Assalamualaikum..
Salam dan selamat petang Isnin untuk semua...sebenarnya dah nak senja baru dapat saya mengupdate hari ini, hari ini merupakan permulaan minggu baru yang hanya tinggal tak sampai dua minggu untuk ke tahun baru..dari tengah hari cuaca sudah agak mendung dan petangnya teruslah langit menitiskan airmata membasahi ruang bumi dengan limpahan hujan rahmat. Alhamdulillah dapatlah pepohonan menikmati zat dari limpahan hujan yang menyegarkan..debu-debu juga turut dibawa dengan aliran air yang mengalir..melalui jalan-jalan yang mulai becak digenangi lopak yang terus menyelusuri laluan yang entah dimana penghujungnya..
Tentu ada yang tertanya-tanya kan mengapa pada hari ini saya menulis dengan bahasa yang agak puitis dan sedikit ada bahasa-bahasa yang berbunga sedangkan pada selalunya saya akan menulis dengan nada yang agak santai sahaja. Sebenarnya melalui tajuk yang saya tulis di atas itu saya dapat satu ilham untuk mencoretkan sesuatu, jika berpeluang dan ada kelapangan insya Allah saya ingin membuat satu bentuk penulisan bukanlah yang bertaraf novel tapi cukup sekadar catatan yang saya fikir boleh saya jadikan sebuah bahan bacaan atau cerpen..walaupun saya agak kurang pengalaman boleh dikatakan tidak ada langsung asas penulisan yang khusus tetapi oleh kerana minat saya pada membaca mendorong diri saya untuk mencuba bidang penulisan.. Semoga di blog ini saya dapat meneruskan angan-angan saya ini bak kata orang biar lah selembar benang sehari dan lama kelamaan ditenun boleh menjadi kain.
Tapi semuanya masih samar-samar lagi dan perlu sedikit perancangan dan ketekunan jika saya ingin berjinak2 di bidang penulisan dan bermain dengan mata pena tapi yang dilakukan di zaman serba canggih ini bermesra dengan mata keyboard ini pastinya menuntut seribu penghayatan dan daya usaha tapi insya Allah saya akan mencuba bak kata bidalan mana nak dapatkan sagu jika tak dipecahkan ruyungnya..
Satu langkah pertama harus dimulakan sekiranya kita inginkan sesuatu itu menjadi kenyataan.. Salam sayang dari saya Zalekha Luvs Cooking..
No comments:
Post a Comment