Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Showing posts with label Masakan Inggeris... Show all posts
Showing posts with label Masakan Inggeris... Show all posts

Tuesday, March 8, 2016

Stuffed Capsicum @ Capsicum Berinti Daging Cincang Panggang

Assalamualaikum salam selasa buat semua pengunjung ZLC mohon berbanyak maaf kerana saya memang tak sempat bebenor nak ke blog..sebenarnya ada beberapa resepi mudah yang nak saya kongsikan di sini tapi terpaksa saya simpan dahulu.. Bila ada kesempatan memang nak menulis di blog ni..tapi banyak sangat keje2 urgent di pejabat saban minggu dengan saya yang asik bercuti ada majlis lah,,x sihat lah..,muahahaha macam2 alasan saya ek..walaubagaimana pun saya pasti akan cuba menulis ya bila ada kesempatan..In shaa Allah..

Hari ini saya nak share resepi mudah yang saya masak dah beberapa bulan dulu bulan Januari kot..sampai lupa kan...ok lah saya tak mo bercerita panjang kita terus ajelah dengan resepi yang memang sedap di tekak saya ini ok..
Stuffed Capsicum ni agak fresh sbb tak berapa kecut..tapi sedappp garing


Capsicum Berinti Daging Cincang

Bahan-Bahan:

Capsicum - 6 biji yang besar sederhana buangkan tangkai dan biji lada
untuk inti
250 gram - daging cincang (saya  guna jenama Ramly)
1 cawan mix vegetable
1 labu bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - di cincang
1 inci halia di- dicincang
1 camca teh -serbuk pati ayam maggie
1/2 camca teh serbuk lada sulah
sedikit garam
sedikit minyak masak atau minyak zaitun untuk menumis dan memanggang

Cara:

1. Mula-mula panaskan sedikit minyak dalam kualai, tumiskan bawang besar cincang dan bawang putih cincang bersama halia sehingga layu dan berbau harum. Bila dah berbau harum bawang masukkan daging cincang balik2kan dan perisakan dengan sedikit garam, serbuk pati ayam juga serbuk lada sulah masak sehingga daging masak elok tak perlu letak air kalau nak letak sedikit sahaja sebab daging cincang mengeluarkan air. Masukkan pula mix vegetable ke dalam daging dan balik2kan sebentar sahaja tak perlu lama dan bila dah masak sejuk kan dahulu sebelum digunakan.
2. Untuk sediakan Capsicum berinti daging. Ambil Capsicum dan sumbatkan inti yang telah disejukkan tadi hingga penuh dan padat, buat sehingga habis. Panaskan sedikit minyak zaitun atau Evoo dalam non stick pan masuk sedikit air anggaran 1/2 cawan berserta satu camca teh serbuk pati ayam maggie dan sedikit lada sulah  dan sedikit sahaja garam..bila air dah mendidih susunkan capsicum yang kita sumbat inti tadi dan balik2kan ca air akan mengering dan meresap pada capsicum saya buat agak segar sebenarnya, boleh juga masak capsicum ini sehingga agak kecut. Cubalah ya sedap makan dengan nasi atau maka begitu sahaja. sebab lada capsicum ni tak pedas pun.
Jum kita menyumbat lada dengan inti daging

Buangkan tangkai dan biji2 lada ya bersihkan dan lap kering

setelah disumbat inti semuanya boleh la di panggang

Inti daging cincang dengan mix vege

tengok yang satu tu ada yang terkecut di panggang yang lain berkilat kannn,







Sunday, June 28, 2015

Roti Lapis Daging & Cheese.. simple jer..

Salam hujung minggu untuk semua..hari ini saya nak sharekan sejenis masakan yang ringkas tapi mengenyangkan sebab ada roti, ada daging yang di masak serta ada cheese yang di tabur bersama sos putih atau bechamel sauce.. resepi yang saya buat pada puasa ke 6 kot nie baru sempat nak di update..almaklumlah bulan2 puasa nie bz selalukan..jom lah kita membirukan mata hitam kita ek..

Roti Lapis Daging dengan Cheese

Bahan-bahan:

8 keping roti putih - apa2 brand boleh
Bahan untuk daging
200 gram daging cincang
1/2 batang karet - di sagat
1 1/2 labu bawang besar - di dadu
sedikit lada Sulah
sedikit garam
sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan untuk sos putih @bechamel sauce
250 ml susu segar
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan butter
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ayam pasti sedap maggie

Telur 2 biji dipukul manja bersama
1/4 cawan susu cair
dengan sedikit lada sulah dan sedikit garam
Secukupnya parutan keju cheddar atau boleh juga guna slice cheese
Sedikit butter..

Cara:

1. Mula2 sediakan lapisan daging. Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang besar dadu hingga layu dan berbau harum, masukkan daging balik2kan hingga air daging keluar dan masukkan pula karet yang di sagat, perisakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Bila dah masak padamkan api dan sejukkan.
2. Sediakan pula sos putih, Panaskan satu sudu makan butter dalam periuk kecil, masukkan tepung gandum 2 sudu dikacau sedikit dan masukkan susu segar. Masukkan juga lada sulah dan serbuk pati ayam pasti sedap, Masak sehingga sos ini mendidih dan agak memekat. Padamkan api.
3. Cara sediakan roti lapis daging dan Cheese
Celupkan roti pada telur susu yang dipukul manja tadi..Susun di atas pemanggang ajaib boleh susun 4 keping. Letakkan daging yang di masak tadi secukupnya. Kemudian letakkan pula sos putih menutupi daging. Tutupkan dengan kepingan roti di atasnya kalau nak celup dengan telur pun boleh tak celup di lapisan atasnya pun tak mengapa, taburkan lapisan daging di atasnya dan juga curahkan sos putih akhir sekali taburkan cheese cheddar yang di parut, masak dengan api yang kecil sahaja selama 10 minit. Angkat dan boleh di potong roti lapis daging yang dah siap di masak. Sedap dimakan panas begitu sahaja atau dengan sos cili..Selamat mencuba
















Monday, April 27, 2015

Ikan Salmon Grill Dengan Sos Butter

Salam Isnin buat semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi..nampak tak ada perubahan sikit kat rumah maya ZLC nie..kalau tak nampak tu tandanya tak mandi pagi tadi..kan..hehehe ada2 ajer saya kan.. bagi yang biasa mengunjungi blog saya ini sebelum ini wajah blog ini bertemakan library yang penuh dengan buku2 dan image puzzle gambar2 makanan yang penah saya masak dan snap sendiri yang agak lama...sebab memang gambar lama pun.. so image baru nie pun bukanlah cantik mana sebab saya bukanlah pandai nak edit2 di blog saje suka2 itupun gunakan app picarts di hp bila ada edit semula di pc dah jadi besor kebabom pulak..naseblah kan..hahaha gaya tergelak jahat..asal ht saya baik xper kan kawan2 muahahaha mula la perasan saya nie. Asik bercerita itu dan ini ajer mesti kawan2 bosan sebenarnya hari ini saya nak share resepi yang ringkas aje..almaklum saya nie jarang2 memasak so kalau masak pun yang campak2 n ringkas2 ajer tapi yang memenuhi citarasa tekak saya yang agak antarabangsa nie konon..huuwaaaa leh caya kerr..sebenarnya saya boleh bedal semua jenis makanan tapi kenalah berpada2 sebab saya ada alahan jugak alahannya saya tak boleh makan terlebih mesti saya nak termuntah..bahayakan..sebab tu anak2 buah saya dan keluarga memang tau alahan saya nie.. kalau berangan nak makan itu ini tak boleh dalam kuantiti yang banyak kalau tak..habis semuanya terkeluar balik. memang saya cuba mengelak dari berlaku begini. Ishhh panjang pulak bebelan saya nie kata nak cut it short jom ler kita lihat bahan2 yang diperlukan untuk resepi ikan salmon panggang bersama so mentega..kan sedap nama melayu dia tu..hihihihi..

