Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Saturday, September 29, 2012

Mee Siam Tauco...mabelesss u...


Assalamualaikum...

Salam sabtu untuk semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi...apakabar anda semua semoga kalian sehat dan ceria selalu disamping keluarga tercinta...mesti pepagi nie ada yang tersenyum lebar kan sebab ada berita gembira semalam...alahaiiiii pasti semua orang dah tahukan pasal pengumuman bajet 2013 yang dibuat oleh PM..Bajet yang sangat mesra rakyat dan juga ada bonus lagi untuk penjawat awam...Allhamdulillah sekurang2nya dapatlah meringankan beban untuk mereka yang ada anak bersekolah boleh buat persediaan untuk naik sekolah nanti...macam2 juga insentif lain seperti bantuan BR1M, ada juga bantuan persekolahan, penurunan kadar2 cukai, pengurangan kos pembelajaran pelajar dan macam2 lagi kalau nak tau lebih lanjut sila la ke FACEBOOK PM dan baca macam2 artikel mengenai Belanjawan 2013 di laman facebook berkenaan ok..tqvm PM..

Oklah kita tinggalkan dulu cerita bajet pagi ini saya nak kongsikan dengan anda semua resepi yang sesuai untuk sarapan pagi atau dimakan bila2 masa sahaja...iaitu mee siam tauco yang sedappp ini..pagi2 tadi saya dah masakkan untuk anak2 buah yang pi hari keluarga jabatan akak saya di Sedili Resort, Kota Tinggi...saya tak ikut sebab x diajak...huhuhu jelessss u..mengada2 pulak saya dah tua2 nak jeleskan anak2 biarlah diaorang pergi sesekali saya nie dah selalu berjalan2 sambil mengukur jalan tak abis2..hehe..bagi peluang la kat anak2 tu.. Jadinya pagi tadi sempatlah gorengkan mee siam untuk sarapan...jom arr skodeng resepi di bawah ok...

Mee Siam Tauco

Bahan-Bahan:

1 pek mee hoon - di rendam 30 minit atau lama sedikit
250 gram udang - dibuang ekor dan kepala
1 mangkuk taugeh
3/4 cawan - sambal tumis ikan bilis  (resepi diSINI)
1 biji bawang besar - dihiris halus
2 keping takwa - dipotong kecil dan goreng
3 sudu makan tauco - dilenyek jadikan pes
4 sudu makan - sos tomato
4 sudu makan - sos oyster
sedikit gula
sedikit sahaja garam (sebab tauco dah masin)
air - lebih kurang 3/4 cawan
sedikit minyak untuk menumis
Bahan Hiasan
Tomato segar - dihiris
Limau Kasturi - dibelah 2
Daun Sup - hiris
Bawang Goreng secukupnya

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang di hiris hingga berbau harum dan layu, masukkan pula sambal tumis dan balik2kan sebentar masukkan pula sos tomato, sos tiram dan tauco yang dilenyek jadi pes, masukkan sekali sedikit gula pasir dan.
2. Tumis hingga semua bahan sebati dan masukkan  udang, masukkan juga air bila bahan2 rencah dah mendidih masukkan mee hoon yang telah direndam dan ditoskan airnya tadi..
3. Gorengkan sehingga mee hoon lembut dan masukkan tahu berserta taugeh, kalau nak masukkan tomato buah pun boleh potongkan baji/wedges tomato 2 biji (saya xletak)balik2kan rasa kalau perlu diletak garam sedikit sahaja sebab bahan2 sos dan tauco dah sedia masin. Apabila mee siam dah masak elok padamkan api, hidangkan bersama tomato yang dihiris bersama limau kasturi dan taburkan sedikit daun sup berserta bawang goreng...sedappp cubalah..

Wednesday, September 26, 2012

Kueh Mueh...sarapan...

Assalamualaikum...

