Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Tuesday, July 24, 2012

Urap Daun Selom...

Assalamualaikum..

Salam  selasa di Ramadhan yang ke 4 ini..sekejap sahaja dah 4 hari kita berpuasa kan..apa kabar kawan2 dan penngunjung ZLC yang saya sayangi..semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan dalam menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh barakah ini...hari ini mood x brapa nak ok..mungkin sebab pagi2 dh ada yang x brapa kena di opis.. dugaan di bulan puasa..xper lah kesilapan teknikal ajer bukannya ada apa2 pun..ok la saya x mau berpuasa dalam mood yang tak berapa nak ok nanti berkurangan pulak pahalanyakan..

Saya dah lama x mengupdate di blog cuma boleh ceritakan sedikit tentang iftar saya dan anak2 buah di rumah selalunya yang masak hari2 pun memang adik saya Bedah saya cuma tolong sikit2 jer kupas2 bawang atau siang2 sayur yang lain2nya saya tolong makan ajer..hehehe hari pertama berbuka dengan Nasi Dagang n gulainya, ayam goreng berempah serta acar sumatera.  Kebetulan akak saya Aiti pun berbuka bersama kami..so dia ada bawak Bread Puding with date n raisin yang di makan dengan butterscotch sos lain kali saya nak try buat juga n boleh kongsikan resepinya ok..sorry la x sempat nak amik gambar. selain dari bread puding akak saya bawak juga sotong kangkung pun sedap juga..hari pertama puasa so excited masa berbuka macam anak2 buah saya jugak.. di hari kedua pulak ada Nasi Ayam dengan ayam masak sambal n saya buat sup sayur jer..dan saya pun sempatlah jugak buat karipap@ epok2 yang berinti sardin dan telur tapi pun kali ini macam menyeman pulak kulitnya x brapa cantik tp tetap sedap dan rapuh sebab tu la saya x ambil pun gambar walaupun adik saya bedah kata ambil la gambar boleh masuk dalam blog...huhu lain kali aje la.  dan pada hari ketiga pula semalam kami berbuka dengan bakso mee hoon...tu la sahaja serba sedikit cerita iftar d rumah kami..hari ini tak tau pulak berbuka apa...apa2 pun yang lebih penting dalam bulan puasa ini kita haruslah berserdahana dalam semua hal..lebih2 lagi makan apa2 yang ada ajer jangan membazir.

Ok la cukup rasanya cerita tentang berbuka puasa 3 hari, so saya nak kongsi resepi yang mudah yang saya buat malam tadi untuk bersahur iaitu Urap Daun Selom..tapi berlainan sedikit sebab saya goreng rebah bangun??? sebab selalunya orang buat urap sayuran dan bahan perencahnya mentah sahajakan tapi saya goreng dahulu.. opss ada yang x brapa faham apa tu goreng rebah bangun yer..perkataan ini pun saya sendiri tak tau mana asalnya mungkin sebab di goreng terlalu sekejap sahaja iaitu di balik2kan dalam kuali jangan sampai lecur itu yang dinamakan rebah dan bangun - rebah tu macam pengsan - n bangun - segar semula...huhuhu xtau la tu betul ke x??? memandai2 ajer saya nie kan..sebab pernah dengar orang dulu2 cakap macam tu..Jom kita tengok resepi mudah di bawah..

lain kali nak buat versi urap yang mentah xnak goreng..

Urap Daun Selom

Bahan-Bahan

1 cekak - daun selom. dibersihkan buang ekor potong anggaran 1/2 cm
1 cawan kelapa parut - putih
4 ulas bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 batang cili merah - ditumbuk halus (kalau nak pedas sedikit boleh juga campur cilipadi)
1 cm kunyit hidup kalau x ada boleh juga letak serbuk kunyit]
2 sudu makan udang kering - rendam sebentar dan ditumbuk halus
garam dan gula secukup rasa
2-3 biji limau kasturi - ambil jusnya
sedikit minyak untuk menumis.

Cara:
1. Mula2 sediakan bahan2 untuk perencah urap, panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bahan2 yang ditumbuk halus dan gorenglah anggar2 pecah minyak dan agak mengaring, masukkan juga garam dan sedikit gula untuk seiimbangkan rasa.
2. Bila bahan2 yang ditumis agak sebati masukkan pula kelapa parut putih balik2kan dan gorengkan sehingga ia separuh kering xperlu sampai kering, masukkan pula daun selom yang telah dihiris tadi. balik2kan sekejap sahaja (rebah bangun - jangan sampai lecur daunnya) dan terus padamkan api.
3. Perahkan jus limau kasturi bagi yang tak suka rasa agak kemasaman letak sedikit sahaja. tapi kalau urap rasa yang agak masam2 manis dan masin memang sedap. Hidangkan bersama nasi putih. sedappp cubalah..

makan sahur x boleh yang pedas2..


No comments:

Post a Comment