Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, March 17, 2016

Tempe Masak Santan

Assalamualaikum..minggu cuti sekolah ini saya dapat lah menjengah ke blog..tapi baru 2 atau 3 kali jerrr kan ngada2 saya ni ekk..tak kisahlah kan selagi ada masa kata orang boleh la nak menaip sebentar di blog kalau dah banyak keje nanti goodbye aje..hahaha beralasan memanjang saya ni. untuk minggu terakhir cuti sekolah yang singkat ini saya nak kongsikan satu lagi masakan yang mudah dan ringkas tapi berkhasiat juga sebab bahan asasnya adalah tempe..yang sangat kaya dengan protin,..tapi khasiat yang terkandung dalam santannya pula sila fikir2 sendiri ya..kalau ada nak di tukarkan pada susu rendah lemak ker..opps dah mengubah kejadian pulak sebabnya saya pun tak pernah cuba tapi kalau dalam masakan seperti kari boleh aje..cubalah nanti mana tau sedapkan..tapi pokok pangkal nyer kita sendiri kena beringat yer kawan2 bila makan..nampaknya saya sedang menasihati diri saya sendiri dengan panjang lebarnya disini.. Ok lah x mau membebel dengan lebih panjang lagi takut saya dikecam nanti teruslah ke resepi mudah yang ingin saya kongsikan ini..


Tempe Masak Bersantan

Bahan-Bahan:

2 peket tempe - tempe dalam peket plastik yg 1 RM1.20 tu potong kecil-kecil
segemgamikan bilis - dibelah dan buang tulang dan kepala - direnyah @ tumbuk kasar
1 biji bawang besar - dihiris nipis
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 batang cili hijau - dihiris serong
10 batang cili padi hijau
1 peket santan kotak 200ml
sedikit air
garam secukup rasa
sedikit minyak masak untuk menumis dan goreng embal tempe

Cara:

1. Tempe yang telah dipotong kecil tadi - digoreng embal dan toskan
2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali tumiskan bawang besar hiris bersama bawang putih hingga layu dan berbau harum. Masukkan pula Ikan bilis yang direnyah. balik2kan masukkan cili hijau dan cili padi. Masukkan santan dan sedikit air tak perlu banyak air sebab tak perlu berkuah sangat.
3. Masukkan tempe dan balik2kan. Perisakan dengan garam dan kalau suka boleh letak sedikit serbuk ikan bilis maggie atau ajinomoto (optional). Bila dah mesra boleh lah padamkan api dan hidangkan lauk tempe bersantan ini dengan nasi putih.



Wednesday, March 16, 2016

Pajeri Nanas Berempah Tanpa Santan..


Assalamualaikum semua.. hari ini saya nak kongsikan resepi pajeri nanas berempah.. pajeri nanas ini sebenarnya ada macam2 versi ada yang ditumis polos dan dinaikkan serinya dengan warna kuning keemasan  yang mengunakan serbuk kunyit seperti yang biasa di hidangkan bersama nasi minyak semasa majlis perkahwinan..wahhh citer pasal majlis kahwin pulak yerr.. sebenarnya pajeri atau saya selalu sebut paceri merupakan masakan yang di tumis mengunakan sayuran yang bersesuaian serta perlu ada keseimbangan rasa masam dan manisnya.  Selain nanas pajeri yang berempah ini juga boleh di masak menggunakan terung...masakan yang seakan acar buah2an ini membangkitkan rasa yang tidak memualkan sebab keseimbangan rasanya yang ada masam2 manis..ok hanya sedikit penerangan yang kontot @ pendek mengenai pajeri.. terus ke resepi yang mudah seperti di bawah ok..yang penting sedap di makan dengan nasi putih  atau nasi briyani..

Pajeri Nanas Berempah tanpa santan

Bahan-Bahan:

1 biji sedang nanas - kupas kulit dan buangkan matanya dan hiris kecil buang empulurnya
2 labu bawang besar - dikisar halus
4 ulas bawang putih - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
segemgam udang kering - rendam sebentar dan ditumbuk
3 sudu makan - rempah kari (campurkan dengan sedikit air jadikan pes)
10-15 batang cili padi hijau
3 keping asam keping/gelugor - direndam sebentar
3-4 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
air secukupnya lebih kurang 1 cawan
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskansedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih serta halia yang dikisar hingga naik bau masukkan pula rempah kari yang di jadikan pes tadi tumiskan sehingga naik minyak masukkan pula udang kering dan air tak perlu banyak sangat sebab nanas juga keluarkan air.