Salam Selasa buat teman2 dan pengunjung ZLC serta terima kasih kerana masih sudi menjengah ke blog akak yang agak suam2 kuku nie...opss ke dah sejuk membeku..rasanya lum lagi kot cuma entry2 masak tu memang tersangat la kureng sebab aktiviti memasak agak terhad..tu pun ada ajer kawan2 yang bertanya masak apa hari ini atau masak apa semalam kekadang itu malu jugak sebab memang itu ler kenyataannya saya dah jarang2 memasak hari2 biasa adik saya Bedah lah yang menjadi masterchef di rumah dan bila hujung minggu pun saya asik lah outing or berjalan2kan...so nak minta maaf banyak2 insyaAllah bila ada masa nanti dapatlah saya kongsikan hasil air tangan saya nie...cewahhhh macamlah sedap ajer bunyinya tapi alhamdulillah setakat ini anak2 buah di rumah tak pernah komplen pulak..hehehe..
Kueh Bakar belauk..n cucur badak tu my opis mate bawak..

Ok lah memangdangkan cuaca yang agak redup ajer pagi nie sebab dari subuh dah hujan lebat jadi perut pun asiklah berkeroncong minta diisi kebetulan pula tadi pagi saya ikut adik angkat saya cikgu su ke pasar pepagi hari lagi dah duk makan nasi lemak bersama paru2 goreng..sedap bila sejuk2 makan nasi lemak panas2 pulak tu..memang menambahkan cik kolestrol nampaknya..sesekalikan... nie bukan sesekali nampaknyer dah kerap kalikan...huhuhu..saya sempat gak beli kueh mueh melayu yang menjadi kegemaran saya ada la 2..3 jenis..amboiiii banyak pulak jenis2 kueh yang menjadi kegemaran saya jom kita layan picture kueh mueh yang beranika ok bukan saya buat tapi makcik dipasar tu jual..harga pun berpatutan 4 keping RM1...

ada kueh tako, kueh puteri sebilik agaknya yang dalam daun pisang canti tu..n talam sagu@tokyo





Monday, September 24, 2012

French Toast di kala lapar...

Assalamualaikum..

Malam2 isnin macam nie..apa agaknya aktiviti kawan2 semua ada yang menonton tv dan ada juga yang melayari internet yer berchating di fb...atau ada yang duduk bersantai sahaja di beranda sambil mengambil angin malam..merenung bintang2 di langit kerana cuaca agak cerah hari ini...tapi tetap terasa bahang panaskan...waktu2 panas macam nie minum segelas jus oren tentu sedapkan....huhuhu asik nak menyedapkan tekak pastu bila tekak terasa perit dan mula batuk2 mulalah rasa tak selesa pula...baik minum air masak sahaja sebab dengan cuaca yang tak berapa menentu begini macam2 penyakit pun datang terutamanya demam..batuk atau selsema.. so bagi yang kerap batuk2 tu silalah abaikan keenakan air batu@ ais buat sementara waktu ok..dan nikmatilah keenakkan serta khasiat air masak atau air jarang atau air mineral sahaja yang sangat banyak faedah dan menfaatnya...cewahhhh saya ini memang pandai menasihatkan kawan2 tapi saya sendiri memang pantang dengan air ais bukan pantang minum tapi pantang jumpa sedappp ajer di tekak...

Ok kita tinggalkan dulu citer2 bersantai sambil minum segelas jus oren tu malam nie nak kongsi gambar jer makanan orang kelaparan  lepas magrib tadi so apa lagi ada roti..telur..n sambal tumis emmm jadi jer lah french toast tekak melayu makan gan sambal tumis xder makna nyer nak makan gan honey segala tetap gan sambal tumis bilis..tak yah resepi ok mudah sangat nak buat pecahkan telur 2 biji letakkan sedikit garam dan lada sulah, kocok manja gan garfu kemudian celupkan roti serta goreng atas non stick pan yang diletakkan 2 sudu makan butter balik2kan kedua2 belah agak garing...sedap dimakan panas2 kalau nak makan cara orang putih bolehlah di makan bersama madu atau jem juga buah2an...kalau dah tekak melayu memang ler cicah jer gan sambal tumis...sedappp ajer bila dah lapar kan..bila dah makan 2 keping ada lak anak buah yang balik beli chicken chop 3 bungkus adoyaiiii kalau x merasa rugikan so rasa gak ciken chop yang boleh tahan sedap kat stall burger bawah pokok ubi tu..baru  rm4 gan black pepper sos dia yang memang sedaplah ada fries n salad... jom ler kita tengok gambar2 jer ok...