Grill Salmon  With Butter Sauce

Bahan-Bahan:

2 kepingan ikan salmon - dilumurkan dengan sedikit garam serta serbuk lada hitam serbuk kasar perapkan setengah jam.
1 pokok brokoli - dipotong kecil dan dikukus sekejap aje
1 batang karet - dipotong wadges dan dikukus juga
Bahan untuk Sos Butter
70 gram butter
2 sudu makan olive oil
2 sudu makan tepung gandum
1 cawan susu cair
1 cawan air
Daun parsley inggeris - dicincang dalam 1/2 cawan (ambil daun sahaja)
1 sudu makan lada hitam serbuk kasar (corsely ground)
3 sudu makan jus lemon (saya guna jus limau nipis aje sbb lemon xder)
garam secukup rasa.

Cara:
Mula2 sediakan sos butter dengan panaskan butter bersama 2 sudu makan olive oil dalam periuk kecil, bila butter dah cair masukkan tepung gandum, kacau2kan hingga butter dan tepung berbuih2 sekejap jer. masukkan pula susu cair dan air. Masak hingga mendidih dan butter sos ini agak memekat masukkan lada hitam serta daun parsley serta sedikit garam. Jika gunakan salted butter kurangkan garam. Padamka api baru masukkan jus lemon atau jus limau nipis. Rasakan kesesuai rasa nak masam atau sedang2 aje.
Untuk sediakan ikan. Panaskan sedikit olive oil dalam non stick pan dan pan grill ikan salmon yang diperap tadi di kedua2 bahagian hingga ikan masak.
Untuk Hidangkan letakkan ikan yang di grill tadi dalam pinggan berserta brokoli dan karet yang di kukus hidangkan bersama butter sos. Kalau nak makan dengan sos cili untuk tekak kita yang nak pedas2 sikit pun boleh..cubalah kawan2 sedap tau..












Monday, February 16, 2015

Salad Kentang - Bento @ Bekalan ke Sekolah


Salam  Isnin untuk semua pengunjung ZLC yang saya sayangi..minggu nie rasa macam cepat sangat masa berlalukan kawan2 sebab dah nak Tahun Baru Cina pada Khamis nie..mood nak bercuti pun dah mula datang..muahaha bersabarlah yer wahai cik leha kerana banyak kerja2 yang perlu dibereskan..oklah hari ini saya hanya nak sharekan satu lagi resepi mudah yang sesuai di makan bila2 masa tapi saya buat untuk sarapan anak2 buah saya yang nak ke sekolah. Semenjak berjinak2 buat bento atau bekalan untuk Aina dan Sara mereka pun mulalah sering bertanya esok pagi mak jay nak buat sarapan apa.. Sebenarnya mencari idea untuk membuat sarapan yang agak lengkap yang mengandungi protin, karbohidrat, vitamin dan nutrisi makanan yang dipelbagaikan agak sukar juga..

Tapi oleh kerana minat untuk menyediakan sesuatu yang berkhasiat buat bekalan atau bento anak lebih2 lagi yang berwarna warni jadi keterujaannya lebih..alhamdulliah kalau ada masa saya akan kongsikan bento anak2 ke sekolah yer manalah tau boleh memberi sedikit pada ibu2 yang nak sediakan bento bagi anak2 mereka.. Ok jom kita tengok resepi yang pernah saya muatkan DISINI.dan saya pastekan sekali lagi disini ok.

Salad Kentang 

Bahan-Bahan:

5 biji kentang sederhana besar - cuci bersih di potong 2 dan rebus hingga empuk
3 sudu makan  besar mayonis - saya guna jenama kimball
1 camca teh serbuk pati ayam
1/2 camca teh serbuk lada putih (boleh guna serbuk lada hitam tp utk anak2 sya ganti serbuk lada putih)
sedikit garam dan gula untuk perisa.

