Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, January 22, 2015

Ayam Panggang berkuah Percik Mudah..


Assalamualaikum..

Salam Khamis dan salam sejahtera buat rakan2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi. Dah agak lama saya tak bersiaran semenjak tahun lepas..wow dah tahun baru 2015 kan baru hari ini saya dapat bersiaran macamlah lama sangatkan baru 22hb kan hihihi.. Maafkan saya kerana banyak yang tertinggal yang sepatutnya saya masukkan entry di blog yang dah nyawa2 ikan ini..tapi tak mengapalahkan walaupun ianya suam2 kuk,  saya berharap agar pengisiann serba sedikit resepi2 ringkas di sini dapat memberi menfaat bagi yang mencari idea untuk memasak yang simple2 jer..

Oklah x mahu bercerita panjang hari ini jom kita semak resepi yang saya masak tahun lepas..kerana penghujung tahun lepas musim2 banjir saya x memasukkan entry masakan di blog mahupun fb..

Ayam Panggang

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam - di belah empat atau nak panggang seekor2 pun boleh
1 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 batang serai - dikisar
2 biji cili merah - dikisar
gula dan garam secukup rasa.

Cara:

1.  Pupukkan ayam dengan bahan2 yang dikisar halus yang digaul bersama garam dan sedikit gula.
     Perapkan 3-4 jam atau semalaman dalam peti sejuk pun boleh.
2. Bakar dalam oven lebih kurang 45 minit hingga 1 jam hingga ayam masak dan balik2kan supaya ayam dipanggang rata. Keluarkan dan hidang bersama kuah percik mudah.


Kuah Percik Mudah

Bahan-bahan:

2 senduk nasi cili kisar
1 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1/2 inci kunyit - dikisar
2 batang serai dititik
1 cawan santan pekat / susu cair (saya guna susu cair)
3/4 cawan air
1 keping asam gelugur - direndam
gula pasir dan garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk tumiskan serai hingga naik bau, masukkan cili yang dikisar bersama bahan2 kisar yang lain. Tumis sehingga naik minyak dan agak garing kacau selalu.
2. Masukkan air dan susu cair (atau santan jika gunakan santan) dan masukkan juga asam keping/gelugor yang direndam sebentar. Masak sehingga kuah percik mendidih dan agak memekat.
3. Masukkan garam dan gula serta rasakan kesesuaian masam manis serta masinnya. Bila dah masak padamkan api hidangkan bersama ayam panggang sama ada di letak berasingan dalam mangkuk atau boleh disiramkan di atas ayam bila hendak menghidang. Hidangkan bersama daun2 salad timun dan tomato segar. Selamat mencuba.

Tips mudah untuk masakan ini - beli ayam panggang percik di pasaraya dan cuma perlu di masakkan kuah perciknya sahaja..hahaha idea orang yang tak berapa rajin macam akak selalu gak beli ayam panggang dan masakkan kuah perciknya sahaja.




No comments:

Post a Comment