Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, March 19, 2015

Kek Marble "Blender Terlajak Gebu" oppss...

Salam bersiaran sekali lagi di pagi khamis ini dan yang ini saya nak share bersama kawan2 semua resepi kek Marble yang saya buat malam tadi.  Sebenarnya memang dah lama teringin nak makan n buat kek sendiri pada awalnya saya nak buat kek versi kukus macam yang saya tengok ramai kawan2 di group resepi ringkas fb buat  tapi nak memudahkan kerja kalau bakar dalam oven lagi senankan.  Oleh kerana membuat kek ni pun di waktu malam semuanya nak cepat aje saya pun teruslah siap2kan bahan dan gunakan blender aje.. weiiii menjadi pulak dan sangat gebusss tu yang kat tajuk di atas tu terlajak gebu..hahaha jangan marah ekk saje jer nak fancykan nama kek nie.. tapi alhamdulillah memang menjadi dan sedap rasanya sebab halus dan gebu..jom kita tengok resepi mudah di bawah.

Kek Marble - Blender Terlajak Gebu

Bahan-Bahan.

2 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder
1 cawan butter / majerin - dikeluarkan pada suhu bilik dan biarkan lembut (saya guna majerin aje)
1 cawan brown sugar
4 sudu makan susu pekat
3 biji telur
1 camca teh esen vanila
Beberapa titis pewarna makanan yang disukai

Cara:

1. Ayak tepung dan baking powder
2. Telur ayam, brown sugar, susu pekat, esen vanila dan butter/majerin dimasukkan ke dalam blender dan di blend hingga kembang dan halus.
3. Keluarkan adunan yang diblend ke dalam mangkuk dan masukkan tepung yang diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan di kaup balik serta kacau sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna makanan pilihan anda - saya guna esen merah +sedikit perisa strawberry, esen hijau dan ungu. Kacau sebati adunan yang telah diletak pewarna tadi.
5. Masukkan ke dalam loyang yang digriskan dengan sedikit majerin dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit - sebab saya guna acuan kecil kalau bakar acuan kek sebuku ukuran 7 x 7 bakar selama 45 minit mengikut oven masing2. Biarkan sejuk baru dikeluarkan dari acuan.

masukkan esen pewarna dan kacau rata
masukkan dalam acuan saya x pandai nak layer letak jer 


nie lah yang dh di bakar ni yg satu tu x sabar nak di makan..hihi






No comments:

Post a Comment