Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Tuesday, February 24, 2015

Kikil @ Kulit Lembu Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum..dan salam selasa untuk semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi dah lama rasanya dapur ZLC tak berasapkan.. kerana pada masa cuti tahun baru cina saya bercuti2 Malaysia..ke Pekan Pahang menziarahi bapa saudara dan juga ke Mersing menghadiri jemputan perkahwinan.  Bila dah berjalan2 tu ada aje yang saya beli bila ternampak ada yang berlainan sedikit dan payah di perolehi di tempat sendiri.  Antara yang saya beli di Pasar Tani Mersing adalah Kikil atau kulit lembu yang telah diproses dan saya juga sempat membeli umbut kelapa..rebung segar pun ada tapi yang ini saya tak beli.

Saya sebenarnya memang suka makan masakan minang yang seakan kikil juga yang dipangil tunjang saya tak tahu sama ada ianya benda yang sama atau tak..tapi rasanya  yang kenyal2 dan liut lembut seakan jeli memang sedap di masak ala2 minang atau masak lemak cili padi dan boleh juga dibuat sup mcm sup mamak tu...oleh kerana saya masak separuh aje kali ini resepinya lemak cili padi kikil yang setengah kg lagi tu entahlah nak dimasak apa nanti..jom tengok resepi yang ringkas di bawah:

Kikil @ Kulit Lembu Masak Lemak Cili Padi

Bahan-Bahan:

500 gram - Kulit lembu yang siap diproses di hiris kecil
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
20 batang cili padi - dikisar halus (kalau xkuat pedas kurangkan)
8 ulas bawang merah - dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
11/2 inci halia - dikisar halus
1 inci kunyi - dikisar halus
2 batang serai - dititik
2 keping asam gelugor - direndam sebentar
sedikit garam dan sedikit gula (gantikan perisa/aji)

Cara:

1. Masukkan kulit lembu dan santan cair bersama bahan2 yang dikisar halus serta serai ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan biarkan merenih dalam 10-15 minit lagi.
2. Masukkan pula santan pekat kacau selalu supaya santan tak membuak dan pecah minyak masukkan juga asam keping dan garam serta secubit gula. Bila dah masak hindangkan bersama nasi panas.

No comments:

Post a Comment