Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts
Friday, November 30, 2012
Bubur Asyura Berempah...
Assalam...apa kabar teman2 semua dan pengunjung2 ZLC yang saya sayangi, semoga kita semua dalam rahmat dan lindungan Allah hendaknya. Alhamdullilah bertemu sekali lagi kita pada 10 Muharam pada tahun ini yang begitu banyak peristwa2 yang berlaku dalam kalender sejarah Islam yang telah saya muatkan di N3 sebentar tadi.. hari ini saya ada buat sedikit Bubur Asyura yang selalunya ada berbagai2 cara dimasak sama ada yang manis kalau orang2 sebelah utara Kedah, Perak, Perlis dimana Asyura mereka lebih kental dan dipotong seperti kueh talam dan begitu juga di sebelah pantai timur pula negeri2 di Kelantan dan Terengganu ianya dimasak pekat dan diletakkan dalam talam atau loyang dan boleh dipotong tapi rasa dia agak berlainan kerana menggunakan rempah dan berdaging yang di siat2 kalau x silap saya..sebab saya selalu juga dapat makan Asyura yang dibuat oleh rakan2 guru dari pantai timur...dan yang biasa dibuat oleh orang2 sebelah johor adalah bubur Asyura yang berempah dan lemak2 masin dengan bahan2 campuran yang pelbagai.. Tapi pada kali ini saya buat bubur Asyura yang agak mudah dan tidak terlalu banyak bahan campuran saya cuma gunakan kentang, karet dan daging bersama rempah2 dan bawang...ok marilah kita tengok resepi seperti di bawah ini ok..kalau nak buat yang banyak bahan2 boleh sahaja campur, keledek, keladi, labu, kekacang, jagung dan macam2 lagi yang bersesuaian..
Bubur Asyura Berempah..
Bahan-Bahan
3 pot kecil beras dicuci bersih
Air secukupnya - untuk masak bubur
1 1/2 cawan santan pekat
4 biji kentang dipotong dadu - masuk dalam rebusan bubur
2 batang lobak merah dipotong dadu - masuk dalam rebusan bubur
400 gm daging dipotong kecil - rebus dengan sedikit air dlm periuk berasingan hingga empuk
12 ulas bawang merah - diblender halus
5 ulas bawang putih - diblender halus
1 1/2 halia -diblender halus
4-5 sudu makan rempah briyani ( dicampur dengan sedikit air dan kacau jadikan pes)
sedikit garam
Untuk Hiasan: Bawang goreng dan daun sup/daun bawang dihiris halus
Cara:
1. Bubur dimasak sehingga hancur dan berkanji, masukkan juga kentang dan karet, bila kentang dan karet dan agak empuk masukkan daging yang telah direbus bersama kuahnya
2. Masukkan bawang dan halia yang diblender, rempah briyani yang dijadikan pes tadi, kacau dan biarkan bubur mendidih dan masak elok, masukkan pula pati santan, kacau sebati dan masak dengan api yang kecil
3. Perasakan dengan garam masak sehingga bubur sebati dan pekat sedikit baru di matikan api. Hidangkan dengan menabur bawang goreng dan hirisan daun sup dan daun bawang jika rajin boleh juga di buat telur dadar nipis yang digoreng dan dihiris halus.
Bubur ini kalau makan dengan rojak tahu pun sedap tapi kali ini saya gandingkan dengan chutney Limau Jeruk bersantan..lain kali saya beri resepi chutney yang sedap ini yang selalu di buat oleh arwah ibu saya dulu2..
p/s: MOHON MAAF SAYA SEPATUTNYA MASUKKAN ENTRY YANG INI PADA HARI SABTU LEPAS IAITU SEMPENA 10 MUHARAM TAPI OLEH KERANA ADA SEDIKIT MASALAH SAYA TAK DAPAT UPLOAD GAMBAR DI SINI LAGI KERANA MENURUT BAHASA INTERNET NYA SAYA DAH MENGGUNAKAN SEPENUHNYA PICASA WEB ALBUM SEPENUHNYA SBNYK 1 GB MAKA KENA BUAT PEMBELIAN KALAU NK UPLOAD PICTURE SAPER2 YANG TAHU CARA NAK UPLOAD TANPA PERLU PEMBELIAN DI INTERNET AJARKAN PADA SAYA OK...ANYWAY THANKS IN ADVANCE ALMAKLUM SAYA MEMANG X PANDAI PUN..SALAM SAYANG DARI SAYA DI ZLC..
Thursday, October 4, 2012
Bubur Nasi Ikan...bila tak berapa sihat..
Assalamualaikum..
Salam Khamis buat semua, semoga sehat2 dan ceria2 selalu disamping keluarga yang tersayang..saya agak tak berapa nak sihat lagi kalau semalam rasa sakit2 perut memulas...hari nie macam rasa fening2 sedikit kepala saya nie jadi pepagi lagi saya dah telan ubat tekanan darah tinggi..alahai nampaknya terapi minda yang selalu saya lakukan iaitu beritahu pada diri sendiri saya sihat dan mantap xberapa berkesan minggu nie ..tapi saya gagahi juga untuk kepejabat..memandangkan minggu2 yang tak berapa nak sihat nie ada gak kawan2 di pejabat nie yang selsema, dan macam2 lah penyakit timbul ada gak yang bertanya bila nak hari gaji lagi padahal kita baru melalui 4 hari dalam bulan ini...penyakit jugak kan tu..oppss perkara2 sensitif macam nie kena cakap pelan2 sikit...tak boleh kuat2 nanti ada yang marah saya pulak..bersyukurlah pada apa yang ada dan yang pentingnya kita kena la mengamalkan sikap berjimat cermat.. yer tak Supaya sentiasa cukup bila nak menunggu gaji yang seterusnya..sememangnya semua orang ada masalah jadi antara penyakit2 yang diberikan pada kita nie sama ada penyakit yang ringan atau yang berat adalah dugaan dari Allah yang menguji sejauhmana kita boleh bersabar..
Sementelah bercerita pasal orang sakit nie..semalam adik saya Bedah masak Bubur Nasi Ikan yang sangat sesuai di makan oleh orang2 yang xbrapa nak sihat macam saya dan kebetulannya pula suami bedah tu pun sakit gusi..emmm..jadi satu rumah lah kena makan bubur nasi ikan..dah dimasak seperiuk memang la sedappp u sampai ke petang abis..seperiuk bubur. Teringat pulak cerita melayu dulu yang mak dia masak bubur cair makan ramai2 pastu bila mak dia nak makan bubur dah abis dia masukkan air dalam periuk kocak2 dan makan tu pun anak dia kata mak dia tamak nak makan sorang2...sedih betul cerita tu...apa yer tajuknya saya pun tak ingat yang berlakun tu xsilapnya jadi mak dia Latifah Omar...bagus cerita lama2 patut dijadikan iktibar oleh anak2 zaman nie..betapa susahnya ibubapa nak membesarkan kita sampai sanggup x makan kerana lebih utamakan anak2.. dah masuk bab cerita melayu lama pulak saya eks..jom la kita tengok resepi chef Bedah di bawah nie ok..
Bubur Nasi Ikan...
Bahan-Bahan:
2 pot beras - dicuci bersih dah toskan
Air secukupnya
Isi ikan secukupnya - boleh guna isi ikan tenggiri, merah atau kembong (cincang2 sedikit)
(banyak nya terpulang pada masing2 nak banyak atau sikit - >< 1 mangkuk tafufa)
2 labu bawang besar - didadu/ racik halus
3 ulas bawang putih - dicincang
2 inci halia muda - di racik halus
1 batang karet di potong halus batang mancis
1 cawan santan (optional- tak letak pun xapa..tp bedah letak)
sedikit garam
Bawang goreng untuk tabur
Daun Bawang dan Daun Sup - hiris halus (yang ini tak ada)
Cara:
1. Masakkan beras dan air berserta bahan2 lain, bawang, halia, karet, dan ikan sama ada di dalam rice cooker atau dapur biasa biarkan bubur mendidih dan dikacau sekali sekala,
2. Bila Bubur dah agak memekat kecilkan apinya, tambah air jika perlu, masakkan sehingga bubur benar2 kembang dan agak pekat sedikit, tapi terpulang pada citarasa anda ada orang suka bubur yang agak cair dan ada orang suka bubur yang agak pekat.
3. Bila dah masak padamkan api dan hidangkan dengan ditaburkan bawang goreng serta daun bawang dan daun sup..sesuai untuk orang2 sakit dan tak sakit juga..hehehe...
Friday, May 4, 2012
Bubur Nasi dari Baby hingga yang Tua pun suka...
Assalamualaikum...
Salam pagi Jumaat buat semua teman2 dan pengunjung yang saya kasihi...Alhamdulillah kita telah diberikan kesempatan untuk bertemua sekali lagi dengan hari Jumaat penghulu segala hari yang penuh barakah ini. Semoga kita semua akan sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan mendapat petunjuk taufik dan hidayah dariNya. Agak pagi juga saya bersiaran kali ini sebab masalah line internet saya yang boleh tahan meragamnya sekejap ada sekejap x ada macam biskut chipsmore pulak..hehe
Pagi ini saya tak berhajat untuk berceloteh panjang2...maklumlah hari kerjakan esok tak kerja 2 hari baru lah boleh berlama2 sedikit mengadap lappy nie..resepi kali ini bukan saya yang buat tapi akak saya Che No di Desa Cemerlang tu buat, beliau berkembar dengan Che Nie yang tinggal di Bukit Kepong...oleh kerana che no atau kak no memang pakar dalam memasak dan pernah berniaga di kantin askar Batu Kontomen KL agak lama dan juga di kawasan Perindustrian Cemerlang tapi sekarang dah bersara dari berjualan makanan sebab kak no dah jadi supervisor di The Store...ok panjang pulak introduction eks...hehe masa ke rumah kak no minggu lepas kami dah buat permintaan kak no masakkan bubur dan yang paling saya suka sebab ada sambal jeruk kerabu mangga, sambal telur berlobak asin...pun sedap marbelessss u dan ada rojak dengan char kueh yang sangat garing sedap sgt2.. oh lupa ada satu lagi lauk yang digandingkan dengan bubur kak no kali ini iaitu sup yong tau foo...saya dah cakap dengan kak no untuk kongsikan sambal telur yang best tu gan rojak sekali di blog ZLC...kak no kata ok no problem so saya masukkan entry untuk dikongsi bersama kawan2 semua...
