Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Showing posts with label kudapan. Show all posts
Showing posts with label kudapan. Show all posts

Thursday, November 12, 2015

Pop Corn...jom belajar buat pop corn..

Color agak pale tp sedap pop corn ni lemak2 manis..
Assalamualaikum..salam khamis untuk pegunjung ZLC yang saya sayangi..hari ni nak kongsikan satu resepi kudapan yang sangat mudah di buat simple dan sedap untuk di buat kudapan atau cemilan semasa menonton tv atau bagi jer ke anak2 kecil semangkuk besar sekejap ajer dah selesai..senang jugak nak buat pop corn ni rupanya..tq to ofismate saya Cik Fazleen yang ajar saya buat pop corn yang mudah ini so saya share pula untuk kawan2 ok...boleh tengok pic di bawah proses buat pop corn okehhh..

POP CORN

Bahan-Bahan:

Jagung pop corn - 1/2 cawan
majerin - 1/2 cawan (sama paras gan jagung)
gula pasir secukupnya untuk buat caremel - tapi saya buat color dia x brapa caramel muda jer
1 sudu makan majerin untuk masuk dalam caramel..

Cara:

1. Panaskan 1/2 cawan majerin ke dalam kuali dengan api yang kecil
2. Biarkan majerin mendidih kacau sedikit dengan sudip
3. Masukkan jagung pop corn sama paras dengan majerin ok..jangan lebih jagungna
4. Tutupkan kuali dengan penudung kukus. Bila kita dengar pop corn dah mula
melompat2 dalam kuali goyang2kan sedikit kuali. Ini utk pastikan semua jagung pop corn menjadi bertih jagung ya. Bila dah tak ada bunyi boleh buka penudung dan pop corn yang dah jadi salinkan ke dalam bekas atau mangkuk.
5. Untuk buat caramel. Masukkan gula pasir lebih kurang 5 - 6 sudu makan ke dalam kuali gunakan api yang kecil sahaja, gunakan sudip untuk kacau gula sehingga ia jadi caramel saya buat sekadar gula cair dan warna caramel nya kuning muda sahaja x berapa nak gold. masukkan 1 sudu makan majerin kacau sedikit dengan sudip dan terus padamkan api.
6. Masukkan pop corn tadi ke dalam caramel dan balik2kan hingga rata. Bila dah rata boleh terus di simpan dalam bekas kedap udara.  Sedap tau..pop corn nie ada rasa lemak2 masin dari majerin dan manis2 gula..sedar makan semangkuk dah habis..

panaskan majerin dalam kuali
masukkan jagung separas majerin
tutupkan dengan tudung kukus
bila dah xder bunyi meletup2 dlm kuali semua pop corn dan kembang salinkan dalm bekas or periuk
proses untuk buat caramel masukkan gula pasir..kacau2 gan sudip hingga kuning n cair masukkan majerin  pic gula cair xsmpat snap pulak...terus padam api ok
masukkan pop corn dalam caramel dan balik2kan hingga rata..siap untuk dinikmati pop corn yg sedap ni..












Tuesday, October 20, 2015

Churros...again..

Assalamualaikum..salam untuk semua..setelah lama saya tak menjengah ke sini hari ini saya kembali lagi dengan resepi kudapan atau makanan yang berasal dari Mexico ini.. Kudapan yang digoreng / fritter ini amat mudah untuk di buat dan bahan-bahannya pun tak banyak.  Oleh kerana anak-anak buah saya gemar kepada churros ini saya pun on la projek menchurros pada petang semalam.  Saya sebenarnya pernah juga masukkan resepi churros sebelum ini dalam blog tapi saya masukkan sekali lagi kerana x perlu menaip panjang-panjang sebab bahannya yang sedikit dan buatnya pun very the easy la kata orang.  Bila saya tengok ada orang yang menjual churros ni secara online dengan harga yang agak mahal iaitu 18 batang bersama sedikit chocolate dipping nya..churros yang sedikit tu aje dah berharga RM15 saya nak cadangkan kalau teringin dan teragak buat ajelah in shaa Allah menjadi punya..untuk kakak saya cik puan Buntat x payah la beli yang mahal tu buat ajer sendiri atau datang la ke rumah nanti hakak buatkan..ok jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan...

