Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Showing posts with label Ucapan Salam... Show all posts
Showing posts with label Ucapan Salam... Show all posts
Thursday, July 16, 2015
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin..
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin untuk semua pengunjung blog Zalekha Luvs Cooking walau dimana kalian berada..semoga kehadiran lebaran yang mulia ini kita dapat meraikan dengan insan2 yang kita kasihi..salam sayang dari saya Siti Zalekha binti Sheikh Ismai.
Thursday, August 28, 2014
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta..
Assalamualaikum..
Salam Khamis buat semua kawan-kawan dan pengunjung ZLC yang saya hormati sekelian...
Tiga hari lagi kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 57.. syukur alhamdulillah atas segala pembangunan, keamanan, kesejahteraan yang telah dapat kita nikmati di bumi bertuah ini. Sungguhpun penduduk malaysia yang terdiri dari berbilang kaum agama, kepercayaan dan bangsa kita masih hidup dalam harmoni dan aman damai.. Memang tidak dapat dinafikan negara kita yang menuju ke era kemajuan dan kegemilangan seringkali dicemburui oleh pihak luar dan telah diuji dengan beberapa insiden yang menyayat hati seperti peristiwa MH370 dan MH17 juga peristiwa di Lahad Datu..semoga kita semua sebagai rakyat Malaysia akan terus tabah dalam menghadapi segala rintangan yang mendatang dan sama-samalah kita berdoa agar Malaysia yang kita kasihi akan terus kukuh, teguh, aman makmur kerana di sinilah lahirnya sebuah cinta yang abadi..Dirgahayu Tanahair Ku...
Salam Khamis buat semua kawan-kawan dan pengunjung ZLC yang saya hormati sekelian...
Tiga hari lagi kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 57.. syukur alhamdulillah atas segala pembangunan, keamanan, kesejahteraan yang telah dapat kita nikmati di bumi bertuah ini. Sungguhpun penduduk malaysia yang terdiri dari berbilang kaum agama, kepercayaan dan bangsa kita masih hidup dalam harmoni dan aman damai.. Memang tidak dapat dinafikan negara kita yang menuju ke era kemajuan dan kegemilangan seringkali dicemburui oleh pihak luar dan telah diuji dengan beberapa insiden yang menyayat hati seperti peristiwa MH370 dan MH17 juga peristiwa di Lahad Datu..semoga kita semua sebagai rakyat Malaysia akan terus tabah dalam menghadapi segala rintangan yang mendatang dan sama-samalah kita berdoa agar Malaysia yang kita kasihi akan terus kukuh, teguh, aman makmur kerana di sinilah lahirnya sebuah cinta yang abadi..Dirgahayu Tanahair Ku...
![]() |
| sekitar sambutan hari kebangsaan di pejabat SKPT2.. |
Thursday, July 24, 2014
Salam Aidil Fitri..buat semua yang disayangi..
Assalamualaikum...Salam khamis buat semua kawan2 serta pengunjung ZLC yang saya sayangi.. apakabar kawan2 semua, semoga sentiasa sihat dan gembira dalam menjalani tugas harian dan juga ibadah puasa yang telah hampir ke penghujungnya tak sampai 4 hari sahaja lagi..cepat betul masa berlalukan.. Bagaimana pula dengan persiapan hari raya kawan2 semua..tentunya dah siap segala keperluan untuk menyambut raya ek.. seperti pakaian baru untuk anak2, kueh mueh raya, kelengkapan rumah yang mana patut...tapi yang penting janganlah kita terlalu membazir dalam menyambut hari raya walaupun ianya hanya datang setahun sekali.. Apa yang penting kita dapat menyambut hari raya bersama kaum keluarga untuk bermaaf-maafan dan mengeratkan lagi siratulrahim serta ukhwah sesama kita..bagi yang masih mempunyai ibubapa pulanglah untuk berhari raya bersama ayah dan bonda selagi hayat mereka ada..dan bagi yang telah ketiadaan ayah bonda seperti saya hanya doa yang dapat dititipkan buat mereka..al-Fatihah..
