Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Wednesday, February 17, 2016

Karipap Keledek...

Assalamualaikum..lama sungguh tak bersiaran kan rasa macam nak tutup aje blog ini tapi sayang pula kerana ada juga resepi2 dan cerita2 di sini yang sesekali ingin di intai boleh di cari..kehidupan yang menghambat hari-hari yang kadangkalanya terasa begitu pantas membataskan saya mencuri ruang waktu untuk menulis resepi..Orang kata tu bila dah minat jadinya dalam pada tak memasak atau membuat kueh sesekali teringin juga buat sesuatu yang mengikut selera tekak kita sendiri..

Keripap Keledek yang ingin saya kongsikan resepinya ini saya buat pada buan Januari lepas tak ingat minggu yang bila tapi tertunailah hajat nak makan karipap keledek..lepas ini kalau rajin menjelma nak buat karipap sardin pula ya...hahahaha melampaukan bunyinya nak menuggu kerajinan menjelma..ok asik berceloteh aje jom la tengok resepi di bawah ini ok..

Karipap Keledek

Bahan-Bahan Inti

600 gram keledek - boleh guna yang jingga atau kuning
8 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
segemgam udang kering - dikisar
3 sudu penuh rempah kari - jadikan pes
2 biji bawang besar - di dadu
garam secukup rasa kalau suka boleh letak sedikit penambah perisa
minyak masak untuk menumis sedikit
air secukupnya.

Cara:

1. Keledek di kupas kulit, di tualkan sahaja. (potong kasar) kalau rajin boleh juga dadu kecil
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang di dadu dan bahan2 yang dikisar,      masukkan pes kari dan tumis hingga naik minyak .
3. Masukkan keledek dan air separas dengan keledek. kacau sesekali dengan api yang sederhana. jangan bimbang kalau keledek yang kita tual tu agak besar bila dah masak ia menjadi lembut. Perisakan dengan sedikit garam dan gula tapi jangan terlebih masin atau manis sebab keledek dah berasa manis cukup sesudu aje ya. kalau nak letak gula.
4. Bila keledek dah lembut dan sebati boleh masukkan daun saderi yang dihiris (optional). Sejukkan inti keledek terlebih dahulu sebelum di gunakan.

Bahan-Bahan Kulit Karipap

1 kg Tepung Gandum - diayak
1 cawan minyak masak di panaskan
4 sudu besar - majerin
air masak lebih kurang secawan
garam sedikit di bancuh dalam air masak. (kali ini saya buat tak gunakan ais) tapi masih ranggup dan sedap kulit karipap ini,

Cara:

Dalam besen atau mangkuk pengadun masukkan tepung gandum dan majerin, gaulkan seperti kita buat breadcrumb. Panaskan minyak dan bila dah mendidih minyak masak tadi buat lubang di tengah tepung gandum masukkan minyak panas dan kacau gunakan sudu..kalau guna tangan masa minyak masih panas melecur tangan nanti. Bila dah agak suam boleh la mula masukkan air masak yang dicampurkan garam sedikit tadi, sedikit demi sedikit ya di uli hingga jadi adunan doh yang tidak melekat di besen. Lepas dah di uli jadi doh yang besar. rehatkan adunan dalam 45 minit atau sejam x kisah. Buatkan bebola kecil dari adunan doh tadi terpulang nak besar mana karipap kita tapi yang comel2 pun cantik. Ambil sebiji doh dan torak hingga agak nipis. Untuk membentuk karipap ambil sekeping doh yang dah ditorak nipis tadi isikan inti keledek secukupnya. Kapitkan bentuk bulan dan kelim. kalau nak guna mesin karipap tu pun boleh saya buat manual aje dan saya lebih suka kelim tepi karipap sendiri..walaupun x berapa cantik dan halus. Bila dah siap semua  susun dalam dulang.
Panaskan minyak dan gorengkan karipap dengan api yang sederhana sehingga berwarna keperangan. Jika buat lebih macam saya buat ni. Boleh di goreng embal..atau goreng sekejap sahaja baru dan toskan biar sejuk dahulu baru di masukkan ke dalam bekas tupperware dan boleh difrozenkan. Bila nak makan boleh goreng banyak mana yang kita perlu... ok jom tengok gambar n tutorial kelim karipap..oleh macik bambam ni..