Cara:

1. Kentang yang direbus empuk di siatkan kulit dan di potong kiub sederhana
2. Masukkan kentang dalam mangkuk bersama mayonis, serbuk pati ayam, serbuk lada putih
garam dan gula secukup rasa, semua bahan di gaul rata. Boleh sejukkan dahulu salad kentang dalam peti sejuk atau boleh di makan tanpa disejukkan.  Hidangkan bersama udang dan sayur pan grill atau ayam panggang atau makan begitu sahaja.  sedapppp..lebih sejuk lebih sedap salad nie kawan2..hihihi.

Bahan Sampingan

Sosej secukupnya - di potong kecil dan dikelar2 sedikit
Sayuran - 1/2 batang karet - dipotong kecil 
sedikit Kobis bung - di potong kecil 
sedikit minyak zaitun

Semua bahan di atas sosej dan sayuran boleh dipan grill guna non stick pan atau masuk dalam oven.
Hidangkan bersama salad kentang . Sesuai untuk dibuat sarapan atau bekalan anak ke sekolah..






Sunday, February 15, 2015

Baked Mini Cheesy Omelet


Salam Ahad salam hujung minggu buat semua saya hari ini bekerja jadinya permulaan minggu la kot..bukan hujung minggu.. oleh kerana hari ini bekerja dan sekolah saya pagi2 lagi dah mem-baked cheesy omelet atau dalam bahasa melayu nie Telur Bakar Berkeju..cewahh macam mewah sangat kan bunyi breakfast yang saya buat pagi ini..tapi sebenarnya ianya amat mudah dan sesuai untuk dibawa bekal untuk anak2 ke sekolah.  Selain ianya berkhasiat dan dan sedap bila dah dihiaskan menarik ala bekal bento kemain suka lagi anak2 dapat bekalan yang cantik..ada telur omelet bercheese dan juga buah2an.. sesekali memanjakan anak2 apasalahnyakan...hahaha. Jom kita tengok resepi di bawah..tqsm untuk pemberi idea utk resepi ini yang saya lihat di Group Resepi Ringkas FB yang saya sertai..
bento untuk anak2 pi sekolah tadi pagi,,

Baked Mini Cheesy Omelet

Bahan-Bahan:

5 biji telur ayam
10 biji bebola daging - dipotong kiub kecil
1 batang karet - dipotong kiub kecil
4 shitake mushroom segar - di hiris kecil
1 pohon daun sup - dihiris halus
1 labu bawang besar - didadu
3 sudu makan cream cheese
3 keping keju
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 camca teh serbuk ayam maggie
sedikit garam
sedikit butter untuk di sapu pada muffin tray

Cara:

1. Mula-mula rebuskan sebentar bebola daging yang dipotong kiub bila air dah mendidih masukkan karet sebentar sahaja. angkat dan toskan airnya.
2. Pukul telur bersama cream cheese dan serbuk lada sulah serta serbuk pati ayam maggie dan sedikit garam, masukkan pula bawang besar yang didadu.
3. Lenserkan Muffin Tray dengan sedikit butter, masukkan kiub kebola daging, kiub karet yang di celur sebentar dan taburkan juga dengan hirisan cendawan shitake segar bersama daun sup,
4. Setelah siap mengisi muffin tray dengan bahan2 tadi masukkan pula bancuhan telur sesenduk kecil setiap satu dan letakkan keju yang dipotong 4 setiap satu. Adunan ini cukup untuk 12 keping omelet.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 25 minit. Bila dah masak keluarkan dari acuan muffin dan hidangkan. sedap cubalah..







isikan bahan2 dalam muffin tray






Sunday, February 8, 2015

Puding Trifle Peach ~ mudah dan sedap...

Bersiaran sekali lagi hari ini, nak kongsi bersama kawan2 hidangan minum petang atau pencuci mulut yang saya buat pada hari Jumaat lepas..atas permintaan sahabat saya Miss Nana yang katanya nak resepi puding trifle nie so saya kongsikan di sini okeh..makan sejuk2 pada cuaca yang agak panas macam nie memang syok tau kawan2..jom kita tengok resepi yang mudah lagi ringkas ini..

