Assalamualaikum,
Salam n selamat petang smua dah minum petang ke belum, kalau masih mencari2 idea apa kata cuba resepi pengat@bubur jagung bersagu yang mudah ini untuk minum petang..sesekali makan pengat memang sedap tambah pulak dengan air teh o yang kurang manis..
Jom la kita tengak resepi mudah dibawah ini:
Pengat@Bubur Jagung Bersagu
Bahan2:
1 tin jagung cream style - Kalau nak guna jagung segar pun boleh dalam dua tongkol di hiris
1 tin susu cair - rendah lemak (kalau nak gunakan santan pun boleh tapi saya lebih suka guna susu cair)
1/2 cawan sagu biji putih - di cuci dan toskan
1 - 11/2 cawan gula - kalau x nak manis kurangkan sedikit
Air secukupnya - jangan banyak sangat nanti pengat jadi cair
3 helai daun pandan disimpul
Cara:
1. Masukkan air, gula dan daun pandan dalam periuk masakkan hingga mendidih, masukkan jagung
biarkan sebentar sambil dikacau-kacau.
2, Masukkan pula biji sagu dan susu cair, kacau selalu sehingga sagu berubah menjadi jernih warnanya.
Masakkan sebentar lagi anggaran 10-12 minit. padamkan api dan boleh dihidang untuk minum petang..
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment