Assalamualaikum...
Salam petang selasa 13 Disember 2011..apa kabar semuanya. Diharapkan kawan2 semua berada dalam kesihatan dan kesejahteraan hidup disamping keluarga tercinta. Saya memang amat2 sibuk kebelakangan ini dengan pelbagai kerja dan aktiviti nampaknya memang kesuntukan masa dan nak berblog pun macam tak larat ajer. Walaubagaimana pun sesekali teringin mencatatkan sesuatu di blog setiap hari seperti yang dapat di lakukan oleh teman2 lain, tapi apakan daya saya hanya berpeluang menjengah sesekali sahaja..
Semenjak duamenjak ini boleh tahan banyak kerje untuk dilakukan lebih-lebih lagi nak penghujung tahun nie, tapi saya akan cuba untuk membereskan kerja2 utama dan seperti orang kata periuk nasi kita jadi kena la diutamakan.. lain-lain masa boleh la difikir untuk merehat2kan minda dan mungkin melancong..seronokkan bila dapat melancong..saya memang berangan2 nak ke Bandung, dan mungkin juga ke Jakarta dan Puncak bersama kawan2 saya Miss Nana n Miss Nafida tu..dan dengan kakak saya Che Nie n akak ipar saya K.Zam juga..adoyaiiii berapa banyak kali la saya nak berjalan2 makan angin kan..jangan sampai masuk angin keluar asap sudah lah..hehe..
Di hujung minggu yang lalu saya sekali lagi ke rumah kakak saya di Felcra Bukit Kepong..bersama Along n K.Zam sekereta dan akak saya Milah, Leman n Iqin, Aishah jadinya 2 buah kenderaan la kesana kalau x pak itam pun nak ikut sama tapi tak jadi atas sebab2 yg tak dapat dielakkan , sambil ke sana tu kami ke Tangkak untuk meninjau Sekolah Tahfiz Darul Tuba untuk daftarkan Ika anak kakak saya Noly tapi ika tak cukup umur sebab sekolah tahfiz tu hanya ambil murid 9 tahun ke atas sahaja..
Semasa kat Tangkak, Muar tu sempatlah juga kami membeli kain pasang ... tu pun beli yang murah sahaja..harganya memanglah sangat murah jika dibandingkan di Johor Bahru ini. Saya pun beli 2 pasang ajer..sebab ada baju di taylor yang masih belum siap lagi. Kalau tamak membeli banyak2 bila pulak nak memakainya..cewah kemain saya nie ekk padahal memang resmi orang perempuan memang nak buat atau beli pakaian baru selalu.
Wahhh panjang juga cerita hujung minggu saya yang lalu..saya tinggalkan dulu coretan saya ini dan mungkin kalau angin rajin saya datang malam nanti akan saya masukkan gambar2 yang saya ambil di bukit kepong tempoh hari..gambar2 farmville kakak saya che nie..wat masa nie jom la kita layan lagu apakabarmu di sana dari Ramlah Ram ok...
No comments:
Post a Comment