Puding Trifle

Bahan-Bahan:

1 buku swiss roll cake - dipotong 1 cm (saya beli yang siap)

Bahan untuk Kastad
1/2 cawan - tepung jagung
1 cawan susu cair
2 cawan air
1/4 cawan gula pasir
1 camca teh esen vanilla
1 sudu makan butter

1 tin buah peach / fruit cocktail (syrup gunakan untuk moistkan cake)- boleh guna mana2 yang disukai

Untuk Lapisan atas - Jelly
1 Kotak Jelly Strawberry - Jenama Nona

Caranya:

1. Dalam mangkuk puding sama ada yang besar atau kecil isikan dengan kek swiss role yang di potong 1 cm tadi. pastikan kita isi dan tutup keseluruhan dasar mangkuk puding rapat2 dan tekan2 sedikit. Siramkam air buah  syrup peach di atas swiss roll agar kek ini lembut atau moist.(jangan lupa pilih swiss roll yang sedap okeh).
2. Sediakan pula kastad, Masukkan semua bahan ke dalam periuk, tepung jagung, susu cair, air dan gula serta vanila dan butter kacau guna whisk supaya tidak bergentil masak atas api sederhana sehingga keluar wap. Adunan kastad ini agak lembut. Curahkan kastad di atas swiss roll dan susunkan buah2an diatasnya ikut kretiviti masing2.
3. Masak jelly nona mengikut seperti arahan pada belakang kotak biarkan suam sedikit baru di curahkan di atas lapisan kastad pelahan2. Sejukkan dalm fridge sekurang2nya 3 jam atau lebih dan hidangkan sejuk..sedap cuba tau kawan2.
susun swiss role rapat2 dan siramkan syrup buah di atasnya..
bila dah letak kastak susunkan buah2an yang disukai..
tarraaa dah siap utk disejukkan...







Corn Soup With Crunchy Crouton for Breakfast..


Salam Ahad untuk semua..dah nak masuk waktu mkn tengah hari baru saya ada kesempatan masukkan entry breakfast, x menghagak ek tajuknya kemain ler omputih sesangatttt kannn..hahaha sebenarnya resepi yang saya nak kongsi ini seakan sup cendawan yang selalu saya buat yang digemari oleh anak2 buah ku dan hakak jugak..cumanya bahannya dah tentulah berlainan sedikit kerana menggunakan jagung dan dalam sup ini kita tak perlu letak susu segar atau susu cair, Perlu masukkan telur yang memberi efek seakan sharkfin sup pehhh macam2 lah pulak ek..

Sup ini sedap dimakan dengan roti bakar atau roti bakar mentega berbawang putih juga tapi kali ini ada sedikit kelainan saya gandingkan dengan crouton yang di buat menggunakan roti yang berusia 2-3 hari yang dibakar dalam oven selama 15-20 minit sehingga garing..dan lagi satu nk crita kalau omputih yang but croton potongan nya kiub agak kecil tapi saya gunakan roti putih biasa bantai ajerlah potong kasar sikit..puhhh panjang lak intronya jom tengok aje lah resepi di bawah ok kawan2...

Corn Soup @ Sup Jagung

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan jagung ala krim dalam tin
6 cawan air
1 labu bawang besar - di dadu halus
4 ulas bawang putih - dicincang
2 sdt serbuk ayam maggie
1 sdt serbuk lada sulah
1 biji telur - dipukul sedikit
1/4 cawan tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
sedikit garam
dan sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk tumiskan bawang putih cincang bersama bawang besar dadu di tumis sehingga layu dan berbau harum, Masukkan air dan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam maggie, dan jagung ala krim dalam tin.
2. Masak sehingga sup mendidih masukkan pula telur yang dipukul manja sambil di kacau agar nampak macam sharkfin sup dan masukkan juga bancuhan tepung jagung sebagai pemekat.
3. Akhir sekali perisakan dengan garam secukup rasa dan bolehlah dihidangkan dengan crouton atau pun garlic bread mana2 pun boleh..selamat mencuba ok..sedap sup ini pasti anak2 suka.