nie la chicken chop rm4 kat bawah pokok ubi tmn dahlia...sedap u..dh promosi nie nk mintak discount bila beli..hehehe


Sunday, September 23, 2012

Rendang Daging Campur...

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua...kalau malam tadi saya ada masukkan entry resepi Ketupat Pulut hari ini saya nak kongsikan denga anda semua resepi pendamping yang sangat sesuai bagi ketupat pulut iaitu Rendang Daging Campur..saya memang suka kalau makan rendang yang bercampur macam nie sedapppp sesekali dapat merendang habis semua organ2 dalaman cik Lembu tu kita bubuh sama...bagi peminat paru2, limpa dan hati tak terkecuali daging memang patut cuba resepi rendang yang ini sebab sedap hingga menjilat jari u..hehehe sorry eks naik lif tekan sendiri saya ini..

Ok pepagi ini xleh nak cerita panjang sebab ada acara2 jjcm di pagi minggu bersama adik dan anak2 buah saya so jomlah kita tengok bahan2 yang di perlukan seperti di bawah:

Rendang Daging Campur

Bahan-Bahan:

1 kg daging lembu - direbus 3/4 masak
1/2 kg paru-paru - direbus 3/4 masak
1/2 kg limpa - direbus 3/4 masak
1/2 kg hati - direbus 3/4 masak
(Semua bahan di atas di rebus angaran 3/4 masak dan sejukkan sebentar kemudian di potong kecil -  tujuan merebus dahulu supaya mudah sebab paru2 dan limpa memang payah dipotong kecil dalam keadaan mentah -boleh gunakan periuk tekanan untuk proses yang cepat- baki air rebusan disimpan untuk digunakan semasa memasak)
Bahan Rempah - dikisar halus
5 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
2 inci halia*
4 batang serai*
2 inci lengkuas*
1 cawan cili blender*
1 sudu makan lada hitam* (kalau xnak pedas sila kurangkan)
1/2 cawan ketumbar biji*
1 sudu makan jintan manis*
1/2 sudu makan jintan putih*
Bahan2 lain
1/2 kg santan pekat
2 helai daun kunyit - dihiris halus
garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Masukkan semua bahan2 rempah yang bertanda* yang dikisar halus kedalam periuk atau kuali sederhana besar, masukkan juga daging dan paru2, limpa serta hati yang di hiris tadi berserta air lebihan merebus daging. Jerangkan di atas dapur dengan api sederhana.
2. Masakkan rendang hingga mendidih dan kacau sebati, masukkan pula pati santan dan gula serta garam secukupnya. Rendang perlu di kacau selalu supaya tidak hangit atau berkerak di bawahnya.
3. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang dihiris halus dan kacau rendang sehingga kering dan masak cantik..hidangkan bersama ketupat pulut. Juga sesuai dihidang bersama-sama ketupat nasi, nasi impit atau nasi putih...ratah begitu sahaja pun sedap...selamat mencuba..



Saturday, September 22, 2012

Ketupat Pulut...

Assalamualaikum...

Salam sejahtera dan salam hujung minggu buat semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya kasihi...apa khabar semua semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu hendaknya.. Setelah hampir seminggu tidak bersiaran di alam maya ini hari ini saya nak kongsikan sejenis masakan tradisi yang sering dihidangkan pada hari raya iaitu ketupat pulut bersama rendang...nampaknya masih dengan masakan raya saya nie walaupun dah 2 minggu syawal berlalu...

