Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Wednesday, November 11, 2015

Daging Kambing Masak Sedap..hahaha tak tau nk bagi nama apa..


Assalamualaikum...salam rabu buat semua pengunjung ZLC yang saya kasihi..hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua satu resepi masakan kambing yang sedap oleh kerana saya tidak ada idea nak bagi nama apa pada masakan ini jadi saya letak aje resepi Daging Kambing Masak Sedap sebabnya memang sedap pun tau rasa lauk daging kambing ini yang sesuai di makan bersama roti atau juga dengan nasi..tapi semalam saya makan dengan butter rice memang ngamlah pulak..ok jom kita terus ke resepi di bawah ini..lauk ini agak lengkap bersama sayuran dan kentang kentang jadinya kalau tak rajin masak lauk sampingan lain pun takper dan cukup sesuai di makan dengan sejenis lauk ni sahaja kalau ada salad atau pencuk boleh dihidangkan bersama..selamat mencuba ok..

Daging Kambing Masak Sedap

Bahan-Bahan:

1 kg - Daging Kambing - boleh guna mana2 bahagian saya guna lamb shoulder chop sebab ada lemak2 dia sikit
3 labu bawang besar - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
1 sudu makan lada sulah
4 sudu makan kicap lemak manis
3 sudu makan sos tiram
4 biji kentang - di belah 4
3 batang karet - dipotong tongkol
1 buku keledek jingga - di potong seperti kentang (saya letakkan keledek sebab rasanya manis)
10 batang cili padi - utk di campak sahaja ke dalam lauk
2 labu bawang besar yang sederhana belah baji 4 utk masuk dalam lauk
gula dan garam secukup rasa
air secukupnya - angar2 sahaja sebab lauk ni tak perlu banyak air bukan seperti sup.

Cara:

1. Daging dicuci dan toskan..masukkan dalam periuk perapkan bersama bawang besar, bawang putih dan halia yang di kisar, masukkan sekali lada sulah kicap manis serta oyster sos dan sedikit gula perapkan lebih kurang setengah hingga satu jam.
2. Bila dah perap masukkan atas setakat menutupi paras daging sahaja dan boleh dilebihkan sedikit.
Masak daging dengan api sederhana di balikkan sesekali hingga daging kambing empuk.
3. Masukkan pula karet kentang dan keledek. Kalau perlu tambah air tambahkan sedikit lagi air x perlu banyak. Bila kentang, keledek dan karet lembut masukkan cili padi dan bawang besar yang di potong empat tadi dan masukkan sedikit garam. Rasakan kesesuaian rasanya dan bila dah siap masak hidang bersama nasi atau pun roti..saya makan bersama nasi butter..sedap..cubalah kawan2.

butter rice sedap makan dengan lauk kambing ni..




Tuesday, February 24, 2015

Kikil @ Kulit Lembu Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum..dan salam selasa untuk semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi dah lama rasanya dapur ZLC tak berasapkan.. kerana pada masa cuti tahun baru cina saya bercuti2 Malaysia..ke Pekan Pahang menziarahi bapa saudara dan juga ke Mersing menghadiri jemputan perkahwinan.  Bila dah berjalan2 tu ada aje yang saya beli bila ternampak ada yang berlainan sedikit dan payah di perolehi di tempat sendiri.  Antara yang saya beli di Pasar Tani Mersing adalah Kikil atau kulit lembu yang telah diproses dan saya juga sempat membeli umbut kelapa..rebung segar pun ada tapi yang ini saya tak beli.

Saya sebenarnya memang suka makan masakan minang yang seakan kikil juga yang dipangil tunjang saya tak tahu sama ada ianya benda yang sama atau tak..tapi rasanya  yang kenyal2 dan liut lembut seakan jeli memang sedap di masak ala2 minang atau masak lemak cili padi dan boleh juga dibuat sup mcm sup mamak tu...oleh kerana saya masak separuh aje kali ini resepinya lemak cili padi kikil yang setengah kg lagi tu entahlah nak dimasak apa nanti..jom tengok resepi yang ringkas di bawah:

Kikil @ Kulit Lembu Masak Lemak Cili Padi

Bahan-Bahan:

500 gram - Kulit lembu yang siap diproses di hiris kecil
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
20 batang cili padi - dikisar halus (kalau xkuat pedas kurangkan)
8 ulas bawang merah - dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
11/2 inci halia - dikisar halus
1 inci kunyi - dikisar halus
2 batang serai - dititik
2 keping asam gelugor - direndam sebentar
sedikit garam dan sedikit gula (gantikan perisa/aji)

Cara:

1. Masukkan kulit lembu dan santan cair bersama bahan2 yang dikisar halus serta serai ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan biarkan merenih dalam 10-15 minit lagi.
2. Masukkan pula santan pekat kacau selalu supaya santan tak membuak dan pecah minyak masukkan juga asam keping dan garam serta secubit gula. Bila dah masak hindangkan bersama nasi panas.

Wednesday, September 11, 2013

Paru Bersambal dan Berempah...

Salam...bersiaran sekali lagi saya pada hari rabu nie...kalau tadi pagi ada resepi sarapan iaitu jemput2 tahu lembut berbawang goreng...petang2 nie pulak saya nak berkongsi resepi lauk atau kalau nak ratah gitu ajer pun sedap jugak bagi sesiapa yang minat gan paru-paru...ada orang tak berapa pandai atau x gemar gan organ dalaman cik lembu nie tapi saya x kisah makan ajer..kalau goreng berempah pun saya suka, masak rendang pun suka...goreng bersambal macam nie pun suka...apa yang saya x suka ekkk..muahahaha ada2 ajer lah saya nie..ok lah jom la kita terus ke resepi Paru Bersambal dan Berempah nie..

Paru-Paru Bersambal dan Berempah

Bahan-Bahan:

1/2 kg paru-paru - rebus dahulu dan hiris tipis kecil (size makan)
untuk rempah yang disangai dan blender halus:
4 sudu ketumbar biji
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
(tiga2 jenis rempah di atas sangai kering dalam kuali - boleh buat dalam kuantiti yang banyak dan simpan kering untuk guna kemudian)
1 camca teh serbuk kunyit
sedikit garam.

Bahan sambal:
2-3 sudu makan cili blender
4 biji lada hidup - di blender halus
1 labu bawang besar - diblender halus
>< 3-4 sudu makan gula pasir
sekeping asam gelugor - direndam
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis dan minyak untuk mengoreng paru2

Cara:
1. Paru-paru yang telah dihiris nipis dimasukkan dalam mangkuk gaulkan dengan 3 sudu makan rempah kering yang disangai dan diblender bersama 1 camca teh serbuk kunyit dan garam gaul rata.
2. Panaskan minyak dalam kuali, gorengkan paru-paru bila dah agak garing angkat dan toskan. Rempah2 yang tertinggal dalam minyak masa goreng paru-paru juga di angkat bersama. untuk masukkan dalam sambal nanti.
3. Untuk menumis sambal, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan cili blender, cili hidup blender, bawang besar blender, tumiskan sehingga pecah minyak dan agak garing. Masukkan gula balik2kan. bila sambal dah bertukar warna agak gelap masukkan sekeping asam gelugor yang direndam, masukkan sedikit sahaja air dalam 1/2 cawan,
4. Bila sambal dah memekat masukkan pula paru-paru yang digoreng tadi bersama serdak rempahnya. Balik2kan dan rasakan kesesuaian rasa jika perlu di tambah sedikit garam. Padamkan api, hidangkan bersama nasi putih atau sedap juga dimakan bersama nasi impit...selamat mencuba..

Monday, July 22, 2013

Rendang Campur Meletopsss...

Assalamualaikum...

Salam sejahtera salam Isnin 22 Julai..bersamaan 13 Ramadhan..cepat betul masa berlalu dah 13 hari kita berpuasa yer..apa kabar kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya hormati sekelian, semoga semuanya sentiasa sihat disamping menjalani tugas seharian..saya percaya pada bulan puasa nie ramai yang mengalami sakit tekak..perit ajerkan rasa tekak..mungkin sebab kita tak minum secukupnya air masak..dan bila berbuka tu air ais juga yang mengoda kalbukan..macam saya bila dah berbuka dengan air panas bila nampak anak2 buah minum ais memang x boleh tahan..betul2 godaankan...hehehe..

Ok lah kita tinggalkan citer minum ais masa berbuka, hari ini saya nak kongsikan dengan kawan2 semua resepi rendang campur yang saya masak untuk iftar semalam..mesti ada yang pelikkan kenapa ada meletopsss di belakang nama rendang saya tu kan..sebabnya selain rasanya yang enak...muahahaha puji sendiri lagi..rendang yang saya buat ini agak pedas sebab saya gunakan dua jenis cili padi kampung dan cili padi biasa..jadi memang terangkatlah rasanya.  Kalau saper2 yang tak berapa boleh makan pedas boleh kurang cili padinya atau gunakan lada blender pun ok...kita yang buat dia kannnn..

Bila dah masak rendangkan terasa macam nak beraya bagai..huuhu berangan jerlah yer..mula2 saya ingat nak rebus ketupat@nasi impit mini tapi oleh kerana dah kepenatan sebab paginya saya mengookies lagi so saya masak nasi putih ajer untuk lawan gan rendang tu..so ah-kak xbleh arr nak berangan2 macam makan hari raya.. Yang mengelatnya semalam dah masak2 tu saya tak berbuka di rumah tapi iftar di Restoran A&A Steamboat n Grill di Tmn Austin Perdana gan along saya n family jadi makan rendang nie masa bersahur tadi. Jom kita semak resepi di bawah..


Rendang Campur

Bahan-bahan:

600 gram daging lembu - direbus
600 gram paru-paru - direbus
600 gram hati lembu - direbus
4 labu bawang besar - di blender halus
5 ulas bawang putih - di blender halus
2 batang serai - di blender halus
1 inci kunyit hidup - di blender halus
1 1/2 inci halia - di blender halus
segemgam cili padi kampung + cili padi biasa (boleh kurangkan kalau x suka pedas)
3 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor - direndam sebantar
2 keping gula nira@ gula keret yang kecil - (guna gula timbang dalam 4 sudu makan pun boleh)
tambahkan  gula pasir - jika perlu (ikut citarasa)
2 cawan santan pekat (saya guna santan kelapa sawit)
2 cawan air
1 peket @30gram rempah rendang adabi
3 sudu makan kerisik (saya guna yang siap dijual)
gram secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis.

Cara

1. Tiga jenis daging, paru-paru dan hati yang direbus hingga empuk tadi di hiris kecil.  Saya x gunakan air rebusan sebab macam banyak sangat khasiatnya.
2. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan2 yang telah di blender halus hingga naik minyak, masukkan sekali gula nira dan gula pasir.
3. Masukkan air dan santan diikuti dengan daging, paru-paru serta hati yang dihiris tadi. Masukkan juga daun limau purut balik2kan dengan api yang sederhana.  Sebelum rendang mengering boleh masukkan asam keping dan kerisik.
4. Masukkan pula garam dan masaklah sehingga rendang agak mengering.  Bagi yang suka rendang yang agak basah boleh lah biarkan rendang agak lembab berkuah.Hidangkan bersama ketupat atau nasi impit atau nasi putih panas...sedappp cubalah.

Tuesday, January 8, 2013

Daging Masak Kicap Beraroma Ghee


Assalamualaikum...

Salam selasa untuk semua kawan2 dan pengunjung2 ZLC yang saya sayangi dan rindui...apa kabar semuanya semuga sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan di dalam rahmat serta hidayah Allah hendaknya.  Saya agak sibuk dengan kerja2 yang perlu di uruska di awal tahun makanya tak dapat bersiaran dan tidak mengupdate blog agak lama sampai bersawang2 dah blog nie so hari ini nak update satu entry masakan yang agak ringkas dan mudah disediakan.  Kiranya nie resepi tertunggak yang patutnya saya siarkan tahun lepas dalam bulan disember lalu tapi baru hari ini baru ada kesempatan untuk diupdate...maaf yer kawan2 ada 2..3 resepi yang dah ada dalam simpanan saya  In Shaa Allah akan saya kongsikan bersama nanti...

Ok kita terus tengok resipi masakan daging yang mudah di bawah ini yang sesuai juga untuk kanak2 sebab tak pedas dan aroma minyak sapinya sangat membangkit selera.:

Daging Masak Kicap Beraroma Ghee

Bahan-Bahan:

500 gram daging dipotong ikut suka kecil/sedang - bahagian bercampur urat  (direbus hingga lembut gunakan periuk tekanan)
4 biji kentang - dikupas dan di belah 4
1 batang karet - di potong 1 1/2 inci - belah 2 kalau besar
2 labu bawang besar - di blender halus
4 ulas bawang putih - di blender halus
1 1/2 inci halia - di blender halus
2 inci  kayu manis
5 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1 camca teh serbuk lada sulah (kalau nak pedas boleh gunakan serbuk lada hitam)
1/2 cawan - kicap lemak manis
air rebusan daging dalam5 cawan (guna air yang merebus daging)
2 sudu makan minyak sapi ghee QBB
2 biji tomato segar - dipotong baji
garam dan gula secukup rasa
(kalau suka boleh juga campurkan dengan 1/2 tin kacang peas dalam tin ke dalam lauk ini - saya tak letak tak ada stok)

Cara:

1. Masukkan daging yang telah direbus ke dalam periuk bersama bahan2 yang telah di blender halus bawang besar, bawang putih, halia, serbuk lada sulah dan rempah2 kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang bersama air rebusan daging tadi.
2. Bila dah mendidih masukkan pula karet serta kentang yang dibelah empat, masak sehingga kentang dan karet empuk, masukkan pula kicap dan sedikit gula serta garam secukup rasa.
3. Masak dengan api sederhana hingga lauk ini agak memekat dan mesra. Akhir sekali masukkan 2 sudu makan minyak sapi ghee QBB dan tomato yang dipotong baji. Kalau nak masukkan kacang peas dalam tin pun sedap juga. Hidangkan bersama nasi panas.. 



Wednesday, October 31, 2012

Daging Bercili Padi Dengan Kentang..


Assalamualaikum...

Selamat tengah hari kawan2 dah makan tengah hari lum..saya hari nie tak sarapan terus brunch..sebab pagi2 lagi saya telah merajinkan diri masak daging korban yang diberi oleh abg Ramli tauke kantin hari tu..fikir punya fikir nak masak apa yang mudah cepat dan segera jadilah masakan yang ala2 sempoi ajer nie tapi memang sedap bagi mereka yang suka lauk2 yang agak pedas...kebetulan akak cc saya ada bawa pula kari daging..dan disamping daging bercili padi saya juga bawak daun ubi yang dicelur untuk dimakan bersama kuah pecel yang dibuat oleh adik saya bedah petang semalam...sebab kalau dirumah pucuk ubi celur macam gitu x laku saya gan bedah ajer yang makan anak2 tak berapa suka...sebelum sesi makan2 pagi tadi saya sempat ke kantin  nampak pulak urap daun selom...apa lagi memang favorite saya tu..haa habis nasi panas sepinggan...ok asik bercerita saje saya nie baiklah kita terus lihat resepi di bawah ok..

Daging Bercili Padi Dengan Kentang

Bahan-bahan:

500 gram - Daging - dihiris kecil (seeloknya daging batang pinang untuk cepat empuk)
3 biji kentang - dikupas potong bulat dan goreng - ketepikan
2 labu - bawang besar - diblender halus
4 ulas - bawang putih - diblender halus
1 inci halia - diblender halus
10 biji cili padi hijau - diblender halus
1 camca teh serbuk kunyit
1 batang serai dititik
1 labu bawang besar hiris bulat
3 sudu makan sos tiram
3/4 cawan air (kalau nk agak berkuah tambah air).
1 keping asam keping /gelugor (direndam sebentar) /kalau xder ganti 1/4 cawan air asam jawa
gula dan garam secukup rasa
sedikit minyak masak untuk menumis..
4-5 biji cili padi untuk hiasan

Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan2 yang diblender halus hingga agak garing dan pecah minyak..masukkan serbuk kunyit, dan serai yang dititik, tumiskan lagi dan masuk pula sedikit gula  dalam 1 1/2 sudu cukup.
2. Masukkan pula daging dan diikuti air, masak hingga daging empuk masukkan pula bawang besar yang dihiris bulat bersama sekeping asam jawa atau 1/4 cawan air asam, masukkan sedikit garam rasakan kesesuaian rasanya dan akhir sekali masukkan kentang yang digoreng tadi, balik2kan dan bolehlah dipadamkan api.  Hidangkan bersama nasi panas atau nasi impit...sedappp cubalah..

Tuesday, November 15, 2011

Daging Dendeng..

Assalamualaikum,

Salam petang Selasa untuk semua, agak lambat jugak saya dapat update kerana sangat sibuk hari ini di sekolah saya, maklumlah semua ibu bapa berpusu2 datang untuk mengambil bantuan persekolahan anak..wah seronok lah bagi orang yang ramai anak yang bersekolah kalau 4 orang dh dpt RM400 dan kalau macam seorang ustaz di sekolah saya ada 8 orang anak dan 7 yang bersekolah jadi RM 700 lah dapat muaikan...rezeki anak siapa nak bagi kan bagi saya yang solo molo nie xdpat lah merasa yer.. teringin jugak tu...hehehe.

Dengan kesibukan2 di pejabat hari ini  begitu ramai ibu bapa yang datang untuk pendaftaran lewat, yang nak berpindah dan beraneka masalah2 pelangan yang harus ditangani maklumlah cuti sekolah dah xberapa lama lagi cuma tinggal 3 hari sahaja untuk penggal persekolahan pada tahun ini jadi suasananya agak kelam kabut tapi alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan.

Ok kita sambung pulak mengenai resepi yang saya buat minggu lepas tapi masih belum dimasukkan entri nya.  Resepi ini saya ambil dari dapur Pn Azlita Aziz Masam Manis tu yang katanya diambil dari Chef terkenal Pak Engku yang merupakan tukang masak terkenal di kalangan celebriti ..Siti Nurhaliza kawen pun Pak Engku yang masak xsilap saya..wah resepi dari tukang masak ternama saya cuba pada kali ini... Saya mohon copy n paste yer resepi ini Pn. Azalita.. Jom kita semak resepi dibawah



Daging Dendeng
by: Pak Engku

1 kg daging lembu yg tiada lemak - ita guna batang pinang
100 gm bawang goreng

Bahan Kisar
15 tangkai cili kering - digoreng dan dikisar
10 ulas bawang merah - digoreng dan dikisar
2 inc halia - digoreng dan dikisar
3 ulas bawang putih - digoreng dan dikisar

Bahan Tumis
5 biji buah pelaga
3 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

Daging dipotong nipis kemudian direbus
Apabila lembut, toskan dan kemudian digoreng
Tumis buah pelaga, kulit kayu manis bunga lawang dan bunga cengkih
Masukkan bahan yg telah dikisar kasar tadi.
Biarkan hingga naik bau dan naik minyak
Barulah masukkan daging yg telah digoreng tadi.
Masukkan garam dan perasa kacau rata.
Kemudian taburkan bawang goreng.

Thursday, November 10, 2011

Kari Daging Tanpa Santan..

Assalamualaikum,

Salam pagi khamis buat semua, semoga sehat dan ceria-ceria selalu, akak alhamdulillah sehat seperti biasa.  Hari ini agak terajin sedikit sebab pepagi lagi akak dah memasak Kari Daging Tanpa Santan dan Daging Dendeng..ewahh dua2 berasaskan daging pulak yer..Almaklumlah kan musim Hari Raya Korban kebetulan rakan ofis akak Kak Mariah bagi daging korban hari tu so nie la akak masakkan sikit untuk makan di pejabat..Nasi masak di pejabat ajer..

Dalam sibuk memasak tu terlambat pulak sikit ke opis tadi 8.20 baru sampai....naseb baek sempat mintak maap pada kengkawan yang laen..dengan ayat terlambat sebab masak kari..boleh ke gitu..muahahaha..ok lah akak pun x boleh nak bercerita panjang kita semak dulu resepi kari ni yer:

Kari Daging Tanpa Santan:
By: Zalekha Luvs Cooking

Bahan2:

600 gm Daging Lembu di potong kecil
2 labu bawang besar - diblender
4 ulas bawang putih - diblender
2 inci halia - di blender
4 biji kentang di belah 4
4 sudu makan rempah kari - bancuh dengan sedikit air jadikan pes
8 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2-3 pelepah daun kari
2 inci kayu manis
4 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
Air lebih kurang 1 litter utk merebus daging
minyak sedikit untuk menumis
2 keping asam gelugor
garam secukup rasa

Cara:
1.  Daging direbus dengan air, masukkan sekali bahan-bahan yang diblender, biarkan dengan api yang sederhana hingga daging agak empuk, bila daging hampir empuk masukkan kentang.
2.  Di dalam kuali berasingan tumiskan rempah penumis, kayu manis, cengkih, pelaga, dan bunga lawang, bawang hiris hingga berbau wangi dan bawang layu, masukkan daun kari yang telah dilurutkan, goreng seketika dan masukkan pes kari, biarkan hingga rempah kari agak garing dan pecah minyak, tutupkan api dan masukkan rempah yang ditumis darat ini ke dalam daging yang direbus kalau agak pekat boleh tambahkan sedikit lagi air. 
3.  Biarkan daging dan kentang agak empuk kacau-kacau sedikit, masukkan asam gelugur yang direndam sekejap dan garam dan sesuaikan rasa. Renihkan lauk dalam 10-15 minit lagi. Tutupkan api dan boleh dihidangkan bersama nasi panas atau roti jala.