Sekejap masa berlalu kan kawan2 pejam celik dah nak berakhir bulan 1 dah nak masuk ke bulan 2 dalam kalender tahun 2015 ini ek..dengan keje2 yang sentiasa banyak dan cabaran keje yang hampir keseluruhannya perlu menggunakan talian hayat..oppsss mana lak talian hayat talian internet adakalanya mencabar kesabaran kita lebih2 lagi bila benda2 online yang nak dibuat asyiklah melalui pelbagai pending n error geramkan..saborrrr jer lah ekk.. tp nak buat macam mana dah tuntutan kerja so buatlah aje..yang penting siap..ok kita hilangkan mood geram hari ini akak nak kongsikan resepi Beehoon sup yang sangat ringkas dan sedap dimakan bersama sambal kicap cili padi bagi mereka2 yang tak suka makan nasi sesuaiiii sangatlah resepi ini. Rasa lobak asin yang digandingkan dengan daging memang gandingan yang sedap sebab tu kalau kita makan sup atau sup yong taufoo mesti ada rasa lobak asinkan..cer try tau kawan2 kalau nak tau rasanya macam mana ...ni kira resepi tertunggak yang dimasak bila ek dh lupa lah tahun lepas kot..hihihi..jom semak resepi..
Beehoon Sup Simple...
Bahan-Bahan;
1/2 peket meehoon - 200gram di rendam 2-3 jam untuk lembutkan
200 gram daging lembu yang telah direbus hingga lembut - dihiris
1 batang karet - dihiris batang mancis kasar
1 mangkuk kobis yang dihiris (boleh juga guna sayur sawi atau lain2 sayuran yang disukai)
1 labu bawang besar - di hiris halus
5 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia- dicincang/hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada sulah
3 sudu makan lobak asin halus (beli yang dah siap halus)
1 kiub pati ayam / daging maggie
Air ikut banyaknya kuah sup yang kita nak (kalau ada air stok daging boleh gunakan) kalau x guna air biasa aje
garam secukup rasa.
sedikit minyak masak untuk menumis
Bahan Sampingan:
Sambal Kicap cili Padi secukupnya
Bawang Goreng
Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumiskan bawang putih cincang masukkan pula bawang merah yang dimayang halus berserta halia, masukkan daging yang direbus bersama air (jika ada air stok daging boleh gunakan. Masukkan kan sekali kiub pati ayam atau pati daging serta lobak asin dan serbuk lada sulah.
2. Bila kuah sup dah mendidih masukkan pula beehoon yang direndam dan ditoskan airnya. masukkan sekali karet dan sayuran lain. Masak hingga beehoon agak lembut dan bila dah masak bolehlah dihidangkan dengan taburkan bawang goreng serta daun sup hiris (saya tak ada daun sup masa masak tu) berserta sambal kicap cili padi.
No comments:
Post a Comment