Churros
Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air
1 sudu makan besar mentega
1 sudu makan besar gula
sedikit garam
1 biji telur gred A - di pukul sedikit
Minyak masak untuk mengoreng

Chocolate dipping secukupnya - boleh gunakan apa brand hersey ke nutella atau apa2 brand.

Cara:

1. Masukkan air bersama mentega, gula dan garam dalam periuk masakkan sehingga mendidih.
Bila dan mendidih masukkan tepung gandum dan dikacau dengan senduk kayu cepat-cepat hingga bergaul rata.
2. Padamkan api dan masukkan telur yang di pukul/kocok tadi ke dalam adunan tepung. Gaul hingga rata. Adunan akan menjadi lembut. Untuk bentukkan churros ambil piping bag dan masukkan nozel berbentuk bintang. Jika tiada piping bag dan nozel boleh juga gunakan plastik putih. Isikan dengan adunan tadi dan pancitkan anggaran tiga inci dan goreng dalam minyak sederhana panas.
3. Ada dua cara yang boleh di buat terus picitkan adunan churros ke dalam minyak atau kita picitkan atas dulang dulu baru di goreng. Goreng hingga warna kuning keemasan dan angkat serta letakkan di atas tapisan. Hidangkan bersama chocolate dipping bersama teh 'o' panas pasti sedap..cubalah..




Sunday, June 28, 2015

Roti Lapis Daging & Cheese.. simple jer..

Salam hujung minggu untuk semua..hari ini saya nak sharekan sejenis masakan yang ringkas tapi mengenyangkan sebab ada roti, ada daging yang di masak serta ada cheese yang di tabur bersama sos putih atau bechamel sauce.. resepi yang saya buat pada puasa ke 6 kot nie baru sempat nak di update..almaklumlah bulan2 puasa nie bz selalukan..jom lah kita membirukan mata hitam kita ek..

Roti Lapis Daging dengan Cheese

Bahan-bahan:

8 keping roti putih - apa2 brand boleh
Bahan untuk daging
200 gram daging cincang
1/2 batang karet - di sagat
1 1/2 labu bawang besar - di dadu
sedikit lada Sulah
sedikit garam
sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan untuk sos putih @bechamel sauce
250 ml susu segar
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan butter
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ayam pasti sedap maggie

Telur 2 biji dipukul manja bersama
1/4 cawan susu cair
dengan sedikit lada sulah dan sedikit garam
Secukupnya parutan keju cheddar atau boleh juga guna slice cheese
Sedikit butter..

Cara:

1. Mula2 sediakan lapisan daging. Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang besar dadu hingga layu dan berbau harum, masukkan daging balik2kan hingga air daging keluar dan masukkan pula karet yang di sagat, perisakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Bila dah masak padamkan api dan sejukkan.
2. Sediakan pula sos putih, Panaskan satu sudu makan butter dalam periuk kecil, masukkan tepung gandum 2 sudu dikacau sedikit dan masukkan susu segar. Masukkan juga lada sulah dan serbuk pati ayam pasti sedap, Masak sehingga sos ini mendidih dan agak memekat. Padamkan api.
3. Cara sediakan roti lapis daging dan Cheese
Celupkan roti pada telur susu yang dipukul manja tadi..Susun di atas pemanggang ajaib boleh susun 4 keping. Letakkan daging yang di masak tadi secukupnya. Kemudian letakkan pula sos putih menutupi daging. Tutupkan dengan kepingan roti di atasnya kalau nak celup dengan telur pun boleh tak celup di lapisan atasnya pun tak mengapa, taburkan lapisan daging di atasnya dan juga curahkan sos putih akhir sekali taburkan cheese cheddar yang di parut, masak dengan api yang kecil sahaja selama 10 minit. Angkat dan boleh di potong roti lapis daging yang dah siap di masak. Sedap dimakan panas begitu sahaja atau dengan sos cili..Selamat mencuba
















Thursday, June 25, 2015

Tahu Sumbat Goreng - berlainan sedikit..

Salam Ramadhan ke 8..cepatnya kan..masa sekarang memang berlalu amat pantas rasa macam tak sempat nak toleh kiri kanan dah masuk 8 hari puasa..anyway alhamdullilah walaupun banyak dugaan di bulan puasa kali ini..cuaca yang agak panas ramai yang tak berapa sihat batuk2 ada  yang demam jugak termasuklah saya yang dah lebih seminggu batuk..bukannya tak makan ubat batuk dan tak sapu macam2 jenis minyak angin tapi nak sakit kita tak boleh menahannyakan..so apa yang boleh dibuat banyak minum air masak dan air panas di waktu berbuka tapi kan kawan2 dugaan tengok orang lain yang syok minum ais memang sangat2 mencabar..x mengapa bila dah baik nanti siap sedialah untuk menikmati segala maknika miuman beraiskan..verangan,,,n terus verangan tak sudah2 saya nie kan..muahahaha..Ok x mo berceloteh panjang hari nie kalau berkesempatan saya nak masukkan 2 entry..yang lagi satu tu tunggu ek..yang pertama nie saya teringin or termengidam makan tahu sumbat goreng..sebenarnya saya pernah masukkan entry ntah tahun bila dulu, tapi yang kali ini macam goreng tak berapa nak cantik kalau nak lihat yang pernah saya buat dulu DISINI .mula2 saya nak goreng dalam minyak banyak tapi takut terkeluar isi tahu yang saya sumbat tu so saya tukar goreng dalam non stick pan guna minyak sikit aje..tapi rasa nya masih sedap lain kali saya nak buat isi ikan atau udang pula n nak kukus macam masakan cina mesti sedapkan , sabar ya cik leha berpuasa nie memang semua teragak n rasa sedap,,.Tahu Sumbat Goreng ini saya makan cicah gan sos cili..kalau sos buat sendiri pun boleh saya guna sos cili bawang putih jenama Lingham aje..Ok terus tengok bahan2 yang diperlukan ok.

Tahun Sumbat Goreng

Bahan-Bahan:

6 keping tahu lembut di potong 2 dan buat poket keluarkan isinya sedikit
1/2 batang karet di sagat
1/2 biji sengkuang - di sagat
1/2 camca teh serbuk ayam pasti sedap maggie
1/4 camca teh serbuk lada sulah
sedikit garam
2 biji telur garam (dipukul manja dengan sedikit garam dan lada sulah)
sedikit minyak masak untuk mengoreng

Cara:

1. Gaulkan karet dan sengkuang yang diparut bersama lada sulah, serbuk perasa pasti sedap dan garam. Masukkan sekali isi tahu yang di keluarkan tadi serta hancur2kan sedikit.
2. Ambil sekeping tahu yang di buat poket tadi isikan dengan inti biar padat. Buat hingga habis dapat 12 keping kalau nak buat lebih pun boleh sebab intinya lebih.
3. Panaskan sedikit minyak  masak dalam non stick pan..ambil tahu yang telah disumbat tadi celupkan kedalam telur yang dipukul manja. Gorengkan kedua2 belah. Angkat serta toskan minyaknya.  Hidangkan bersama sos cili atau sos lain kegemaran anda..











Tuesday, May 26, 2015

Kueh Tiram Sira Pedas..


Selamat sejahtera untuk semua..hari ini saya nak share satu resepi snek atau kudapan yang sedap sebenarnya kueh ini banyak namanya tau ada yang namakan sebagai kueh lidah buaya, kueh kertas, kueh surat khabar, kueh ganyang, kueh tiram dan ada jugak nama lain kalau nak tau kena ler google yer kawan2.  Saya sebenarnya belajar buat kueh ni setelah tengok dalam group resepi ringkas di fb jadi memang teruja  nak membuatnya.  Pada asalnya kueh tiram ini sepatutnya di salut dengan gula aising saje tapi kerana saya suka yang lebih pedas maka terhasilah kueh tiram sira pedas ini..walaupun pembuatannya agak rumit tapi alhamdullilah jadi jugak kueh tiram versi sira pedas saya ini..so nak bagi credit pada tok guru yang ajar Hanif Muhammad yang mengajar macam mana nak jadikan kelopak tiram nie agak garing bila mengoreng dengan teknik gunakan lidi dan kuis2kan kelopaknya semasa mengoreng so dia akan merata garing bila di goreng..resepi nya pun macam nak copy paste aje dari tuan punya resepi yang saya belajar tu..tqsm for the awesome recipe k..sape nak cuba yang pedas nie..cuba lah pasti tak menyesal sebab sedap tau kawan2..


Kueh Tiram

Bahan-Bahan

3 cwn tepung gandum,*
1/2 cwn tepung beras,*
3/4 cwn minyak masak,*
1 bj telur,*
1/2 sdk garam,*
Air secukupnya,
1/2 cwn tepung ubi( dicampurkan dgn minyak 5 sdb ) untuk olesan


Caranya,


1. Campurkan semua bahan bertanda (*) ramas ramaskan kemudian masukkan air sedikit demi sedikit,hingga membentuk doh yang sedikit keras dari doh karipap, 

2. Bahagikan kepada lima bahagian (saya bahagia 6 bahagian) lalu dicanaikan nipis kemudin sapukan adunan tepung ubi tadi..dan terus gulungkan. 
3. Potong potongkan (dalam 1 cm) dan kemudian leperkan hingga nipis seperti kertas (sila rujuk gambar)
4. Gorengkan ( sewaktu digoreng gunakan lidi dan bukakan kelopak supaya dlm kelopak juga garing) setelah keemasan toskan, dah sejuk baru taburkan gula halus atau dibuat sira pedas seperti resepi di bawah..

Untuk  sira pedas
Bahan2nya

6 sudu  makan cili blender
8-9 sudu makan gula pasir (gula pasir biar lebih)
sedikit garam
dan sedikit minyak untuk menumis

Cara:
Tumiskan cili blender dan masukkan gula tumiskan hingga sambal menjadi likat dan warnanya 
akan menjadi merah gelap. masukkan juga sedikit garam. (Kalau nak masukkan 3 butir bawang putih yang ditumbuk halus boleh tapi saya tak letak pun) bila sambal dah likat bolehlah padamkan api. Bila sambal dah agak suam masukkan kueh tiram dan digaul rata. Boleh di simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan keragupan kueh tiram sira pedas ini.
bahagikan doh kepada 5 atau 6 bahagian
tepung ubi yang dicampur dengan minyak utk olesan
bila dah canai nipis doh oleskan dengan tpg ubi yg dicampur minyak td
yang nampak mcm ulat bulu nie doh yg digulung dan potong
gelekkan sehingga nipis
susunkan dalam dulang sedia utk digoreng
ini sambal sira pedas yang dah likat
Kueh tiram setelah digoreng..boleh salut dengan gula atau disira pedas..






Thursday, April 2, 2015

Popia Mini Style Cina..


Assalamualaikum..salam khamis buat semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi.. hari ini saya nak sharekan resepi yang mudah  iaitu popia yang amat digemari oleh ramai tak kira di Malaysia atau di rantau Asia ini..opps teringat pulak kontrovesi yang berlaku tentang popia..tentu semua orang masih ingatkan biarlah ianya menjadi sejarah sebab dari zaman berzaman memang semua negara di Asia ini ada versi popia atau spring rollnya sendirikan..so let it be..bukan let it go..because sayang benda2 yang sedap nie nak jadikan kontrovesi habis semua orang x boleh makan kannn nnti huhuhu..so versi yang saya buat kali ini ialah popia ala cina sebab apa tau saya kataan ala cina kerana penggunaan cendawan dalam isi popia memang digemari oleh masyarakat cina dan ada pulak bau minyak bijan yang membangkitkan aromanya...pehhh memang terbaiklah orang kata..ok jomlah kita tengok gambar2 yang sempat saya snap tadi pagi sebelum subuh tau buat popia ni muahahaha n resepinya telah saya edit di gambar jugak ek..sorry ek kawan2 sejak dua menjak jadi malas n baru belajar meng-edit gambar ada2 jer lah saya ni kan..ok..selamat mencuba tau kawan2 sedap dimakan bersama sos cili atau mayonis atau cheesy sos..mcm2 lah yg sedapnya tu..












Thursday, February 26, 2015

Limau Manis Masam Pedas..sedap uolls..


Hai...salam khamis untuk semua...dah nak abis musim raya cina ni ada baki2 limau mandarin dalam peti ais tu apa kata kita buat ala2 jeruk yang rasanya sedap sebab ada manis2 masam masin n pedas. Sebenarnya bila tengok kawan2 kat group resepi ringkas di fb buat saya pun teragak juga nak buat so jadilah limau colek ni cuma dalam resepi asal ada letak belacan tapi saya tak letak pun rasanya memang sedap dan kalau di sejukkan dalam peti sejuk lagi lah sedap tau kawan2 jom cuba..limau..ohh limau macam2 gak boleh buat kan..satu tulis bahannya secara ringkas aje yer x yah resepi2 yang betul ekk,, agak2 kawan2 aje lah sebab saya buat 4 biji so klau nak buat banyak ganda2 kan aje yer..

