Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Friday, September 14, 2012

Majlis Hari Raya dan Perpisahan di SKPT2

Assalamualaikum...

Salam Jumaat 27 Syawal..nampaknya tinggal 2 hari sahaja kita berada dalam bulan syawal dan masih ada lagi yang membuat jamuan raya atau open house..di sekolah saya pagi tadi pun ada majlis jamuan hari raya dan juga majlis perpisahan cikgu Sugimin naik pangkat sebagai gpk koko di SK Tg Adang..tahniah buat cikgu Sugimin..

Majlis Raya yang diadakan tadi di adakan secara sederhana tapi tetap meriah. Majlis telah dimulakan dengan ucapan pengerusi bakaf, ucapan GB dan yang diraikan cikgu Sugimin. Makanan yang disediakan pada kali ini bermacam anika sebab merupakan makanan teriak (emmm ada ke nama makanan cengitu) dari seluruh malaysia sebab ada Satay, ada soto, ada nasi impit, ada laksam, laksa pineng, ada nasi dangang,ada ketupat sotong. ada lepat, ada ketupat palas, ada Nasi Briani, lauk pauknya pun amat la beranika rendang ajer ada 4-5 jenis naik fening kepala, tu belum termasuk kueh mueh, buah2an, puding, air2 punch n bandung soda dan beranika lagi la yang di bawa oleh cikgu2, staff sokongan dan pekerja2 cleaner termasuk tokey kantin sama2 bawak makanan..

Bila dah macam2 ada  dah tak tahu nak makan yang mana so makan benda yang selalu di makan sahaja macam saya cuma makan satay sedikit dan soto yang dibuat oleh rakan staff dan guru di kelas pendidikan khas..nak rasa nasi briani kambing abg ramlee kantin pun x sempat sebab lepas makan saya kena balik semula ke pejabat..anyway sekolah saya nie memang selalu mengadakan majlis2 dan makan2 so tak perlu risau jika teringin makanan dari negeri mana sekalipun boleh ajer minta tolong rakan2 guru dari kelantan ke terengganu ke perlis ke kedah ke johor ke masakkan apa2 yang termegidam..opsss lum lagi..

Memandangkan dah agak lama juga saya dah tak berentry di blog nie sebab tuan tanah yang tak berapa nak sihat minggu nie baru naik keje setelah dua hari mc so kita layan kan gambar2 yang sempat saya snap tadi..k sebenarnya dah rindu gak nak ke dapur masak yang simple2 cuma keadaan lum mengizinkan nanti bila ada apa2 yang menarik saya kongsikan di sini ok kawan2..nie pun bersiaran dipetang jumaat yg agak sepi sebab semua orang di pejabat saya ikut rombongan murid2 ke Legoland Malaysia dapat tiket percuma untuk 100 orang jadi semua orang nak pergi..kalau nak pergi sendiri harga tiket nyer sahaja dah RM110 seorang saper2 yang ada anak nak di bawak bertambahlah pulak nanti fulus yang terpaksa dikeluarkan..saya tak dapat nak ikut sebab masih kurang sehat..insyaAllahy bila ada kelapangan nak juga ke sana nanti.kena kumpul duit dulu sehari seringgit wahhh kena tunggu 3 bulan setengah baru dapat saya pergi muahahaha ada2 ajer saya nie kan..


No comments:

Post a Comment