Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Friday, March 15, 2013

Jom Makan Mee Siput dengan Sambal Tumis Bilis

Hai...kalau tadi saya kongsikan resepi minum petang yang mudah iaitu mini roll jejari ketam ini lagi satu hidangan minum petang yang sinomim dengan orang melayu dulu2 tapi rasanya orang zaman sekarang ini ada jugak yang tak tahu apa itu mee siputkan...sebenarnya mee siput ini atau ada juga yang mengelarkan mee sanggul merupakan snek orang dolu2 yang dibuat secara tradisi diuli tepung pastu dijadikan bentuk mee yang halus dan dibuatkan lingkaran atau disangul dan dijemur sehingga kering..tapi sekarang ini ramai yang dah buat mee siput secara komersial..dan siap dijual sama ada yang belum digoreng atau yang siap untuk di makan.  Mee siput sebenarnya makanan ringgan yang terkenal di negeri Johor dan senang didapati di daerah Muar, Batu Pahat dan di daerah2 lain di Johor.

Mee ini sedap di makan ranggup bersama sambal tumis bilis dan ada juga yang memakan mee siput ini bersama pencicah seperti sos yang dibuat sendiri mengunakan cili kering atau cili hidup dan taburkan pula dengan sedikit kacang tanah tumbuk..  Selain dari di makan secara digoreng ranggup krap..krup bunyinya mee siput ini boleh juga dijadikan bahan asas untuk membuat mee goreng, mee sop atau ala2 maggie sebab iainya sangat praktikal dan mudah..dan yang utamanya mee siput tidak mengandungi bahan pengawet yang berlebihan..lebih2 lagi yang di hasilkan oleh pengusaha 2 kecil di luar bandar.

Ok.. panjang pulak cerita pasal mee siput ini perut pun dah lapar kan petang2 begini jom lah kita nikmati mee siput bersama sambal tumis bilis yang ummppp nie...hamboiiiii masak sndiri puji sndiri nampaknya ah-kak nie,,xkisahlah kan.. resepi nya..emmmm mana ada resepi nak buat mee siput cuma resepi sambal tumis bilis yang selalu saya buat tu..di copy n paste di sini sekali lagi ok..jom layan...

Mee Siput segera n Sambal Tumis Bilis

Secukupnya mee siput di goreng garing


Sambal Tumis Bilis

Bahan-Bahannya

1 mangkuk -(mangkuk tafufa) lada kering yang di rebus dan diblender halus
2 labu bawang besar - diblender halus
4 ulas bawang putih - diblender halus

2 inci belacan - diblender halus
segemgam ikan bilis belah - dicuci bersih rendam sebentar - diblender halus

(ikan bilis boleh diblender halus separuh dan separuh lagi masukkan dalam sambal)
2 labu bawang besar - di hiris kasar2
1 cawan air jus asam Jawa
3-4 sudu makan gula pasir (ikut suka klau nak manis tambah lagi gula)

garam sedikit
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:
1. Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar yang dimayang kasar hingga layu dan berbau harum
2. Masukkan bahan2 yang diblender halus, goreng dan balik2kan sehingga agak garing dan pecah minyak.
3. Masukkan pula gula, balikkan lagi, masukkan bilis yang telah ditoskan dan diikuti dengan jus asam jawa.
4. Masak sehingga sambal tumis benar masak dan naik minyak cantik warnanya. Tambahkan garam dan rasa kan kesesuaian masin, manis dan masam. Biarkan atas api yang kecil sambil dibalik-balikan jika masak sambal tumis dengan betul dan lama sedikit ia akan tahan lebih lama.  Hidangkan bersama mee siput..sedappp..



4 comments:

  1. wow sedapny...terliur..mee siput nie lbey kurang cm spegeti ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fazliana Jamil, mee siput nie di makan mcm snack keropok gitu..sebab di goreng garing u can dip in gravy such as sambal tumis bilis or curry pun boleh jugak. nak kata mcm spagetty ntah yer..version org melayu tp boleh gantikan mee kuning bila nak buat mee goreng just soak in water dah kembang boleh goreng macam mee goreng or boleh masak macam mee kari or mee sup..sedap juga..

      Delete
  2. maaf saya nak.tanye kenape yea keropok mee siput cam keras2 di dalam rsa cam x masak.ker ada cara menyediakan keropok mee siput?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nur Saadatul Akma binti Saad..terima kasih kerana blogwalking di Zalekha Luvs Cooking.. Untuk mendapatkan rasa keropok mee siput yang garing dan sedap sis cadangkan Nur mengoreng mee siput dengan cara yang betul. Panaskan minyak masak secukupnya dahulu masukkan sekeping mee siput one at a time ok..balik on both side..mula2 api besar tapi bila dah masukkan mee siput tu control api kecilkan sedikit dan dan bila dah kembangkan angkat dan toskan. Setakat ini alhamdulillah mee siput yang sis goreng sedap dan garing yang..cubalah ok.

      Delete