Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, February 9, 2015

Sayur Pak Choy Bawang Putih dan Sos Tiram..

Salam Isnin buat semua..hari ini saya nak masukkan entry yang sangat2 ringkas yang digemari oleh saya sendiri dan sesiapa sahaja yang suka makan sayuran sawi jepun @ Pak Choy ini bolehlah mencuba resepi yang sungguh ringkas orang kata pejam mata pun boleh masaklah..hahaha masakan sayuran ala cina ini memang hanya gunakan bawang putih dan sos tiram sahaja tiada perencah lain yang digunakan.. ok jom tengok resepi sempoi nie..makan dengan nasi panas atau yang suka ratah2 sayur gitu aje pun boleh..


Sayur Pak Choy Bawang Putih dengan Sos Tiram

Bahan-bahan :

4-5 pohon sayur sawi pak choy - buangkan bahagian hujungnya sahaja dan basuh serta toskan
6 ulas bawang putih - di cincang
4 sudu makan sos tiram
sedikit serbuk lada sulah
sedikit minyak untuk goreng bawang putih

Cara:

1. Didihkan air anggaran untuk celur sayur pak choy bila air dah didih masukkan sayur pak choy biar sebentar 1 -2 minit sahaja hingga bertukar warna tak perlu lama2 dan toskan airnya.
2. Panaskan sedikit minyak dalam 2 sudu makan dalam kuali masukkan bawang putih yang dicincang gorengkan hingga kekuningan cantik dan padamkan api.
3. Untuk hidangkan sayur pak choy susunkan sayur yang dicelur tadi dalam pinggan,  letakkan di atasnya sos tiram dan curahkan bawang putih goreng tadi bersama setengah dari minyaknya. Sprinkle dengan sedikit lada sulah di atasnya..dah tersedia satu hidangan sayur yang amat mudah..selamat mencuba ok..


No comments:

Post a Comment