2. Bila bahan-bahan yang ditumis mendidih boleh masukkan nanas yang telah di potong kecil tadi, masukkan pula asam keping yang direndam serta perasakan dengan gula dan garam. Masakkan sehingga nanas mesra dengan rempah agak berkuah sedikit pajeri ini. dan akhir sekali campakkan cili padi hijau. sebagai penyedap untuk sesiapa yang suka pedas...Rasakan kesesuaian rasa masam manis pajeri ini  dan boleh dihidang bersama nasi putih atau nasi briyani.

yang ni dalam kuali sedang berenang2 nanas tu..



Sunday, March 13, 2016

Popia Sayuran mudah dan ringkas..

Bertemu sekali lagi pada hari Ahad nie..wahhh bila dah dapat menulis di blog saya pun apa lagi pulun jer masukkan resepi..tapi semua yang tertunggak aje sebab almaklumlah rajin sesangat hakak nie nak mengupdate blog..ni kerana tengah buat keje kat opis mata terasa ngantuk giler...oppss jangan jd gilerss sudah ya..jom kita tengok resepi kudapan yang gurih dan enak sedap di makan panas2 bersama secawan teh atau kopi..lagi pun resepinya sangat mudah.  bagi peminat popia sayuran jom kita tengok resepi di bawah..

Popia Sayuran

Secukupnya Kulit Popia - saya guna kulit popia size sederha dan
lapik 2 helai sebab kulit popia agak nipis dan mudah koyak.

Bahan2 Untuk Inti:

1 biji sengkuang yang kecil aje - parut atau hiris batang mancis halus
1/4 biji kobis kecil - hiris halus
1 mangkuk kecil - mix vege frozen
1/2 labu bawang besar didadu halus
2 ulas bawang putih - dicincang
secukupnya udang kering - untuk rencah direndam sebentar dan tumbuk
sedikit serbuk lada putih
garam secukup rasa
1 camca teh serbuk ayam pasti sedap
1/4 cawan air
sedikit minyak masak untuk menumis

Cara:

Panaskan Minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih cincang bersama bawang besar yang didadu halus hingga layu dan berbau harum masukkan juga udang kering tumbuk. Masukkan sengkuang, kobis yang di hiris halus. Balik2kan dan masukkan air sedikit, masuk kan mix vegie dan balik2kan sebentar.. perasakan dengan garam dan sedikit serbuk lada sulah. Masak sekejap sahaja tak perlu lama2 padamkan api dan sejukkan inti dahulu sebelum dibuat popia.

Cara untuk gulung popia:
Ambil 2 helai kulit popia di letakkan selisih sedikit sahaja. Masukkan inti dalam 2 sudu makan  dan gulungkan kemas. Lekatkan hujungnya dengan bancuhan tepung dengan sedikit air dan buatlah sehingga habis. Panaskan minyak dalam kuali untuk mengoreng terendam. Gorengkan sehingga keperangan dan garing. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos cili atau apa2 sos kegemaran anda cubalah sedap.








Laksa Penang Ikan Kembung + Ikan Sardin


Assalamualaikum...salam Ahad buat semua..ada tak yang suka makan laksa penang sila angkat tangan..muahahaha macam la saya nampak kan..saya sebenarnya selain pengemar tegar laksa Johor juga suka pada laksa penang almaklum tekak antarabangsa saya nie boleh ke serata Malaysia la katakan..laksam pun suka juga..kalau laksa sarawak pun saya minat..laksa puteh terengganu pun boleh masuk..semua2 jenis laksa la saya suka..terpanjang pulak intro pasal laksa yerrr..ok la saya nak kongsikan disini laksa penang yang sedap dengan kawan2 semua.. agak berlainan..sedikit sebab laksa kali ini kita campurkan dua jenis ikan iaitu ikan kembung dan ikan sardin dalam tin..rasanya memang marbeless sedap tau..kawan2 x caya boleh lah try okeh..Jom kita lihat bahan2 yang diperlukan seperti di bawah ini..

Laksa Penang 

Bahan2 untuk Kuah Laksa:

1 kg ikan kembung - direbus, asingkan tulang dan diblender halus
1 tin besar sardin cap Ayam - atau apa brand pun boleh - buangkan airnya dan dilecek sahaja (biar nampak ketul2
5 batang cili merah - diblend halus 
3 labu bawang besar - diblend halus 

sedikit belacan bakar - diblend halus 
segemgam asam jawa - campurkan dengan air perah dan tapiskan
8-10 keping asam gelugor (keping) - direndam sebentar
2 batang bunga kantan - belah dua 
secekak daum kesum - dipetik daunnya
Air dalam 2 1/2 liter
Secukup garam
2 sudu makan gula pasir.
2 sudu makan otak udang atau petis (saya xguna)

Bahan sampingan:
Kuah laksa ni agak pekat jugak nampakkan ikan dia yang x brapa hancur tu sardin sedap tau..hihihi
Sepeket mee laksa basah - dicelur sekejap dan toskan (jila guna laksa beras yang kering rebus hingga lembut dan toskan airnya)
Sebatang timun - dihiris batang mancis
2 potong nenas - dihiris nipis kecil (org utara x guna nenas pun) 
3 batang cili merah - di hiris serong (kalau suka pedas boleh guna cili padi hiris)
2 labu bawang besar - di belah 4 dan hiris nipis
secukupnya daun salad - dihiris
Beberapa hirisan limau nipis 
Telur Rebus di belah 2 - beberapa biji (saya x buat)

Cara masak Kuah Laksa:
1.  Masukkan air + air asam jawa serta bahan2 yang telah diblender halus seperti cili, bawang besar, belacan,  ikan kembung yang telah  blender dan ikan sardin yang dilecek ke dalam periuk, biarkan mendidih dan masukkan asam gelugor yang direndam tadi, biarkan mengelegak sekietika. Masukkan daun kesum dan bunga kantan biar mendidih.
2.  Masukkan garam, gula dan rasa kan keseimbangan rasanya, kuah laksa biar lah masam sedikit lebih sedap. Biarkan mendidih lagi, dan kecilkan api, renehkan hingga ia masak sebati dan agak sedikit pekat padamkan api.  

Cara menghidang Laksa Peneng:
1. Masukkan sedikit mee laksa yang telah dicelur ke dalam mangkuk, curahkan kuah laksa di atasnya.
2. Hiaskan laksa dengan hirisan timun, nenas, daun salad, cili, telur rebus, bawang hiris dan limau nipis sedia untuk dihidang dan dimakan.
nie laksa dalam peket tu..kita celur dalam air panas sebentar dan toskan



Tuesday, March 8, 2016

Biskut Oat Mika.. feeling hari raya uolls..


Salam...satu entry ringkas yang nak saya kongsikan dengan kawan2 semua iaitu Biskut yang femes sedikit masa dulu semasa drama Tuan Anas Mikail di siarkan di Astro..saya memang teragak hendak buat biskut ini kerana bahan utamanya Quarker Oat memang ada di rumah..tapi punya la tunggu mood rajin tu datang..tak datang2 rupanya dan setelah semua orang dah buat sama ada yang menonton citer tuan anas tu atau yang mengikut viral biskut ini..dah lamakan pada tahun lepas,, maka hajat saya nak buat biskut berkenaan baru terlaksana pada sabtu lepas..alhamdulillah menjadi pun dan rasa dia memang ohsem..sebab tu tuan anas suka biskut ni...tak berapa manis garing dan ada rasa gritty oat dan macam ada rasa badam pulak padahal x der guna badam pun..sebab lemak oat yang di adun dengan butter campur sikit garam dan choc chip di dalam nya memang kena pada citarasa dan tekak saya..boleh lah buat untuk hari raya nanti, Pada tuan punya resepi saya ambil di facebook Puan KathyKay..terima kasih ya puan berkongsi resepi mudah ini dan saya kongsikan pula di sini ok..