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin - Maaf Zahir Batin buat semua kawan2 dan pengunjung ZLC dimana jua anda berada, maafkan segala salah dan silap saya tidak kira dalam pertuturan atau bicara yang mungkin menyinggung perasaan dan terasa di hati semua.. semoga ikatan yang terjalin antara kita di alam maya ini terus berkekalan dan diberkati hendaknya..sehingga berjumpa di entry yang lain..Wassalam dari Siti Zalekha Sheikh Ismail..
Monday, October 14, 2013
Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H...
Assalamualaikum...Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya hormati dan kasihi serta rakan2, sanak saudara, handai taulan tak kira di mana jua anda berada..sempena Hari Raya Aidiladha yang mulia ini saya ingin mengambil kesempatan memohon ke maafan di atas segala salah dan silap sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang sebaliknya adalah dari diri saya sendiri. Bagi yang pulang berhari raya ke kampung halaman masing2 pandulah berhati dan semoga selamat sampai ke destinasi masing2. Salam ukhwah dan salam sayang dari saya Zalekha Ismail...
Tuesday, July 9, 2013
Salam Ramadhan 1434H...
Salam Ramadhan 1434H buat semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita semua mendapat keberkatan & kejayaan dibulan yang mulia
ini... bersama-samalah kita menunaikan ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan kesyukuran In sha Allah...
Thursday, May 16, 2013
Terima Kasih Cikgu...Jasamu Anugerah Tidak Ternilai..
Assalamualaikum...
Salam Khamis tanggal 16 Mei 2013...merupakan hari sambutan Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru atau cikgu..bagi semua guru2 yang telah menabur bakti dan membanting keringat dalam mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang mulia, sempurna dan berjaya.
Tiada kata-kata yang dapat diucapkan selain ucapan jutaan terima kasih kerana jasa anda mencurahkan ilmu dan mendidik kami semnua sehingga menjadi saya dan kami semua seperti hari ini...tanpa guru tiadalah mereka2 yang dapat mentadbir negara, berjasa kepada rakyat jelata, taat akan perintah agama...sebegitu besarnya jasa seorang guru dari itu untuk semua guru2 terutamanya guru2 yang pernah mendidik saya di SK & SMK IJ Convent, Johor Bahru juga buat Cikgu Suniza bff saya..semua guru2 di sekolah saya SKPT2
kalau nak sebutkan nama mereka satu persatu sangat panjang, mantan guru2 yang pernah berkhidmat di sekolah saya bertugas ini, kak yatie di sarawak, choo bteen, cikgu Rohaiza di Perak dan semua rakan2 yang menjadi guru, saudara mara, kakak saya buntat, kak z, acheh n semua2nya..selamat Hari Guru Jasamu Anugerah yang tidak ternilai..
Saturday, May 11, 2013
Selamat Hari Ibu...
Assalamualaikum...
Salam hujung minggu buat semua kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya kasihi sekelian, esok 12 Mei merupakan hari ibu yang di raikan untuk sekelian ibu2 di seluruh dunia. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu...dan yang tidak bergelar ibu tapi bergelar ibu saudara, ibu angkat, dan sebagainya juga Selamat Hari Ibu buat anda...bagi anak2 yang masih mempunyai ibu..sayangilah ibu anda dan hargailah mereka selagi hayat mereka ada..tiada orang yang akan dapat mengantikan ibu kita di dunia ini..untuk yang telah ketiadaan ibu seperti saya hanya doa dapat di utuskan Al-Fatihah buat bonda yang amat dirindui Zahriyah binti Jabid.. buat adik saya Bedah selamat hari ibu semoga tabah untuk membesarkan anak2 walaupun bersendirian...InshaaAllah saya akan sentiasa memberi dorongan dan sokongan..pada kakak2 dan adik, kawan2 semua selamat hari ibu..Sesungguhnya pengorbanan kalian tidak ternilai.. Kasihnya ibu membawa ke syurga..amin..