Sebenarnya saya buat ketupat pulut nie pada petang tadi, ini pun sebab ada baki daun kelapa yang dibuat ketupat untuk makan2 hari jumaat di pejabat hari tu...oleh kerana asik ada sahaja makan2 raya yang x abis2 di  opis saya tu walaupun dh lepas raya so saya x lah muatkan cerita2 makan2 ketupat walaubagaimanapun saya tetap ada amik gambar n akan saya masukkan sekeping ok...berbalik pada cerita ketupat pulut nie saya memang sangat suka makan pulut dan selalu kalau nak makan ketupat pulut kena tunggu hari raya. Bila berkunjung ziarah raya ke rumah ibu saudara saya makcik Hjh Hamidah di Kg Bendahara pasti dapat makan ketupat pulut dengan rendang dan serunding kelapa yang sedap..

Teringatkan keenakkan ketupat pulut rumah makcik dan oleh kerana ada daun kelapa saya dengan adik saya bedah pun mulalah beroperasi ketupat pulut dan rendang campur yang sedapppp weiiiii cik kolestrol kata mintak  ampunnnn... jangan makan  banyak2  tapi tekak pula menjawab...tak apalahhhh..... sesekali  buat  ubat...boleh gitu...muahahahaha...sangat2 menzalimi diri sendirikan...pesanan dan  dailog buat diri saya sendiri yang telah menikmati 2 biji ketupat pulut dari 22 biji  yang saya buat tadi...jom kita tengok resepi dan sebahagian dari  gambar2 yang sempat di ambil tadi ok...resepi untuk rendang nanti saya masukkan kemudian ok..

Ketupat Pulut

Bahan-Bahan:
Kelongsong ketupat secukupnya
(saya buat 22 kelongsong - sesuai kelongsong bentuk bawang dan pasar)
1 1/2 kilo beras pulut - dicuci dan rendam sebentar serta toskan hingga kering
1/2 kilo pati santan (dicampurkan dengan air secukupnya bagi menutupi ketupat)
7-8 biji buah keras ditumbuk
sedikit garam

Cara:

1.  Masukkan beras pulut yang telah ditoskan tadi kedalam kelongsong ketupat sehingga penuh. Kemaskan bahagian yang telah dimasukkan beras pulut tadi dan diikat sedikit dengan daun pada kelongsong. Buat sehingga semua kelongsong ketupat diisi penuh.
2.  Ketupat yang diisi beras pulut tadi dirangkaikan 3 atau empat dan ikat kemas, potong lebihan daun supaya kemas.  Susun dalam periuk sederhana besar dan masukkan santan pekat yang telah dicampur air serta sedikit garam curah ke atas ketupat sehingga menutupi paras ketupat.
3. Masakkan atas api sederhana sehingga air agak mengering dan balik2kan selalu jangan tutup periuk ketika memasak ketupat pulut sebab santan mudah membuak.  Bila dah agak menyusut airnya dalam 1 1/2 hingga 2 jam boleh dipadamkan api.
4. Toskan dan biarkan sejuk sedikit baru di potong dan hidangkan bersama rendang dan juga serunding kelapa atau apa2 serunding...sedappp..cubalah..


nie ketupat nasi masa makan kat opis hr jumaat lepas..


Monday, September 17, 2012

I miss u...




I Miss You

© Copyright Gabor Timis   I miss you so much it hurts, my love
I miss you with every fiber of my being
I miss you like there is no tomorrow, my dove
I miss you fervently, it's all my loving.
I miss you with my entire heart
I wish we were no longer apart. My heart beats only for you, faster and faster
My legs are shaking just thinking about you
My eyes are watery, tears flowing larger and larger
My whole being is trembling for you.
My arms are craving to hold you once more
My soul is withering away deep from its core. I miss you desperately, with everything I got
I miss you darling, I miss you every single day
I miss you sweetheart, my loving ache so hot
I miss you my dear love, I miss you all the way.
I miss you and I can take it no longer
Come back to me and our love will be stronger.
I Miss You
♥  ♥  ♥  ♥  ♥  

Chicken Pie...sexy lady...oppss..

