Selamat petang Isnin untuk semua, diharapkan anda semua berada dalam kesihatan yang baik dan ceria-ceria selalu. Sedang buat apa tu..pastinya ramai antara kita yang sedang berehat2 dan bersantai di rumah maklum lah hari ini tak bekerja sebab cuti ganti perayaan Hari Krismas yang jatuh pada hari Ahad semalam. Oleh kerana hari ini tak bekerja dapatlah kita melaku bermacam2 perkara kan seperti berkemas, membasuh, menyediakan makanan untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang..Maklumlah memang itu lah rutin kalau menjadi suri rumah tangga sehari2 pasti tidak habis2 tugasan yang perlu dilakukan.
Tapi bagi yang bekerja pun sama juga hari bekerja tetap bekerje balik ke rumah tetap juga memikul tanggungjawab sebagai ibu dan pentadbir hal ehwal rumah tangga. Besarkan tanggungjawab yang harus digalas oleh seorang wanita tak kira yang berkerjaya atau juga yang menjadi Manager dirumah sepenuh masa, dan Ceo atau suami kepada wanita-wanita ini sering mengharapkan agar segala keperluan dan perkhidmatan yang dikelola oleh para isteri dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.
Sebenarnya saya teringat akan status yang ditulis oleh kawan saya Faiz Min di FB beliau akan tanggungjawabnya sebagai isteri sepenuh masa yang perlu menguruskan segala keperluan anak-anak dan rumahtangga. Jadinya saya amat kagum melihat akan kegigihan wanita di zaman ini yang perlu membuat pengorbanan demi anak-anak yang mereka kasihi dan memastikan agar kehidupan rumahtangga berada dalam harmoni serta ceria selalu syabas untuk Faiz dan ibu-ibu yang sangat saya kagumi kegigihan kalian dalam mengendalikan urusan rumah tangga..bagi orang-orang yang ada rumah tapi belum bertangga seperti saya dan kawan-kawan yang lain seperti kawan baik saya Rossana dan Nafida..kami juga ada tanggungjawab yang tersendiri yang perlu kami laksanakan untuk keluarga dan diri masing-masing. Pastinya usaha murni yang dilakukan setiap dari kita akan mendapat keredhaan dari Allah Subhanawataalla hendaknya..insya Allah.
Oleh kerana agak panjang cerita saya mengenai rumahtangga di atas tu kita lihat apa yang saya sajikan hari ini untuk makan tengahhari bersama anak2 buah saya di rumah. Hari ini saya masak ketam lada hitam, sayur campuran di masak sup jernih bersama ayam. Kebetulan akak saya Hjh Siti Rashidah tu datang bawak semangkuk asam pedas pari dan sayur kacang goreng bersuun alhamdulillah jadi lah untuk makan tengah hari kami sekeluarga. Saya dah sempat membakar pastri untuk kulit Fresh Fruits Tartlet untuk minum petang nanti..itu saya akan saya masukkan pada entry lain yer, buat masa ini jom kita semak resepi Black Pepper Crab yang sedap ini..
Black Pepper Crab
by: Zalekha Luvs Cooking
Bahan-bahan:
1 kg ketam bunga - lebih kurang 6-7 ekor ketam sedang di bersihkan dan di potong 2
3 labu bawang besar - diblender halus
5 ulas bawang putih - diblender halus
2 inci halia - di blender halus
2 sudu makan lada hitam biji - di tumbuk
1/2 cawan kicap lemak manis - saya guna kicap jalen
1/2 cawan jus asam jawa
3 sudu besar sos cili
1 1/2 cawan air
1 biji bawang besar - hiris (untuk tumis)
1 sudu makan gula pasir
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar yang dihiris hingga layu dan berbau harum. Masukkan bahan yang telah dikisar halus tumis kan sehingga pecah minyak, masukkan lada hitam yang ditumbuk, balik-balikkan.
2. Masukkan pula kicap, gula, sos cili diikuti air dan jus asam jawa, masakkan hingga kuah agak mendidih baru di masukkan ketam.
3. Balik-balikkan ketam sehingga ketam bertukar warna kemerahan, masak sebentar lagi. Jika suka ketam ini agak berkuah sedikit tambah kan dalam setengah cawan air lagi dan balikkan lagi sehingga mendidih kalau nak pekat cukup dimasak sehingga ketam berubah warna dan balik-balikkan sebentar terus ditutup api.
4. Hidangkan dengan nasi panas dan lauk2 sampingan laen seperti sup sayuran dan ikan goreng..emm sedap nak makan ketam kena perlahan2 sebab kulitnya yang keras perlu diketuk dahulu di bahagian sepitnya ada isi jugak.
Lauk ketam lada hitam nie saya yg masak |
Inilah sahaja makanan tengah hari kami..alhamdulillah. |
Lauk Asam Pedas Pari ini akak saya Hjh Aiti yg masak |
No comments:
Post a Comment