Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, January 25, 2015

Popia Jejari Ketam & Cendawan Shitake

Assalamualaikum dan salam Ahad untuk semua..dah minum petang ke belum kawan2.  Mesti ada yang memasak juadah istimewa di hujung minggu agaknya kan..bagi yg bekerja teruskanlah berbakti kepada majikan, masyarakat dan negara..bunyi macam orang jelesss ajer kan..muahahaha..ok lah x boleh nak jeles2 hari jumaat dan sabtu semalam dah puas berehat dan kenalah biasakan diri ekk.. sebenarnya tak ada idea nak cerita apa hari ini so teruslah ke resepi yang nak saya kongsikan yang dibuat tadi pagi sebelum ke pejabat.. Oleh kerana dah lama tak makan popia lebih2 lagi yang dibuat sendiri so pepagi lagi saya telah merajinkan diri buat popia jejari ketam dan shitake mushroom..bila buat sendiri rasa puas hati..xlah yang macam org jual tu inti dia dua tiga helai aje hihihi..xmo komplen nanti kesian kat peniaga2 tu yang buat ala penjimatan..bila nak makan sedap n puas hati kena lah buat sendiri.  Jom kita tengok resepi yang mudah dibawah ini..

Popia Jejari Ketam Bercendawan Shitake

Secukupnya Kulit Popia - saya guna kulit popia size kecil dan
lapik 2 helai sebab kulit popia agak nipis dan mudah koyak.

Bahan2 Untuk Inti:

5 batang jejari ketam - dihiris
1 batang karet - di hiris batang mancis
5 cendawan shitake segar - di potong 4 dan hiris nipis
1/2 labu bawang besar didadu halus
2 ulas bawang putih - dicincang
sedikit serbuk lada putih
garam secukup rasa
1/4 cawan air
sedikit minyak masak untuk menumis

Cara:

Panaskan Minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih cincang bersama bawang besar yang didadu halus hingga layu dan berbau harum. Masukkan hirisan jejari ketam dan karet serta cendawan shitake segar. Balik2kan dan masukkan air sedikit sahaja perasakan dengan garam dan sedikit serbuk lada sulah. Masak sekejap sahaja tak perlu lama2 padamkan api dan sejukkan inti dahulu sebelum dibuat popia.

Cara untuk sediakan popia,

Ambil 2 helai kulit popia di letakkan selisih sedikit sahaja. Masukkan inti dalam 2 sudu makan  dan gulungkan kemas. Lekatkan hujungnya dengan bancuhan tepung dengan sedikit air dan buatlah sehingga habis. Panaskan minyak dalam kuali untuk mengoreng terendam. Gorengkan sehingga keperangan dan garing. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos cili atau apa2 sos kegemaran anda cubalah sedap.

*Note - sebenarnya saya masukkan sedikit keju ke dalam inti popia ini jadi rasa dia lebih creamy sedikit. kalau tak ada x payah masukkan.



No comments:

Post a Comment