Hai..

Bertemu sekali lagi hari ini, kali ini saya nak kongsikan resepi chicken pie yang saya buat tadi petang untuk minum petang setelah sekian lama saya tak memasak atau baking..sebab asik menyiarkan cerita jjcm atau majlis2 di sekolah ajer baru hari ini ada entry masakan..mesti ada yang tertanya2 kenapa pulak chicken pie sexy lady...jangan salah anggap tauuu sebab pie nie saya yang buat bukan dibuat oleh perempuan yang seksi sebab ah-kak nie untuk pengetahuan semua x sexy langsung montel@tembam tu adalah...muahahaha jangan marah ek..

Sebenarnya kalau chicken pie sepatutnya pastry yang di isi dengan filling dan ditutup di atasnya kira cover up semua dan sopan gitu..tapi oleh kerana versi yang saya buat nie tidak ditutup di atasnya n sajer saya silangkan sahaja dengan jaluran pastry so sajer la bagi nama ala cheeky gitu...hehehe dan untuk pastry atau crust atau kulitnya saya gunakan yang readymade jenama kawan tu ajer sebab selain ianya mudah dibentuk pastry kawan tu berlapis dan garing bila di bakar sedapppkan, memang sesuai di buat pie atau puff sangat praktikal..so ladies n gentleman  d show will begin right after this...cewahhh macam ada pertunjukan kat broadway yer nak tayang kat u all resepi chicken pie..sexy lady nie..lets check it out..

Chicken Pie

Bahan-Bahan:
1 paket - Puff Pastry Jenama Kawan - 10 keping
Bahan untuk Inti @ Filling
2 keping dada ayam - di hiris kecil
1 pek mix vegie (500gram)
2 biji bawang besar - di dadu kecil
2 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - dicincang
2 sudu makan oyster sos
1 camca teh serbuk lada putih
sedikit garam dan gula sebagai perasa
sedikit minyak untuk menumis..

Cara:

1. Mula2 sediakan filling pie - panaskan sedikit minyak dalam kuali tumiskan bawang putih cincang, bawang besar dadu dan halia hingga layu dan berbau harum.
2. Masukkan ayam yang di hiris kecil tadi balik2kan masukkan oyster sos, lada sulah, garam dan gula, balik2kan sehingga ayam empuk masukkan pula mix vegie balik2kan sebentar dan boleh dipadamkan apinya dan ketepikan. (kalau nak pedas boleh juga gantikan lada sulah dengan serbuk lada hitam)
3. Untuk sediakan pie ambil sekeping pastry jenama kawan potong 2, taburkan sedikit tepung dan torakkan agar pastry jadi lebar sedikit. Masukkan pastry ke dalam tin mufin, bahagian yang terjurai sedikit potong dengan pisau dan lekatkan pada bahagian di kiri kanan untuk mendapatkan bentuk mangkuk bulat tekan2 sedikit dan ambil garfu tekan sedikit pada tepi2 pastry serta cucukkan pada dasarnya sedikit lihat seperti gambar..
4. Buat sehingga abis boleh dapat dalam 18 biji -20 biji pie. Masukkan inti pie sehingga penuh dan kalau ada lebihan pastry buatlah corak silang. Sapukan dengan sedikit kuning telur yang dicampur sedikit esen kuning di atas pastry yang disilang tadi..
5. Bakar pie pada suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak garing - bergantung pada suhu oven masing2 ok..bila dah masak hidangkan panas2..sedappp cubalah..kalau nak makan dengan cili sos pun boleh..



Jalan2 Open House smbil timba ilmu masakan..

Assalamualaikum..