BISKUT OAT MIKA

Bahan-Bahan:

1 cawan butter lembut
1 cawan gula perang
1 biji telur
3 cawan oat (Dikisar
1 cawan kismis/choc chip
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sdt soda bicarbonate
1/2 sdt emplex (Perangup biskut. Dalam bentuk serbuk. Ada dijual di bakeri)
1 sdt esen vanilla
Garam
Cara-caranya:
1. Mix butter dan gula hingga berkrim dan pucat sedikit. Tak perlu kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Mix setakat sebati.
3. Masukkan bahan-bahan kering dan ramas2kan sebati. Jangan uli kerana biskut akan jadi liat dan keras.
4. Bulat2kan dan leperkan sedikit. KK sukat guna sudu sukat 1sdb. Atas masing2 saiznya ye.
5. Bakar pada suhu 170c lebih kurang 20min atau hingga perang. Atas oven masing2. Guna fungsi kipas jika ada untuk masak yang lebih sekata dan rangup.
Sejukkan atas redai besi. Ini penting untuk biskut yang rangup. Supaya wap air tidak menyerap dalam biskut. Setelah sejuk simpan dalam bekas kedap.
siapkan bahan2 yang nak digunakan saya campurkan gandum, oat dan choc chip serta emplek  n bica soda

putar atau pukul butter dengan gula perang dan masuk telur
ni rupa adunan yang dicampur pada butter tadi oat, gandum dan choc chip
dah gentel bulat leperkan guna garfu atau penyek sikit jer gan jari..kena jarakkan sbb biskut ini mengembang
siap untuk di bakar.








Stuffed Capsicum @ Capsicum Berinti Daging Cincang Panggang

Assalamualaikum salam selasa buat semua pengunjung ZLC mohon berbanyak maaf kerana saya memang tak sempat bebenor nak ke blog..sebenarnya ada beberapa resepi mudah yang nak saya kongsikan di sini tapi terpaksa saya simpan dahulu.. Bila ada kesempatan memang nak menulis di blog ni..tapi banyak sangat keje2 urgent di pejabat saban minggu dengan saya yang asik bercuti ada majlis lah,,x sihat lah..,muahahaha macam2 alasan saya ek..walaubagaimana pun saya pasti akan cuba menulis ya bila ada kesempatan..In shaa Allah..

Hari ini saya nak share resepi mudah yang saya masak dah beberapa bulan dulu bulan Januari kot..sampai lupa kan...ok lah saya tak mo bercerita panjang kita terus ajelah dengan resepi yang memang sedap di tekak saya ini ok..
Stuffed Capsicum ni agak fresh sbb tak berapa kecut..tapi sedappp garing


Capsicum Berinti Daging Cincang

Bahan-Bahan:

Capsicum - 6 biji yang besar sederhana buangkan tangkai dan biji lada
untuk inti
250 gram - daging cincang (saya  guna jenama Ramly)
1 cawan mix vegetable
1 labu bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - di cincang
1 inci halia di- dicincang
1 camca teh -serbuk pati ayam maggie
1/2 camca teh serbuk lada sulah
sedikit garam
sedikit minyak masak atau minyak zaitun untuk menumis dan memanggang

Cara:

1. Mula-mula panaskan sedikit minyak dalam kualai, tumiskan bawang besar cincang dan bawang putih cincang bersama halia sehingga layu dan berbau harum. Bila dah berbau harum bawang masukkan daging cincang balik2kan dan perisakan dengan sedikit garam, serbuk pati ayam juga serbuk lada sulah masak sehingga daging masak elok tak perlu letak air kalau nak letak sedikit sahaja sebab daging cincang mengeluarkan air. Masukkan pula mix vegetable ke dalam daging dan balik2kan sebentar sahaja tak perlu lama dan bila dah masak sejuk kan dahulu sebelum digunakan.
2. Untuk sediakan Capsicum berinti daging. Ambil Capsicum dan sumbatkan inti yang telah disejukkan tadi hingga penuh dan padat, buat sehingga habis. Panaskan sedikit minyak zaitun atau Evoo dalam non stick pan masuk sedikit air anggaran 1/2 cawan berserta satu camca teh serbuk pati ayam maggie dan sedikit lada sulah  dan sedikit sahaja garam..bila air dah mendidih susunkan capsicum yang kita sumbat inti tadi dan balik2kan ca air akan mengering dan meresap pada capsicum saya buat agak segar sebenarnya, boleh juga masak capsicum ini sehingga agak kecut. Cubalah ya sedap makan dengan nasi atau maka begitu sahaja. sebab lada capsicum ni tak pedas pun.
Jum kita menyumbat lada dengan inti daging

Buangkan tangkai dan biji2 lada ya bersihkan dan lap kering

setelah disumbat inti semuanya boleh la di panggang

Inti daging cincang dengan mix vege

tengok yang satu tu ada yang terkecut di panggang yang lain berkilat kannn,







Wednesday, February 17, 2016

Karipap Keledek...

