Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Showing posts with label Minuman.... Show all posts
Showing posts with label Minuman.... Show all posts

Monday, August 24, 2015

Avocado @ Alpukat yang sedap di buat jus..

Assalamualaikum semua setelah sekian lama tak bersiaran di alam maya ini saya teringin pulak menjengah dan memang ternyata lah rumah maya saya ini berhabuk2 kerana sudah lama tidak dikunjungi..ok lah kerana banyak juga kekangan antaranya sekarang asik keluar isu tak boleh upload gambar2 berunsur makanan nanti berdosa sebab di khuatiri mengiurkan orang lain yang tak dapat menjamah atau menikmatinya..macam2 pendapat yang di beri setelah perkara ini yang menjadi viral.. Oleh kerana saya juga salah seorang dari yang suka mengambil gambar2 makanan sama ada di post pada fb atau instagram saya maka terkedu jugak lah.. Oleh kerana saya juga sering berkongsi dengan kawan resepi dan pastinya ada gambar di blog saya yang macam biskut chipsmore sekejap ada dan sekejap tak ada makanya saya teruskanlah juga..sebabnya ianya lebih kepada rujukan resepikan..dan tidak bermaksud untuk mengecurkan air liur sapa2..kalau teringin nak rasa air tangan saya inshaAllah mana tau satu hari nanti berpeluang..hehehe..oklah kita stop pasal citer larangan mengupload gambar makanan hari ini saya nak share kan resepi mudah lagi ringkaskan iaitu Jus Avocado yang sangat sedap lemak berkrim..saya kalau ke Indonesia pasti nak order Jus Alpukat terbaikkk tau rasanya..dan berkhasiat pula..

Jus Avocado

Bahan-Bahan:

2 biji buah Avocado - dibelah 2, scope keluar isinya
Air masak secukupnya
Susu Pekat Manis - ikut kemanisan yang kita nak
Ice Cube
Chocolate drizzle untuk menyedapkan lagi jus avocado kita

Cara:

1. Isi buah avocado yang di ceduk dari kulitnya masukkan ke dalam blender bersama
sedikit air dan susu pekat secukupnya. Blender hingga halus
2. Rasa jika perlu tambah air dan susu pekat - (jika guna susu cair campurkan dengan gula pasir sebab buah avocado nie tak manis)
3. Masukkan jus yang diblender ke dalam glass bersama ice cube dan drizzle kan dengan Hersshey chocolate..senang dan sedap..




Friday, April 20, 2012

Jus Manga BerYougurt Blended..

Assalamualaikum...

Salam Jumaat untuk semua kawan2, semoga anda semua sihat dan gembira disamping keluarga tersayang..hari Jumaat seperti biasa hari yang dinanti2kan oleh mereka2 yang bekerja 5 hari seminggu maklumlah nak bercuti hujung minggu hari sabtu dan ahad untuk berehat2 atau malakukan aktiviti yang telah dirancang bersama keluarga.. saya nampaknya belum ada perancangan hari esok anak buah saya Hawa Hanida akan balik semula ke asrama Madrasah Alhafizah Syaidatina Khatijah di Muar setelah 2 minggu bercuti..dan akan bercuti semula pada minggu terakhir puasa nanti dan 3 minggu pada hari raya..lama betul baru dapat cuti semula...tak apalah  wahai Hawa Hanida berlajarlah bersungguh2 dan jadilah seorang anak Soleha yang akan sentiasa berbakti pada agama dan bangsa. 

Kita tinggalkan dulu cerita Hawa hari ini saya nak kongsikan Jus Mangga yang dibuat oleh Hawa Hanida untuk minum petang semalam..dan ada juga satu resepi kek yang Hawa dan Aishah buat hari Sabtu lepas sebelum hari jadi Iqin iaitu kek Mentega Keju Coklat kurang Telur tapi saya x sempat lgi nak masukkan entry di blog..InsyaAllah bila ada kesempatan nanti akan saya kongsikan resepi dari air tangan anak2 buah saya yang boleh tahan sedap ok..diminum masa cuaca yang nyaman sedap jer masuk ke anak tekak.....

Jus Manga BerYougurt Blended

Bahan-Bahan:

2 biji buah mangga masak ranum yang sedang - ambil isinya
3-4 sudu makan gula pasir
1 cawan yougurt berperisa manga
2 cawan air sejuk
semangkuk @ secukupnya ais kiub

Cara:
1. Masukkan kesemua bahan dalam blender dan kisar hingga halus dan sebati
2. Masukkan ke dalam jug atau gelas hias dengan buah mangga dan hidangkan..
Hawa Hanida yang buat bukan saya..sedap juga..cuba lah..


 

Tuesday, April 17, 2012

Yok Teh Dangdut di Pagi Hari..hehe

Assalamualaikum...

Salam pagi Selasa untuk semua...jom pagi ini kita buat senaman dengan irama poco2 atau dangdut kawan2 ewahhh seronok jugak bila dapat bersenam dengan irama rancak seperti ini kan...hehehe berangan ajer saya ini kejap lagi dah nak bersiap2 ke pejabat. Ok lah tak boleh nak lama2 depan lappy nie..hanya nak berkongsi minuman yang berlainan sedikit tapi senang nak membuatnya dan nama dia agak pelik saya tanya dekat pakcik warung berdekatan rumah saya tu...cewahhh menjadi pulak teh dangdut saya tu...dan yang dibawah ini saya buat semalam di opis..sajer nak kasi rasa pada dak technician kat sekolah tu saper lagi kalau bukan Che Mamat siparang tumpul...yok berdangdut kita

Teh Dangdut...

Bahan2:

(untuk buat satu mug besar atau 2 gelas kecil)
3 uncang teh - direndam sebentar dengan air panas mendidih 1/2 mug untuk jadi teh pekat
3 sudu makan susu pekat manis -  (yg nie ikut suka nak manis lg tambah susu) dibancuh dengan 1 mug air panas dan tarik hingga berbuih.

Cara:

1. Masukkan susu yang ditarik tadi hingga berbuih ke dalam gelas atau mug yang jernih..so nmpak lah layer
masuk susu 3/4 sahaja jangan sampai penuh sebab buih akan ke atas.
2. Kemudian curahkan teh pekat perlahan2 di atas susu yg ditarik berbuih tadi, kalau gunakan belakang sudu semasa mencurah teh pun boleh..
3. Sekarang dah siap teh dangdut utk dihidangkan..nampak cantik berlayer susu, teh, dan buih...dangdutkan dulu dengan goyang dombret gunakan camca (kacau dulu lah teh tu) dan boleh dinikmati...selamat mencuba..