Bahan-Bahan:

Limau mendarain - 4 biji di kupas kulit dan buang urat2nya
3 batang cili padi hijau - dihiris
1 batang cili padi merah - dihiris
2 sudu gula pasir
1/2 camca teh garam
2-3 sudu teh jus limau kasturi

Cara: Gaulkan semua bahan dan sedia untuk dimakan kalau sejuk dlm fridge lg sedap..

Tuesday, January 27, 2015

Potato Cheese Ball @ Bebola Kentang Berkeju


Assalamualaikum n salam selasa buat semua pengunjung ZLC..apa kabar kawan2 semuanya,saya macam biasa aje..alhamdulillah sihat seadanya..tengah hari macam nie tentu ada yang dah lunch...saya masih terfikir2 apa yang nak di makan hari ini macam lapor la pulak..huhu..oklah sementara nak tunggu waktu makan jom ler kita ke resepi ringkas yang saya buat pada hari sabtu lepas..

Bebola Kentang Berkeju

Bahan-Bahan:

5 biji kentang - direbus hingga empuk dan lembut
Tepung gandum secukupnya - jangan banyak sangat nanti lebih rasa tepung
Sedikit lada sulah dan garam halus secukupnya.
Serbuk pati ayam pasti sedap atau perisa jika suka
Keju Cheddar yang di potong dadu secukupnya
2 biji telur - pukul manja
Breadcrumbs secukupnya
dan Minyak Masak untuk mengoreng.

Cara:

1.Lecek kentang yang direbus hingga halus campurkan dengan lada sulah dan garam serta serbuk pati ayam dan gaul rata masukkan tepung sedikit demi sedikit jangan banyak sangat sekadar boleh kepal jadikan bebola yang lembut sahaja.
2.Ambil sekepal kecil anggaran guli atau bola pingpong kecil dan leperkan adunan kentang. masukkan keju dadu dan tutup serta bentukkan bulat. Buat hingga habis kentang dan keju.
3. Celupkan bebola kentang ke dalam telur yang dipukul kemudian golekkan pula dalam breadcrumb. Goreng di dalam minyak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Hidangkan Panas bersama sos pilihan anda.


Sunday, January 25, 2015

Popia Jejari Ketam & Cendawan Shitake

Assalamualaikum dan salam Ahad untuk semua..dah minum petang ke belum kawan2.  Mesti ada yang memasak juadah istimewa di hujung minggu agaknya kan..bagi yg bekerja teruskanlah berbakti kepada majikan, masyarakat dan negara..bunyi macam orang jelesss ajer kan..muahahaha..ok lah x boleh nak jeles2 hari jumaat dan sabtu semalam dah puas berehat dan kenalah biasakan diri ekk.. sebenarnya tak ada idea nak cerita apa hari ini so teruslah ke resepi yang nak saya kongsikan yang dibuat tadi pagi sebelum ke pejabat.. Oleh kerana dah lama tak makan popia lebih2 lagi yang dibuat sendiri so pepagi lagi saya telah merajinkan diri buat popia jejari ketam dan shitake mushroom..bila buat sendiri rasa puas hati..xlah yang macam org jual tu inti dia dua tiga helai aje hihihi..xmo komplen nanti kesian kat peniaga2 tu yang buat ala penjimatan..bila nak makan sedap n puas hati kena lah buat sendiri.  Jom kita tengok resepi yang mudah dibawah ini..

Popia Jejari Ketam Bercendawan Shitake

Secukupnya Kulit Popia - saya guna kulit popia size kecil dan
lapik 2 helai sebab kulit popia agak nipis dan mudah koyak.

Bahan2 Untuk Inti:

5 batang jejari ketam - dihiris
1 batang karet - di hiris batang mancis
5 cendawan shitake segar - di potong 4 dan hiris nipis
1/2 labu bawang besar didadu halus
2 ulas bawang putih - dicincang
sedikit serbuk lada putih
garam secukup rasa
1/4 cawan air
sedikit minyak masak untuk menumis

Cara:

Panaskan Minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih cincang bersama bawang besar yang didadu halus hingga layu dan berbau harum. Masukkan hirisan jejari ketam dan karet serta cendawan shitake segar. Balik2kan dan masukkan air sedikit sahaja perasakan dengan garam dan sedikit serbuk lada sulah. Masak sekejap sahaja tak perlu lama2 padamkan api dan sejukkan inti dahulu sebelum dibuat popia.

Cara untuk sediakan popia,

Ambil 2 helai kulit popia di letakkan selisih sedikit sahaja. Masukkan inti dalam 2 sudu makan  dan gulungkan kemas. Lekatkan hujungnya dengan bancuhan tepung dengan sedikit air dan buatlah sehingga habis. Panaskan minyak dalam kuali untuk mengoreng terendam. Gorengkan sehingga keperangan dan garing. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos cili atau apa2 sos kegemaran anda cubalah sedap.

*Note - sebenarnya saya masukkan sedikit keju ke dalam inti popia ini jadi rasa dia lebih creamy sedikit. kalau tak ada x payah masukkan.



Monday, December 22, 2014

Tahu Goreng Celup Tepung & Cekodok Kelapa Bilis memang ngam with Sambal Kicap Cili Api..

Assalamualaikum...Salam petang Isnin buat semua..dah minum petang lum..petang2 macam nie sambil duduk atas pangkin atau ambin tepi rumah menghirup udara segar angin sepoi2 bahasa dengan pemandangan sawah padi yang menghijau saujana mata memandang...memang menyeronokkan. Lebih2 lagi dapat menghirup secawan kopi 'O' panas sambil makan cekodok kelapa bilis dan tahu goreng celup dicicah pula dengan sambal kicap cili api yang kaw...ohhh heaven...makkk aiiiiii verangan nyerrrr cik leha duduk di tepi bendang yer...hentikanlah anganan mu itu wahai ahkak montel.  Sebab sekarang tengah mengadap pc dan timbunan file2 dan kertas yang perlu di prints n ada gak kerja2 untuk menjilid buku pengurusan ....muahahaha. So cerita imaginasi suasana nyaman di tepi rumah yang ada bendang di atas kena dihentikan sementara nak merehatkan minda dan jari jemariku ini..moh ler kita tengok resepi yang mudah dan ringkas sesuai untuk minum petang atau sarapan pagi.  Ada juga yang pelik kerana saya sempat bersarapan cekodok di pejabat..jawapannya hari2 cuti sekolah kantin tutup so buatlah sarapan yang ringkas tapi mengenyangkan ek kawan2..resepi mudah ini untuk adik2 yang nak belajar buat cekodok kelapa tu sangat sesuai tapi untuk akak2 atau yang lebih senior tentu lebih expert dari saya..kannn,,jom layannn..

Tahu Goreng Celup Tepung

Bahan-Bahan

4 keping - tahu lembut dipotong 5 setiap satu
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
secubit lada sulah serbuk
secubit serbuk kunyit
sedikit garam
Air secukupnya - untuk membacuh adunan tepung.
Sesudu makan minyak panas  (untuk masukkan ke dalam adunan tepung goreng
Minyak masak untuk menggoreng tahu.

Cara:

1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, garam, lada sulah dan serbuk kunyit dalam mangkuk masukkan air agak2 sikit dahulu supaya adunan tidak terlalu cair. Adun rata dan tidak bergentel. Bila dah buat bancuhan tepung yang tidak terlalu pekat atau cair macam adunan goreng pisang, masukkan sesudu minyak masak yang panas, gaul rata - tujuan masukkan minyak masak panas supaya gorengan tahu kita jadi garing,
2. Panaskan minyak untuk goreng terendam tahu, celupkan tahu yang dipotong ke dalam adunan tepung, gorengkan tahu sehingga keperangan dan toskan. Angkat dan sedia untuk dihidang bersama sambal kicap cili api atau sos pilihan anda.