Salam Isnin 17 Sepember, apa kabar kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi semoga anda semua sihat dan ceria selalu di samping keluarga. Nampaknya bulan Syawal dah melabuhkan tirainya semalam dan ada ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka Hari Raya semalam disana sini. Saya juga turut pergi ke 4 majlis rumah terbuka dari tengah hari hingga ke malam..memang terasa penat sangat2..tapi oleh kerana mendapat undangan saya pergi juga..

Nasi Kafsyah look like nasi tomato tapi rasa berbeza..

Saya ikut along saya bersama SIL mula2 kami ke restoran sepupu SIL saya iaitu pemilik restoran Idaman Emas yang terletak di Taman Sri Skudai..kat open resto yang ini la saya menimba serba sedikit ilmu memasak dari tukang masak dari Singapura iaitu Mamak Kadir yang merupakan bapa pada pmilik restoran berkenaan..memang tak lokek ilmu orangnya saya dan along serta SIL berserta pah yeh sempat dengar celoteh mamak yang begitu peramah, sempat juga kami mengorek rahsia bagaimana nak masak nasi briyani, tapi pada semalam tu kami dihidangkan dengan Nasi Kafsyah yang sedap jugak dan ayam masala yang sangat sedappp..insyaAllah bila ada kesempatan saya akan cuba resepi kedua2nya..tapi kena tunggu kerajinan saya datang muahahaha entah bila la tu kan...sambil tu saya juga tanya kan resepi daging tulang merah yang sangat popular kat singapura tu.. sementelah dah berkenalan dengan tukang masak yang juga buat bisnes katering di singapura tu pastinya saya akan belajar masakan2 lain yang sedap dari pulau singa..tungguuuu no telefonnya dah ada hehehe..gambar2 yang sempat saya snap di tempat yang pertama sahaja tempat2 lain dah tak snap..kemalasan melanda..hahaha

seksyen kambing bakar bersama salad2 dressing fries n nugget pun ada tapi saya x makan...
 Setelah selesai di tempat pertama kami menuju ke rumah sepupu kami pula..Majid di Taman Pulai Indah bila  dah makan ditempat pertama di tempat kedua dah tak larat nak makan walau macam2 ada Nasi Tomato, Satay, Mee Hoon Putih, Roti with curry, kueh mueh yang sedap2, saya cuma makan kueh ajer gan puding..dah selesai sesi beramah mesra gan anak2 buah dan makan kueh mueh kami pun ke destinasi ke 3 umah kakak pada SIL iaitu Datin Sh Talha atau kak May di Tmn Bukit Rinting kat sini dah tak larat sebab perut dah kekenyangan so rest dulu petang sikit baru lah merasa laksa johor, satay 2 cucuk..n  tapai pulut yang comel 3 bungkus..sambil dengar Yaya anak kak May menyanyi.. sambil menunggu magrib berbual2 nak tunggu time ke rumah yang keempat pulak.


ayam masala nie memang sedappp nanti saya try buat..

Seterusnya ke Pasir Gudang iaitu Tmn Kota Masai..agak sesat di jalan kota masai yang  sangat busy tue.. banyak betul kenderaan pemutusnya suruh che Mat Talib tunggu di petronas utk guide kami ke rumahnya...che mat dan kak shidah sebenarnya kawan sekerja along saya..dan kami sama2 ke bandung dulu..jamu selera lagi nampaknya dengan fresh seafood memang terbaiklah ketam bangkang yang besor2 kak shidah beli dari bot di tanjung langsat sangat fresh masak pula chilli crab memang sedappp sangat silap la saya x amik gambar ketam2 yang benar2 mengoda kalbu 2 ekor saya pulun dengan sepit dia ajer sebesar tapak tangan org yg kurus sikitlah..hehe pastu ada pulak udang goreng dan kupang rebus..apalagi kami meratah seafood malam tadi..terima kasih la banyak2 kak shidah n che mat nanti kami datang lagi boleh..muahahaha muka tak malu saya nie..dah berbual2 sampai dekat pukul 10 lebih kami pun mintak diri sebab nak balik ke tempat kami pun dekat 45 minit perjalanan sampai rumah saya jer hampir 12 malam..ohhh lupa nak ucap terima kasih pada kak shidah sebab saya n SIL dapat pulak hadiah pinggan mangkuk correlle muaahhh luvs u la kak shidah..kalau akak saya che nie dengar pasti dia jeles sakan...ok lah penat bercerita kalau rajin malam nanti saya masukkan satu entry chicken pie yang saya buat untuk minum petang tadi ok...till we meet again..muaahhh xoxo utk semua..