Bubur Nasi
Bahan-Bahan:
1 pot/gelas beras - (kalau nak cepat masak boleh blender kering sekejep kalau x, xperlu)
Air secukupnya - 5-6 pot
sedikit garam
Cara:
1. Masakkan beras dan air berserta sedikit garam sama ada di dalam rice cooker atau dapur biasa
biarkan bubur mendidih dan dikacau sekali sekala,
2. Bila Bubur dah agak memekat kecilkan apinya, tambah air jika perlu, masakkan sehingga bubur benar2 kembang dan agak pekat sedikit baru sedap dimakan bersama lauk pauk lain, tapi terpulang pada citarasa anda ada orang suka bubur yang agak cair dan ada orang suka bubur yang agak pekat.
3. Bila dah masak padamkan api dan hidangkan bersama lauk pauk samping seperti ikan bilis goreng dan kacang tanah, telur asin, sup sayuran, sayur kangkung belacan atau apa sahaja. Saya pulak suka bubur dengan sambal telur berlobak asin versi akak saya...selamat makan bubur...sedappp.
Sambal Telur Dengan Chye Poh...
Bahan-Bahan:
5 biji telur
200 gram lobak masin/manis- jika guna yang size yang besar dicuci toskan dan blender kering
5-6 sudu makan sambal belacan (ikut pedas yang dikehendaki - tumbuk@blender 10 batang cili hidup campur 10 batang cili api dan seinci belacan bakar serta 3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar - didadu
sedikit garam jika guna lobak masin tak perlu garam
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan sambal belacan dan bawang dadu dan tumis hingga pecah minyak dan berbau harum, masukkan chye poh dibalik2kan.
2. Telur dikocok sedikit, masukkan ke dalam sambal belacan yang ditumis tadi kacau cepat2 hingga semua bahan bergaul rata. Balik2kan sebentar dan padamkan api. Hidangkan bersama bubur nasi atau makan dengan nasi putih panas2 pun sedap.

Sunday, November 13, 2011
Bubur Daging Berempah
Assalamualaikum,
Selamat pagi ahad untuk semua, apakabar pada pagi ini diharap semuanya sehat2 dan ceria2 selalu. hendaknya..dah sarapan pagi ke belum kalau belum jom la kita nikmati semangkuk bubur daging..Jom kita semak resepi bubur daging yang dimasak oleh adik akak chef bedah yer..
Bubur Daging Berempah
Oleh: Siti Zubaidah Ismail
2 Cawan beras - dicuci dan direbus dengan 2 litter air hingga kembang kalau dh memekat kacau selalu dan tambah airnya
4 biji kentang dipotong dadu - masuk dalam rebusan bubur
1 batang lobak merah dipotong dadu - masuk dalam rebusan bubur
250 gm daging dipotong kecil - rebus dengan sedikit air dlm periuk berasingan hingga empuk
10 ulas bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 cm halia -tumbuk atau cincang halus
2 sudu rempah sup*
2 sudu rempah kurma* (dua2 rempah * ini dicampur sedikit air dn kacau jd pes)
sedikit garam
minyak untuk menunis
Untuk Hiasan: Bawang goreng dan daun sup/daun bawang dihiris halus
Cara:
1. Bubur dimasak sehingga hancur dan berkanji, masukkan juga kentang dan karet, bila kentang dan karet dan agak empuk masukkan daging yang telah direbus bersama kuahnya
2. Panas kan minyak dalam kuali tumis kan bawang hiris dan halia, bila dah layu dan berbau wangi masukkan rempah, balik2 kan hingga pecah minyak, masukkan bahan2 yang ditumis ke dalam periuk bubur. Perasakan dengan garam masak sehingga bubur sebati dan pekat sedikit baru di matikan api. Hidangkan dengan menabur bawang goreng dan hirisan daun sup dan daun bawang jika rajin boleh juga di buat telur dadar nipis yang digoreng dan dihiris halus. Bubur ini kalau makan dengan rojak tahu pun sedap..selamat mencuba..

Subscribe to:
Posts (Atom)