Cekodok Kelapa Ikan Bilis

Bahan-Bahan

2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan kelapa parut putih
1 labu bawang besar  - dipotong dadu
segemgam ikan bilis - tumbuk halus
sedikit garam
2 cawang air (secukupnya adunan jangan cair sangat ok)
Minyak masak untuk menggoreng

Cara:

1. Masukkan tepung dan kelapa parut putih dalam mangkuk bersama bawang yang di dadu, bilik tumbuk dan sedikit garam. Bancuhkan dengan air sehingga rata dan tidak bergentil..
2. Panaskan minyak masak dalam kuali, masukkan sesudu adunan cekodok sekali mengoreng jangan banyak2 cukup sekadar 8-10 keping. Gorengkan cekodok sehingga kuning keemasan dan toskan bila dah masak.  Hidangkan bersama sambal kicap cili api atau sos pilihan anda...best..cubalahhh..


Sambal Kicap Cili Padi

Bahan-Bahan

Semangkuk cili api hijau (kalau nak pedas boleh campur dengan yang cili api kg n merah)
(mangkuk tafufa)
4-5 ulas bawang putih
gula secukup rasa (+- 5 sudu makan) kalau suka pedas kurangkan
kicap lemak manis (secukupnya 3/4 cawan pun boleh)
minyak untuk goreng cili api dan bawang.

Cara:

Cili padi/api di goreng bersama bawang putih hingga layu aje tak payah sampai meletop2..(haha bahaya masa goreng hati2 tau) angkat dan toskan.
Masukkan cili api dan bawang bersama kicap dan gula dalam blender, kisar tapi jangan sampai halus sangat gunakan pulse tekan kejap2 supaya tak berapa halus..kasar sikit. Cili api nie tahan disimpan lama dalam peti sejuk. sebab tak guna air pun. Kalau orang yang suka rasa masam2 sikit bila nak makan boleh campur kan dengan sedikit perahan limau kasturi. Sesuai untuk makan goreng pisang, keledek, cekodok, tahu, tempe dan sebagainya..peberet orang Johor..wongjowo punya resepi...best..lebih pedas lebih terangkat..hihi.

(gambor sambal kicap cili api lupa nak snap okeh..)

berangan minum tepi sawah tapi ada muffin pulak ek..hahaha

Wednesday, August 20, 2014

Kuih Siput ~~kudapan yang sedappp..

Assalamualaikum...

Salam rabu bersamaan 20 Ogos..apa kabar kawan2 dan pengunjung ZLC semua semoga sentiasa sihat dan dilindungi serta dilimpahi dengan rahmat Allah hendaknya... bagi diri saya pula alhamdulillah sihat dan sebenarnya hari nie merupakan hari tua saya...almaklum sahaja bila usia meningkat jadinya semakin lah ke-tua-an kan...huhuhu tak rela rasanya...tapi tak mengapalah sebab semua orang akan menghadapi peningkatan usia..yang pentingnya kita sihat dan dapat menghirup udara segar serta menikmati kehidupan dengan baik..inshaAllah.. oklah segan pulak saya nak bercerita tentang usia sebab nanti ada yang bertanya berapa umur saya yang sebenar..dah 4 series pun uolls..

Berbalik pada tajuk entry hari nie saya nak kongsikan dengan kawan2 resepi kuih siput yang sedap di buat kudapan atau di jadikan hidangan kuih raya bagi yang rajin membuatnya (nak mengentel siput nie boleh tahan penat wooo) hihihi..saya telah menyiput bersama anak buah saya Aina dan Sara sebelum raya rasanya..resepi saya ambil dari My resepi oleh Kak Besah yang memang femes gan kuih muih dan masakan yang sedap2..Jom sape2 nak cuba menyiput sila2 lah yer tapi yang penting kena ada alat untuk menyiput papan gelek siput..(acu plastik sebenornyaaa)..

Kuih Siput...

Bahan-Bahan :

3 cawan tepung gandum
2 sudu makan serbuk kari daging
1/3 cawan majerin/butter
2/3 cawan santan
5 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering - rendam sekejap
(kak besah letak tomyam paste adabi 1 peket saya x letak pun)
1 sudu teh garam & 1 sudu teh gula
beberapa tangkai daun kari
minyak untuk mengoreng terendam.