Saturday, February 9, 2013
Gong Xi Fa Chai...
Wishing all my Chinese friends around d world..Happy CNY n may this New Year bring prosperity and joy..

Thursday, January 24, 2013
Salam Maulidur Rasul...
Assalamualaikum...
Salam Maulidur Rasul dan salam pagi khamis yang berbahgia untuk semua kawan2 dan pengunjung yang sudi menjengah ke ZLC.. Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan pencipta alam semesta ini kerana kita masih diberikan peluang untuk terus bernafas disamping diberikan segala nikmat dan hidayah. Syukur kerana sekali lagi kita dapat sama2 menyambut hari yang amat bersejarah iaitu Maulidur Rasul bagi mengenangkan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita semua terus mengambil contoh teladan dari akhlak dan kemuliaan yang ditunjukkan baginda Rasulrullah S.A.W. Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab yang maksudnya- Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulrullah S.A.W iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah pada hari akhirat dan menjadikan Rasullulah ikutan kita sepanjang masa..marilah kita berselawat dan mengingati Allah sebanyak2nya.
Monday, December 24, 2012
Merry Christmas..
To all, my dearest friends n family who celebrating Christmas..Merry Christmas n Happy New Year..may this christmas bring joy and happiness..luvs from ZLC..xoxo..
Thursday, November 15, 2012
Thursday, August 16, 2012
Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..
Assalamualaikum...
Salam Khamis 16 Ogos bersamaan 27 Ramadhan...begitu pantas masa berlalu dan kita akan meninggalkan Ramadhan..mungkinkah kita semua dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang, bulan puasa dah
tinggal 2 hari sahaja kita semua akan mengucap kan selamat tinggal kepada bulan yang Mulia yang hanya datang setahun sekali. YA ALLAH berkati lah Ibadah kami dalam RahmatMU - Amin..
Dalam kedatangan Syawal pastinya ramai di antara kita mengambil peluang untuk pulang berhari raya ke kampung halaman masing2 meraikan hari yang mulia ini bersama insan2 yang kita sayangi..dan bagi yang telah ketiadaan insan tersayang seperti saya yang kehilangan ayah dan bonda, hanya linangan airmata kerinduan dan keheningan Aidilfitri mengamit perasaan hati ini..hanya Al-Fatihah yang mampu dikirimkan buat ayahbonda yang dikasihi dan mereka2 yang telah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu..bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa pulanglah dan jagalah mereka sebaiknya selagi hayat mereka ada..
Untuk anda semua ada serangkap pantun yang tak bersusun di bawah ini..
Untuk semua perantau di kota,
Pulanglah ke desa berhari raya,
Berhati2 di jalan raya,
Ingatlah pada insan2 yg menanti kepulangan kita,
Bermaaf2an sesama kita,
Semoga hidup aman bahagia..
Untuk kanda yang jauh di mata
Maaf dipinta dari kejauhan sahaja..
Semoga kita semua dapat bersua
Dihari lebaran hari yang mulia..
Di kesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai kata sahabat2 dan teman2 dan juga pengunjung2 Zalekha Luvs Cooking dalam tempoh saya berinteraksi bersama anda dengan celoteh2 saya di alam maya ini ada menguris mana2 pihak maaf jua dipinta. Semoga ukhwah yang terjalin antara kita akan berkekalan hendaknya..Salam sayang, salam lebaran dari saya..luvs u all..
Saturday, February 4, 2012
Salam Maulidur Rasul...
Assalamualaikum...
Salam Maulidur Rasul 1433H buat semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking, marilah kita sama2 menghayati perjuangan Rasurullah dan mengikuti segala sunah Baginda....
Salam Maulidur Rasul 1433H buat semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking, marilah kita sama2 menghayati perjuangan Rasurullah dan mengikuti segala sunah Baginda....
Subscribe to:
Posts (Atom)



