yang nie rasanya kurma saya x ambil..

Briani Kambing sedappp



SIL saya kak Zam, Pah Yeh..n MamakKader..


Friday, September 14, 2012

Majlis Hari Raya dan Perpisahan di SKPT2

Assalamualaikum...

Salam Jumaat 27 Syawal..nampaknya tinggal 2 hari sahaja kita berada dalam bulan syawal dan masih ada lagi yang membuat jamuan raya atau open house..di sekolah saya pagi tadi pun ada majlis jamuan hari raya dan juga majlis perpisahan cikgu Sugimin naik pangkat sebagai gpk koko di SK Tg Adang..tahniah buat cikgu Sugimin..

Majlis Raya yang diadakan tadi di adakan secara sederhana tapi tetap meriah. Majlis telah dimulakan dengan ucapan pengerusi bakaf, ucapan GB dan yang diraikan cikgu Sugimin. Makanan yang disediakan pada kali ini bermacam anika sebab merupakan makanan teriak (emmm ada ke nama makanan cengitu) dari seluruh malaysia sebab ada Satay, ada soto, ada nasi impit, ada laksam, laksa pineng, ada nasi dangang,ada ketupat sotong. ada lepat, ada ketupat palas, ada Nasi Briani, lauk pauknya pun amat la beranika rendang ajer ada 4-5 jenis naik fening kepala, tu belum termasuk kueh mueh, buah2an, puding, air2 punch n bandung soda dan beranika lagi la yang di bawa oleh cikgu2, staff sokongan dan pekerja2 cleaner termasuk tokey kantin sama2 bawak makanan..

Bila dah macam2 ada  dah tak tahu nak makan yang mana so makan benda yang selalu di makan sahaja macam saya cuma makan satay sedikit dan soto yang dibuat oleh rakan staff dan guru di kelas pendidikan khas..nak rasa nasi briani kambing abg ramlee kantin pun x sempat sebab lepas makan saya kena balik semula ke pejabat..anyway sekolah saya nie memang selalu mengadakan majlis2 dan makan2 so tak perlu risau jika teringin makanan dari negeri mana sekalipun boleh ajer minta tolong rakan2 guru dari kelantan ke terengganu ke perlis ke kedah ke johor ke masakkan apa2 yang termegidam..opsss lum lagi..

Memandangkan dah agak lama juga saya dah tak berentry di blog nie sebab tuan tanah yang tak berapa nak sihat minggu nie baru naik keje setelah dua hari mc so kita layan kan gambar2 yang sempat saya snap tadi..k sebenarnya dah rindu gak nak ke dapur masak yang simple2 cuma keadaan lum mengizinkan nanti bila ada apa2 yang menarik saya kongsikan di sini ok kawan2..nie pun bersiaran dipetang jumaat yg agak sepi sebab semua orang di pejabat saya ikut rombongan murid2 ke Legoland Malaysia dapat tiket percuma untuk 100 orang jadi semua orang nak pergi..kalau nak pergi sendiri harga tiket nyer sahaja dah RM110 seorang saper2 yang ada anak nak di bawak bertambahlah pulak nanti fulus yang terpaksa dikeluarkan..saya tak dapat nak ikut sebab masih kurang sehat..insyaAllahy bila ada kelapangan nak juga ke sana nanti.kena kumpul duit dulu sehari seringgit wahhh kena tunggu 3 bulan setengah baru dapat saya pergi muahahaha ada2 ajer saya nie kan..


Monday, September 10, 2012

Pelengkap Hidupku...





Malam2 melayan lagu yg menyentuh ht perasaan jiwa dan sanubari...mana nak cari pelengkap hidupku...ketentuan yang maha esa tentu ada hikmahnyer..so dok diam2 yer dengar lagu nie ms j..sambil memandang bintang di langit...mcm xder bintang malam nie sebab baru lepas hujan daaa...ohhh teringatkan siapa yer yg xmungkin atau hnya hyalan sbgai pelengkap hdup ini...

Ke Majlis Pengantin Minang..


Salam...bertemu sekali lagi di petang Isnin yang agak redup dan nyaman oleh kerana ada kesempatan kerja2 pun dah siap boleh la saya ceritakan serba sedikit mengenai jemputan pengantin pasangan minang yang saya hadiri semalam...sebenarnya adik bongsu saya nora berkahwin dengan orang minang dan yang mengadakan majlis perkahwinan ini adalah kakak ipar nora..so dapat jemptan orang minang kahwin kita pun xlepaskan peluang sebab selain makanan yang disediakan masakan minang asli orang2 minang memang kaya dengan adat budaya mereka. Dapatlah saya tengok tarian piring dan ada juga kumpulan rebana yang dimainkan oleh kumpulan yang dipanggil khas..dan yang menariknya ada juga replika rumah minang di sebelah hadapan tempat ibubapa pengantin dan kaum keluarga pengantin sambut tetamu..sayangnya saya terlupa nak snap gambar rumah minah yang dibuat tabung..mungkin untuk diisi sumbangan kot.

Oleh kerana saya sampai agak awal jam 12 lebih jadi tak dapat nak melihat persandingan pengantin minang kalau nak tunggu pengantin bersanding x sempat sebab ada tempat lain yang nak dituju.   Jadinya setelah menjamu selera dengan hidangan nasi putih bersama lauk pauk minang ada rendang daging minang, nangka muda masak lemak, ayam pop, sambal lado minang..pedas sangat tp sedap..ada jering masak berempah berkuah, ada kentang goreng berlado, kerupuk opak, lemang bermacam2 jenis kueh, ada lemang dan juga tapai pulut hitam...jarang2 jumpa jadi semuanya nak rasa..dapat rasa sikit2 pun jadilah kan..dah selesai acara makan dan melihat tarian sambil berbual dengan saudara mara yang hadir sama, kami pun pulang sebab tetamu semakin ramai yang datang bertali arus..terima kasih utk adik ipar saya Juwenry sebab mengundang kami ke majlis perkhawinan anak saudaranya Rini. hanya sebahagian gambar yang sempat saya ambil semasa majlis berkenaan, gambar pengantin x sempat tunggu pengantin tiba..


UPSR..selamat menjawab soalan..



Assalamualaikum..

Salam Isnin 10 September, nampaknya esok 11 September 2012 dah bermula peperiksaan UPSR bagi murid2 tahun 6 di seluruh Malaysia..salah seorang yang akan menduduki UPSR esok adalah anak buah saya yeyed atau nama penuhnya Said Shahrul..semuga semua yang mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini samaada di SKPT2 atau di mana2 jua sekolah, anak2 semua jawablah segala soalan dengan tepat dan tenang..sebelum memasuki dewan peperiksaan mulakan dengan lafaz Bismillah dan selawat ke atas nabi serta berdoa agar dapat menjawab dengan mudah..jangan gopoh gapah..bagi yang telah mengulangkaji pelajaran sejak dari awal tahun mudah2an segala usaha anda akan membuahkan hasil insyaAllah..saya dan pastinya ibubapa dan guru2 anak2 semua mendoakan yang terbaik untuk anak2 semua..Selamat menduduki peperiksaan dan semoga berjaya.