Cara:
1.  Gaul rata tepung & serbuk kari
2.  Kisar Santan, bawang putih, udang kering, garam dan gula hingga halus.
3.  Ramas dengan hujung jari majeri dan tepung, macam bread crumb bila dah rata
campurkan bahan-bahan yang dikisar tadi, uli hingga menjadi doh ang kental, macam
buat karipap.
4.  Gentel bulat2 kecil doh tersebut dan lenyekkab atas acuan kuih siput hingga menjadi
seperti siput suka hati la yer nak siput besar ke siput kecik ke siput lonjong ke jgn jadi mcm
siput b..b.. udah ler yer..hihihi..
5.Panaskan minyak, goreng kuih siput yang telah dibentuk dengan api yang sederhana supaya
dalamnya masak dan ranggup sebab kuih ini ada yang agak tebal. Bila dah 5 minit goreng
masukkan setangkai daun kari yang dilurutkan. Bila dah garing angkat dan toskan.
6. Sejukkan terlebih dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara..sedap di jadikan
kudapan semasa menonton tv..selamat mencuba yer kawan2..
nie yang baru digentil belum goreng..

ini lah acuan kuih siput gambar ehsan en google

Saturday, February 2, 2013

Tahu Sumbat Goreng...

Hai, apakbar semua..sedang buat apa tu kawan ada yang sedang bersarapan yer makan apa la agaknya tu...saya belum breakfast lagi..tapi anak2 buah nie dah makan instants Pizza..Aishah anak sdara saya yang paling besar kat umah ini pagi2 lagi dah masukkan dalam oven 2 pcs of instants Chicken Pizza..dan yang kenit berdua Aina n Sara  suka dapat makan Pizza, tp Iqin x ada di rumah hari ini sebab mengikuti kem motivasi kepimpinan di sekolah..anak2 semua dah kenyang mak2 n aunty nie nak makan apa yer pagi nie..or maybe i should go for something easy n fast to eat apa ekk..k..dah dapat idea bila saya buat nanti saya akan kongsikan ok di sini..

Pagi ini saya cuma nak berkongsi satu jenis hidangan yang mudah boleh dimakan untuk sarapan ke makan tengahari ke bila2 la...Tahu sumbat goreng nie sebenarnya saya pernah terlihat di My Resepi yang dibuat oleh Kak Fida..so kira amik idea dari situ..tq kak Fida sekali lagi saya ambil idea anda tapi bahan sumbat tu saya buat seringkasnya..saya x masak pun sayurannya gunakan yang segar sahaja n i dont put udang kalau sesiapa nak resepi asal kena la menjengah ke My Resepi ok..

Jom kita tengok resepi mudah tapi berkhasiat ini sebab bahan asasnya Tahu dan ada sayuran yang disumbat di dalamnya..sangat ringkas dan mudah untuk membuatnya..


Tahu Sumbat Goreng..

Bahan-Bahannya:

6 keping tahu (Takwa) -
1 cawan - sengkuang yang diparut/hiris batang mancis halus (jullien)
1/2 cawan - karet yang diparut /hiris batang mancis jugak
1 sudu makan sos tiram
1 camca teh serbuk pasti sedap knorr
1 biji telur  ayam - dipukul manja
minyak untuk mengoreng

Untuk Hiasan:
Daun salad secukupnya
Hirisan tomato dan hirisan timun
cili sos untuk cicah tahu sumbat goreng

Cara:

1. Gorengkan dahulu tahu dalam minyak yang sederhana panas, cukup sekadar embal xperlu garing, angkat dan toskan tahu.
2. Potongkan setiap keping tahu kepada 2, ambil pisau dan slit pada bahagian  tengah jangan sampai putus, keluarkan sedikit isi tahu dan boleh di campur pada sayuran sumbatnya.
3. Untuk bahan sumbat tahu, gaulkan kedua2 sengkuang dan karet bersama oyster sos dan serbuk knorr pasti sedap, masukkan sekali isi tahu yang diskop out tadi.
4. Sumbatkan sayuran ke dalam tahu, boleh diisi padat tapi perlahan sebab tahu mudah pecah. Buat sehingga habis kesemua tahu.
5. Untuk goreng tahu panaskan minyak dalam kuali, celupkan setiap keping tahu pada telur yang dipukul manja dan gorenglah dengan api yang sederhana, balik2kan sehingga warnanya golden brown. Angkat dan toskan.
6. Untuk menghidang susunkan daun salad, dan hirirsan timun dan tomato sebagai hiasan dan susunkan tahu goreng sumbat di atasnya, hidangkan bersama sos cili atau apa jua sos kegemaran anda...cubalah sedappp..