang anak2 sedang cuti sekolah pastinya keadaan di rumah bertambah meriah atau riuh rendah sebab semuanya balik bercuti...macam kat rumah saya nie jugalah riuh ajer bila Sara n Aina tak bersekolah abg dorang yeyed yang tingal di asrama pun ada...cuma Hawa yang di Madrasah sahaja belum dapat bercuti.  Awal cuti anak saudara saya yang berdua lagi iaitu Iqin dan Aishah ke KL bersama ibu mereka sebabnya Aishah akan memulakan sesi pengajian di UM, Aishah dapat masuk Asasi Sains Hayat semalam melapor diri masuk ke kolej 12..pandai2 lah bawa diri Aishah yer semuanya perlu buat sendiri dan yang pentingnya kena berusaha gigih bila dah jadi student di IPTA tu..

Ok kita tinggalkan citer anak2 yg bercuti dan kak esah yg dah masuk U..sekarang saya nak berkongsi gan kawan2 semua resepi mudah untuk buat bepang badam@crunchy caramel almond @florentine cookies...sebenarnyakan cemilan atau snack ini sekarang ini sangat popular di talian internet seperti di facebook sana sini ada yang menjual secara online tapi harganya boleh tahan mahal..oleh kerana saya teringin sangat nak buat dan nampak pulak di blog Puan Azlita Aziz di blog Masam Manis tu tunjuk kan snack@cookies yang sangat sedapppp ini saya pun sangat teruja untuk membuatnya sendiri..

Bila ke kedai barang2 kueh Bake Well di BBU untuk beli bahan2nya memang la mahal..so bagi sesiapa yang membeli secara online tu tak perlu terkejut sebab dijual mahal cookies nie kalau buat sendiri pun sama gak mahal bahan2nya tapi kepuasan tu ada sebab berjaya di buat sendiri...walaupun sangat mudah dan x banyak bahan, tapi hasilnya memang sedap sangat2 weiiii berbaloi dengan harga bahan yang dibeli saya buat hanya setengah adunan dari yang saya tengok resepi pn Azlita tu kalau nak tengok yang chantek n molek silalah ke blog berkenaan disini  anyway Tqvm sebab saya selalu juga ambil resepi dari blog yang sangat cantik semua hasil tangan pn Azlita tu...

Jom  tengok resepi mudah di bawah:

Bepang Badam@Crunchy Caramel Almond
Resepi : Pn Azlita@MasamManis

Bahan-Bahan:

100 gram - tepung florenta (beli di kedai baking - 1pek 500gm =rm19.50)
100 gram - Badam Hiris
50 gram - Kuaci Hijau
10 gram - Jintan Hitam (saya xletak xder)

Cara:

1. Mula2 Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven 5 minit cukup - supaya garing sedikit (saya dah terover perang sikit)
2. Masukkan kedua2 bahan badam dan kuaci dalam mangkuk berserta tepung florentina kalau guna jintan hitam masukkan sekali dan di gaul rata.
3. Panaskan oven dan sediakan loyang pembakar saya gunakan loyang kek 8 x 8 alaskan dengan kertas silicon boleh beli di kedai baking juga. saya guna parchment paper hari tu..lebihkan sedikit di kiri kanan kertas alas supaya senang nak kuarkan nanti.
4.  Masukkan badam dan kuaci yang dah di gaul dengan tepung florentine ke dalam loyang dan ratakan.
Bakar dalam oven selama 10 minit dengan suhu 160'C.
5.  Bila dah masak terus keluarkan dari oven dan potongkan semasa ia masih panas sebab bila dah sejuk payah nak potong patah2kan ajer kalau tak di potong semasa panas.  Sejukkan dan siap untuk dihidang...sedappp cuba yer kawan2..

Wednesday, August 29, 2012

CHOC CHIP CADBURY DELIGHT..

Assalamualaikum...

Nampaknya macam susah sangat saya nak mulakan intro mengupdate di blog, naper ek ke sebab hari ini merupakan wordless wednessday atau rabu yang bisu...ntah la pada saya sama ajer..cuma tahap mood hari ini agak sejuk@baik la tu sebab cuaca tak berapa panas n redup ajer..mungkin sebab dalam seminggu ini asyik hujan di sebelah petang so bila time pagi dan tengahari cuaca molek sahaja...


Sebenarnya hari ini cuma nak berkongsikan gambor choc chip cadbury delight yang saya buat semasa raya ke 5 tak silap saya...sebelum hari raya kemarin ada juga saya masukkan resepi choc chip@famous amos tu kan di  SINI   so yang ini tak yah resepi yer...cuma ada penambahan coklat cadbury dan chunk almond serta extra almond nib..kiranya sangat mewah lah biskut yang ini...tapi resepi asas masih gunakan resepi yang sama ok...jom la kita tengok2 sedikit dari gambar 3CnD cookies yang saya buat tu yer..untuk office mate dan boss saya cenderakasih dari Zalekha Luvs Cooking..kalau saper2 nak oder pun boleh harganya boleh pm pada saya di Facebook atau di email ok...

utk ofis mate..jd la rasa sorang sikit..


