Nasi Lemak Buah Bidara
Sayang Selasih Saya Lurutkan
Buang Emak Buang Saudara
Kerana Kasih Saya Turutkan..
Assalamualaikum..
Salam petang Sabtu untuk semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya kasihi...berpantun pulak saya petang2 begini.. sebenarnya saya nak masukkan entry ini tadi pagi, oleh kerana ada hal2 yang tak dapat dielakkan so petang baru la berpeluang mengadap lappy dan mengupdate blog. Saya hari ini nak berkongsi resepi nasi lemak yang dibuat untuk sarapan pagi tadi...Wahhh mesti ada yang bertanya kenapa pulak tajuknya tu ada sebut anak dara yer...sebenarnya anak buah saya Hawa Hanida yang sedang bercuti..beliau belajar di sekolah tahfiz Madrasah Al-Hafizah Syaidatina Khatijah di Muar yang teringin nak makan Nasi Lemak yang dimasak sendiri jadi atas permintaan anak dara yang seorang ini maka mak dara Bedah dan cik dara Leha lah yang masak untuk anak2 di rumah.. Saya masak Nasi Lemak manakala adik saya Bedah buatkan sambal tumis bilis.
Ok jom kita semak resepi nasi lemak yang sangat lembut dan sedang elok ajer sebab guna santan yang tak berapa pekat..resepi Sambal Tumis Bilis saya C&P ajer yang pernah saya letakkan di blog yang pernah saya buat dahulu ..malas nak menaip..sama ajer bahan2nya..hehe
Nasi Lemak..
Bahan-Bahan
4 cawan beras (saya guna basmathi) - dicuci rendam dalam 30 minit dan toskan
6 cawan santan sederhana - jangan terlalu pekat atau cair
6 ulas bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris halus/memarkan
2 batang serai titik/memarkan
2 helai daun pandan disimpul
garam secukup rasa
Bahan untuk di hidang bersama nasi lemak, Sambal Tumis Bilis, Ikan Goreng Selar Kuning, Timun, Kacang Tanah Goreng dan Bilis goreng (yang nie xder) dan telur goreng.
Cara:
1. Jerangkan beras bersama santan, bawang hiris dan halia, serai yang dititik, daun pandan dan letakkan sedikit garam.
2. Masak sehingga Nasi Lemak betul2 masak dan kering santannya, seperti kita tanak nasi putih dengan api yang kecil, jika gunakan rice cooker masak seperti biasa dan bila dah masak gemburkan nasi dan biarkan sebentar sebelum dipadamkan api.
3. Hidangkan bersama sambal tumis bilis, timun, ikan goreng atau ayam goreng berempah pun boleh, kacang tanah dan bilis goreng dan telur mata lembu atau telur dadar.
Sambal Tumis Bilis ...Bahan-bahannya:
1 mangkuk -(mangkuk tafufa) lada kering yang di rebus dan diblender halus
2 labu bawang besar - diblender halus
4 ulas bawang putih - diblender halus
2 inci belacan (belacan melaka yg bulat besar n tebal sedap belacan nie)
1 cawan ikan bilis belah - dicuci bersih rendam sebentar
2 labu bawang besar - di hiris kasar2
1 cawan air jus asam Jawa
3 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam
sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak:
1. Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar yang dimayang kasar hingga layu dan berbau harum
2. Masukkan bahan2 yang diblender halus, goreng dan balik2kan sehingga agak garing dan pecah minyak.
3. Masukkan pula gula, balikkan lagi, masukkan bilis yang telah ditoskan dan diikuti dengan jus asam jawa.
4. Masak sehingga sambal tumis benar masak dan naik minyak cantik warnanya. Tambahkan garam dan rasa kan kesesuaian masin, manis dan masam. Biarkan atas api yang kecil sambil dibalik-balikan jika masak sambal tumis dengan betul dan lama sedikit ia akan tahan lebih lama tapi perlu dihangat juga atau masukkan dalam peti sejuk jika ada lebihan sambal tumis untuk kegunaan masakan laen seperti mengoreng mee.
Hidangkan bersama lempeng kelapa tadi, sesuai juga untuk dimakan dengan nasi lemak atau nasi putih.
No comments:
Post a Comment