Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, July 6, 2015

Tart Nanas Berkeju..


Assalamualaikum untuk semua teman-teman dan pengunjung ZLC yang saya kasihi..dah lamanya saya tak mengupdate apa2 di blog ya..last saya masukkan recipe Upma Rava pada 29 Jun ni dah masuk puasa yang ke 19 hari..cepat betul masa berlalu kan dan dah masuk minggu terakhir berpuasa serta menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia.
Pastinya bila nak menjelang raya  ramai ibu-ibu atau sesiapa sahaja yang telah atau sedang membuat persiapan untuk hari raya sama ada membuat biskut, mengemas dan mengecat rumah atau ada juga yang menjahit langsir atau pakaian hari raya untuk anak-anak.

Dalam suasana meriah dah nak dekat raya ni saya pun tak lepaskan peluang untuk buat sedikit cookies untuk hari raya tapi baru mula sejenis..in sha Allah kalau ada masa saya teringin nak buat sejenis dua lagi.. tapi selalu yang di buat kadang-kadang tak sempat untuk tunggu raya maklumlah bila anak-anak buah saya nak merasa lepas-lepas waktu berbuka memanglah saya tak akan menghalang makanlah anak-anak sebab buat kueh-kueh ni pun untuk dimakan. Untuk hidangan raya saya beli ajelah nanti serba sedikit kerepek-kerepek, rempeyek dan muruku..jadi lah lebih di sukai tetamukan sebab pergi berziarah di kebanyakkan rumah pasti banyak kueh atau biskut raya kan..muahahaha melampau saya nie ek..beralasan pula.

Oklah kita terus ke resepi yang nak saya kongsikan hari ini yang saya buat pada hari sabtu lepas iaitu Tart Nanas Keju yang boleh tahan sedap rasanya lemak2 kerana pastry crust saya letak cream cheese di dalam bersama buttercup kalau nak guna butter yang lebih mahal lebih sedap tau..saya guna buttercup aje bukan pure butter ek..ada orang yang salah anggap buttercup sebenarnya dibuat dari isirong kelapa sawit dan dikenali sebagai lepa susu so ianya kurang sedikit dari aroma butter dari penggunaan susu asli lembu..oppss panjang lebar pulak penerangan saya tentang penggunaan buttercup ini anyway rasanya tak menghampakan still sedap uoll sebab ada cream cheese dan inti jam Nanas saya beli yang dah siap aje..dan saya parutkan cheddar cheese sebagai garnishing di atas tart ini,,jom tengok resipi yang ringkas yang menggunakan sukatan cawan sahaja ini..

Tart Nanas Berkeju

Bahan-Bahan:

1 cawan buttercup boleh juga guna butter jenama lain
1/2 cawan cream cheese -(saya guna jenama Tatura)
2 1/2 cawan tepung gandum
secubit garam
1 biji kuning telur
secukupnya inti Jem Nanas - saya beli aje
sebiji kuning telur untuk glaze
secukupnya cheddar cheese yang diparut untuk hiasan

Cara:

1. Pukul cream cheese dan butter hingga lembut dan masukkan secubit garam serta 1 biji kuning telur. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan di gaul rata. Boleh gunakan tanggan untuk gaulkan tepung kedalam adunan butter dan cream cheese..adunan ini akan menjadi lembut dan mudah dibentuk.
2. Sediakan inti Nanas bulat2kan kecil atau mengikut size yang kita kehendaki saya buat kecil2 sahaja. Ambil adunan sebesar guli dan bulatkan serta tepek di tapak tangan. Isikan sebiji inti nanas dan katup serta bulatkan menjadi bebola.
3. Aturkan bebola2 yang telah siap di isi dengan nanas dalam dulang pembakar yang di taburkan dengan sedikit tepung. Glaze  di atas kueh ini dengan sedikit kuning telur serta letakkan sedikit parutan keju cheddar. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170'f
selama 20 minit atau mengikut ketuhar masing-masing, Biarkan sehingga hilang panas baru masukkan ke dalam bekas kedap udara. Boleh dapat 105 biji jika buat size kecil seperti di gambar.



























No comments:

Post a Comment