Cara membuat Crouton

Potongkan roti sama ada bentuk kiub atau besar yang kita suka..boleh gunakan roti putih atau juga roti perancis. Susun dalam dulang dan bakar selama 15 minit sehingga roti garing bukan hanggus yer..saya gunakan roti putih dan roti wholemeal. Bila dah garing roti ini boleh di simpan dalam bekas kedap udara. Boleh juga digunakan untuk sajian salad yang di taburkan dengan crouton.


Tuesday, October 7, 2014

Udang dan Sayuran "Pan Grill" & Salad Kentang...



Salam Selasa dan salam ceria buat anda semua...hari ini nak masukkan entry ringkas masakan ala2 omputih ler konon2nya..apa kata orang membirukan mata hitamku...sebenor2nya semalam pagi saya buatlah potato salad ada request dari sahabat selepas hari raya korban..ingatkan nak padankan salad kentang ala2 omputih  tu dengan kambing bakar yang sahabat saya nak bawak tapi ternyata tipah tertipu u..hu alohhh hihihi tapi tak menjadi hal sebab saya pun bukannya boleh makan daging kambing sangat cuma kalau dah jumpa tidak menolak..huhuhu ayat versi lidah org x sedor diri..   muahahaha... jadinya kemenjadiannya semalam saya buatlah udang yang dimasak @balik2kan dalam non stick pan berserta sayur-sayuran segar juga di pan grill kan gaya ala2 polos dengan minyak zaitun..so agak sihat jugaklah walaupun ternampak minyak2 tapi tak menyeramkan sebab minyak zaitun @ olive oil tu memang bagus kalau di makan atau dimasukkan dalam masakan.. agak panjang jugak ekk saya merapu hari ini...harap maafkan yer kawan2...jom kita lihat resepi mudah di bawah..


Udang & Sayuran Pan Grill

Bahan-Bahan

8 ekor udang - sederhana dibersihkan potongkan sedikit hujungnya dan ekor yang tajam
perap sebentar bersama secubit garam dan sedikit lada sulah
1 labu bawang besar - dihiris kasar
1/2 batang timun jepun - dipotong kasar 4 cm
1/2 batang karet - dipotong kasar 4 cm
1/2 lada capsicum kuning dan hijau - di dadu kasar
1 biji tomato segar di potong baji @wadges
1 sudu makan sos tiram
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam (kisar kasar)
sedikit serbuk pati ayam
minyak zaitun secukupnya

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam non stick pan, bila minyak zaitun dah panas masukkan bawang besar yang di hiris kasar balik2kan sehingga layu (caramelize ) kalau tak suka bawang xpayah letak.. ketepikan masukkan pula udang yang telah diperap sebentar bersama sedikit garam dan lada sulah tadi, balikkan dan masakkan sehingga udang bertukar warna masukkan pula sesudu makan sos tiram, Alihkan ke dalam pinggan udang dan bawang besar.
2. Dalam kuali yang sama masukkan kesemua sayur2an. balik2 kan x perlu sampai sayuran layu, taburkan dengan sedikit serbuk pati ayam dan lada hitam yang dikisar kasar berserta sedikit sahaja garam. tomato di masuk akhir sekali, balik2kan sebentar dan padam api.
3. Untuk menghidang letakkan bawang sebelah sudut pinggan diatasnya diaturkan dengan udang 4 ekor dan setengah dari sayuran tadi.  Hidangkan bersama salad kentang mayonis.. sedap tau kawan2 cubalah.. dapat dua hidangan.

