Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Saturday, September 29, 2012

Mee Siam Tauco...mabelesss u...


Assalamualaikum...

Salam sabtu untuk semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi...apakabar anda semua semoga kalian sehat dan ceria selalu disamping keluarga tercinta...mesti pepagi nie ada yang tersenyum lebar kan sebab ada berita gembira semalam...alahaiiiii pasti semua orang dah tahukan pasal pengumuman bajet 2013 yang dibuat oleh PM..Bajet yang sangat mesra rakyat dan juga ada bonus lagi untuk penjawat awam...Allhamdulillah sekurang2nya dapatlah meringankan beban untuk mereka yang ada anak bersekolah boleh buat persediaan untuk naik sekolah nanti...macam2 juga insentif lain seperti bantuan BR1M, ada juga bantuan persekolahan, penurunan kadar2 cukai, pengurangan kos pembelajaran pelajar dan macam2 lagi kalau nak tau lebih lanjut sila la ke FACEBOOK PM dan baca macam2 artikel mengenai Belanjawan 2013 di laman facebook berkenaan ok..tqvm PM..

Oklah kita tinggalkan dulu cerita bajet pagi ini saya nak kongsikan dengan anda semua resepi yang sesuai untuk sarapan pagi atau dimakan bila2 masa sahaja...iaitu mee siam tauco yang sedappp ini..pagi2 tadi saya dah masakkan untuk anak2 buah yang pi hari keluarga jabatan akak saya di Sedili Resort, Kota Tinggi...saya tak ikut sebab x diajak...huhuhu jelessss u..mengada2 pulak saya dah tua2 nak jeleskan anak2 biarlah diaorang pergi sesekali saya nie dah selalu berjalan2 sambil mengukur jalan tak abis2..hehe..bagi peluang la kat anak2 tu.. Jadinya pagi tadi sempatlah gorengkan mee siam untuk sarapan...jom arr skodeng resepi di bawah ok...

Mee Siam Tauco

Bahan-Bahan:

1 pek mee hoon - di rendam 30 minit atau lama sedikit
250 gram udang - dibuang ekor dan kepala
1 mangkuk taugeh
3/4 cawan - sambal tumis ikan bilis  (resepi diSINI)
1 biji bawang besar - dihiris halus
2 keping takwa - dipotong kecil dan goreng
3 sudu makan tauco - dilenyek jadikan pes
4 sudu makan - sos tomato
4 sudu makan - sos oyster
sedikit gula
sedikit sahaja garam (sebab tauco dah masin)
air - lebih kurang 3/4 cawan
sedikit minyak untuk menumis
Bahan Hiasan
Tomato segar - dihiris
Limau Kasturi - dibelah 2
Daun Sup - hiris
Bawang Goreng secukupnya

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang di hiris hingga berbau harum dan layu, masukkan pula sambal tumis dan balik2kan sebentar masukkan pula sos tomato, sos tiram dan tauco yang dilenyek jadi pes, masukkan sekali sedikit gula pasir dan.
2. Tumis hingga semua bahan sebati dan masukkan  udang, masukkan juga air bila bahan2 rencah dah mendidih masukkan mee hoon yang telah direndam dan ditoskan airnya tadi..
3. Gorengkan sehingga mee hoon lembut dan masukkan tahu berserta taugeh, kalau nak masukkan tomato buah pun boleh potongkan baji/wedges tomato 2 biji (saya xletak)balik2kan rasa kalau perlu diletak garam sedikit sahaja sebab bahan2 sos dan tauco dah sedia masin. Apabila mee siam dah masak elok padamkan api, hidangkan bersama tomato yang dihiris bersama limau kasturi dan taburkan sedikit daun sup berserta bawang goreng...sedappp cubalah..

No comments:

Post a Comment