Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, February 9, 2015

Ikan Kering Nipis Garing Bersambal


Mesti ada antara kita yang suka makan nasi bersama ikan keringkan kata orang ikan kering pembuka selera bila makan nasi panas2 bersama lauk asam pedas atau sambal tumis ikan kering memanglah lawannya yang sangat sesuai..kalau tak ada lauk yang nak digandingkan atau pun time2 emergency x sempat nak masak ada pulak stok ikan kering di rumah sudah amat memadai kita cuma perlu buat sambal tak kiralah sambal belacan ke sambal bilis cili padi ke, sayur goreng sejenis dan buatkan telur dadar..pastinya ikan kering pelengkap yang sangat sesuai dan akan menambah selera kita makan.

Ikan kering memang ada berbagai jenis yang kering, yang separuh lembab, yang berjeruk seperti ikan pekasam juga di kategorikan sebagai ikan kering. Tapi kali ini saya nak kongsi kan resepi ikan kering nipis yang sangat garing bila di goreng macam rasa keropok gitu dan boleh di sambalkan masak kering2 dan ianya boleh disimpan dalam bekas kedap udang untuk mengekalkan rasa crunchy ikan kering ini..jom kita semak resepi di bawah.

Ikan Kering Nipis Crunchy Bersambal

Bahan-Bahan:

Semangkuk ikan kering nipis - dibasuh toskan airnya
3 sudu makan cili kering blender
3 ulas bawang merah kecil - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2-3 sudu makan gula pasir
1 keping kecil asam keping - rendam sebentar
secukupnya minyak untuk mengoreng ikan kering dan menumis
sedikit sahaja garam - ikan kering jenis ini tak berasa masin pun.

Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali gorengkan ikan kering nipis sehingga garing toskan minyaknya dan ketepikan,
2. Dalam kuali lain panaskan minyak sedikit sahaja untuk menumis, tumiskan bawang2 yang ditumbuk halus dan cili kering yang di blender. Tumiskan sehingga naik minyak dan agak garing, masukkan gula pasir diikuti  dengan asam keping tadi, masukkan garam juga.
3. Bila sambal yang ditumis cantik warnanya dan memekat padamkan api. Biarkan suam dahulu baru di masukkan ikan kering nipis yang digoreng garing tadi. Balik2kan agar rata sambalnya. Hidangkan bersama nasi dan lauk pauk lain.  Kalau di masak lebih boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan garing ikan kering ini.


inilah rupa ikan bilis nipis gambar ihsan en. google


2 comments:

  1. Salam n hi,Sya pembekal ikan kering,ikan bilis kopek gred A n ikan bilis bulat.. Sya dari Tawau Sabah. Boleh beli sikit2 atau borong pun boleh. Kalau nak tahu lebih lanjut n berminat, PM sya wassap.0138920288..harga mengikut pasaran semasa n boleh runding..

    ReplyDelete
  2. Salam n hi,Sya pembekal ikan kering,ikan bilis kopek gred A n ikan bilis bulat.. Sya dari Tawau Sabah. Boleh beli sikit2 atau borong pun boleh. Kalau nak tahu lebih lanjut n berminat, PM sya wassap.0138920288..harga mengikut pasaran semasa n boleh runding..

    ReplyDelete