Salad Kentang

Bahan-Bahan:

5 biji kentang sederhana besar - cuci bersih di potong 2 dan rebus hingga empuk
4 sudu makan  besar mayonis - saya guna jenama kimball
1 camca teh serbuk pati ayam
1/2 camca teh serbuk lada hitam kisar kasar
sedikit garam dan gula untuk perisa.

Cara:

1. Kentang yang direbus empuk di siatkan kulit dan di potong kiub sederhana
2. Masukkan kentang dalam mangkuk bersama mayonis, serbuk pati ayam, lada hitam kisar kasar
garam dan gula secukup rasa, semua bahan di gaul rata. Boleh sejukkan dahulu salad kentang dalam peti sejuk atau boleh di makan tanpa disejukkan.  Hidangkan bersama udang dan sayur pan grill atau ayam panggang atau makan begitu sahaja.  sedapppp..lebih sejuk lebih sedap salad nie kawan2..hihihi.


Saturday, September 7, 2013

Ikan Salmon 'n' Sayuran Goreng..

Salam malam minggu untuk semua...hujung2 minggu nie tentu ramai yang bersantai2 di rumah atau ada juga yang berjalan2 coti2...saya tak kemana2 duk umah jer..gan dak Ikin nie yang nak amik exam UPSR hari selasa depan...so duduk jer kat rumah sambil mengulangkaji yer Ikin jangan nak kemana2 angsana ke angsinun ke kalau dah abis exam nanti bleh la kita berjalan2 yer...apa lak saya bercerita pasal ikin ekk sebenarnya nak ceritakan pasal masakan atau makanan yang digemari oleh kami berdua..iaitu Ikan Salmon..rasanya mingu lepas baru saya masuk entry ikan salmon disini..apa boleh buat memang tu ler yang senang nak masak n sedappp..muahahahaha suka hati saya jer ekk.

Ok lah macam tak ada apa yang nak dicelotehkan hari ini terus ajer lah kita ke resepi sempoi nie mula2 nak bagi nama omputih...Pan Fry Salmon With Stir Fry Vegie n Mushroom..macam panjang sangatkan so amik yang ringkas jerlah sebab yg nak makannya orang melayu..nama melayu jer lebih sesuaiiiikan..buat terbelit lidah jer nak menyebut nama omputih...

Ikan Salmon dan Sayuran Goreng..

Bahan-Bahan:

2 keping ikan salmon - diperap dengan sedikit garam dan lada hitam tumbuk kasar
lebih kurang 1/2 jam...perap lama sikit pun tak apa
1 batang karet - dihiris serong
1/2 biji capsicum kuning - di dadu
3 biji cendawan shitake kering - direndam hingga lembut perahkan airnya dan hiris
2 biji bawang putih cincang
1 camca teh serbuk perasa maggie cukup rasa
sedikit minyak zaitun untuk goreng ikan salmon dan sayuran.
Sedikit daun salad dan sebiji tomato untuk hiasan..

Cara:

1.  Panaskan sedikit minyak zaiton dalam non stick pan gorengkan ikan salmon secara pan fry di kedua2 belah sehingga ikan masak dan agak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Untuk gorengkan sayuran masukkan sedikit minyak masak ke dalam pan tadi, tumiskan bawang putih hingga berbau harum dan kekuningan. Masukkan ketiga2 sayuran, karet, capsicum dan shitake mushroom, balik2kan sebentar taburkan pula dengan 1 camca teh serbuk maggie cukup rasa dan balik2kan sayur sekejap sahaja tak perlu sampai lecur.
3. Hidangkan dengan susunkan salad bersama tomato yang dihiris dalam pinggan letakkan ikan salmon yang digoreng tadi dan letakkan pula sayuran goreng di sebelahnya. Boleh dimakan dengan perahkan lemon di atas ikan serta bersama sos kegemaran anda.

Monday, July 16, 2012

Chicken Chop Dengan Sos Lada Hitam

Assalamualaikum...

