Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, July 26, 2012

Pengat Labu...

Assalamualaikum...

Tengah buat apa tu ada yang sedang berfikir apa yang nak di masak untuk berbuka yer...bagi yang bekerja dan tak sempat nak memasak tentu dah merancang2 untuk membeli juadah berbuka di bazar ramadhan tapi bila berbelanja tu perlu berhemah dan berpada2 juga sebab kalau membeli berlebihan nanti ada pulak yang tak habis di makan..sayang pulak makanan yang membazir dan akhirnya terpaksa dibuangkan... saya pun jarang ke bazar ramadhan cuma pada puasa ke 4 tu bila diajak oleh adik sedara saya cikgu su ke bazar saya pun membeli juga dan agak terlebih juga semasa membeli tu siap beli murtabak yang katanya special berharga rm10 tapi agak tak berapa nak best sebab kalau yang dibeli selalunya lembut sedap dan banyak dagingnya tapi yang ini agak keras sedikit n tak berapa nak banyak dagingnya..jadinya makan sedikit sahaja nasib baiklah anak2 buah saya dirumah ramai habis la juga..tu siap beli kuah akok lagi, nampak popiah basah pun beli juga, ayam goreng pun beli dan nampak air dragon fruits beli juga 2 bungkus adoyaiiii memang tak boleh ke bazar ramadhan saya ini semua nampak saya nak dan akhirnya saya makan pengat labu sedap yang dimasak dirumah dan cuma sedikit murtabak..jadinya peringatan untuk saya janganlah mengikut nafsu bila berbelanja..

Ok lah kita tinggalkan dulu cerita berbelanja di bazar ramadhan tu,  saya nak kongsi resepi  pengat labu yang sangat sedap ini sebab labunya lembut ajer memang sesuai untuk dibuat pengat..Jom kita lihat bahan2 yang diperlukan..

Pengat Labu...

Bahan-Bahan
1 biji labu sederhana - lebih kurang besar tapak tangan di buang kulit dan potong dadu sedang
500 ml santan pekat
1 ketul - gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan sagu biji (jenis yang halus putih)n -bilas dan toskan
air dalam 1 liter
3 helai daun pandan

Cara
1. Labu yang di potong dadu di celur @ rebus dalam air panas mendidih bila dah agak separuh empuk toskan.
2. Masukkan air 1 liter di dalam periuk bersama gula melaka dan gula pasir masak hingga kedua2 gula hancur dan mendidih masukkan pula daun pandan dan biji sagu serta santan.
3. Masukkan juga labu yang telah di rebus separuh empuk tadi. Kacau2kan selalu jangan sampai pecah santan. Masak sehingga labu empuk dan pengat ini akan memekat sedikit  Padamkan api dan boleh dihidangkan sejuk atau panas.  Sedappp cuba lah..



No comments:

Post a Comment