Wednesday, August 15, 2012

Tart Nenas...


Assalamualaikum..

Salam...bersiaran di tengah hari Rabu ini dan kali ini saya nak kongsikan resepi biskut raya yang sangat2 digemari oleh ramai orang termasuklah saya iaitu Tart Nenas. Tart Nenas ini seakan menu wajib yang ada di setiap rumah pada hari raya dan sebenarnya biskut yang bertatah atau berinti kan jem nenas ini banyak jenis sama ada ianya di gulung, dicetak, disepit, dibentuk seperti epal yang akan diletakkan inti di atasnya atau dalamnya atau pada masa sekarang dibuat pula seperti kelopak bunga atau dipelbagaikan macam2 pesen la ada...cantik2 belaka.

Tapi bagi saya orang2 lama nie tetap suka pada jenis tart tradisional yang dicetak bentuk bulat di isikan inti di tengahnya kalau yang rajin disepit tentu cantik berseri jer kueh tart dolu2 niekan..tapi oleh kerana agak cerewat kalau nak disepit satu persatu jadi berpuas hati ajer lah dengan tart biasa yang penting kulit atau pastry nya rapuh dan berbau butter yang harum serta inti nenas yang tidak terlalu manis atau masam yang membangkitkan rasa tersendiri bila kita menikmati tart...amboiiii saya siap berimiginasikan keenakkan rasa tart..maaf yer kawan2 semua sebab masih berpuasa tunggu masa berbuka untuk kita makan tart ok atau bila hari raya.. Jom kita tengok resepi tart di bawah ini ok..

Tart Nenas..

Bahan-bahan:

250 gm butter berkualiti - saya guna SCS
500 gm tepung gandum
1 camca teh esen vanilla
sebiji telur
secubit garam - jika guna salted butter tak perlu letak garam
Jem Nenas secukupnya - digentel bulat untuk senang diisi dalam tart..
(jem nenas boleh dibeli di kedai barangan kueh atau supermarket kalau rajin boleh buat sendiri)

Cara:

1.  Putar butter sehingga lembut dan kembang masukkan secubit garam dan 1 camca teh esen vanilla. Masukkan juga sebiji terlur dan pukul lagi sehingga adunan butter dan telur sebati.
2.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan bila boleh dikepal gunakan tanggan.dan gaulkan atau uli sekadar adunan butter dan tepung bercampur rata.
3.  Canai atau torak adunan tart dan bentukkan dengan pencetak tart.  Susunkan di dalam dulang pembakar dan isikan inti. tekan sedikit inti agar rata dan kemas. (kalau rajin boleh sepit menggunakan sepit tart)
4.  Bakar di dalam oven pada suhu 170'C selama 25-30 minit atau sehingga tart masak waktu membakar bergantung pada oven masing.  Sejukkan di atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara..sedapppp cubalah..

Monday, August 13, 2012

Cornflake Fruitty Crunchy...


Salam...sekali lagi bersiaran hari ini sebab x dapat bersiaran dari rumah so...ni kira rushing jer..ni projek megukis ku semalam pagi n petangnya ku berjaya gak wat bangkit kerisik bunga cina yang di masukkan entrynya sebentar nanti...lepas nak wat apa ekkk..xyah lagi la kan ckuplah yang ada..n kalau sempat akan masukkan juga tart nenas yang dibuat oleh che Bedah yang ditolonnnn oleh che ah-kak leha mengentel intinya.. wokey x bleh nak story lama2 jom kita tengok resepi di bawah..

Cornflake Fruitty Crunchy..

Bahan-Bahan

250 gram butter
250 gram tepung gandum
3/4 cawan gula halus - di blend
2 biji telur
1 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanilla
250 gram kellogs cornflake - slightly crush
150 gram dry mix fruits - (sultana, raisin, cherry, orange peel)
paper cup secukupnya

Cara:

1. Putar gula halus bersama butter hingga lembut dan kembang/ringan. Masukkan telur sebiji2 dan pukul hingga rata masukkan pula esen vanilla.
2. Tepung gandum diayak bersama baking powder, masukkan buah campuran ke dalam tepung dan balik2kan biar bersalut.
3. Masukkan tepung ke dalam adunan butter yang dipukul tadi sedikit demi sedikit berselang seli dengan cornflake yang telah diramaskan sedikit. dan gaulkan semua bahan hingga rata.
4. Masukkan adunan ke dalam paper cup dengan sudu kecil dan susun dalam dulang pembakar.
5. Bakar dalam oven dengan kepanasan 170'C selama 25 minit atau sehingga garing bergantung pada oven masing2. Simpan dalam bekas kedap udara.. sedappp n garing cuba lah..


Bangkit Kerisik Bunga Cina....again


Assalamualaikum..

Salam sejahtera dan salam 24 Ramadhan untuk semua kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi...sebenarnya ini kira resepi ulang tayang jugak sebab saya dah 2 kali buat dalam dalam bulan puasa ini yang pertama bentuk chenta hati atau love tapi dah di makan abis oleh anak2 buah saya yang gemar rasa kueh bangkit kerisik ini..so semalam saya buat lagi 1 adunan tapi kali ini diberi sentuhan rupa yang berbeza sebab saya buat bentuk bunga n letak sedikit ceri di atasnya so saya bagi nama bunga cina...bleh mcm gitu...hehehe suka hati saya ajer kan...resepinya masih yang sama dari Kak Fida n saya copy paste kat sini juga..tqvm kak fida sebab sedap bangkit nie...

Bangkit Kerisik Bunga Cina...

Sumber: KakFida MyResepi


  • 600 g tepung sagu
  • 100 g tepung gandum
  • 300 g butter- Saya tambah 50 gm sebab a bit dry..
  • 300 g gula tepung/icing
  • 150 g kelapa kerisik -(kelapa kering dlm tin di sangar kecoklatan dan kisar halus)
  • 2 biji telur
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk coconut essence- saya xder xletak
  • 1 sk garam halus
  • ceri merah - potong kecil utk hiasan - xletak hiasan pun

Cara-cara

  1. Kedua2 tepung disangar hingga ringan,sejukkan dan diayak
  2. Gula dipukul bersama butter hingga rata, masukkan telur satu-persatu dan masukkan coconut essence.
  3. Seterusnya masukkan kerisik, serta tepung2 dan baking powder sambil diuli hingga sebati.
  4. Adunan dicanai dan diterap lalu disepit dan hias di tengah2nya dgn ceri merah.- saya tak sepit pun
  5. Bakar dgn suhu 150C selama 15-20 min. 

Saturday, August 11, 2012

Choc Chip Cookies@ Almost Famous Amos..


Assalamualaikum...

Salam sabtu untuk semua teman2 dan pengunjung ZLC yg saya sayangi...dah terasa bahang raya nampaknya di sana sinikan selain di pusat membeli belah yang sentiasa sesak dengan orang2 yang nak bershopping sakan agaknya jualan bazar raya dengan kueh raya yang beranika rupa memang begitu banyak sekali sampai rambang tengok bila kita ke bazar kueh2@cookies raya tu...tapi rasanya harap2 secantik rupa yang dipamerkan..nak merasa tak boleh sebab bulan puasakan...hehehe..saya kalau menjelang raya macam nie memang suka cuci2 mata tengok jualan seperti ini mana la tau boleh ambil idea utk buat cookies raya yang cantik2..tp di penghujungnya tetap lerrr terhasil cookies yang boleh dikatakan sama setiap tahun...asal sedap rupa saya rasa belakang kira kot kekadang cookies2 yang di jual tu lebih indah rupa dari rasa...so baik la buat sendiri walaupun kureng kecun--an nyer..muahahaha..janji sedappp n meletopsss kueh akak kan..ok tak mau bercerita panjang hari nie dah penat mengentel tart nenas tapi entry yang ini cuma nak kongsikan resepi yang pernah saya masukkan di blog sebelum ini yang saya ambil dari Blog Pn Rima dari Singapura @ Bisous A Toi...tqvm Rima sebab selalu kongsikan resepi yang sedap2 di blog anda akak panjangkan ilmu awak tu pada kawan2 yang lain juga yer resepi ni dalam bahasa inggeris saya malas nak tulis balik cuma cnp yang pernah saya masukkan DISINI.. kepada saper2 yang nak mencuba memang sedappp banget cookies ini..






Choc Chip Cookies @ Almost Famous Amos
Sumber: Pn Rima - BisousAToi

Ingredients:
250 gm Salted Butter
200 gm Soft Pack Brown Sugar
1egg
1/2 tsp Coffee Oil
1 tsp vanilla extract
1/4 cup oat or nestum -i use oat1/4 cup ground almond (i put in 1/2 cup)
300 gm self raising flour (if use plain flour add in with1 tsp of baking powder)
1 pack of Nestle Tollhouse Semi Sweet Chocolate - or chocolate chunk (i used choc chip)
1/2 cup of your favourite nut (chop finely and toasted) (optional)- i add almond nib

Method:
This is the most important step at least 2 hours before or the night before, beat the egg with vanilla and coffee oil to infuse..or u can do this the night before, refrigerate it then bring it to room tempreture before baking.

Preheat oven to 160C, Softened butter, beat in the sugar and beat in the egg, stir in the oats, ground almonds, optional chopped nut and the chocolate chunks. Sift the  flour and fold in, this dough will not to be too stiff but not to wet eihter.

For small cookies, place half tsp of the dough, spaced slightly apart on the cookies sheet and bake for 20-30 mins. depend on your oven.. For large cookies place rounded tbsp of the dough spaced apart on the tray and bake for 30 -35 minutes.

Cool completely and let it sit overnight in an air tight container, this is for flavours and  fragrance to develope further.  Eat one freshly made and one the day after, there is a difference..