Salam Isnin untuk semua teman2 dan pengunjung yang saya sayangi...tinggal 4 hari lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan al Mubarak..nampaknya kalau diizinkan sekali lagi kita bertemu dengan bulan yang sangat mulia ini dan berpeluang menjalani ibadah puasa bukan sahaja menahan diri dari lapar dahaga tapi berpeluang juga melakukan solat sunat Terawih yang hanya datang sebulan dalam setahun ...insyaAllah mudah2an semoga kita semua diberikan kekuatan dan kesihatan untuk sama2 merebut peluang untuk beramal ibadah di bulan yang mulia ini.


Ok lah sebenarnya disini saya nak kongsikan resepi yang sangat simple ala2 tak cukup bahan tapi alhamdulillah masih sedap dinikmati dan disukai oleh anak2 buah saya dirumah.  Semalam adik saya Bedah ada membuat Chicken Chop dengan Sos Lada Hitam yang dibuat sendiri...sedap rasanya cukup rasa lemak2 pedas lada hitam dan pasti menepati citarasa mereka2 yang suka sos lada hitam yang dimasak sendiri..oleh kerana saya dah minta keizinnan untuk kongsikan resepi ini bersama rakan2 dengan bedah...jomlah kita tengok resepinya...cuma kurang lengkap sikit sebab tak ada kentang goreng dan coleslaw..tp janji sedappp jadi la apa2 yang ada jer..daun2 salad timun dan tomato..hehehe


Bahan-Bahan :

Untuk Ayam - pan grill:
1/2 kg isi kepingan ayam atau banyak yang dikehendaki
2 biji telur dipukul manja dengan sedikit garam
tepung gandum secukupnya.

Untuk Sos Lada Hitam
1 labu bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu makan butter
1 sudu makan lada hitam kasar
air secukupnya - lebih kurang 1 - 11/2cawan
1/2 cawan kicap lemak manis
1/2 cawan  susu cair
2 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
sedikit garam

Bahan-bahan sampingan
Daun Salad secukupnya
Hirisan Timun secukupnya
Hirisan Tomato secukupnya
Kentang Goreng secukupnya
Coleslaw secukupnya.

Cara:

1. Mula2 sediakan ayam, hiriskan ayam selebar tapak tangan atau memanjang basuh dan toskan  atau lap sedikit dengan paper towel supaya kering
2. Celupkan ayam dengan telur yang dipukul manja tadi dan masukkan pula dalam tepung gandum balik2kan agar rata disaluti tepung, celupkan sekali lagi dalam telur dan akhiri dengan dicelupkan dalam tepung.
3. Panaskan sedikit sahaja minyak dalam nonstick pan dan gorengkan ayam yang bersalut tepung tadi dengan dibalik2kan sehingga ayam masak. ketepikan.
4. Untuk menyediakan sos lada hitam, panaskan 2 sudu butter dalam pan, sautekan@goreng balik2 bawang besar dan bawang putih hingga berbau harum dan layu sahaja, Kisarkan bawang bersama butter tadi dengan sedikit sahaja air bersama 1 sudu makan lada hitam.
5. Masukkan bahan2 yang di kisar ini dalam periuk dan masukkan juga 1/2 cawan kicap lemak manis berserta air anggar2 cukup sahahja nanti cair pulak sos. masak dengan api yang perlahan, bila dah didih masukkan pula susu cair 1/2 cawan dan akhir sekali masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air sedikit.. rasanya sedap lemak pedas - tak perlu letak gula sebab kicap dah terasa manis dan masinnya klau nak letak sedikit garam letaklah..padamkan api dan sedia untuk digunakan.

Cara menghidang - letakkan 2 kepingan ayam dalam pinggan yang agak besar bersama bahan2 sampingan daun salad, hirisan tomato dan hirisan tomato, letakkan juga kentang goreng dan coleslaw..curahkan di atas ayam dengan sos lada hitam yang dimasak tadi..sedappp cuba lah...

sos lada hitam n sayuran ajer yg ada..
nie yg pi mkn kat kedai tp rasanyer sos black pepper yg dibuat sndri lg best..hehe