Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, September 3, 2012

Ayam Engkong...Masakan Jawa

Assalamualaikum...

Salam Isnin 3 September..apa kabar kawan2 semua semoga anda semua sehat dan ceria2 selalu, terima kasih pada kawan2 dan pengunjung2 yang masih sudi singgah di Zalekha luvs Cooking walaupun saya tidak kerap mengupdate..maafkan saya kerana kekadang kekangan waktu dan juga masalah tak dapat bersiaran di alam maya maklumlah  macam2 hal kan berlaku.   Nampaknya dah masuk bulan  September ini bermakna dan 3/4 tahun kita lalui untuk tahun 2012 ini cuma tinggal 3 1/2 bulan sahaja lagi dah nak ke tahun berikutnya...dan begitu banyak peristiwa serta pengalaman pahit manis yang kita semua lalui..semoga di suku akhir tahun ini dapat kita jalani dengan sempurna dan sebaiknya insyaAllah...hari ini cuma nak berkongsi resepi ayam engkong di bawah ini..
Cuti hujung minggu selama 3 hari yang baru berlalu saya mengikuti along saya bersaya SIL ke beberapa tempat so jadinyer cuti2 merderka raya.  Dalam cuti tersebut selain beraya dan makan2 open house sempat juga saya menimba sedikit ilmu dari orang2 lama dan yang pertama ini saya nak kongsikan resepi hasil dari masakan kakak kepada SIL saya kak zam iaitu Sharifah Atiah yang menetap di pontian resepi masakan jawa yang namanya Ayam Engkong nie baru pertama kali saya rasa dan sedap rasanyer..ianya sesuai dimakan bersama nasi putih atau pun nasi impit..bahan2nya ala2 kita nak buat masak ungkep..setelah minta keizinan dari tuan punya resepi untuk saya kongsikan bersama kawan2 semua...bolehlah kita cuba sedikit kelainan kalau dah jemu dengan ayam masak rendang atau berkari bolehlah cuba ayam engkong ok..utk kak yah tqvm for the recipe ajay kongsikan dengan kawan2 di blog ok...ayam nie di masak dalam kuantiti yang banyak bagi sesiapa yang nak masak sedikit sila kurangkan bahan2nya ok..

Ayam Engkong..
Sumber: Sharifah Atiah Syed Abdullah

Bahan-bahan:

4 ekor ayam kampung size sedang - di cuci bersih jangan dipotong biar seekor2
150 gm ketumbar biji *
2 sudu makan jintan manis *
6 biji bawang besar *
5 ulas bawang putih *
2 batang serai *
2 inci lengkuas *
2 inci halia *
1 camca teh kunyit serbuk *
(segemgam cili padi)* - kak yah xletak sya nk pdas bila buat saya nk buh cili padi
200ml @ 1 kotak santan
Air secukupnya - lebih kurang dua cawan
garam secukupnya dan perasa tambahan(ajinomoto)
Tali rapia secukupnya untuk ikat ayam.

Cara:

1.  Bahan2 bertanda * di blend dengan air kasar2 sedikit pun boleh x payah terlalu halus..tapiskan dan ketepikan airnya.
2. Ayam yang telah dibersihkan tadi di lumur kan dengan rempah rempah yg diblender tadi dalam dan luarnua. buat untuk kesemua 4 ekor. setelah ayam di lumur serta di sumbat rempah ambil tali rafia ikat kan ayam seekor2 di bahagian kaki dan dada serta kepaknya supaya bila dimasak ayam molek x terkuak (hehehe xtau nak discribe)
3.Susunkan ayam yang telah diikat tadi dalam periuk yang sederhana besar. masukkan air dari tapisan rempah di blend tadi, jika kurang tambah sedikit anggaran suku paras ayam. Masak dengan api sederhana dan balik2kan sehinga ayam agak separuh masak.
4.  Bila ayam hampir 3/4 masak campurkan pula dengan santan yang  dicampurkan sedikit air dan perisakan dengan garam serta  serbuk perasa jika guna.  Masakkan hingga ayam agak mengering sedikit kuahnya dan ayam masak sebati.
5.Bila hendak menghidang masukkan ayam dalam pinggan atau mangkuk bukakan talinya..hidangkan bersama nasi putih atau nasi impit.

* di jawa katanya ayam ini dihidangkan dalam dulang yang berisi nasi macam nasi ambang tu dengan ayam di tengah2 dan lauk2 sampingan di sekelilingnya- kena la google asal usul ayam ini jika nak tahu lebih lanjut saya x sempat nk cari salasilah ayam ini ok...anyway memang sedap dan bagi yang nak pedas macam saya sila tambahkan cili padi ok...pasti meletopsss..thanks kak yah berkongsi resepi warisan jawa wak hamisan suami akak...pepandai jer saya nie...sorry eks masih dibulan rayakan..mhon ampun dan maaf.hehehe

3 comments:

  1. terima kasih resepi lain dari yang lain

    ReplyDelete
  2. Tahniah sis, saya pengemar masakan jowo. Saya Jowo sarawak. Tahniah sis dah kongsi resepi Petek Engkong.

    ReplyDelete