Assalamualaikum...
Bertemu sekali lagi pada Sabtu dan nampakya dah malam baru saya dapat bersiaran. Sebenarnya hari ini tak adalah sibuk mana tapi mood dan update blog agak kelaut tu yang asyik ditangguh2...pagi tadi saya berbelanja bahan dapur di Pasaraya Econsave bersama akak saya Milah dan Aiti...kalau dah berbelanja tu tau ajerlah semua barang nak diambil...dan memang xkurang dari 60-70 hengget jugak lah...tu pun setiap minggu pi grocery shopping xtermasuk yang dibeli oleh adik saya Bedah dan akak saya Milah yang serumah nie...ada2 sahaja barangan yang dibeli...tulah orang perempuan bila berbelanja banyak yang hendak dicekut dan diambil tak mengikut list...memang xmembuat list pun kalau membeli belah tu..saya rasa orang lelaki lagi bagus bab2 berjimat ini kot...apa yang disuruh beli oleh isteri sahaja yang dibeli kot..jadi tak berlaku pembaziran...
Oleh kerana balik dari membeli belah dah agak lambat dekat pukul satu jadi saya pun masak untuk makan tengah hari yang rengkas sahaja, ayam goreng paprik dengan karet sayuran lain xsempat nak dipotong segala nak cepat, sawi masak air, ulam2an daun salad mentah dan tomato dan sambal belacan anak2 buah saya pulak bersekolah hari ini ada larian 1Malaysia jadinya balik dah kelaparan...apa lagi memang teruslah mereka makan nasi..Iqin paling suka makan ayam paprik tu...tanya saya macam mana nak masak lauk paprik masukkan lah dalam blog senang Iqin nak tengok resepi kata Iqin, tapi dah makan saya kata xda lah nak bergambar2...hehehe ada2 ajerkan..ok lah panjang pulak cerita saya malam ini saya cuma nak berkongsi resepi kuew teow goreng yang saya buat untuk makan malam@petang tadi...jom semak resepi...
Kuew Teow Goreng
Bahan-bahan:
300 gram - Kuew Teow (jenis halus sikit) - cuci dan toskan
2 keping dada ayam - dihiris (kalau nak tambah udang/sotong/fishball/fishcake boleh saya x letak)
2 keping tahu - dipotong kecil dan digoreng
1 pohon sawi hijau - dipotong
1 mangkuk taugeh
2 biji tomato - dipotong baji
1 biji bawang besar - dihiris
3 sudu makan sambal tumis bilis - boleh guna cili blender (saya guna sambal tumis baki aje)
4 sudu makan kicap lemak/manis
2 sudu makan oyster sos
2 sudu makan tomato sos
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dihiris sehingga layu dan berbau harum, masukkan pula sambal tumis. balik2kan masukkan pula ayam diikuti dengan air dan bahan2 perisa
kicap, oyster sos, tomato sos.
2. Bila ayam dah empuk masukkan batang sawi, dan tahu yang telah digoreng tadi. masukkan pula kuew tiow balik2kan masukkan daun sawi, dan akhir sekali baru dimasukkan taugeh serta tomato, letakkan sedikit garam dan rasakan kesesuaian rasanya. Gaulkan rata dan padamkan api. Hidangkan panas bersama cili jeruk kalau ada hirisan timun dan taburkan bawang goreng. Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment