Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Showing posts with label Pencicah. Show all posts
Showing posts with label Pencicah. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Kuah Kari Pencicah Mantao Bun..

Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua..hari ini saya nak masukkan satu entry ringkas sahaja iaitu kuah untuk dimakan bersama mantao bun...mungkin ada yang tak tau apa itu mantao bun kan sebenarnya ianya sejenis pau kosong boleh digoreng atau di kukus...so makanan yang selalu di dapati di restoran2 cina mau pun di hotel ini memang menjadi kegemaran saya..ntah la saya nie memang suka makan mantao bun yang dicicah dengan pencicah apa2 ajer lah kari ke bersambal ke..

Kalau pergi makan saya suka juga order mantao bun nie sebab  tak payah makan nasi makan lah bun yang sangat lembut ini dan dicicah gan kari ala indonesia ke kari biasa ke..atau dengan kuah pencecah ala kari yang saya buat ini...jom kita tengok resepi mudah di bawah ok...memang sesuai sebagai pencicah mantao bun sebab ianya agak2 pekat cukup rasa lemak2 pedas..sila lah mencuba yer manatau menepati citarasa anda..saya sebenarnya tak tau nak bagi nama apa kat kuah pencicah nie...sebab guna rempah kari so saya letak ajer nama kuah kari pencicah ok...

Kuah Kari Pencicah...

Bahan-Bahan:

200 gm daging/ayam kisar
200 ml santan pekat - saya guna santan kotak
10 ulas bawang kecil - tumbuk halus
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 inci halia - ditumbuk halus
4 sudu makan serbuk kari daging - campurkan dengan sedikit air jadikan pes
2 sudu makan cili blender
air lebih kurang 1 1/2 - 2 cawan
2-3 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor - direndam sebentar
garam secukupnya
dan sedikit minyak untuk menumis

Secukupnya Mantao Bun - digoreng (beli dah siap di supermarket je kalau rajin boleh juga buat pau/donut kosong)

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang dan halia blender dan lada blender, hingga agak garing dan berbau harum. Masukkan pes kari dan tumiskan sehingga pecah minyak.
2.  Masukkan pula daging ayam kisar, boleh juga letak isi ayam yang dihiris kecil. Masukkan pula air dan masak sehingga mendidih, masukkan pula santan pekat.
3. Kacau selalu jangan sampai pecah minyak, masukkan pula daun limau purut dan asam keping yang direndam sebentar. Masukkan pula sedikit garam dan perisa jika suka. Masak sehingga agak memekat sedikit dan padamkan api. Hidangkan bersama mantao bun yang di goreng..sedap makan panas2.

ini lah rupa mantao bun atau pau kosong goreng - tergelap la pulak..hehe

Wednesday, April 4, 2012

Sos Ala Percik Utk Ayam Panggang..

Salam, sebenarnya saya nak masukkan entry yang ini semalam tapi oleh kerana ada sebab2 yang tak dapat dielakkan maka tertangguh buat seketika..Ok tak mau cerita panjang, pada hari ahad lepas oleh kerana tak memasak saya telah membeli ayam panggang sahaja di Giant Hypermarket so nak makan ayam panggang ini begitu sahaja atau dengan sos cili agak kurang enakkan..jadi saya pun buatlah sos untuk dicicah dengan ayam panggang ini yang saya namakan Sos Ala Percik...jom kita semak resepi mudah di bawah ini...

Sos Ala Percik Untuk Ayam Panggang/Goreng

Bahan-Bahan:

1 senduk nasi cili blender
1 biji bawang besar - diblender halus
2 ulas bawang putih - diblender halus
1/2 inci halia - diblender halus
1 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 cawan susu cair
11/2 sudu makan jus limau nipis
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali/periuk tumiskan cili, bawang, halia yang diblender hingga agak garing dan naik minyak.  Masukkan rempah ketumbar serbuk dan jintan manis kacau sebati.
2.  Masukkan pula gula, dan susu cair, jika agak pekat boleh ditambah sedikit air. Masukkan garam dan masak hingga sos agak sedikit pekat dengan api sederhana.
3.  Masukkan pula jus limau nipis. Kalau suka rasa yang agak balance masam manis tambahkan sedikit lagi jus limau, rasa kesesuaian rasanya dan hidang bersama ayam panggang atau ayam goreng..sedap..