Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, December 22, 2011

Clear Vegie Soup with Tiny Crispy Fritters..

Assalamualaikum...

Selamat pagi Khamis untuk semua, didoakan semoga anda semua berada dalam kesihatan yang baik dan berbahagia di samping keluarga yang disayangi hendaknya.  Macamana dengan aktiviti semasa cuti sekolah ini,  tentu ada yang mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan makan angin ke Kuala Lumpur, Melaka, Cameron Highlands atau mungkin juga Langkawi agaknya..atau dimana2 sahaja tempat membeli belah, peranginan atau tempat-tempat bersejarah yang sangat menarik kerana negara kita ini begitu banyak lokasi menarik yang harus kita lawati..so selamat lah bercuti2 Malaysia yer kawan2.

Kalau dah pergi jalan2 tu tentu ada sahaja barangan yang akan kita beli sebagai buah tangan atau untuk kegunaan sendirikan. Asalkan tidak membazir membeli mengikut keperluan tidak mengapa, sesekali kita berjalan jadi tentulah teringin bila nampak barangan yang kelihatan cantik di mata kita atau mungkin juga tidak ada di tempat kita sendiri, sesekala menghargai diri sendiri jika kita inginkan sesuatu apasalahnyakan.  Walaubagaimana pun jika kita bijak merancang sebelum memulakan perjalan kita bolehlah membuat satu list apa-apa barangan yang ingin kita beli, jadinya tidak akan berlaku pembaziran dan dapatlah kita berjimat serta perlu beringat setelah balik dari percutian ada perkara-perkara lain yang menunggu seperti persiapan untuk anak-anak naik sekolah tak lama lagi.

Ok lah kita tinggalkan cerita percutian dan jalan2 cuti2 malaysia tu, apa kata kita semak resepi mudah yang boleh dimakan untuk sarapan pagi,  makanan yang ini juga adalah makanan untuk mengelakkan pembaziran iaitu jika terdapat lebihan cekodok bilis/udang atau jemput2 yang kita buat tidak habis tentu sayang kalau dibuang apa kata masukkan dalam peti sejuk dan esoknya boleh lah diubah sebagai gorengan kecil yang bukan sahaja garing tetapi sedap kalau dikunyah begitu sahaja atau gandingkan bersama sup jernih sayuran..Jom lah kita kita lihat bahan2 yang diperlukan..


Sup Jernih Sayuran dan Gorengan Jemput2 Kecil Garing..

Bahan-bahannya:
1/2 batang karet - didadu kecil
1/2 cawan Cauliflower - dipotong kecil
7-8 keping cendawan tiram - jika besar disiat sedikit
1/2 labu bawang besar - diracik halus
3 ulas bawang putih
2 sudu makan ikan bilis/udang - rendam sebentar dan tumbuk halus
1 kiub - pati ayam knorr
sedikit garam
Air secukupnya dalam 1.5 liter

Bahan lain - Jemput2 baki dipotong kecil/didadu, goreng dalam sedikit minyak hingga garing dan toskan.

Cara:
1. Rebuskan air dalam periuk bersama bawang dan perencah sama ada bilis atau udang kering hingga mendidih, masukkan karet. Bila karet agak empuk masukkan cauliflower dan cendawan
2. Perisakan dengan garam dan masukkan juga kiub pati ayam knorr, masak hingga sayuran ini agak empuk dengan api yang sederhana, biarkan mendidih sebentar baru padamkan api.
3. Hidangkan sup sayur jernih ini didalam mangkuk sup dan taburkan dengan gorengan garing jemput yang didadu  kecil semasa hendak dimakan dalam 3-4 sudu makan. Sedap dimakan segera kerana masih terasa kerangupan jemput2 tu..bila dibiarkan dalam sup agak lama jemput2 akan menjadi kembang sedikit tapi masih sedap untuk dimakan.




No comments:

Post a Comment