Assalamualaikum..lama sungguh tak bersiaran kan rasa macam nak tutup aje blog ini tapi sayang pula kerana ada juga resepi2 dan cerita2 di sini yang sesekali ingin di intai boleh di cari..kehidupan yang menghambat hari-hari yang kadangkalanya terasa begitu pantas membataskan saya mencuri ruang waktu untuk menulis resepi..Orang kata tu bila dah minat jadinya dalam pada tak memasak atau membuat kueh sesekali teringin juga buat sesuatu yang mengikut selera tekak kita sendiri..

Keripap Keledek yang ingin saya kongsikan resepinya ini saya buat pada buan Januari lepas tak ingat minggu yang bila tapi tertunailah hajat nak makan karipap keledek..lepas ini kalau rajin menjelma nak buat karipap sardin pula ya...hahahaha melampaukan bunyinya nak menuggu kerajinan menjelma..ok asik berceloteh aje jom la tengok resepi di bawah ini ok..

Karipap Keledek

Bahan-Bahan Inti

600 gram keledek - boleh guna yang jingga atau kuning
8 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
segemgam udang kering - dikisar
3 sudu penuh rempah kari - jadikan pes
2 biji bawang besar - di dadu
garam secukup rasa kalau suka boleh letak sedikit penambah perisa
minyak masak untuk menumis sedikit
air secukupnya.

Cara:

1. Keledek di kupas kulit, di tualkan sahaja. (potong kasar) kalau rajin boleh juga dadu kecil
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang di dadu dan bahan2 yang dikisar,      masukkan pes kari dan tumis hingga naik minyak .
3. Masukkan keledek dan air separas dengan keledek. kacau sesekali dengan api yang sederhana. jangan bimbang kalau keledek yang kita tual tu agak besar bila dah masak ia menjadi lembut. Perisakan dengan sedikit garam dan gula tapi jangan terlebih masin atau manis sebab keledek dah berasa manis cukup sesudu aje ya. kalau nak letak gula.
4. Bila keledek dah lembut dan sebati boleh masukkan daun saderi yang dihiris (optional). Sejukkan inti keledek terlebih dahulu sebelum di gunakan.

Bahan-Bahan Kulit Karipap

1 kg Tepung Gandum - diayak
1 cawan minyak masak di panaskan
4 sudu besar - majerin
air masak lebih kurang secawan
garam sedikit di bancuh dalam air masak. (kali ini saya buat tak gunakan ais) tapi masih ranggup dan sedap kulit karipap ini,

Cara:

Dalam besen atau mangkuk pengadun masukkan tepung gandum dan majerin, gaulkan seperti kita buat breadcrumb. Panaskan minyak dan bila dah mendidih minyak masak tadi buat lubang di tengah tepung gandum masukkan minyak panas dan kacau gunakan sudu..kalau guna tangan masa minyak masih panas melecur tangan nanti. Bila dah agak suam boleh la mula masukkan air masak yang dicampurkan garam sedikit tadi, sedikit demi sedikit ya di uli hingga jadi adunan doh yang tidak melekat di besen. Lepas dah di uli jadi doh yang besar. rehatkan adunan dalam 45 minit atau sejam x kisah. Buatkan bebola kecil dari adunan doh tadi terpulang nak besar mana karipap kita tapi yang comel2 pun cantik. Ambil sebiji doh dan torak hingga agak nipis. Untuk membentuk karipap ambil sekeping doh yang dah ditorak nipis tadi isikan inti keledek secukupnya. Kapitkan bentuk bulan dan kelim. kalau nak guna mesin karipap tu pun boleh saya buat manual aje dan saya lebih suka kelim tepi karipap sendiri..walaupun x berapa cantik dan halus. Bila dah siap semua  susun dalam dulang.
Panaskan minyak dan gorengkan karipap dengan api yang sederhana sehingga berwarna keperangan. Jika buat lebih macam saya buat ni. Boleh di goreng embal..atau goreng sekejap sahaja baru dan toskan biar sejuk dahulu baru di masukkan ke dalam bekas tupperware dan boleh difrozenkan. Bila nak makan boleh goreng banyak mana yang kita perlu... ok jom tengok gambar n tutorial kelim karipap..oleh macik bambam ni..