Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Showing posts with label Majlis sekolah. Show all posts
Showing posts with label Majlis sekolah. Show all posts

Friday, September 14, 2012

Majlis Hari Raya dan Perpisahan di SKPT2

Assalamualaikum...

Salam Jumaat 27 Syawal..nampaknya tinggal 2 hari sahaja kita berada dalam bulan syawal dan masih ada lagi yang membuat jamuan raya atau open house..di sekolah saya pagi tadi pun ada majlis jamuan hari raya dan juga majlis perpisahan cikgu Sugimin naik pangkat sebagai gpk koko di SK Tg Adang..tahniah buat cikgu Sugimin..

Majlis Raya yang diadakan tadi di adakan secara sederhana tapi tetap meriah. Majlis telah dimulakan dengan ucapan pengerusi bakaf, ucapan GB dan yang diraikan cikgu Sugimin. Makanan yang disediakan pada kali ini bermacam anika sebab merupakan makanan teriak (emmm ada ke nama makanan cengitu) dari seluruh malaysia sebab ada Satay, ada soto, ada nasi impit, ada laksam, laksa pineng, ada nasi dangang,ada ketupat sotong. ada lepat, ada ketupat palas, ada Nasi Briani, lauk pauknya pun amat la beranika rendang ajer ada 4-5 jenis naik fening kepala, tu belum termasuk kueh mueh, buah2an, puding, air2 punch n bandung soda dan beranika lagi la yang di bawa oleh cikgu2, staff sokongan dan pekerja2 cleaner termasuk tokey kantin sama2 bawak makanan..

Bila dah macam2 ada  dah tak tahu nak makan yang mana so makan benda yang selalu di makan sahaja macam saya cuma makan satay sedikit dan soto yang dibuat oleh rakan staff dan guru di kelas pendidikan khas..nak rasa nasi briani kambing abg ramlee kantin pun x sempat sebab lepas makan saya kena balik semula ke pejabat..anyway sekolah saya nie memang selalu mengadakan majlis2 dan makan2 so tak perlu risau jika teringin makanan dari negeri mana sekalipun boleh ajer minta tolong rakan2 guru dari kelantan ke terengganu ke perlis ke kedah ke johor ke masakkan apa2 yang termegidam..opsss lum lagi..

Memandangkan dah agak lama juga saya dah tak berentry di blog nie sebab tuan tanah yang tak berapa nak sihat minggu nie baru naik keje setelah dua hari mc so kita layan kan gambar2 yang sempat saya snap tadi..k sebenarnya dah rindu gak nak ke dapur masak yang simple2 cuma keadaan lum mengizinkan nanti bila ada apa2 yang menarik saya kongsikan di sini ok kawan2..nie pun bersiaran dipetang jumaat yg agak sepi sebab semua orang di pejabat saya ikut rombongan murid2 ke Legoland Malaysia dapat tiket percuma untuk 100 orang jadi semua orang nak pergi..kalau nak pergi sendiri harga tiket nyer sahaja dah RM110 seorang saper2 yang ada anak nak di bawak bertambahlah pulak nanti fulus yang terpaksa dikeluarkan..saya tak dapat nak ikut sebab masih kurang sehat..insyaAllahy bila ada kelapangan nak juga ke sana nanti.kena kumpul duit dulu sehari seringgit wahhh kena tunggu 3 bulan setengah baru dapat saya pergi muahahaha ada2 ajer saya nie kan..


Friday, August 10, 2012

Majlis Khatam, Sumbangan Raya, Bubur Lambuk..

sumbangan duit raya dari ketua wanita bhg pulai..

Assalamualaikum...

Salam Jumaat 21 Ramadhan untuk semua..hari ini di sekolah saya telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran bagi murid2 yang telah bertadarus sejak awal Ramadhan dan juga pemberian sumbangan untuk murid anak-anak yatim dan miskin..dan ada juga bubur lambuk yang disediakan untuk semua warga sekolah...Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Kg Mukim Kempas yang turut menyampaikan sumbangan beras dari AP Kawasan Pulai serta Wanita UMNO bahagian Pulai yang turut menyumbangkan duit raya..Alhamdulillah nampaknya golongan asnaf yang memerlukan tidak dilupakan dalam kita menyambut kedatangan syawal nanti..bagi anak2 yang menerima sumbangan duit raya semoga dapat membeli sebahagian dari keperluan hari raya nanti..jangan pula beli mercun atau benda2 yang tidak berfaedah..ok lah jom kita lihat sedikit dari gambar2 yang sempat saya ambil tadi..tapi sayangnya gambar anak2 sedang Khatam Al-Quran saya x sempat ambil kerana berada di pejabat..so layan gambar2 yang ada ajer yer..

sumbangan duit raya dr guru besar..
  
Anak2 yang khatam Al-Quran..

Murid2 penerima sumbangan..
sebahagian dari beras dan barangan kering..
duit raya..alhamdulillah rezeki anak2 yatim n miskin..
bubur lambuk 3 periuk chef chegu mahmood n geng masak..
bubur lambuk untuk cikgu cikgi
bubur lambuk utk murid2
dj sensasi skolah yus n ustzah som
kak ct, mona, arina n azimah..irwana..
3 cikgu glam smbil wat keje..elin, fa n adik prktikum..
gift vip utk tok ketua n kump wanita umno..
org kuat di periuk cikgu feah, mek n cikgu kak wan..
kump. akak2 cleaner yg bnyk membantu..

Monday, July 2, 2012

Sekitar Hari Keusahawanan SKPT2...

Assalamualaikum..

Salam pagi ahad dan selamat berhujung minggu pada semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya kasihi...hari ini nak kongsilan sedikit dari gambar2 yang sempat saya ambil semasa ke sekolah semalam.  Memandangkan semalam adalah hari terbuka sekolah dan hari keusahawanan maka banyak acara2 menarik yang diadakan seperti jualan beranika barangan daripada beranika makanan, pakaian, binatang peliharaan, barangan keperluan harian, buku2 dan acara game serta ada juga pertandingan mewarna kanak2 pra sekolah.
mendidik anak2 berniaga..

Oleh kerana saya agak sibuk semalam maka saya xturut serta dalam jualan yang diadakan kalau tak mahu juga saya menjual kueh atau makanan yang mudah disediakan, memandangkan saya dah beli kupon yang agak banyak juga so saya pun membelilah barangan yang dijual dengan harga yang berpatutan sambil sarapan pagi disana ada roti canai panas yang sedap dan juga lempeng yang dibuat oleh Jun pembantu kedai buku sekolah yang turut berniaga makanan..sedap jun lempeng gan sambal u i like n very d murah 3 keping sehengget.....nanti buatkan akak lagi yer...hehehe..oklah kita layan gambar2 sekitar hari keusahawan semalam yer..

Begitulah serba sedikit gambaran ringkas hari keusahawanan yang telah diadakan di skpt2 yang sangat2  happening meriah dan berjaya dikunjungi ramai orang walaupun pada hari yang sama ada jom heboh di Plaza Angsana..liputan yang dibuat hanya setakat 1 jam sahaja dari jam 8 - 9 pagi dan katanya memang sangat2 meriah kali ini...mudah2an tahun depan saya dapat join sama..
gerai ice blended terbaik cikgu mahmood gan cikgu azizul

gerai murid 6 orkid..

roti canai 0 satu...sedap roti canai nie..

noly, bedah n saya sempat bfast roti canai n lempeng..
En. Yusof jd dj..

Gerai che Mamat...mem dia jual anika kek coklat muffin n sandwich yg sdap..
burung yg cntik nie mahal sikit sekor rm35..saper nk leh contact cikgu solah

Thursday, May 17, 2012

Sekitar Hari Guru SKPT2...

Assalamualaikum...

Selamat Hari Guru untuk semua cikgu2 di SKPT2...dan dimana2 jua di seluruh pelusuk negara..sempena dengan sambutan Hari Guru pada 16 Mei semalam..walaupun agak kelewatan utk masukkan entry oleh kerana sebab2 yang tak dapat di elakkan.. saya nak juga berkongsi beberapa foto yang dirakamkan bersempena sambutan Hari Guru di SKPT (2), JB tempat saya bertugas la tu...so kita jengah2 kemeriahan guru2 dan semua warga SKPT2 yer...jom layan pic2 yg sempat saya ambil...

gambar beramai2 tp nie blum ready smua org..
bos akak yg sporting ambil bahagian dlm persembahan 
3 gediks girls 2 tu tunjuk cincin besor yg chantik..hehe
diva2 skpt2..dgn pnuh perasaan mnyanyi..
team staf opis akak yg comel2 belaka..
hero melaya terakhir..che matt, abg enal n wak jo..
Akak smpat posing tp tiang 
yang mana satu pilihan kalbu..hahaha
cikgu2 dan cikgi...
ustaz G n ustaz M.Zin miming jer..
Ustazah K.ct..calon menunggu..jgn marah eks akak cyg..hehe
Laksa Johor
Laksa Pineng
Soto Warisan Hj Patoni...
Satay..xtau mana mari...tp sedap
Pencuci mulut..
inilah caramel custard yg akak buat..
buat utk cikgu2 skpt2 
akak mkn soto, satay 4 cucuk n laksa..pastu xlrat dah..sambil acara tukar2 hadiah
selesai sudah acara makan2 dan sambutan hari guru di sekolah akak,,,